Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN A (10 MARKAH)

Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Antara berikut yang manakah bukan sumber moral?


A. Adat resam
B. Agama dan kepercayaan
C. Undang-undang masyarakat setempat
D. Norma masyarakat

2. Apakah sikap yang perlu ada pada seseorang manusia yang dilahirkan cacat
anggotanya?
A. Memusuhi Tuhan.
B. Memarahi kejadian Tuhan
C. Malu terhadap kekurangan diri
D. Menerima hakikat kekurangan diri

3. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan manusia menggunakan akal dengan
bijak dalam melakukan sesuatu perkara?
A. Mencederakan dan membunuh binatang
B. Menjauhi golongan cacat atau kurang upaya
C. Memelihara dan menjaga pokok-pokok dipersekitaran rumah.
D. Tidak mempedulikan masalah alam sekitar.

4. Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang, apakah cara lain untuk menjaga
kesihatan diri?
A. Tidur dan berehat sepanjang masa
B. Menonton televisyen sambal makan makanan ringan
C. Melakukan senaman setiap hari
D. Bermain komputer bersama rakan setiap hari
5. Berikut merupakan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran, kecuali
A. Mewujudkan persekitaran yang ceria
B. Terhindar daripada sebarang penyakit
C. Menjamin keselesaan hidup
D. Disenangi oleh orang lain.

6. Dalam suatu mesyuarat, Malini telah ditegur oleh majikannya di hadapan pekerja
yang lain. Malini sepatutnya bertindak
I. Tidak bertegur sapa dengan majikannya
II. Menerima teguran itu dengan hati yang terbuka
III. Berusaha memperbaiki kelemahan dirinya
IV. Tidak mengendahkan tefuran akan kelemahan dirinya
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri toleransi Ketika menyelesaikan sesuatu
masalah?
I. Menghormati pendapat dan pandangan orang lain.
II. Sentiasa berpandangan positif berdasarkan situasi
III. Sentiasa bersaing untuk mengeluarkan pendapat yang terbaik
IV. Menyalahkan antara satu dengan yang lain apabila mengambil keputusan
yang salah.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

8. Mengapakah hutan perlu dikekalkan dan dijaga?


I. Merupakan kawasan tadahan air bawah tanah
II. Menjadi habitat hidupan liar
III. Membekalkan oksigen dan mengawal suhu persekitaran
IV. Menjadi sumber makanan utama masyarakat setempat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

9. Apakah Langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan penerokaan
hutan secara berleluasa?
A. Mengehadkan lessen kepada pengusaha balak
B. Mewartakan kawasan hutan simpan kekal
C. Menjadikan hutan sebagai taman negara untuk tujuan pemuliharaan haiwan
liar.
D. Menguatkuasakan akta dan undang-undang yang lebih tegas.

10. Berikut merupakan tindakan yang perlu ada dalam Ikrar Intergriti Perkhidwatan
Awam, kecuali
A. Menandatangani borang pengistiharan harta
B. Mematuhi sepenuhnya kod Etika Jabatan
C. Memakai tag atu tandan ama semasa waktu bekerja
D. Melaporkan sebarang kegiatan jenayah kepada pihak polis
BAHAGIAN B (40 MARKAH)

1. Nyatakan sama ada tindakan di bawah wajar atau tidak wajar.

a) Karen memarahi ibunya kerana masih mengamalkan


pantang larang kaum Melanau yang ketinggalan zaman.
b) Shamil memakai pakaian sekolah yang kotor kerana dia
sibuk bermain permainan dalam talian dan tiada masa
untuk membasuh pakaiannya.
c) Siti berpura-pura tidak mendengar panggilan ibunya ketika
dia menonton televisyen kerana dia tidak mahu menolong
ibunya didapur.
d) Balqis memberikan tunjuk ajar kepada rakannya yang
lemah dalam pelajaran tanpa mengharapkan sebarang
balasan.
e) Puan Suraya sering membantu golongan gelandangan
dengan memberikan makanan dan pakaian kepada mereka.
f) Saiful memarahi dan memaki pekerja perkhidmatan awam
di Jabatan Imigresen kerana dia terpaksa menunggu lama
untuk melakukan urusan.
g) Steven tidak membeli barang yang diperbuat daripada kulit
haiwan kerana tidak mahu haiwan dibunuh.
h) Ezlan berpura-pura tidur di dalam bas Ketika melihat
seorang warga emas berdiri di hadapannya kerana tidak
mempinyai tempat duduk
i) Shila tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tular di
meia sosial tanpa mengetahui kesasihannya
j) Michelle membawa adikny apergi ke kedai di hadapan
rumahnya dengan menaiki motosikal tanpa memakai
helmet.

Anda mungkin juga menyukai