Anda di halaman 1dari 1

Sambutan Maulidur Rasul sering dilaksanakan di Malaysia bagi memperingati junjungan

mulia Nabi Muhammad S.AW. Amalan tradisi ini kebiasaanya dijalankan dengan
mengadakan perarakan sambil membaca selawat atas Nabi SAW serta ceramah agama.
Namun, keunikan Sambutan Maulidur Rasul bagi masyarakat India Muslim di Kajang
menjadi tarikan dari segi perbezaan sambutannya. Masjid India Kajang menyambut sambutan
Maulidur Rasul selama 30 hari yang mana aktiviti tersebut merangkumi dengan bacaan
Subhanal Maulid. Bacaan itu dibaca setiap malam disusuli dengan bacaan Yasin dan Tahlil
selama 30 Malam. Kemudian, aktiviti Maulidur Rasul ini diakhiri dengan sambutan
kemuncak yang merangkumi ceramah daripada tetamu terhormat, penyampaian anugerah
tokoh Maulidur Rasul, selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Anda mungkin juga menyukai