Anda di halaman 1dari 5

NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI RASIONAL

DEFINISI
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapatmengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar.

NOTA TINGKATAN 4

1. Akibat yang mungkin berlaku terhadap remaja yang lari dari rumah ialah:
 akan terjerumus ke lembah maksiat dan kehinaan
 keselamatan mereka terancam
 tidak mempunyai sumber kewangan
2. Akibat yang mungkin berlaku terhadap keluarga sekiranya remaja lari dari rumah ialah:
 mengaibkan maruah keluarga kerana dituduh tidak pandai jaga anak
 bimbang,risau,sedih,kecewa
3. Antara punca yang menyebabkan remaja berselisih faham dengan keluarga masing-masing ialah:
 sikap pilih kasih ibu bapa
 ibu bapa tidak dapat memenuhi permintaan anak-anak
 sikap remaja yang mudah melenting apabila ditegur
 salah sangka antara remaja dan keluarga
 remaja terlalu dikongkong pergerakan mereka
 sikap remaja yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa
4. Sesuatu pergaduhan dapat dielakkan melalui cara:
 perundingan
 mengutamakan semangat setiakawan
 bertimbang rasa
 bertolak ansur
 saling faham-memahami
5. Sekiranya rakyat tidak menyelesaikan sesuatu masalah melalui rundingan, kesannya dari aspek:
 keselamatan Negara terjejas, rakyat berasa tidak selamat, Negara terdedah kepada bahaya dan huru-
hara
 perpecahan dalam institusi keluarga, kemungkinan berlaku penderaan dalam keluarga dan juga
penceraian
 ekonomi Negara tidak stabil, pelabur asing lari, rakyat hilang pekerjaan
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

NILAI RASIONAL

SOALAN STRUKTUR

1.
Situasi di bilik disiplin Sekolah Menengah Taman Angsana.

Cikgu Kamil : Siapa yang memulakan dulu ejek-mengejek ini?

Satish : Kumaresan cikgu.

Kumaresan : Bukan saya cikgu, Satish yang mulakan dulu. Pada awalnya saya
hanya mendiamkan diri sahaja, tetapi bila setiap kali bertembung
dengannya dia pasti akan mengejek saya. Disebabkan saya tak tahan
dengan sikap dia, saya membalas ejekan dia semula.

Cikgu Kamil : Saya akan menyiasat kes kamu berdua ini.

a) Perbuatan ejek mengejek antara Satish dan Kumaresan adalah tidak wajar.
Terangkan kesan perbuatan mereka ini kepada diri dan keluarga masing-
masing.

….……………………………………………………………………………………………

….………………………………………………………………………………………………

(2 markah)

b) Sekiranya anda berada dalam situasi Cikgu Kamil, bagaimanakah anda dapat
meleraikan konflik antara Satish dan Kumaresan?

….………………………………………………………………………………………………

….………………………………………………………………………………………………

(2 markah)

c) Berikan punca-punca yang menyebabkan pelajar seringkali mengejek rakan-


rakannya yang lain.

i. ….……………………………………………………………………………………………

ii. ….……………………………………………………………………………………………

(2 markah)
d) Pada pandangan anda, dapatkah sesuatu pertelingkahan dielakkan? Bagaimanakah
caranya? Jelaskan jawapan anda berdasarkan satu nilai murni yang dipelajari.

….………………………………………………………………………………………………

….…………………………………………………………………………………………………

….…………………………………………………………………………………………………

…………………. (4 markah)

BIDANG 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

NILAI KESEDERHANAAN

DEFINISI
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,
pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

NOTA TINGKATAN 4

1. Semua agama menyeru penganutnya mengamalkan nilai kesederhanaan dalam hidup kerana:
 pemikiran, pertuturan dan perlakuan yang sederhana dapat menjamin keperibadian yang mulia dalam
masyarakat
 dapat mengangkat martabat keluarga,sekolah,masyarakat dan Negara
2. Ciri-ciri kesederhanaan yang terdapat dalam pelbagai agama ialah:
 pertuturan-bercakap dengan sopan, tidak menyinggung perasaan orang lain
 pemikiran-mengambil pertimbangan yang tidak keterlaluan sehingga menjejaskan orang lain
 perlakuan-merancang perbelanjaan supaya tidak boros,berbelanja mengikut kemampuan, berpakaian
sesuai dengan adat dan norma masyarakat
3. Kebaikan mengamalkan nilai kesederhanaan ialah:
 melahirkan individu yang sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat terutama ketika
berbelanja,menggunakan elektrik dan air serta menabung untuk masa depan
 pertuturan dan perlakuan yang terkawal dapat melahirkan individu yang sentiasa menjaga nama baik
diri dan martabat keluarga,masyarakat,sekolah dan mengharumkan nama Negara di peringkat
antarabangsa
 boleh mengawal emosi dan mewujudkan hubungan yang mesra
SOALAN STRUKTUR

1.
‘’Saya selalu menghabiskan wang simpanan saya untuk membeli pakaian dan kasut yang
berjenama. Saya suka kelihatan bergaya di hadapan rakan-rakan’’.

- Alex -

‘’Saya akan merancang perbelanjaan bagi tempoh sebulan untuk membeli barang
keperluan sekolah asrama. Saya membina jadual perbelanjaan supaya tidak melebihi
peruntukkan wang yang ditetapkan oleh keluarga’’.

- Danial -

a) Antara Alex dan Danial, siapakah yang mengamalkan nilai kesederhanaan?

….…………………………………………………………………………………………………
(1 markah)

b) Berdasarkan petikan dialog tersebut, jelaskan maksud nilai kesederhanaan.

….…………………………………………………………………………………………………

….…………………………………………………………………………………………………

….…………………………………………………………………………………………………

(2 markah)

c) Setiap agama menekankan sikap bersederhana kepada penganutnya. Terangkan


ciri-ciri kesederhanaan yang terdapat dalam pelbagai agama.

i. ….……………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

ii. ….…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………
(4 markah)

d) Senaraikan perlakuan yang menunjukkan anda mengamalkan nilai kesederhanaan


dalam kehidupan seharian.

i. ….……………………………………………………………………………………………

ii. ….……………………………………………………………………………………………

iii. ….……………………………………………………………………………………………

(3 markah)

Anda mungkin juga menyukai