Anda di halaman 1dari 4

Cerpen Oren : 

Sinopsis
Ayah “aku” gelisah kerana kucing belaannya, iaitu Oren tidak pulang ke rumah. Sudah empat
hari ayah “aku” tidak melihat kelibat Oren. Oren ialah seekor anak kucing yang telah
dipungut selepas ayah “aku” melanggar ibunya sehingga mati. Oren telah menjadi sebahagian
daripada anggota keluarga “aku”. Ayah “aku” dapat merasakan bahawa Oren merajuk. Hal
ini disebabkan oleh kehadiran Kelabu dalam keluarga mereka. Kelabu yang lebih manja dan
pandai mengambil perhatian telah membuatkan ayah “aku” dan anggota keluarganya banyak
memberikan tumpuan terhadap Kelabu.

Kehilangan Oren membuatkan ayah “aku” berasa bersalah. Kegelisahan ayah “aku” tentang
kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpinya. Ayah “aku” bermimpi Oren telah
kembali dan dia bermanja dengan Oren. Pada keesokan harinya, ayah “aku” bertanya tentang
Oren kepada anak-anaknya. Selepas diberitahu bahawa Oren masih tidak nampak kelibatnya,
barulah ayah “aku” sedar bahawa dia

sebenarnya bermimpi. Ayah “aku” menceritakan mimpinya itu kepada keluarganya.

Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur sambil membawa Oren. Oren telah mati dan
bangkainya ditemukan di celah pokok tua yang tumbang di taman permainan. Seluruh
anggota keluarga “aku” tertumpu kepada ayah “aku”. Mata beliau kelihatan mulai berkaca.

Tema
Kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.

Persoalan
(a)   Kasih sayang yang melibatkan haiwan peliharaan.

(b)   Kasih sayang yang berbelah bahagi telah menyebabkan wujudnya konflik.

(c)   Perasaan bersalah akan dirasai dan disedari apabila berlakunya suatu kehilangan.

(d)   Belas kasihan tidak hanya terhad terhadap manusia tetapi juga meliputi haiwan.

(e)   Perhatian terhadap diri seseorang adalah kerana kebijaksanaannya meletakkan dirinya


dan mengambil hati.

(f)    Konflik yang wujud dalam keluarga difahami dan dikongsi bersama.


Watak dan Perwatakan

Ayah “aku”
(a)   Bapa kepada tiga orang anak.

(b)   Suka akan kucing.

(c)   Bersifat belas kasihan.

(d)   Berasa gelisah dan bersalah apabila Oren tidak pulang ke rumah.

(e)   Ketua keluarga yang baik.

Oren
(a)   Kucing yang berbulu oren.

(b)   Ibu Oren telah mati dilanggar oleh kereta ayah “aku”.

(c)   Pandai membuang najisnya di tandas atau di dalam longkang.

(d)   Bersikap pasif.

Kelabu
(a)   Kucing yang berwarna kelabu.

(b)   Menunjukkan reaksi yang lebih manja.

(c)   Semasa kecil, Kelabu selalu membuang najis merata-rata tempat.

(d)   Pada awalnya, Kelabu kurus dan tidak terurus.

(e)   Selepas dipelihara oleh ayah “aku” dan anggota keluarganya, Kelabu semakin tembam.

Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat

Latar Masa
(a)   Hujung pertengahan Disember.

(b)   Waktu malam.

(c)   Waktu petang.

(d)   Waktu pagi.
Latar Tempat
(a)   Jalan di kawasan perumahan.

(b)   Di dapur.

(c)   Di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan.

(d)   Di ruang tamu.

(e)   Di ruang dapur.

Latar Masyarakat
(a)   Masyarakat penyayang terhadap haiwan peliharaan.

(b)   Masyarakat yang prihatin.

(c)   Masyarakat yang hidup dalam keluarga harmoni.

Nilai dan Pengajaran

Nilai
(a)   Belas kasihan.

(b)   Keprihatinan.

(c)   Bersimpati.

(d)   Kebijaksanaan.

(e)   Kegigihan.

Pengajaran
(a)   Kita harus bersifat belas kasihan terhadap insan lain.

(b)   Kita hendaklah prihatin dengan perkembangan sekeliling kita.

(c)   Kita haruslah bersimpati terhadap masalah yang dihadapi oleh orang di sekeliling.

(d)   Kita mesti mempunyai kebijaksanaan dalam kehidupan.

(e)   Kita hendaklah gigih dalam melaksanakan sesuatu usaha.

Anda mungkin juga menyukai