Anda di halaman 1dari 11

KURSUS

GGGA2123 INOVASI DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SEMESTER 1 2021/2022

TAJUK
10 TEKNOLOGI INOVASI DALAM PENDIDIKAN SUKAN DAN REKREASI

PENSYARAH
LT KOL. MOHD JASMY ABD RAHMAN

NAMA
LING HUNG ER

NO MATRIK
A179438
10 TEKNOLOGI INOVASI DALAM PENDIDIKAN SUKAN DAN REKREASI

1. SMARTSPEED Timing Gate System

SMARTSPEED Timing Gate System telah ditubuhkan oleh VALD, sebuah pasukan
yang memfokuskan teknologi penilaian manusia yang inovatif kepada pasukan sukan elit,
universiti dan jabatan pertahanan di seluruh dunia. Sistem SMARTSPEED adalah satu sistem
pengiraan masa yang tepat serta mempercepatkan proses pengumpulan data ujian kecergasan.
Dalam pendidikan sukan dan rekreasi, pelbagai jenis ujian kelajuan dan ketangkasan akan
dijalankan untuk mengenal pasti kemampuan atlet dan pelajar. Jadi, sistem SMARTSPEED
yang menggunakan teknologi wayarles akan memanfaatkan pendidik kerana ia mudah
dipasang dan dibawa ke mana-mana sahaja. Selain itu, sistem ini mempunyai aplikasi telefon
IOS dan Android di mana semua keputusan akan disimpan secara automatik dan pengguna
boleh menyemak keputusan mereka melalui aplikasi tersebut. Bukan untuk ujian sahaja, sistem
SMARTSPEED juga sesuai untuk latihan kumpulan besar kerana ia boleh menyokong
sehingga 8 landasan. Selepas atlet melintasi laser yang terletak di garisan permulaan, masa
hanya dihentikan apabila mereka melintasi laser yang terletak di garisan penamat. Pengiraan
masa akan dimulakan semula apabila laser di garisan permulaan dilintasi oleh atlet seterusnya
dan tidak perlu diset semula oleh pemeriksa. Di samping itu, unit SMARTSPEED juga dibina
dengan bahan kalis air yang bertahan lama dan sedia dalam cuaca hujan, hujan batu atau cerah.
Oleh itu, kemungkinan SMARTSPEED boleh dikatakan tidak terhad. Idea seperti larian ulang-
alik, latihan reaktif, ujian beep, ujian langkah dan penyelidikan akan dipertingkatkan serta
menghasilkan idea baharu dengan bantuan sistem SMARTSPEED. Secara ringkas, lampu
berkelip, cabaran baharu dan maklum-balas masa sebenar oleh sistem SMARTSPEED akan
memotivasikan atlet dan pelajar untuk menghulurkan 100% usaha dalam setiap sesi latihan dan
ujian.
2. Oculus Quest 2

Oculus Quest 2 adalah produk realiti maya yang dibangunkan oleh Facebook selepas
memperoleh Oculus pada Mac 2014. Oculus Quest 2 dilengkapi dengan set kepala VR dan dua
pengawal tangan yang membolehkan pengguna menikmati alam maya yang amat menarik.
Pelbagai permainan kecergasan Quest 2 seperti SUPERNATURAL, FITXR, VZFIT, Racket: NX
dan lain-lain telah menyediakan pengalaman sukan yang berbeza kepada pengguna. Quest 2
boleh dikatakan adalah pujukan yang sangat berkesan kepada sesiapa yang mendapati dirinya
susah untuk bermula senaman dan latihan. Apabila pengguna menikmati permainan kecergasan
dalam Quest 2, mereka sedang membakar kalori mereka secara beransur-ansur. Jika Oculus
Quest 2 diaplikasikan ke dalam pengajaran atau latihan sukan, pelajar tidak mudah berasa
bosan dan akan dimotivasikan untuk mencuba realiti maya yang agak cabar. Dalam alam maya,
pelajar akan dibawa ke adegan yang berbeza, bukan gim, stadium, kelas, tetapi persekitaran
baharu, muzik baharu dan urutan pergerakan baharu. Pada zaman teknologi yang canggih ini,
latihan yang dijalankan dalam alam maya akan menjadi satu trend yang mendorong masyarakat
untuk bersukan dan bersenam. Oculus Quest 2 bukan sahaja meluaskan pemandangan pelajar,
tetapi juga memberikan pengalaman yang kagum dalam bidang sukan.
3. Dynavision D2

