Anda di halaman 1dari 17

Panduan Mudah

Dropship
Menggunakan
1688.com
Di website 1688.com merupakan website yang sepenuhnya berbahasa mandarin. Jika anda tidak
tahu bahasa mandarin tidak ada masalah, ini kerana anda berniaga online anda boleh
menggunakan google chrome untuk menterjemahkan bahasa mandarin ke bahasa inggeris dengan
cara clik mouse sebelah kanan dan translate to english seperti dibawah

Untuk membuat dropship di 1688.com ada beberapa website yang menawarkan penghantaran
barang dari china ke worldwide. Berikut adalah 2 website yang boleh anda gunakan

1. Free Shopping China(FSC) (www.freeshoppingchina.com)


2. Css buy ( www.cssbuy.com)
FSC menawarkan 4 jenis service iaitu

1. Personal shopper
2. Wholesale Shopper
3. Dropshipping no stock
4. Dropshipping inventory stock

1. Personal Shopper

Personal shopper adalah untuk pengguna yang hanya ingin beli barang untuk keperluan diri sendiri.
Anda hanya perlu copy link dari website 1688 dan postkan di website FSC untuk mereka tolong
belikan bagi pihak anda. Prosesnya adalah seperti gambar di bawah:
2. Wholesale shopper

Wholesale shopper adalah pemborong dan peniaga runcit yang ingin berniaga secara kecil-kecilan
untuk simpan stok sendiri. anda boleh rujuk prosesnya seperti gambar di bawah:

160
3. Dropshipping no stock
Dropshipping no stock adalah proses anda order dari 1688 hantar ke SFC kemudian dari SFC terus
hantar ke customer anda. Untuk lebih mudah faham anda boleh rujuk gambar di bawah:

4. Dropshipping inventory stock

Kaedah ini adalah sama seperti Dropshipping no stock, apa yang membezakannya adalah anda
simpan stok barang anda di SFC untuk hantar satu-satu unit ke alamat customer anda di ebay

Kelebihan dropshipping investory stock ni anda dapat jimat banyak masa proses penghantaran dari
1688 ke SFC. Keduanya anda boleh jimat wang dengan membeli dalam kuantiti yang lebih banyak

Saya lebih suka kaedah ini sebab dapat hantar ke customer lebih pantas.

161
Sebelum anda menggunakan service dropshipping mode sama ada zero stock ataupun no stock, anda
perlu membuat pengiraan anggaran dengan menggunakan calculator seperti di bawah. Ini kerana
mengikut pengalaman saya, tak semua barang boleh di hantar melalui SFC service.

Ada sesetengah barang, jumlah kesuruhan kos adalah lebih tinggi dari harga jualan oleh pesaing anda
di ebay.

Oleh itu, saya sarankan anda gunakan service di SFC untuk barang-barang yang ringan sahaja seperti
pakaian, alat tulis dan sebagainya.

Di bawah adalah contoh anggaran kos keseluruhan untuk sampai ke destinasi customer. Saya
sarankan anda menggunakan shipping e-packet kerana ianya sampai lebih pantas ke USA dan paling
murah berbanding shipping company yang lain

162
Untuk sampai ke USA ambil masa 15 sehingga 20 hari. Tapi anda kena ingat jika anda menggunakan
dropshipping zero stock saya sarankan anda beli dahulu di 1688 dan hantar ke FSC untuk
mempercepatkan proses sampai dari supplier di 1688 ke warehouse FSC.

Setelah anda create akaun, dan log in ke website SFC pastikan anda memilih dropshipping mode
seperti di bawah untuk activate kan fungsi dropshipping zero stock dan non zero stock

163
Jika anda termasuk ke dalam service mode, anda akan nampak notifikasi seperti di bawah

Jika anda termasuk ke bahagian service mode, anda pergi semula ke bahagian muka hadapan SFC
dan log in menggunakan dropshipping centre seperti di bawah

164
Barulah anda dapat masuk ke service dropshipping mode untuk buat place order dan seterusnya
seperti di bawah

Jika anda telah selesai membuat order, anda boleh semak di bahagian my account> my order, untuk
tahu status terkini barang anda sama ada telah sampai ke warehouse SFC ataupun tidak. Contoh
seperti gambar di bawah

165
Setelah barang anda sampai di warehouse SFC, anda boleh proses barang untuk untuk repack dan
timbang sekali lagi untuk proses menghantar ke alamat customer anda. Proses ini akan ambil masa
24 jam. Selepas 24 jam anda boleh semak di bahagian my account untuk mengetahui jumlah sebenar
berat dan dimension parcel anda untuk hantar ke alamat customer anda seperti di bawah

Setelah anda klik button pay now, paparan seperti berikut akan muncul

166
Anda akan dapat tahu berapa dimension sebenar parcel anda dan berat sebenar untuk hantar ke
alamat customer anda di ebay.

