Anda di halaman 1dari 41

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Dalam membangunkan sesebuah negara dan memastikan kemajuannya
bergerak seiring dengan negara maju yang lain, adalah penting untuk menitikberatkan
peranan pendidikan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. Berikutan itu,
penyediaan tenaga kerja institusi pendidikan yang berkelas pertama perlulah diberi
perhatian. Dalam menyelusuri perkembangan teknologi maklumat, pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar sekolah turut mengalami transformasi.
Ianya telah mendorong pelaksanaan pembelajaran atas talian yang merupakan
alternatif kepada kaedah pembelajaran bersemuka. Pendekatan ini relevan berikutan
oleh pelbagai cabaran yang dihadapi pada masa kini sehinggakan pembelajaran
bersemuka ditangguhkan berikutan oleh ancaman COVID-19. Dengan adanya
teknologi yang canggih, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
walaupun pendekatan yang digunakan adalah berbeza. Menurut Yasmin Saw (2020),
peralatan ICT seperti komputer riba, telefon bimbit serta capaian internet
membolehkan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dapat dijalankan.
Ianya merupakah salah satu inisiatif yang dibangunkan bagi memastikan sistem
pendidikan tidak terganggu walaupun kita berhadapan dengan ancaman COVID-19.
Dalam memastikan pendekatan tersebut dapat mencapai objektifnya, guru
sebagai pelaksana hendaklah memastikan mereka mempunyai pengetahuan, kesediaan
dan kemahiran yang optimum dalam memastikan pendekatan tersebut dapat
dilaksanakan dengan lancar. Sepertimana yang dipraktiskan di Malaysia,
pembelajaran atas talian merupakan kaedah pengajaran yang baharu diperkenalkan.
Secara tidak langsung, terdapat pelbagai kekangan yang dialami oleh guru dalam
menjalankan pembelajaran atas talian. Situasi yang jelas dapat dilihat apabila guru
yang telah lama berkhidmat menghadapi cabaran yang besar dalam menguasai kaedah
pengajaran secara atas talian berikutan oleh terlalu bergantung kepada kaedah
pengajaran tradisional iaitu bersemuka. Ianya turut dinyatakan oleh Noriyani (2017)
bahawa guru-guru yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun menghadapi cabaran
yang besar dalam melaksanakan pembelajaran atas talian. Oleh itu, dalam mendepani
cabaran tersebut, guru-guru hendaklah melengkapkan diri dengan pendekatan
andragogi dan pedagogi baru agar pelaksanaan pembelajaran atas talian berjalan
dengan lancar.

