Anda di halaman 1dari 7

FAQ Sistem Supercube

1. Apakah konsep sistem Supercube?


Di Supercube, semua orang bermula dari level Influencer. Supercube mengamalkan sistem KPI
di mana seseorang itu perlu mencapai target jualan bulanan untuk rank up ke level seterusnya.

2. Ada berapa level di dalam sistem Supercube?


Supercube mempunyai 4 level. Bermula dari Influencer kemudian Advocate kemudian
Ambassador dan paling tinggi Life Ambassador.

3. Adakah perlu modal untuk memulakan perniagaan dengan Supercube?


Tidak perlu modal atau yuran. Tetapi kami menggalakkan mereka yang ingin menjual produk
jenama Supercube, untuk sekurang-kurangnya mencuba produk Supercube sendiri terlebih
dahulu untuk memudahkan proses meyakinkan pelanggan.

4. Adakah perlu seseorang itu memegang stok Supercube untuk menjual?


Tidak perlu. Anda hanya perlu submit order di dalam web sistem Supercube. Pengeposan akan
dilakukan oleh HQ kepada pelanggan.

5. Bagaimana Influencer ingin naik ke Advocate?


Seseorang yang bermula dari Influencer, harus lah mencapai KPI penjualan 10 unit untuk naik ke
Advocate. Influencer juga boleh membeli “virtual stock” untuk naik ke Advocate dengan lebih
pantas. Sila lihat video ini: https://drive.google.com/file/d/1Llp5dJNCUM9deA30-
462wsMjeKcG-14K/view?usp=sharing

6. Adakah sistem akan menunjukkan naik rank secara automatik?


Sistem akan mengenal pasti sama ada seseorang itu mencapai KPI setiap hari pada pukul 10
pagi. Jika anda sudah mencapai KPI, sila tunggu sehingga 10 pagi dan pasti kan status anda
sudah rank up sebelum “submit order” baru untuk dapat margin profit baru. Jika ada masalah
seperti status tidak berubah selepas 10 pagi sila hubungi HQ di 010-3193219.

7. Bagaimana Advocate ingin naik ke Ambassador?


Advocate seharusnya mencapai KPI penjualan 50 unit untuk naik ke level Ambassador. 50 unit
ini tidak semestinya penjualan personal anda. Ia adalah termasuk penjualan team anda (orang
yang anda recruit). Sila lihat video ini: https://drive.google.com/file/d/1Llp5dJNCUM9deA30-
462wsMjeKcG-14K/view?usp=sharing

8. Bagaimana Ambassador ingin naik ke Life Ambassador?


Life Ambassador adalah satu jawatan di mana apabila HQ membuka jawatan tersebut, HQ akan
mengeluarkan notis bersama kriteria-kriteria kelayakan semasa (KPI jualan semasa adalah
minimum RM20700 selama 3 bulan berturut-turut). Seorang Ambassador masih berpotensi
untuk menjadi Life Ambassador walaupun dia mempunyai Life Ambassador sebagai leader. HQ
akan memberi over riding komisen kepada Life Ambassador apabila berjaya membentuk
seorang Ambassador sehingga layak menjadi Life Ambassador.
9. Apakah KPI untuk seseorang itu tetap di level nya?
Untuk Influencer, jika tiada sebarang pembelian selama 3 bulan beturut-turut, akaun Influencer
akan dibatalkan.
Untuk Advocate, jika tidak mencapai 10 unit (RM690) sebulan selama 3 bulan beturut-turut,
Advocate akan diturunkan ke level Influencer.
Untuk Ambassador, jika tidak mencapai 50 unit (RM3450) sebulan selama 3 bulan beturut-turut,
Ambassador akan diturunkan ke level Advocate.
Untuk Life Ambassador, selain KPI 300 unit (RM20700) sebulan, ada kriteria-kriteria lain yang
dilihat oleh HQ dari semasa ke semasa untuk tetap sebagai Life Ambassador.

10. Bolehkah seseorang Influencer recruit orang ke dalam team nya?


Influencer tidak boleh recruit orang kerana dia berada di level paling bawah dan tiada margin
keuntungan untuk dikongsi. Influencer boleh membeli “virtual stocks” jika ingin naik ke
Advocate dengan lebih pantas dan kemudian boleh recruit Influencer di bawah nya.

