Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-TAQWA

BUKIT BERUNTUNG

KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH
[SECARA TALIAN]
TAHUN 2021

TEMPAT:
DI KEDIAMAN MASING-MASING

TARIKH:
9 OGOS- 16 SEPTEMBER 2021

ANJURAN:
PANITIA SEJARAH
PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-TAQWA

1.0 LATAR BELAKANG

Sambutan bulan kemerdekaan kali ini agak berbeza sdeikit kerana negara
dilanda wabak Covid19, pandemik berkenaan tidak dapat melunturkan rasa kasih
dan sayang terhadap negara tercinta. Sejarah negara perlu difahami dan diterapkan
dalam kehidupan sehari-hari dalam dimanfaatkan demi mengekalkan perpaduan
negara. Jasa dan pengorbanan para pemimpin dan pejuang tanah air terdahulu
harus dijadikan contoh kepada generasi muda masa kini. Tema hari kebangsaan
pada tahun ini ialah “Malaysia Prihatin”. Pemilihan tema adalah selari dengan
keadaan semasa negara yang sedang memerangi pandemik Covid19.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran sambutan bulan kemerdekaan peringkat


sekolah adalah bertujuan untuk menyemai rasa cintakan bangsa dan negara. Selain
itu, sambutan ini juga bertujuan untuk memperingati sejarah negara dan tokoh-tokoh
gemilang yang berusaha mempertahankan tanah air di samping menanam
semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan guru-guru SMA Al-Taqwa.

3.0 OBJEKTIF

 Menyemai rasa sayang dan cintakan negara dalam kalangan pelajar-pelajar


dan guru-guru.
 Mengenali dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.
 Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.
 Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa, kaum, etnik dan
budaya.
 Menguji kefahaman pengetahuan am dan mewujudkan sikap daya saing
dalam kalangan pelajar-pelajar pada pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan.
4.0 RASIONAL

Rasional program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dijalankan adalah


seiring dengan aspirasi negara dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan
negara dalam kalangan rakyat Malaysia.Selain itu, program seperti ini mampu
membantu murid-murid menambah pengetahuan tentang sejarah negara dan
warisan yang perlu dipelihara melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

9 Ogos – 16 September 2021

6.0 TEMPAT

Di kediaman masing-masing

7.0 SASARAN

Semua pelajar SMA Al-Taqwa

8.0 STRATEGI

Sambutan Bulan Kemerdekaan adalah suatu program yang melibatkan


semua pelajar dan guru secara menyeluruh. Oleh itu, satu jadual pelaksanaan telah
dirangka untuk membantu guru-guru dan pelajar menjalankan aktiviti mengikut
masa, tempoh dan kaedah yang ditetapkan agar tidak menjejaskan PdP di samping
mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KPM.

9.0 ANJURAN

Panitia Sejarah
10.0 CADANGAN AKTIVITI DAN JADUAL PELAKSANAAN

Rujuk lampiran 1

11.0 JAWATANKUASA AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN

Rujuk lampiran 2

12.0 PERBELANJAAN
13.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan diharapkan dapat memberi manfaat


kepada pelajar-pelajar dan guru-guru khususnya dalam meningkatkan semangat
patriotism walaupun keadaan negara yang sedang dilanda wabak Covid19. Setiap
aktiviti yang dirancang juga diharapkan dapat dengan baik dan sentiasa mematuhi
SOP terkini yang diberikan oleh MKN dan KPM dari masa ke masa.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.................................................. .................................................
(NUR SUHAILAH BINTI ABD RAHIM) (PUAN NORSIMAH BINTI HJ EJIP)

Guru Sejarah SMA Al-Taqwa Pengetua SMA Al-Taqwa


Lampiran 1- CADANGAN AKTIVITI

SENARAI PERTANDINGAN KREATIF MERDEKA 2021


KATEGORI: SEMUA PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5
BIL ACARA SYARAT PESERTA
PERTANDINGAN
1 Esei Merdeka a) Tajuk esei ialah ‘’Malaysia 1 orang
Tanah Airku” atau “5 Prinsip (individu)
Rukun Negara dalam
kehidupan”
b) Peserta mestilah pilih salah
satu daripada dua tajuk yang
diberikan
c) Esei mestilah lebih 350 patah
perkataan
d) Esei boleh ditulis atau ditaip
e) Penghantaran esei mestilah
melalui emel
pdprsmat9@gmail.com

2 Poster a) Setiap peserta dikehendaki 1 orang


Kemerdekaan melukis poster bertemakan (individu)
“Kemerdekaan”
b) Saiz poster mestilah A4 atau A3
c) Dibenarkan menggunakan
warna air dan warna pensil
d) Gambar poster mestilah
diambil dengan jelas
e) Penghantaran poster mestilah
melalui emel
pdprsmat9@gmail.com
3 Kuiz a) Soalan kuiz berkaitan sejarah 1 orang
Kemerdekaan kemerdekaan dan (individu)
pembentukan Malaysia
b) Kuiz akan dijalankan secara
langsung di aplikasi Quizziz
c) Kuiz akan berlangsung pada
waktu kelas sejarah iaitu
bermula 23-27 Ogos
4 Gambar Kreatif a) Gambar yang diambil mestilah 1 orang
Merdeka bertemakan “Kemerdekaan” (Individu)
b) Mestilah menggunakan palang
pagar #SMATMerdeka
#MalaysiaPrihatin
c) Mestilah tag @smat_altaqwa
d) Peserta perlu memuat naik
gambar di Instagram berserta
kapsyen yang menarik
e) ATAU Penghantaran gambar
mestilah melalui Telegram
Cikgu Suhailah & Cikgu Laila
5 Tik Tok Merdeka a) Setiap peserta dikehendaki 1 orang
menggunakan aplikasi Tik Tok (individu) atau
dalam menghasilkan video berkumpulan (3
kreatif orang)
b) Bertemakan “Saya sayang
Malaysia”
c) Penghantaran video ataupun
pautan video Tik Tok mestilah
melalui Telegram Cikgu
Suhailah & Cikgu Laila

Nota: Setiap karya hendaklah asli dan tiada unsur plagiat. Sekiranya didapati *
unsur plagiat, penyertaan tidak dikira
Lampiran 2- JAWATANKUASA AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN

BIL NAMA/JAWATAN
1. Ketua Pengarah
Nur Suhailah binti Abd Rahim
2. Naib Pengarah
Laila Syafinaz binti Hassan
3. Bendahari
Nur Maizatul Ikmar binti Shahdan
4 Setiausaha
Noor Basyirah binti Ramli
5. AJK Publisiti
Amirul Shakirin bin Jamaludin
6. AJK Cenderamata/Sijil
Nur Hazwani binti Mohd Ghazali

Anda mungkin juga menyukai