Anda di halaman 1dari 4

Konsep Perniagaan eCosway (as 26/05/2010)

8:43 PM in Advertising, Marketing by erissch

Konsep FREE STORE eCosway ini ialah Syarikat MENANGGUNG SEMUA kemudahan berikut:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Sewa bulanan Deposit permulaan kedai Renovasi kedai Infrastruktur (TV Plasma, Pemain DVD, Penyaman Udara, pemasangan CCTV,Komputer, Mesin swap kad kredit dan semua kelengkapan asas kedai ). Stok bernilai RM300,000-RM500, 000 Bil elektrik Promosi syarikat (Katalog, bunting, leaflet, DVD ) Penyelenggaraan kedai

Anda hanya perlu bayar:1. 2. 3. 4. Gaji pekerja. Bil telefon dan internet. Bil air. Insuran kedai RM1K + setahun (untuk melindungi kedai dari banjir, kebakaran dan kecurian)

Syarat-syaratnya yang perlu anda penuhi


1. Mesti mendaftar sebagai Business Owner BO eCosway dengan bayaran pendaftaran RM 100. 2. Wanita pemohon untuk mendapatkan kedai MESTI lah wanita kerana kebanyakan produk eCosway adalah barangan wanita. Lelaki boleh juga memohon menjadi BO dan mencalonkan isteri, adik perempuan atau kakak sebagai pemilik kedai bersama ataupun hanya mengembangkan perniagaannya dengan mencari network. 3. Umur 25 55 Tahun (kalau umur 21 pun tak apa, boleh je..jika anda matang dan mempunyai sifat keusahawanan) 4. Tahu Asas Komputer untuk mengendalikan mesin wang tunai, mesin kad kredit dan supaya mudah untuk anda memantau profil dan jualan dalam rangkaian kedai anda. 5. Hendaklah melibatkan diri sepenuh masa. 6. Masa operasi kedai 12 jam sehari dan 7 hari seminggu. (Kena ada pembantu) 7. Boleh menyediakan sekuriti deposit sebanyak RM 10K bersama 2 penjamin bergaji RM 3-3.5 k atau seorang penjamin jika bergaji RM 5k keatas. 8. LULUS temuduga yang dikendalikan oleh eCosway.

Bagaimana Nak Mohon FREE STORE ini??


1. Isi borang stokistship. 2. Pilih lokasi yang anda rasa sesuai dan ambil gambar serta buat sedikit kajian di kawasan tersebut antaranya kepadatan penduduk serta bilangan kaum dan anggaran pendapatan perkapita. 3. Buat Kertas Kerja (contoh dah ada, anda cuma ikut dan tokok-tambah apa yang patut) 4. Hantar borang dan Kertas Kerja anda kepada upline, dan upline akan semak dan hantar ke HQ. 5. Belajar tentang produk kerana itu akan ditanya dalam temuduga nanti. Nih kena pegi ke training center yang disarankan oleh upline..tapi kalau sibuk atau tempatnya jauhupline akan beri cd training tu. belajar dari cd pun, ok. 6. Aktifkan Extra Incentives EI dalam masa 30 hari selepas mendaftar. 1. Belian produk < 200 eV layak mendapat keuntungan runcit dan cawangan berganda sahaja 2. Belian produk = 200 eV (~RM 880) layak mendapat keuntungan runcit, cawangan berganda, 1 BPI dan 1 EI 3. Belian produk = 500 eV (~RM 2200) layak mendapat keuntungan runcit, cawangan berganda, 3 BPI dan 3 EI 4. Belian produk = 1000 eV (~RM 4400) layak mendapat keuntungan runcit, cawangan berganda, BPI dan EI yang tidak terhad 5. Untuk pemohonan stokis, pelaburan sebanyak 1000eV diperlukan. 7. Buat network sesikit denagn mencari Network BO dan VIP shoppers anda. 8. Tunggu untuk temuduga oleh pihak eCosway 9. Lulus temuduga akan di hantar latihan kerja selama 10 hari. 10. Langkah terakhir sebelum masuk meniaga, anda kena sediakan wang cagaran RM10,000. Wang cagaran tersebut bertujuan untuk menolak kerugian Syarikat eCosway sekiranya berlaku penyalahgunaan dalam pentadbiran harta syarikat. Jika anda ingin menarik diri dari perniagaan ini, syarikat akan memulangkan semula wang cagaran tersebut.

