Anda di halaman 1dari 3

SOALAN 4

Planet Lestari Sdn. Bhd. adalah pengilang botol air plastik yang boleh dikitar semula.
Tempoh perakaunan syarikat berakhir pada setiap 31 Disember. Maklumat aset tak ketara
syarikat adalah seperti berikut:

1. Baki awal aset tak ketara

Baki aset tak ketara pada 1 Januari 2020 adalah seperti berikut:

Perisian komputer Paten

RM RM

Kos 296,000 84,000

Pelunasan terkumpul 148,000 -

Amaun bawaan 148,000 84,000

2. Teknologi pengeluaran baru

Planet Lestari sedang membangunkan teknologi pengeluaran baru yang telah


dimulakan pada bulan Mei 2020. Teknologi ini dijangka dapat dipatenkan apabila
selesai nanti dan boleh dikomersialkan. Anggaran belanja bagi projek ini berjumlah
RM850,000. Amaun berjumlah RM170,980 telah dilibatkan dalam tahun semasa yang
masih berada dalam fasa penyelidikan.

3. Paten

Paten telah diperolehi dari Jitu Tech Sdn. Bhd. pada 1 Disember 2019 dengan kos
berjumlah RM84,000. Teknologi dari paten ini hanya digunakan dalam proses
pengeluaran bermula tahun 2020. Dokumen paten memberi hak eksklusif untuk
menggunakan teknologi yang dipatenkan selama 8 tahun lagi namun Planet
Lestari menjangka akan bertukar kepada teknologi baru yang sedang
dibangunkan dalam tempoh 6 tahun lagi.
4. Polisi perakaunan bagi perlunasan aset tak ketara
a) Aset tak ketara dilunaskan berdasarkan kaedah garislurus. Perlunasan
dikenakan satu tahun penuh pada tahun aset diperolehi dan tidak dikenakan
pada tahun aset dilupuskan.

b) Perisian komputer dilunaskan bagi tempoh 4 tahun. Belanja perlunasan bagi


perisian komputer untuk tahun 2020 ialah RM73,700.

c) Perlunasan paten bergantung kepada tempoh perlindungan atau usia guna


ekonomi yang dijangka.

d) Planet Lestari memilih untuk menggunakan piawaian MFRS bagi


menyediakan laporan kewangannya.

Dikehendaki:

a) Jelaskan dengan merujuk kepada MFRS 138 Intangible Assets:

i. Perbezaan perlakuan perakaunan bagi aset tak ketara dengan usia guna tidak terhad dan
aset tak ketara dengan usia guna terhad.

JAWAPAN:

Mengikut MFRS 138 perlakuan perakaunan bagi aset tak ketara dengan usia
guna tidak terhad tidak akan dilunaskan tetapi akan diuji untuk rosotnilai
secara tahunan manakala aset tak ketara dengan usia guna terhad akan
dilunaskan dan ujian rosot nilai perlu dilakukan jika ada petunjuk rosotnilai.

ii. Samada belanja yang dilibatkan dalam tempoh semasa untuk membangunkan teknologi
pengeluaran baru boleh dipermodalkan.

JAWAPAN:

● MFRS 138 menetapkan semua belanja dalam fasa penyelidikan perlu diiktiraf
sebagai belanja dalam tempoh ia dilibatkan.
● Hanya belanja dalam fasa pembangunan boleh dipermodalkan dengan syarat
kriteria tertentu yang ditetapkan oleh MFRS 138 dipenuhi.
● Jika daya maju ekonomi dapat dibuktikan ke atas aset yang dibangunkan.
iii. Bagaimana paten yang telah diperolehi perlu diakaunkan.
JAWAPAN:

● Mengikut MFRS 138 paten adalah aset tak ketara yang perlu dipermodalkan.
● Paten dilunaskan untuk tempoh 6 tahun berdasarkan usia guna ekonomi
walaupun perlindungan yang diberi ialah 8 tahun.

b) Tunjukkan bagaimana aset tak ketara akan didedahkan dalam Penyata Kedudukan
Kewangan pada 31 Disember 2020 (pendedahan di badan penyata dan dalam bentuk
nota).

JAWAPAN:

PLANET LESTARI SDN BHD.


PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN PADA 31 DISEMBER 2020

ASET: Nota RM

Aset Tak Ketara: 1 144,300

Nota Bagi Penyata Kedudukan Kewangan Pada 31 Disember 2020:

Nota 1: Aset Tak Ketara

Perisian Komputer Paten Jumlah


(RM) (RM) (RM)

Kos 296,000 84,000 380,000

(-) Pelunasan Terkumpul =148,000 + 73,700 =84,000/6 235,700


=221,700 =14,000

Amaun Bawaan 74,300 70,000 144,300

Anda mungkin juga menyukai