11. Berapakah margin keuntungan setiap level?


Influencer mendapat RM5 setiap unit penjualan sendiri.
Advocate mendapat RM10 setiap unit penjualan sendiri.
Ambassador mendapat RM20 setiap unit penjualan sendiri.
Life Ambassador mendapat RM28 setiap unit penjualan sendiri.

Margin keuntungan ini perlu dikongsi apabila penjualan dibuat oleh orang bawah. Contoh: 1
unit penjualan Influencer, Advocate yang recruit Influencer tersebut akan mendapat RM5 dan
Ambassador di atas Advocate mendapat RM10 dan Life Ambassador mendapat RM8. Sila rujuk:
https://drive.google.com/file/d/1Llp5dJNCUM9deA30-462wsMjeKcG-14K/view?usp=sharing

12. Bolehkah seseorang yang telah mendaftar di bawah seseorang ingin menukar pendaftaran
untuk berada di bawah orang lain?
Tidak boleh. Apabila pendaftaran telah dilakukan menggunakan link seseorang, anda tidak
boleh menukar pendaftaran untuk berada di bawah orang lain.

13. Bagaimana ingin recruit seseorang untuk menjadi Influencer?


Jika anda sudah di level Advocate, anda sudah boleh recruit Influencer. Sila ambil “referral link”
di dashboard web sistem Supercube anda dan beri link tersebut kepada Influencer yang ingin di
recruit. Influencer anda seharusnya klik link tersebut untuk sign up sebagai Influencer. Sila
pastikan Influencer menggunakan link anda! Selepas Influencer daftar, anda harus activate
pendaftaran mereka supaya mereka dibenarkan untuk ‘login’.

14. Selepas submit order, bila kah HQ akan proses untuk pengeposan?
Sila rujuk notis semasa di bahagian ‘announcement’ di dalam sistem Supercube atau rujuk
‘leader’ anda untuk kepastian.

15. Adakah pengeposan setiap hari?


Pengeposan adalah Isnin-Jumaat kecuali cuti umum. HQ mengikut cuti Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.

16. Bolehkah jika seseorang ingin mengambil pembelian di HQ?


Boleh. Sila pilih “Pick Up HQ” semasa ‘submit order’. Sila rujuk Telegram Supercube HQ untuk
pengumuman berkenaan kesediaan barang anda untuk diambil. Pembelian pick up boleh di
ambil di alamat HQ: Lot F-1-11, Level 1, Pusat Komersial Starparc Point, Jalan Taman Ibu Kota
Setapak, 53300 KL. Sila contact HQ di nombor 010-3193219 untuk sebarang kepastian.

17. Bagaimanakah jika ada perubahan pada order yang telah di submit?
Sila hubungi nombor HQ 010-3193219 jika perubahan adalah terpaksa. Dinasihat kan untuk elak
dari sebarang perubahan setelah submit order kerana HQ menggunakan sistem automatik.

18. Bagaimanakah jika ada kerosakan kepada barang yang telah di pos HQ?
Sila hubungi nombor HQ 010-3193219.

19. Jika pelanggan menerima barang salah, apakah yang harus dilakukan?
Sila hubungi nombor HQ 010-3193219. HQ akan mengepos barang yang betul kembali. Minta
pelanggan untuk menutup kembali kotak barang yang salah terima dengan pelekat. HQ akan
memberi slip pengeposan baru kepada pelanggan. Jika pelanggan ada printer, sila cetak dan
tampal pada kotak. Jika tiada printer, sila tulis tracking number baru pada kotak. Wakil dari
pihak pos akan datang ambil kembali barang yang salah hantar.

20. Bolehkah jika ingin memilih syarikat pos?


HQ menawarkan servis dari Ninjavan dan J&T. HQ lebih syorkan Ninjavan atas dasar customer
servis Ninjavan adalah lebih pantas.

21. Berapa lama kah pelanggan akan menerima barang yang di order selepas pengeposan?
1-3 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia. 5-10 hari bekerja untuk Sabah dan Sarawak.
Pelanggan boleh menggunakan “tracking number” yang telah diberikan untuk “track parcel” di
laman ninjavan dan J&T.

22. Bilakah commission/komisen akan diterima?


Komisen boleh ‘request commission’ pada bila-bila masa. Untuk pengisian ‘payment method’
pertama kali, anda harus tunggu akaun anda ‘verified’ supaya selepas itu, pembayaaran
komisen boleh dilakukan secara automatik oleh sistem billplz.

