Assignmnt Live

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 11

Disediakan oleh :

ANIS SALSABILA BT HARIS AFIDZAN B1920049

Kursus :

Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan Islam

Semester 4

Kod Pembelajaran :

Pengurusan Institusi Dakwah (PPI 3073)

Pensyarah :

Fatimah Nadirah Binti Mohd Noor


Isi kandungan

Pengenalan 1

Biodata dan Latar Belakang Ustaz Khailil Razak ( Ustaz Tido ) 2

Keberkesanan Ustaz Khailil Razak berdakwah di Facebook Live Streaming 3

Perbincangan 7

Kesimpulan 8

Rujukan 9
Pengenalan

Setiap orang Islam adalah pendakwah yang berfungsi sebagai seorang dai dan
bertanggungjawab dalam menyampaikan seruan Islam megikut kemampuan mereka.
Dakwah dalam Islam wajib dilaksanakan samada secara individu atau berkumpulan.
Apabila bercakap mengenai dakwah, perkara yang kita bayangkan ialah proses
penyebaran ilmu, maklumat dan syiar Islam secara bersemuka.

Pada zaman teknologi serba canggih ini, perkembangan internet di negara


Malaysia menjadi sangat pesat kerana telah merancakkan lagi kaedah pendakwahan
terutama melalui medium baharu yang mendapat tempat di negara ini.

Di negara Malaysia, kaedah pendakwahan melalui internet sangat penting dan


masih perlu dipertingkatkan lagi. Pendakwahan melalui internet dapat menarik
perhatian generasi muda. Generasi muda memerlukan bimbingan untuk terus melayari
kehidupan berpaksikan kehendak agama Islam.

Namun, kaedah seperti biasa seperti kelas agama, ceramah di masjid dan
sekolah kurang berkesan ke atas generasi muda untuk menarik minat mereka
mempelajari ilmu agama. Dengan adanya medium dakwah seperti live streaming di
facebook, instagram, youtube dan media sosial yang lain dapat menarik minat
generasi muda yang berada di luar sana untuk menegakkan syiar Islam dengan lebih
bersemangat lagi.

Tugasan ini dilakukan adalah untuk menelusuri sejauh mana keberkesanan


dakwah melalui live streaming yang diperkenalkan oleh Ustaz Khailil Bin Razak yang
menggunakan nama komersialnya sebagai Ustaz Tido.

1
Biodata dan Latar Belakang Ustaz Khailil Razak ( Ustaz Tido )

Ustaz Khailil Razak yakni ustaz tido merupakan seorang pakar motivasi dan
usahawan Malaysia. Beliau menjadi tular kerana dikatakan mirip dengan Ustaz Ebit
Lew. Beliau lahir pada 1 April tahun 1990. Beliau bergiat sebagai penceramah
motivasi di kalangan pelajar dan guru. Selain mengusahakan beberapa produk sebagai
seorang ahli perniagaan, beliau mendirikan rumahtangga pada tanggal 31 August
2013.
Rupa paras dan suara beliau saling tidak tumpah seperti Ustaz Ebit Lew.
Beliau juga merupakan anak didik ustaz Ebit Lew. Beliau mula berkecimpung
dengan aktiviti ceramah sejak usia 13 tahun lagi. Beliau berasal daripada Mersing,
Johor. Ustaz Khailil Razak sering mengadakan program bersama pelajar dan guru-
guru. Beliau berpenggalaman lebih 8 tahun di dalam lapangan motivasi. Beliau
pernah mengadakan sesi ceramah di banyak negara , antaranya ialah Singapura, India,
China, Indonesia, Thailand, Brunei, Hong Kong, England, Turkey, Germany, France,
Belgium dan Arab Saudi.

Seperti Ebit Lew juga, beliau giat menjayakan aktiviti dalam usaha membantu
memberikan sumbangan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Beliau amat
terkenal dengan taglinenya iaitu disebalik ujian ada rahmat. Bagaimana nama Ustaz
T.I.D.O tercipta?