Sila isikan di ruangan customs declaration CN22 untuk declare nama barang anda, bilangan unit dan
anggaran harga produk anda.

Langkah seterusnya masukkan alamat customer anda seperti di bawah

167
Setelah selesai isi maklumat customer, langkah seterusnya adalah anda pilih shipping company yang
anda ingin gunakan untuk hantar ke alamat customer seperti di bawah

Jika customer anda adalah di USA, saya sarankan untuk anda menggunakan e-packet, kerana service
ini khas untuk pembeli dari USA sahaja. Proses lebih cepat sampai dan ada tracking number. Tapi
syaratnya berat barang itu mestilah di bawah 2kg.

Anda boleh rujuk di bawah untuk maklumat lanjut epacket requirement

168
Setelah anda semak alamat customer dan semuanya telah lengkap, anda boleh proceed ke langkah
seterusnya untuk buat bayaran shipping ke dua iaitu bayaran shipping dari warehouse SFC ke alamat
customer anda seperti di bawah

169
Jika anda tidak tahu bagaimana hendak menggunakan website SFC saya sarankan anda meluangkan
sedikit masa untuk explore bagaimana hendak mendaftar di website SFC, membuat order, top up
duit di akaun SFC dan banyak lagi seperti di bawah

SFC website telah sediakan tutorial yang cukup detail untuk anda belajar proses bagaimana nak buat
order sehinggalah proses untuk hantar ke customer.

Anda hanya perlu belajar sekali sahaja, dan ianya mungkin makan masa anda 1-3 jam waktu mula-
mula anda study. Tapi percayalah ianya sangat berbaloi kerana setelah anda mahir anda boleh
menghasilkan pendapatan sampingan yang lebih besar dari pendapatan anda sekarang.

Website ke 2 yang anda boleh gunakan adalah wesbite CSSBUY


(http://www.cssbuy.com/shipforme.php)

170
DI CSS BUY ada menawarkan service ship for me, maksudnya anda boleh beli sendiri di taobao atau
1688 dan hantar ke warehouse cssbuy untuk mereka bantu anda poskan ke alamat customer anda di
oversea

Untuk makluman anda, FSC dan CSSBUY adalah berkongsi alamat warehouse yang sama, anda boleh
semak di website mereka untuk dapatkan alamat customer. Kedua-dua website ini adalah third party
company. Mereka menyediakan service penghantaran ke seluruh dunia sebagai agent untuk
memberi peluang kepada customer/dropshipper membeli barang di website china seperti 1688.com

Jika anda menggunakan service cssbuy ship for me, anda dapat jimat banyak duit dari bayar service
fees kepada mereka, anda hanya perlu bayar shipping charges yang mereka kenakan untuk bantu
anda pos ke alamat customer anda di USA, UK dan worldwide

Anda boleh kira berapa anggaran kos sebelum menggunakan service ship for me di cssbuy.com
seperti di bawah:

Kosongkan ruangan produk price jika anda yang beli sendiri di taobao or 1688.

Boleh rujuk di sini http://www.cssbuy.com/page.php?action=estimates

171
Jika anda masih tidak faham cara menggunakan service di cssbuy anda boleh contact di bahagian
customer support mereka di cssbuy. Mereka sangat friendly untuk membantu anda

Anda boleh baca tutorial di bahagian bawah website cssbuy seperti gambar di bawah:

Selain itu anda boleh juga contact person yang incharge di website cssbuy untuk bantu anda
menggunakan service mereka seperti dibawah. Insha Allah mereka akan layan segala pertanyaan
anda 24 jam, anda boleh whatsapp mereka untuk dapatkan bantuan segera.

172
Saya ucapkan selamat maju jaya! Semoga anda berjaya membuat sale yang banyak di ebay dan
mendapat kurang pesaing berbanding menggunakan supplier di aliexpress.com!

173

Anda mungkin juga menyukai