1.2 Latar belakang kajian


Dalam memastikan sesebuah bangsa dan negara mencapai tahap kemajuan
yang optimum, sektor pendidikan merupakan salah satu penyumbang kepada
kemajuan tersebut di mana modal insan yang dilahirkan agar dapat memacu kemajuan
negara yang dilihat seringkali menghadapi persaingan yang cukup kompetitif dalam
usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Seiring dengan itu, institusi
pendidikan juga perlu bergerak seiring dengan kemajuan negara agar dapat menyaingi
negara-negara maju yang lain.
Seperti yang dilaporkan oleh Nurul Nashrah, Noor Hashimah dan Nur Aida,
(2015), transformasi dalam bidang pendidikan boleh diaplikasikan dengan pelbagai
pendekatan di mana ianya melibatkan setiap anggota dalam bidang pendidikan.
Dalam melaksanakan pembelajaran atas talian, pelbagai platform digital tersedia yang
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti Blackboard, Edmodo,
Google Classroom dan ClassDojo. Di samping itu, sistem pengurusan pembelajaran
seperti Docebo, Udemy, Skillshare, WizIQ, Adobe Captivative Prime, dan SAP
Litmos merupakan kaedah hybrid pengajaran dan pembelajaran.
Kerjasama dan sokongan dari semua pihak adalah penting bagi memastikan
matlamatnya tercapai. Dapat dilihat dengan jelas apabila sistem pendidikan negara
turut mengaplikasikan pembelajaran atas talian yang sebelum ini dianggap asing
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pelaksanaan tersebut dilaksanakan berikutan
oleh penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka di mana ianya menjadi
keperluan agar sesi persekolahan masih dapat diteruskan walaupun dengan
menggunakan pendekatan yang berbeza. Ianya merupakan transformasi yang
dilaksanakan agar pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan teknologi yang dibangunkan
dan seterusnya menjalani norma pembelajaran baharu berikutan oleh kekangan yang
dihadapi dalam sektor pendidikan.
Dalam memastikan pelaksanaan pembelajaran atas talian dapat mencapai
objektifnya, guru merupakan individu yang menyumbang kepada tercapainya visi dan
misi untuk menjayakan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pembangunan teknologi membuka ruang kepada guru untuk
memastikan sistem pendidikan berupaya melahirkan modal insan yang mempunyai
kadar literasi teknologi yang optimum. Sebagai guru di abad ke-21, adalah menjadi
keperluan untuk menguasai teknologi di mana ianya penting untuk diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bertepatan dengan dapatan kajian yang
dilaporkan oleh Mardhiah dan Rabiatul-Adawiyah (2016), guru mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam mendidik generasi kini agar ilmu tersebut dapat
diaplikasikan untuk masa depan. Penguasaan teknologi maklumat adalah elemen yang
penting dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian.
Namun, pelaksanaan pembelajaran atas talian berhadapan dengan pelbagai isu
di mana ianya perlu diatasi dengan berkesan agar pelaksanaannya mencapai objektif
yang ditetapkan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Mahad et al., (2021),
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh menggunakan platform atas
talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berhadapan dengan pelbagai
cabaran. Antaranya ialah keupayaan guru dalam mengintergrasikan kemudahan
teknologi untuk menjayakan pembelajaran atas talian. Situasi yang sama turut
dilaporkan oleh Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid (2015) di mana pembelajaran
atas talian kurang mendapat sambutan dalam kalangan guru berikutan oleh
kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pembelajaran
berasaskan teknologi.
Oleh itu, kajian ini berfokus kepada peranan guru dalam melaksanakan
pembelajaran atas talian dan mencapai matlamat yang ditetapkan berikutan oleh
pelaksanaan pembelajaran atas talian menjadi medium utama pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini berikutan oleh penangguhan sesi persekolahan secara
bersemuka. Tindakan yang diambil oleh kerajaan berperanan sebagai usaha untuk
mengekang penularan COVID-19 yang dilihat mengancam nyawa setiap lapisan
masyarakat. Secara tidak langsung, kajian ini dijalankan untuk menilai keupayaan
guru dalam menjalankan pembelajaran atas talian menurut aspek pengetahuan,
kesediaan dan kemahiran guru agar sesi pembelajaran atas talian dapat dilaksanakan
dengan jayanya di mana ianya bertindak sebagai medium pembelajaran utama pada
masa kini berikutan oleh penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka.