23. Berapa lama kah komisen akan diterima selepas ‘request commission’?
3-5 hari bekerja. Pembayaran komisen dilakukan oleh pihak billplz. HQ hanya tekan butang
approve.

24. Bolehkah HQ pos ke luar negara?


Buat masa sekarang, HQ belum lagi pos ke luar negara. Anda boleh order dan letakkan ke
alamat anda dan kemudian pos sendiri ke luar negara. Anda boleh charge customer sendiri
bedasarkan postage courier fee yang dipersetujui bersama.

25. Apakah kriteria untuk mendaftar username?


Username hendaklah hanya mengandungi
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZabcdefghijklmnopqrstuvwxyz0123456789-_ dan tidak
mengandungi sebarang perkataan unsur lucah/swear word (profanity).
26. Apakah maksud monthly KPI di dashboard web sistem supercube?
Monthly KPI yang ditunjuk adalah KPI untuk rank up/upgrade bukan KPI untuk maintain.

FAQ SUPERCUBE Molasses Herbs Drink

1. Apakah itu Supercube?


Supercube adalah gabungan molasses bersama herba-herba pilihan dari gred tinggi yang dipilih
utk membantu masalah-masalah tertentu. Ia dalam bentuk kiub.

2. Apakah itu Molasses?


Molasses adalah kandungan di dalam gula hitam yang kita guna. Tebu di ambil cecair nya dan di
rebus dan dibentuk sehingga keras. Ia di kategori kan sebagai salah satu “natural sweetener”
tanpa melalui sebarang proses kimia dan mengekalkan khasiat dari tebu. Molasses mengandungi
khasiat seperti magnesium, kalsium, selenium, iron dan vitamin b6.

3. Bagaimanakah cara menggunakan Supercube?


Supercube boleh dimakan begitu sahaja seperti coklat dan juga dibuat air minum. Kacau 1 kiub
Supercube bersama 200-250ml air panas sehingga larut dan sedia untuk diminum. Letak air untuk
diminum sejuk. Supercube juga boleh digunakan di dalam masakan atau makanan lain contoh
seperti oats, biskut, pencuci mulut dan lain-lain. Ia boleh menggantikan pemanis lain.

4. Apakah jenis-jenis herba di dalam Supercube?


Satu kiub Supercube dicampur bersama satu jenis herba. Sekarang kami ada 6 jenis Supercube
bersamaan 6 jenis herba iaitu Osmanthus, Rose, Red dates, Goji Berry, Ginger dan Lavender.

5. Bolehkah jika pelanggan ingin membeli satu jenis herba sahaja?


Tidak. Supercube telah dibahagi mengikut kekuatan mereka untuk membantu dalam masalah-
masalah tertentu. Pelanggan boleh pilih di antara 3 set; Osmanthus dan Rose, Red dates dan Goji
Berry, Ginger dan Lavender.

6. Apakah itu Osmanthus?


Osmanthus adalah sejenis bunga yang di import dari selatan China. Osmanthus telah diguna
sebagai minuman dari zaman Ming Dynasty beratus tahun dahulu. Kekuatan Osmanthus adalah
menenangkan dan membantu untuk tidur yang lebih nyenyak. Osmanthus juga boleh membantu
tahan rasa lapar.

7. Apakah masalah yang boleh dibantu oleh set Osmanthus dan Rose?
Osmanthus dan Rose dipilih untuk membantu dalam masalah stress, susah tidur dan tidur tidak
nyenyak. Kekuatan Osmanthus dan Rose adalah menenangkan bukan sahaja minda tetapi otot-
otot juga. Jika pelanggan ada masalah berkaitan ketegangan otot seperti senggugut, sakit otot
disebabkan kerap bersukan boleh juga pilih set Osmanthus dan Rose.

8. Apakah masalah yang boleh dibantu oleh set Red dates dan Goji Berry?
Red dates dan Goji Berry dipilih untuk membantu pelanggan yang memerlukan lebih darah dan
tenaga seperti ibu mengandung, ibu selepas bersalin dan ibu menyusu anak. Red dates dan Goji
Berry juga boleh disarankan kepada pelanggan yang ingin minum Supercube pada waktu pagi.
Red dates dan Goji Berry tiada kesan mengantuk malah memberi tenaga.