Dynavision D2 telah ditubuhkan pada akhir 1990-an, tetapi dibangunkan lagi selepas
Dynavision Global Holdings membeli Syarikat pada 1 Oktober 2019. Tidak sama dengan
sistem latihan reaktif lain, Dynavision D2 ialah satu sistem kecergasan yang menggabungkan
tachistoskop. Latihan tachistoskop yang menggunakan papan lampu interaktif (64 sasaran 3D)
akan membantu atlet meningkatkan masa tindak balas, kesedaran visual, koordinasi tangan-
mata serta meningkatkan prestasi mereka. Selain daripada prestasi atlet, Dynavision D2 juga
digunakan dalam pemulihan klinikal untuk menangani defisit visual, kognitif dan motor.
Dynavision D2 sesuai diguna oleh semua peringkat umur, tahap dan keadaan. Di samping itu,
seting Dynavision D2 juga boleh dilaraskan mengikut keperluan pengguna seperti warna lampu,
ketinggian, lokasi, kekerapan dan tempoh. Tachistoskop yang akan dipancarkan atas papan
lampu interaktif adalah nombor, huruf, perkataan, matematik dan ikon. Secara keseluruhan,
latihan NeuroVisual mungkin tidak dipertimbangkan oleh ramai atlet tetapi Dynavision D2
boleh dijadikan alat bantuan dalam latihan mereka untuk mencapai prestasi dan kelebihan yang
memanfaatkan mereka.
4. Dinding Latihan Pintar

Dinding latihan pintar merupakan teknologi yang dibangunkan oleh WallJAM dan
telah merevolusikan sukan bola melalui teknologi panel pintar yang canggih. Dinding latihan
pintar ini boleh menghubungkan pemain dengan orang lain melalui liga dalam talian dan ia
menjejaki markah pemain berdasarkan kuasa, ketepatan dan kuasa pukulan bola. Konsep
dinding latihan adalah untuk meningkatkan kecergasan dan teknik pemain sambil menanda
aras prestasi dan perkembangan mereka. Selain itu, dinding latihan juga dilengkapi dengan jam
randik yang mengehadkan masa sepakan bola dan lampu LED yang menyerlahkan sasaran
sepakan seterusnya. Peranti pintar yang mempunyai 17 inci muka skrin sentuh boleh
mengendalikan dinding latihan ini melalui aplikasi WallJAM. Di samping itu, paparan dinding
latihan telah menggunakan teknologi LED yang paling terkini bagi memastikan grafik jelas
dan mudah dibaca pada hari yang paling terang. Paparan ini adalah sama dengan paparan besar
yang digunakan di padang bola sepak di mana mampu menahan hentaman bola dan cuaca yang
melampau.
5. BlazePod

BlazePod adalah sistem latihan refleks kilat pertama yang ditubuhkan pada tahun 2017.
BlazePod menawarkan pod dengan penderia, kesambungan dan pencahayaan terbina yang
mengarahkan senaman pengguna. Pod ini menyokong sambungan automatik dan mempunyai
jarak wayarles sehingga 40 meter yang memudahkan pemasangan dan pembawaan.. Selain itu,
8 pilihan warna lampu LED RGB telah ditawarkan iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru
muda, biru gelap, ungu dan merah jambu. Bahan pod yang digunakan amat tahan lama dan
kalis air, justeru menjadikannya sesuai untuk senaman dalaman dan luaran. Di samping itu,
reka bentuk pod yang tahan smesy telah membolehkan ketukan ringan dari kaki pengguna, bola
dinding berat, sarung tangan tinju, dan sebagainya. Pasukan BlazePod juga membangunkan
aplikasi telefon yang menawarkan pilihan aktiviti bagi setiap matlamat sukan dan kecergasan.
Arahan dan video demo telah ditunjukkan dalam aplikasi supaya mudah diikuti oleh semua
pengguna. Tambahan pula, pengguna juga boleh menyesuaikan dan mengawal setiap aspek
aktiviti yang diperlukan seperti isyarat visual, stesen, pemain, warna terang dan lain-lain
melalui aplikasi tersebut. Keputusan akan dijejak dan dianalisis secara automatik dalam
aplikasi serta membantu pengguna lebih fokus kepada latihan dijalankan. Aplikasi BlazePod
yang boleh merekod dan menganalisis telah menjadikan banyak jurulatih menjalankan ujian
prestasi atlet dengan BlazePod kerana ia boleh mengelakkan kesilapan manusia dan menjamin
ketepatan ujian.
6. PAVIGYM Sprint 3.0