Pendapatan Dari eCosway


Pendapatan 1 Pendapatan dari Plan eCosway ini adalah komisyen 10% untuk 6 bulan pertama dari jumlah jualan kasar kedai anda. Bulan ke-7, komisyen ialah 10% untuk RM30,000 pertama dan 5% untuk baki seterusnya. Komisyen 5% jika kedai terletak di dalam pasaraya. Di KL, kebanyakan kedai melebihi RM100k sebulan. Jika sebulan kedai anda mendapat jualan kasar RM100,000, maka 10% dari RM100k..jumlah bersih yang anda akan dapat ialah RM10,000. Tak perlu bayar sewa, bil elektrik atau modal pusingan untuk stok, sebab tu semua cosway yang tanggung. Pendapatan 2 Pendapatan dari network anda. Setiap orang yang mendaftar sebagai ahli VIP di bawah anda, setiap pembelian mereka di mana-mana rangkaian kedai Cosway, anda berhak mendapat eV dari pembelian mereka. Begitu juga dengan mereka yang memohon untuk membuka stokis melalui anda, jika permohonan mereka berjaya, anda yang akan mendapat komisyen Branch Override, Branch Performance Incentive (BPI) dan Extra Incentive (EI) dari kedai mereka. Pendapatan 3 Melalui pendaftaran Umobile. Sekarang ni Umobile merupakan salah satu anak syarikat di bawah Berjaya Group. Jadi, sesiapa ahli eCosway boleh menggunakan talian Umobile 018 secara percuma ke no 018 yg lain. Mereka akan melebarkan rangkaian mereka diseluruh Malaysia dan masih lagi dalam proses untuk sampai ke Sabah dan Sarawak . Jika ada ahli mendaftar untuk eCosway Umobile di kedai anda, setiap kali proses pendaftaran anda akan mendapat komisyen RM 60/100.

Pendapatan 4 Melalui pemprosesan keahlian eCosway, setiap stokis layak untuk mendapat 4% dari nilai pendaftaran tersebut jika ahli tersebut menggunakan wang tunai sementara 2% jika ahli menggunakan kad kredit.

Pendapatan 5 Pendaftaran eCosway Ambank kad kredit serta kad debit. Setiap pendaftaran baru kad kredit/debit eCosway Ambank di kedai anda, anda layak mendapat RM50 untuk setiap satunya samada permohonan itu berjaya ataupun tidak. Dengan setiap penggunaan kad-kad tersebut, anda juaga meraih eV dan CVP yang mereka jana.

Khidmat Yang Kami Sediakan Untuk Anda..Sebagai BO kami..


1. Contoh Kertas Kerja samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris mengikut kesesuian anda. 2. Contoh Presentation dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 3. Senarai stokis eCosway yang terdapat di negeri tempat tinggal anda. Oleh itu, senang untuk anda fokus di tempat lain yang berpotensi dan jaraknya 1-2 km radius dari stokis yang sedia ada. 4. Kami juga sediakan CD untuk Product Training dan Marketing Plan supaya anda boleh memahami dengan lebih jelas dan memainkannya berulang kali. Setiap CD dijual dengan harga RM5 sahaja. 5. Memberi contoh-contoh soalan yang sering ditanya kepada BO semasa temuduga. 6. Nota/skrip produk (28 jenis produk) untuk memudahkan anda hafal dan ingat produk-produk tersebut sebagai persedian untuk temuduga. 7. Contoh-contoh risalah untuk anda edarkan supaya anda dapat memperkembangkan rangkaian BO dan ahli VIP anda. 8. Kami akan membantu anda bersama-sama mencari downline untuk anda, jika kami dapati anda betul-betul bersungguh-sungguh berusaha dan serius dalam perniagaan ini. 9. Sediakan latihan produk dan plan pemasaran secara live di pusat-pusat terpilih. 10. Jika anda sudah bersedia untuk ditemuduga, kami akan adakan Mock Interview terlebih dahulu dengan anda oleh pakar-pakar dari kumpulan kami supaya anda boleh diberi komen dan ulasan yang membina dari kami. Kami inginkan anda benar-benar bersedia dan lulus temuduga yang dilakukan oleh kakitangan Syarikat Cosway nanti. 11. Anda juga akan ditawarkan mengikuti rombongan ahli kumpulan kami ke negara-negara di mana eCosway sedang mengembangkan rangkaian stokisnya seperti Singapura, Brunai, Indonesia, Thailand dan Australia supaya anda dapat menjadi Mentor kepada rakyat nagara tersebut untuk menjadikan mereka BO di bawah network anda. Perniagaan eCosway juga akan dikembangkan ke negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom dan Germany dalam sedikit masa lagi. Cuba bayangkan, network anda bukan sahaja setakat di Malaysia, tetapi juga di negera-negara seperti di atas kerana konsep FREE STORE yang sama juga akan diterapkan ke negara-negara tersebut. 12. Bimbingan dari masa ke semasa. Setiap bulan ahli kumpulan kami akan mengadakan Roadshow ke seluruh Malaysia supaya dapat membimbing anda dan ahli baru yang anda perkenalkan.

Anda mungkin juga menyukai