9. Apakah masalah yang boleh dibantu oleh set Ginger dan Lavender?
Ginger dan Lavender dipilih untuk membantu pelanggan yang mempunyai masalah angin di
dalam badan. Mereka yang mempunyai masalah ini kerap merasa tidak sedap perut seperti
masalah penghadaman, badan sakit-sakit dan sakit kepala migrain. Pelanggan yang mempunyai
masalah angin semasa datang bulan menstrual juga boleh disarankan menggunakan Ginger.

10. Adakah halia dari Ginger Supercube dari Bentong?


Ya halia yang digunakan di dalam Ginger Supercube adalah dari Bentong di antara kualiti halia
terbaik.

11. Bolehkah pengguna menggunakan 2 kiub Supercube sekali minum contohnya menggabungkan
Supercube Ginger dan Lavender di dalam satu cawan?
Ya, boleh. Lebihkan air untuk mendapat rasa yang tidak terlalu manis dan pekat apabila
menggunakan 2 kiub Supercube untuk sekali bancuhan.

12. Bolehkah pengguna membancuh Supercube bersama teh atau kopi?


Boleh tiada masalah cuma diingatkan teh dan kopi adalah minuman kafein. Kesan-kesan yang
ditawarkan Supercube kemungkinan besar boleh diganggu oleh teh dan kopi.

13. Adakah Supercube diiktiraf halal?


Ya kiub-kiub Supercube adalah halal.

14. Adakah Supercube diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?


Ya kiub-kiub Supercube diiktiraf KKM di bawah klasifikasi MeSTI iaitu pemakanan selamat dan
bertanggungjawab. Supercube adalah di bawah kategori makanan selamat bukan ubat kesihatan
kerana Supercube adalah 100% dari bahan asli.

15. Bolehkah seseorang yang ada diabetes minum Supercube?


Mereka yang menghadapi diabetes boleh bertanya kepada doctor dahulu. Supercube adalah
alternatif lebih baik dari minuman yang menggunakan gula putih atau susu pekat manis. Glycemic
index Supercube adalah lebih rendah dari gula putih.

16. Apakah itu Glycemix index?


Glycemic index adalah kadar sesuatu makanan atau minuman menaikkan kadar gula di dalam
darah. Makanan atau minuman yang diproses mempunyai Glycemic index lebih tinggi dari
makanan semula jadi. Supercube adalah kategori semulajadi.

17. Bolehkah seseorang yang menghidapi penyakit buah pinggang minum Supercube?
Semua pesakit kronik digalakkan bertanya kepada doctor terlebih dahulu.

18. Bolehkah ibu mengandung minum Supercube?


Ya boleh tetapi ibu mengandung yang mempunyai komplikasi atau risiko tinggi yang di bawah
pemantauan doctor digalakkan bertanya dahulu dengan doctor.
19. Adakah Supercube mempunyai kesan-kesan sampingan yang negatif?
Supercube dikategori sebagai makanan selamat dan ia adalah 100% semulajadi. Pelanggan boleh
merujuk kepada bahan-bahan untuk mengenal pasti sama ada alergik atau tidak terhadap bahan-
bahan di dalam Supercube. Jika terdapat sebarang kesan negatif, sila berhenti menggunakannya.
Osmanthus, Rose dan Lavender mempunyai kesan mengantuk. Elakkan minum sebelum
memandu atau sebarang aktiviti yang memerlukan anda untuk kekal fokus.

20. Di manakah Supercube dibuat?


Supercube adalah buatan Malaysia.

21. Adakah Supercube 100% organik?


Supercube adalah 100% semula jadi tetapi tiada sijil organik. Untuk mendapat sijil organik adalah
tidak mudah. Insyaallah semakin besar syarikat Supercube, kami akan memohon untuk mendapat
pengiktirafan organik.

22. Adakah Supercube memberi kesan detox?


Dalam perubatan moden, detox bermaksud kaedah yang digunakan oleh pihak hospital untuk
mengeluarkan bahan-bahan kimia seperti dadah apabila mereka ingin merawat pesakit. Akan
tetapi kini kebanyakan orang memahami detox adalah kesan sesuatu produk apabila ia
melawaskan dan ada juga kepercayaan produk-produk minuman boleh menyahkan toksin di
dalam badan. Supercube membantu memberi kesan lawas dalam penghadaman dan apa sahaja
keluar dari kesan lawas tidak dikaji dengan lebih dalam.