Sprint 3.0 ialah sistem garis linear komputer yang dibangunkan oleh PAVIGYM dan
digunakan untuk meningkatkan daya tahan aerobik dan anaerobik. Sistem Sprint 3.0
menyepadukan teknologi cahaya, bunyi, lantai sensitif tekanan dan teknologi pecutan.
Pengguna boleh memilih satu lorong sahaja, yang membolehkan mereka berlumba dengan
komputer dan merekodkan prestasi mereka untuk membandingkan dengan orang lain. Bagi
mendapat pengalaman litar lumba yang sebenar, pengguna juga boleh memautkan berbilang
lorong dalam mod asas di mana pengguna digalakkan untuk berlari dari satu hujung trek ke
satu lagi sepantas yang mereka boleh. Jika berlari lurus untuk jarak yang jauh, kami mungkin
berasa santai. Tetapi larian dengan irama, pecutan, penyahpecutan untuk mencapai sasaran dan
menukar arah adalah satu cabaran yang berbeza dan lebih produktif. Semua ini kita boleh
mengalami dengan trek Sprint 3.0 dan hanya perlu mengetik beberapa butang pada panel skrin
sentuh untuk menghidupkan mod trek yang lebih maju. Mod tersebut amat menggalakkan
pengguna untuk mengalahkan komputer dan menjadi pemain terbaik dalam kelab. Trek Sprint
3.0 mempunyai kelebihan yang ketara berbanding dengan peralatan kardiovaskular
konvensional kerana ia membimbing pengguna dalam setiap aktiviti. Ia telah menggabungkan
kelajuan, ketangkasan, latih tubi imbangan dan aktiviti kardiovaskular yang progresif. Jadi, apa
yang pengguna perlu tentukan ialah kelajuan dan tahap masa yang mereka inginkan.
7. CycloBEAT

CycloBEAT adalah satu sistem yang dibangunkan oleh CSE Entertainment dan
menjadikan sukan berbasikal ke sukan dalaman. CycloBeat amat menarik dan boleh diakses
oleh semua pengguna kerana program yang dijalankan boleh diubah suai mengikut keperluan
peserta. CycloBEAT ialah permainan pantas yang meningkatkan degupan jantung dan cabaran
kognitif. Pengguna akan bersaing bersama untuk melihat siapa yang terpantas di trek atau
mencabar diri untuk meningkatkan rekod peribadi. Pemenang tidak ditentukan oleh tahap
kecergasan, tetapi berasaskan kuasa dan kadar degupan jantung. Pengguna akan memakai tali
degupan jantung sepanjang sesi permainan bagi merekodkan tanda vital mereka. Jadi,
pengguna perlu bijak dalam mengekalkan peratusan sasaran (sama ada output kuasa maksimum
atau kadar jantung maksimum). Selain itu, pengguna tidak perlu mengayuh dengan paling
sukar untuk menang, tetapi harus mengetahui di mana untuk mempercepatkan dan di mana
untuk memperlahankan. Sasaran dan intensiti akan berubah sepanjang perlumbaan seperti
senaman intensiti tinggi dan pemulihan aktif. Program CycloBEAT telah direka oleh
profesional kecergasan supaya semua pengguna boleh menyertai latihan pintar pada tahap
kecergasan sendiri.
8. Active Arcade