1.3 Pernyataan masalah


Pelaksanaan pembelajaran atas talian seperti yang dipraktiskan di Malaysia adalah
berikutan oleh penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka disebabkan oleh
pandemik COVID-19. Pandemik COVID-19 memberi impak yang mendalam
terhadap seluruh kehidupan manusia. Dalam konteks kajian ini, fokus utama adalah
impak pandemik COVID-19 terhadap institusi pendidikan. Berikutan oleh penularan
COVID-19 yang tidak dapat dikawal, kerajaan mengambil tindakan untuk
menangguhkan operasi pembelajaran bersemuka di seluruh institusi pendidikan di
seluruh negara bagi mencegah penularan virus COVID-19. Situasi tersebut telah
mendorong pengenalan pembelajaran atas talian. Namun begitu, pelaksanaannya
terdapat banyak kekangan daripada pelbagai aspek terutamanya dalam kalangan guru
yang dilihat berhadapan dengan cabaran besar dalam mengaplikasikan pembelajaran
atas talian terutamanya dalam kalangan guru-guru yang telah lama berkhidmat.
Merujuk kepada dapatan kajian yang dijalankan oleh Abdul Latif (2018),
keupayaan guru dalam mengintergrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dilihat lemah. Secara jelasnya dapat dilihat apabila guru tidak
menunjukkan tahap kepekaan yang tinggi terhadap perubahan yang berlaku di mana
teknologi dijadikan bahan bantu mengajar berikutan oleh terlalu bergantung kepada
kaedah konvensional iaitu bersemuka dan menggunakan papan tulis serta buku teks.
Situasi tersebut telah menyebabkan guru-guru berasa terbatas untuk mengaplikasikan
teknik dan pendekatan yang baru dalam melaksanakan transformasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, ianya mempengaruhi
pengetahuan warga pendidik dalam mengintergrasikan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, situasi tersebut memberi pengaruh terhadap
keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian.
Selain itu, pelaksanaan pembelajaran atas talian turut dipengaruhi oleh umur
guru-guru. Sebagai contoh, guru yang telah lama berkhidmat sebagai guru dilihat
tidak berminat untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ianya adalah berikutan oleh kurang pendedahan terhadap
pelaksanannya. Ianya disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Norijah Mohamed,
Haslina Hassan dan Md. Nor Zamani Abu Hassan (2014). Guru-guru yang telah lama
berkhidmat tidak didedahkan dengan penguasaan teknologi maklumat. Hal ini
memberi cabaran yang cukup besar pada mereka untuk menguasai kemahiran dalam
mengintergrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Secara
tidak langsung, pelaksanaan pembelajaran atas talian menyebabkan mereka tidak
dapat melaksanakannya dengan jayanya berikutan oleh kurang kesediaan dan
kemahiran.
Tambahan pula, kajian literatur yang dijalankan mendapati bahawa guru-guru
berhadapan dengan beberapa kesukaran dalam mengaplikasikan teknologi dalam
proses pengajaran seperti rendahnya kefahaman terhadap teknologi, kurangnya
kemahiran untuk mengaplikasikan teknologi dan kesediaan yang tidak
memberangsangkan di mana ianya membataskan guru-guru untuk menguasai
teknologi secara menyeluruh bagi melaksanakan pembelajaran atas talian dengan
lancar. Kemahiran menggunakan alatan teknologi juga terbatas di mana ianya
menyebabkan pelaksanaan pembelajaran atas talian tidak mencapai keberkesanan
optimum yang diharapkan. Dapatan yang sama turut dilaporkan oleh Badrul Hisham
Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar (2016) bahawa pelaksanaan pembelajaran
atas talian berhadapan dengan cabaran dan kekangan dalam kalangan guru sebagai
pelaksana berikutan oleh isu kekurangan kemahiran dan kesediaan. Seperti yang dapat
dilihat dengan jelas, pelaksanaan pembelajaran atas talian berikutan oleh
penangguhan sesi persekolah disebabkan oleh penularan virus COVID-19 adalah satu
tindakan yang drastik di mana tiada garis panduan yang diberikan untuk memastikan
kelancaran pelaksanaannya. Oleh itu, guru-guru mengalami kesukaran untuk
memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar kerana mereka juga berada dalam
fasa penyesuaian diri dan pembelajaran kendiri dalam melaksanakan pembelajaran
atas talian. Disokong oleh Jafar et al., (2020) di mana guru turut berhadapan dengan
isu kesediaan dalam melaksanakan pembelajaran atas talian ketima pandemik
COVID-19.
Dapatan kajian yang diperolehi dengan melaksanakan kajian ini diharap dapat
memberi pendedahan kepada pihak-pihak yang tertentu dalam meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian agar mutu institusi pendidikan
dapat ditingkatkan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menilai dengan terperinci
berkenaan dengan pengetahuan, kesediaan dan kemahiran guru dalam melaksanakan
pembelajaran atas talian.

1.4 Objektif kajian


Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif yang dinyatakan seperti berikut:
i. Mengenalpasti pengetahuan guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian.
ii. Mengenalpasti kesediaan guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian.
iii. Mengenalpasti kemahiran guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian.
iv. Mengenalpasti persepsi guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian.
v. Mengenalpasti hubungan antara pengetahuan, kesediaan dan kemahiran guru
terhadap persepsi guru bagi guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian

1.5 Persoalan kajian


Pelaksanaan pembelajaran atas talian dilihat relevan pada masa kini sebagai alternatif
kepada kaedah pembelajaran secara bersemuka. Dalam menentukan keberkesanan
pembelajaran atas talian, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti seperti berikut:
i. Apakah tahap pengetahuan guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian?
ii. Apakah tahap kesediaan guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian?
iii. Apakah tahap kemahiran guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian?
iv. Apakah tahap persepsi guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian?
v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan,
kesediaan, kemahiran dan persepsi guru bagi guru-guru sekolah rendah di
daerah Kuala Lipis terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian?

1.6 Hipotesis kajian


Ho1= Tidak terdapat hubungan yang signifikan di anatara tahap pengetahuan,
kesediaan, kemahiran dan persepsi guru bagi guru-guru sekolah rendah di daerah
Kuala Lipis terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian.

