Anda di halaman 1dari 12

 

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw
ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert
yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui
TEKS PENGACARA MAJLIS
KEBAKTIAN HARI MALAYSIA
opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa
2011 GEREJA-GEREJA
sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf 
KRISTIAN LIMBANG ANJURAN
ACS CAWANGAN LIMBANG
ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
16 SEPTEMBER 2011
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz
DISEDIAKAN OLEH:
PAUL BENSON ANAK DAVID JUIP
xcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv
bnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn
mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer
tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyu
iopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd
fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz
xcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbn
mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer
tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyu
 

MASA CUE ANN 1

7:15 pm Ketibaan para Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
 jemaah Kristian sekalian, aturcara majlis kita akan bermula sebentar lagi.
Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian
diminta mengambil tempat masing-masing.

7:20 pm Ketibaan para Para jemputan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
 jemputan sekalian,

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran


saudara dan saudari yang seiman dalam Tuhan Yesus
Kristus ke acara Kebaktian Hari Malaysia 2011 Gereja-
gereja Kristian Limbang anjuran ACS Cawangan
Limbang bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia
yang kita sambut pada hari ini dan sekaligus sambutan
Hari Kemerdekaan yang ke 54.
 

MASA CUE ANN 2

7:30 pm Nyanyian Lagu Saudara dan saudari yang seiman dalam Tuhan Yesus
Negaraku Kristus serta hadirin sekalian diminta berdiri bagi
menunjukkan tanda hormat kita dalam kita bersama-
sama menyanyikan lagu kebangsaan kita, Negaraku.

Selesai lagu Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian


Negaraku dijemput duduk.

Setelah semua Daun Layu di tengah gurun


hadirin berada di Nampak jalur pohon cemara
tempat duduk Tradisi dulu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Telebih dahulu, syukur kita kepada Tuhan kerana


kesempatan yang telah disediakan bagi kita pada hari
ini, dalam kita menghayati suasana Hari Kemerdekaan
Negara kita yang ke-54 serta khasnya pada hari ini kita
memperingati Hari Ulangtahun Pembentukan Malaysia
yang ke-48.

Yang Berbahagia Rev Fr. Peter Hwang


Paderi Gereja Katolik St. Edmund, Limbang, selaku
Penasihat Jawatankuasa Pengelola.

Yang Berbahagia Pastor Patrict Balang


Pastor Gereja SIB Bandar Limbang, selaku Pengerusi
ACS Cawangan Limbang.

Yang Berusaha Rev. Fr. Ejau Jayan


Paderi Gereja Anglikan St. Mark, Limbang, selaku
Timbalan Pengerusi ACS Cawangan Limbang.

Yang Berusaha Rev. Wong Che Sing, dari Gereja


Methodist selaku wakil Ketua gereja Methodist.

Yang Berusaha Pastor Robert Danar, dari Gereja SIB


Batu Biah selaku wakil Ketua gereja SIB.
 

Saudara Peter Puro Katir, Merangkap Pengerusi


Pengelola Kebaktian Hari Malaysia 2011 Gereja-gereja
Kristian Limbang anjuran ACS Cawangan Limbang

Para Ahli Jawatankuasa Persatuan Gereja-Gereja


Sarawak Cawangan Limbang 2010-2011.

Para Ahli Jawatankuasa Pengelola Kebaktian Hari


Malaysia 2011 Gereja-gereja Kristian Limbang anjuran
ACS Cawangan Limbang

Katekis-katekis, Pastor-pastor, Pemimpin-pemimpin doa,


Ketua-ketua sembahyang, Ketua-ketua Kaum, ketua-
ketua jabatan kerajaan dan swasta, rakan-rakan media,
hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

MASA CUE ANN 3


 

Ucapan alu-aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka


Pengerusi ACS Sayang pesanan terlupa sudah
Cawangan Majlis bermula tirai dibuka
Limbang, Pastor  Dengan alunan madah nan indah
Patrick Balang.
Pohon rambai tumbuh melata
Burung helang di pohon cemara
Salam damai pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi


kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita
bersama-sama sekali lagi dalam acara Kebaktian Hari
Malaysia 2011 Gereja-gereja Kristian Limbang anjuran
ACS Cawangan Limbang, yang pada tahun ini
dikelolakan oleh Gereja Katolik St. Edmund, Limbang.
Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu
 jemputan, para tetamu, tuan-tuan, puan-puan serta
hadirin sekalian ke acara ini.

Hadirin yang dihormati,


Bagi meneruskan majlis pada malam ini, majlis
dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang
Berbahagia Pastor Patrict Balang, selaku Pengerusi
ACS Cawangan Limbang.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Setelah selesai Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yang


ucapan Berbahagia Pastor Patrict Balang, selaku Pengerusi
ACS Cawangan Limbang. Pihak majlis mengucapkan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Pastor Patrict
Balang atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

MASA CUE ANN 4


 

Doa Pembukaan Kalau pergi ke Tanjung Keramat


oleh Rev. Fr. Ejau Singgah sebentar rumah Cik Samad
Jayan Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, dipersilakan


Yang Berusaha Rev. Fr. Ejau Jayan Paderi Gereja
Anglikan St. Mark, Limbang, selaku Timbalan Pengerusi
ACS Cawangan Limbang, untuk memimpin kita dalam
doa pembukaan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Setelah selesai Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


Doa pembukaan terima kasih kepada Yang Berusaha Rev. Fr. Ejau Jayan
atas bimbingan doa itu tadi

MASA CUE ANN 5


 

Sesi Puji dan Hadirin sekalian,


Sembah dipimpin
oleh FIAT Majlis diteruskan dengan Sesi Puji dan Sembah yang
Limbang. akan dipimpin oleh kumpulan Muda-mudi Gereja Katolik
St. Edmund, Limbang, FIAT Limbang.
Dengan ini majlis menyerahkan aturcara yang
seterusnya kepada FIAT Limbang.