Nama ustaz tido ini lahir pada tahun 2016 dan nama tersebut dicipta setelah
pulang dari Turkey. Semasa di Turkey, beliau terfikir bagaimana cara untuk membina
nama di Malaysia supaya menjadikan generasi muda di Malaysia menjadi seorang
yang hebat. Beliau berkata untuk menjadi hebat manusia perlu ada T.I.D.O. Iaitu
bermaksud taklim, iman, dakwah dan orang. Taklim bermaksud sentiasa
memantapkan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu dalam diri kita. Iman bermaksud kita
hendaklah tingkatkan iman dalam diri kita kerana manusia imannya selalu naik dan
turun. Dakwah bermaksud sentiasa mengajak orang untuk menjadi lebih baik. Dan
orang bermaksud, sentiasa memandang kebaikan orang dan sentiasa mencari kebaikan
orang lain.

2
Laman sosial Instagram yang menggunakan nama komersial ustaz tido
sehingga kini mencatatkan lebih 36,000 pengikut. Akaun Facebooknya juga hampir
meraih 40,000 pengikut dan meraih 106,000 sukaan di setiap halaman Facebook
beliau.

3
Keberkesanan Ustaz Khailil Razak berdakwah di Facebook Live Streaming

Ustaz Khailil Razak yang dikenali sebagai Ustaz Tido di media sosial melakukan Live
Streaming di medium Facebook setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Dakwah yang
dilakukan di Live streaming yang dilakukan di Facebook pada hari-hari berikut adalah
berbeza-berbeza.

Pada hari Rabu , Ustaz Khailil Razak mengajak generasi muda untuk mengaji
di Live streaming di Facebook dan mendapat tontonan sebanyak 95 ribu dan ulasan
sebanyak 1.9 ribu . Live streaming tersebut mendapat sukaan sebanyak 5.5 ribu.
Sesuai dengan minat generasi muda masa kini, Ustaz Khailil Razak menggunakan
aplikasi permainan “ pubg “ sebagai tarikan dakwah terhadap generasi muda.

Aplikasi permainan di telekomunikasi menjadi medium paling penting untuk


menarik minat generasi muda masa kini untuk memperkenalkan maklumat mengenai
Islam. Dakwah melalui media sosial dikatakan cukup berkesan kerana tidak terbatas
oleh masa, tempat, keadaan dan situasi. Media sosial merupakan antara salah satu cara
dalam menyebarkan bahan kepada pengguna media sosial itu sendiri.

4
Seterusnya, pada hari khamis pula dengan bersiaran langsung di aplikasi
permainan “pubg” di medium Facebook, ustaz Khailil Razak akan mengajak sahabat-
sahabat yang lain membaca surah Al- Mulk dan As-Sajjadah dan meminta sahabat-
sahabatnya yang lain untuk niat Allah turunkan rahmat di negara kita. Meletakkan
nama ibu bapa di ruang ulasan niatkan pahala buat ibu bapa yang telah pergi
meninggalkan dunia ataupun yang masih ada di dunia.

Siaran langsung tersebut mendapat tontonan sebanyak 100 ribu tontonan dan
ulasan sebanyak 7,607 ulasa. Siaran langsung tersebut mendapat sukaan sebanyak
16,972 dan perkongsian sebanyak 11,602 perkongsian yang dikongsi oleh orang ramai.

Pada pendapat ustaz Khailil Razak yang lebih mesra dipanggil “ Ustaz Tido’’
berpendapat bahawa menggunakan medium aplikasi permainan “ pubg” merupakan
medium dakwah terbaik kerana sesuai dengan minat generasi muda masa kini yang
lebih tertarik dengan aplikasi permainan sebagai tempat melepaskan tekanan.
Menggunakan media sosial seperti Facebook sebagai medium live streaming dakwah
dikatakan berkesan membantu dalam membina kepercayaan sasaran dakwah kepada
pendakwah. Pendekatan yang menarik minat generasi masa kini sangat penting
supaya mesej dakwah yang akan disampaikan dapat diterima dan berkesan.