23. Bilakah waktu sesuai untuk mengambil atau minum Supercube?


Untuk set Osmanthus & Rose, masa yang terbaik untuk minum adalah satu jam atau dua jam
sebelum rancang untuk tidur. Tidak digalakkan minum pada waktu yang tidak membenarkan
anda untuk rehat atau tidur kerana ia berkemungkinan beri kesan mengantuk. Untuk set Red
dates & Gojiberry, masa terbaik adalah di waktu pagi akan tetapi tiada masalah untuk minum
pada bila-bila masa. Untuk set Ginger & Lavender, Ginger boleh diminum bila-bila masa apabila
rasa badan tidak selesa dan Lavender digalakkan minum di waktu ingin berehat. Lavender boleh
memberi kesan mengantuk juga.

24. Saya ingin kurus, set yang mana patut saya ambil?
Untuk ingin kurus, pelanggan perlu memahami kenapa pelanggan susah kurus terlebih dahulu.
Salah satu punca berat badan tidak ideal adalah kerana kurang tidur atau tidur tidak berkualiti.
Jika ini kemungkinan puncanya, pelanggan boleh mencuba Osmanthus & Rose. Osmanthus juga
mempunyai sifat “suppress appetite” atau tahan lapar dan boleh dijadikan sebagai minuman
malam pengganti snek-snek tidak sihat. Salah satu punca berat badan tidak ideal juga adalah
kerana penghadaman tidak baik. Jika ini puncanya, pelanggan boleh mencuba set Ginger &
Lavender yang membantu beri penghadaman baik dan melawaskan. Pelanggan juga boleh
tambah hirisan lemon di dalam air Supercube Ginger. Di siang hari, pelanggan juga boleh
menjadikan set Red dates & Goji berry untuk memberi tenaga jika ingin “diet” dan kurang kan
pengambilan makanan seperti nasi (sebagai meal replacement). Kesimpulannya, pelanggan perlu
mengenal pasti masalah mereka terlebih dahulu kenapa mereka sukar untuk mengawal berat
badan.

25. Berapa kalori di dalam 1 cube Supercube?


1 cube Supercube adalah 44kCal. Boleh rujuk maklumat nutrisi di kotak Supercube.

26. Bagaimanakah cara penyimpanan Supercube?


Supercube adalah semulajadi tanpa sebarang pengawet. Pelanggan hendaklah menyimpan di
dalam peti sejuk supaya tahan lama sehingga 2 tahun selepas tarikh pembuatan/manufacturing.
Penyimpanan di suhu bilik adalah bergantung kepada keadaan tempat simpan. Supercube boleh
bertahan di suhu bilik 3-5 bulan selepas tarikh pembuatan/manufacturing. Selagi tiada sebarang
kulat/putih-putih di permukaan Supercube, ia adalah selamat digunakan.

27. Berapa cube Supercube disarankan untuk ambil sehari?


Supercube adalah bukan ubat jadi tiada saranan cube untuk sehari. Seperti makanan dan
minuman lain, pelanggan boleh lah menilai mengikut gaya pemakanan dan kehidupan masing-
masing. Contohnya lelaki boleh mengambil lebih kalori dari perempuan, ibu
mengandung/menyusu anak juga boleh mengambil lebih kalori dari wanita lain. Selain faktor
kalori, diingatkan juga Supercube ada mengandungi gula semulajadi. Secara general, semua orang
dinasihati berpada-pada di dalam pengambilan sebarang makanan dan minuman.

28. Adakah Supercube mengandungi kafein?


Tidak. Supercube adalah 0 kafein.

29. Bolehkah lelaki mengambil Supercube?


Boleh. Supercube tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh menggangu lelaki malah ada
kajian mengatakan molasses bahan di dalam semua Supercube adalah bermanfaat untuk
kesuburan lelaki.

30. Bolehkah warga emas mengambil Supercube?


Boleh. Supercube adalah alternatif lebih baik dari air yang dibancuh menggunakan gula putih
atau susu pekat manis. Namun, warga emas yang mempunyai penyakit kronik digalakkan
bertanya kepada doctor terlebih dahulu.

31. Adakah Supercube sesuai untuk atlit?


Ya Supercube sesuai untuk atlit. Supercube mempunyai testimoni dari seorang pelari yang
merasakan Supercube membantu dalam memberi lebih tenaga kepadanya semasa sesi larian.
Supercube yang disarankan adalah set Nourish & Boost.

Anda mungkin juga menyukai