Setelah selesai Majlis merakamkan penghargaan kepada kumpulan


sesi puji dan Muda mudi Gereja Katolik St. Edmund, Limbang atas
sembah pimpinan didalam sesi puji dan sembah tadi. Tidak lupa
 juga kepada para hadirin sekalian di atas penglibatan
aktif dalam memuji dan menyembah keagungan Tuhan.

MASA CUE ANN 6

Pembacaan Injil Para jemputan serta hadirin yang dihormati sekalian,


 

dan Khutbah oleh


Rev. Fr. Peter  Majlis diteruskan lagi dengan sesi pembacaan Injil dan
Hwang khutbah yang akan disampaikan oleh Rev. Fr. Peter 
Hwang, Paderi Gereja Katolik St. Edmund, Limbang.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Setelah selesai Demikianlah tadi Pembacaan serta perkongsian


Pembacaan Injil daripada injil yang telah disampaikan oleh Rev. Fr. Peter 
dan khutbah Hwang, yang juga selaku Penasihat Jawatankuasa
Pengelola.

MASA CUE ANN 7

Tangguk/ kutipan Bagi meneruskan acara kita pada malam ini, sebentar 
dijalankan. lagi tangguk ataupun kutipan derma akan diadakan.
 

Tujuan kutipan ini nanti adalah bagi menyokong aktiviti-


aktiviti yang dijalankan oleh ACS Cawangan Limbang,
seperti, Walk for Jesus, Rumah Terbuka Hari Krismas,
Christmas Caroling dan acara seperti yang dijalankan
pada malam ini.
Acara ini akan diiringi persembahan nyanyian daripada
koir Gereja Katolik St. Edmund, Limbang dan selepas itu
satu sesi Doa Penyembahan akan disempurnakan oleh
Pastor Michael Siu dari Limbang Evangelical Church
(LEC).

Sebaik selesai Majlis merakamkan penghargaan kepada Pastor Michael


Doa Siu di atas doa penyembahan tadi. Kepada para
Penyembahan  jemputan dan para hadirin yang telah menyumbang
oleh Pastor dari dengan ikhlas bagi kutipan tadi, majlis ingin
LEC. merakamkan terima kasih kepada anda semua, semoga
persembahan anda diberkati oleh Tuhan.

MASA CUE ANN 8

Doa Permohonan Hadirin yang dihormati,


1. English Majlis akan menyediakan ruang dan kesempatan ini bagi
2. Iban kita bersama-sama menaikkan doa permohonan kita
 

3. Malay kepada Tuhan. Oleh yang demikian, doa-doa ini nanti


4. Chinese akan dibimbing oleh wakil-wakil daripada setiap gereja
serta disampaikan dalam pelbagai bahasa.
Susunan doa permohonan kita adalah seperti berikut,
untuk;
1. Negara Malaysia ~ B. Inggeris (RC)
2. Para Pemimpin Malaysia ~ B. Iban (Anglikan)
3. Keamanan dan kebebasan ~ B. Malaysia (SIB bt.2)
4. Perpaduan / persefahaman dan rasa hormat di
kalangan rakyat Malaysia ~ B. Cina (Methodist)

Majlis dengan ini mempersilakan para pendoa bagi


mengambil alih aturcara Doa Permohonan ini.
Dipersilakan.

Selesai sesi Doa Majlis merakamkan penghargaan di atas pembawaan


Permohonan doa permohonan tadi, semoga doa kita dirahmati Tuhan.

MASA CUE ANN 9

Pemberkatan Hadirin dan hadirat yang dihormati,


oleh Rev. Fr.
Peter Hwang. Berakhirlah sudah acara Kebaktian Hari Malaysia 2011
Gereja-gereja Kristian Limbang anjuran ACS Cawangan
 

Limbang bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia


yang kita sambut pada hari ini dan sekaligus sambutan
Hari Kemerdekaan yang ke 54.
Walaubagaimanapun acara yang dijalankan akan
diteruskan
dengan jamuan yang disediakan di luar gereja.
Saya bagi pihak majlis ingin sekali lagi mempersilakan
Rev. Fr. Peter Hwang bagi menyempurnakan sesi
Pemberkatan sekali gus mengakhiri acara kebaktian kita
pada malam ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selesai Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas


pemberkatan pemberkatan yang telah disempurnakan oleh Rev. Fr.
Peter Hwang tadi.

MASA CUE ANN 10

Lagu penutup. Para jemputan serta hadirin sekalain,


Saya mewakili pihak AJK Pengelola ingin merakamkan
 jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
menjayakan dan hadir ke Acara kebaktian kita ini dan
sebelum kita bergerak ke aturcara di luar gereja, majlis
 

di akhiri dengan dua rangkap pantun :

Di atas dahan pohon tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi

Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Terimalah persembahan lagu penutup yang akan


disampaikan oleh koir Gereja Katolik St. Edmund,
Limbang.

Selesai lagu Sekian terima kasih. Allah memberkati kita. Sekiranya


penutupan. dipanjangkan usia, kita berjumpa lagi di aturcara
Kebaktian Hari Malaysia di tahun hadapan.
Saya, Paul Benson anak David Juip, Pengacara Majlis
pada mala mini mewakili seluruh AJK Pengelola
mengucapkan Selamat Hari Malaysia.
SATU!!! X3
Sekian,semoga Allah memberkati kita.

Anda mungkin juga menyukai