Active Arcade merupakan satu aplikasi telefon percuma yang dibangunkan oleh NEX
Team Inc. Ia boleh dimuat turun oleh pengguna telefon IOS dan Android. Active Arcadse
ialah pandangan baharu tentang cara menjadi aktif sambil berseronok. Ia meletakkan pengguna
di dalam permainan dan menggunakan pergerakan badan semula jadi mereka sebagai pengawal
permainan. Elemen interaktif telah menjadikan pengguna berasa tenggelam dalam jenis
permainan yang baharu ini. Active Arcade dibina untuk sesiapa sahaja, pengguna tidak perlu
membeli peralatan mahal, tidak ada rutin tegar dan tidak ada peralatan yang perlu pakai. Apa
yang perlu pengguna buat ialah sandarkan telefon atau tablet pada objek pegun seperti kerusi,
botol air atau dinding dan pastikan kamera hadapan dapat melihat seluruh badan mereka.
Secara keseluruhan, Active Arcade merupakan satu aplikasi yang bagus dan boleh
memotivasikan pengguna untuk bersenam sambil bermain.
9. NEXERSYS N3 Commercial

NEXERSYS N3 Commercial ialah produk yang dibangunkan oleh NEXERSYS. N3


Commercial dicipta untuk semua tahap kecergasan serta membantu pengguna mendapatkan
bentuk badan yang cantik. N3 Commercial menyediakan pengalaman kecergasan fizikal dan
mental yang mencabar dengan maklum balas terperinci iaitu ketepatan, kiraan pukulan dan
kuasa. Konsep N3 Commercial ialah latihan bertinju yang mana akan dirancangkan oleh
perisian NEXERSYS. Tablet skrin sentuh telah terpasang di N3 Commercial untuk
menunjukkan ringkasan prestasi tentang ketepatan pukulan, kuasa, masa tindak balas, kiraan
pukulan dan mata. Maklum balas juga dilaporkan secara langsung pada akhir setiap pusingan
latihan. Program yang diberikan akan mengikuti idea H.I.I.T. (High Intensity Interval Training)
yang bermatlamat untuk membakar lebih banyak kalori dalam masa yang singkat. Tempoh
senaman yang singkat dan intensiti maksimum akan disediakan serta diikuti dengan tempoh
rehat yang dipendekkan untuk mencabar had badan pengguna. Latihan juga akan disesuaikan
berdasarkan tahap kemahiran dan sejarah prestasi pengguna sepanjang menggunakan N3
Commercial. Tiga zon yang merangkumi lima pad pukulan di atas N3 Commercial adalah
berbeza dan bertindak sebagai rakan bertanding pengguna. Setiap pengguna perlu memukul
pada pad yang betul untuk mendapat markah yang tinggi. Ketinggian N3 Commercial juga
boleh dilaraskan di mana sesuai untuk semua saiz badan dan kebolehan.
10. Jam Tangan Pintar

Jam tangan pintar menjadikan alternatif yang hebat kepada pedometer tradisional
sebagai kaunter langkah. Banyak jenama jam tangan pintar telah menawarkan fungsi yang lebih
komprehensif seperti Garmin, Fossil, Fitbit, Amazfit, Samsung dan sebagainya. Sebagai
contoh, jam tangan pintar membenarkan pengguna untuk mengakses muzik semasa bersenam.
Sesetengah model juga mempunyai aplikasi yang boleh mengingatkan pengguna tentang
perkara yang ditetapkan, menjejaki waktu tidur pengguna atau mencatat perasaan mereka. Ciri
penting jam tangan pintar untuk pelajar sukan ialah memerhatikan keadaan fizikal badan
mereka sepanjang latihan. Walau bagaimanapun, satu masalah dengan jam tangan pintar ialah
harga yang tinggi. Sebanyak ciri yang mereka ada, semakin tinggi untuk harganya. Akhirnya,
walaupun jam tangan pintar berguna dalam kelas pendidikan sukan dan rekreasi, ia mungkin
tidak sesuai untuk semua pelajar dan pendidik mesti sedar tentang isu tersebut.

Anda mungkin juga menyukai