5
Pada hari Jumaat pula, ustaz Khailil Razak ( Ustaz Tido ) bersama- sama
sahabatnya belajar mengaji yang diketuai oleh beliau sendiri. Kaedah yang digunakan
beliau untuk menarik minat generasi masa kini sedikit sebanyak membuka mata
generasi muda untuk mempelajari ayat- ayat al-Quran.

Hampir 80 peratus generasi muda yang masih merangkak untuk mengaji ayat-
ayat al-Quran. Namun , ustaz Khailil Razak berpesan , manusia diciptakan dengan
matlamat yang suci. Ia disebut dalam al-Quran :

“ Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah aku .’’ ( Surah al-Zariyat : 56)

Hidup kita ini mesti diuruskan agar selari dan memenuhi tujuan pengabdian
diri kita ini. Jika tidak, hidup manusia hanya sia-sia kerana tiada nilainya di akhirat
kelak. Allah s.w.t menciptakan kita lalu dibiarkan kita terkapai-kapai mencari dan
memikirkan bagaimana perlu mengaturkan kehidupan kita di dunia masing- masing.
Oleh kerana itu, turunlah al-Quran sebagai panduan kehidupan setiap mannusia. Maka
mengajilah al-Quran walaupun masih dalam keadaan merangkak.

6
Perbincangan

Setiap mesej dakwah yang disampaikan memerlukan komunikasi yang baik dan
komunikasi yang dilakukan mestilah berlandaskan hukum syarak dan media sosial
pula dilihat sebagai medium penyebaran maklumat penting kepada masyarakat moden
pada hari ini.

Sebagai pendakwah yang berdakwah di media sosial memgang amanah


dengan menyampaikan maklumat tentang islam yang benar, tepat dan bermanfaat
kepada masyarakat generasi muda mahupun tua. Selain itu juga, pendakwah yang
berdakwah di media sosial ataupun di aplikasi permainan telekomunikasi
bertanggungjawab mendidik masyarakat ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Menjadikan alat komunikasi seabagai medium dakwah dikatakan berkesan


pada hari ini kerana perkembangan teknologi komunikasi pada hari ini
memungkinkan seseorang untuk terjebak ke arah zina dengan mudah, kerana
kemudahan yang disediakan pada masa kini semakin canggih untuk seseorang
individu itu mengakses di laman sesawang sesuatu yang negatif seperti pornogafi dan
sebagainya. Oleh itu, kaedah dakwah Islamiah perlu menegaskan kepada,masyarakat
muslim sentiasa berwaspada terhadap sesuatu yang boleh merosakkan masa depan
mereka sambil menerangkan keburukan terhadap sesuatu perbuatan.

7
Kesimpulan

Pelbagai cabaran wujud dalam arus kemodenan hari ini dan para pendakwah tidak
seharusnya mementingkan diri sendiri. Teknologi komunikasi dan kemudahan
internet yang tersedia memberi ruang kepada para pendakwah untuk berkomunikasi
dengan masyarakat secara atas talian dengan mudah. Pada saat ini, pendakwah
haruslah lebih dekat dengan masyarakat dalam usaha mengembangkan syariat islam
kepad masyarakat.

Oleh kerana masyarakat kini lebih menggemari media sosial sebagai medium
pencarian maklumat, pendekatan dakwah melalui media sosial dirasakan lebih
berkesan kerana media sosial dapat menarik lebih ramai generasi tanpa mengira masa
dan tempat dan hampir setiap rumah kini mempunyai akses internet. Pendakwah masa
kini perlu lebih kenal tarikan dari segi minat masyarakat terhadap sesuatu perkara
supaya mesej dakwah yang disampaikan dapat diterima baik oleh mereka. Media
sosial bersifat lebih menarik dan akan memudahkan lagi pendakwah untuk mendekati
sasaran dakwahnya.

8
Rujukan

Artikel Berita Harian : Biodata ustaz Khailil Razak

Anda mungkin juga menyukai