1.7 Kepentingan kajian


Kajian ini penting di mana ianya dijadikan modus operandi untuk
mengenalpasti tahap kemahiran, pengetahuan dan kesediaan guru terhadap
pelaksanaan pembelajaran atas talian. Guru merupakan agen yang memainkan
peranan utama dalam memastikan institusi pendidikan terus cemerlang, gemilang dan
terbilang dalam melahirkan modal insan berkualiti. Dengan memastikan guru
menguasai segala kemahiran, pengetahuan dan kesediaan dalam melaksanakan
pendekatan pengajaran yang diperkenalkan, misi dan visi Pelan Pendidikan
Kebangsaan dapat dicapai. Di samping itu, kajian yang dijalankan dapat
mengenalpasti kreativiti guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran walaupun menerusi dalam talian.
Dapatan kajian ini dapat dijadikan penanda aras kepada guru-guru serta pihak
pengurusan untuk membuat penilaian terhadap kekangan yang wujud di mana resolusi
perlu dilaksanakan agar ianya tidak memberi impak yang negatif kepada keunggulan
sistem pendidikan negara. Dengan penilaian yang dibuat, segala kelemahan dan
kekurangan dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian dapat diatasi dan seterusnya
dijadikan post-mortem untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran atas talian.
Menerusi pelaksanaan kajian ini, ianya dapat memberi garis panduan kepada guru
untuk meningkatkan kualiti dan prestasi diri agar objektif pelaksanaan pembelajaran
atas talian tercapai. Secara tidak langsung, kajian yang dijalankan dapat memberi
pendedahan kepada guru dalam menjalankan pembelajaran secara digital di mana
ianya tidak hanya tertumpu kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
tetapi turut berguna untuk melakanakan kelas tambahan.
Dengan itu, setiap pihak yang berkaitan hendaklah bersama-sama
menggembleng tenaga agar dapat memastikan pelaksanaan pembelajaran atas talian
berkesan. Sehubungan itu, pihak pengurusan sekolah hendaklah memainkan peranan
yang dominan dalam usaha meningkatkan keupayaan guru bagi memastikan
pelaksanaan pembelajaran atas talian mencapai matlamatnya. Antara inisiatif yang
boleh diambil adalah menyediakan garis panduan yang jelas terhadap struktur
kurikulum pembelajaran atas talian. Secara tidak langsung, ianya berupaya untuk
meningkatkan efikasi guru dalam mengintergrasikan teknologi bagi melaksanakan
pembelajaran atas talian dengan efektif. Dalam masa yang sama, dalam usaha
memastikan guru-guru dapat mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kesediaan dan
kemahiran, ianya harus diterapkan di peringkat pengajian mereka seperti di universiti
dan Institut Pendidikan Guru (IPG) berkaitan dengan pengaplikasian teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, guru-guru dapat mengintergrasikan
teknologi tanpa halangan dan seterusnya matlamat pelaksanaan pembelajaran atas
talian dapat dicapai.
1.8 Batasan kajian
Terdapat beberapa batasan kajian yang dihadapi oleh pengkaji dalam menjalankan
kajian ini. Antaranya ialah batasan dalam proses persampelan kajian di mana ianya
hanya melibatkan guru-guru sekolah rendah di sekitar daerah Kuala Lipis. Tambahan
pula, kerjasama yang tidak memberangsangkan daripada guru-guru turut
menyebabkan responden yang terlibat dalam menjawab borang soal selidik yang
diedarkan melalui Google Form terhad. Pengkaji juga hanya diberikan masa yang
singkat untuk menjalankan kajian ini dan ianya menyebabkan pengkaji mengalami
batasan dalam mengumpulkan respon yang lebih banyak. Selain itu, pendekatan
kuantitatif yang digunakan menyebabkan responden berasa terbatas dalam
menyatakan pendapat mereka berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Responden
hanya terbatas terhadap item yang dinyatakan dalam borang soal selidik.
BAB 2

LITERATUR KAJIAN

2.1 PENDAHULUAN
Guru merupakan individu yang memainkan aspek penting dalam usaha menjayakan
pelaksanaan pembelajaran atas talian. Berikutan itu, sebagai guru adalah penting untuk
mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan kesediaan yang optimum bagi
memastikan kelancaran pelaksanaan pembelajaran atas talian. Dalam bab ini, perbincangan
yang terperinci mengenai pembelajaran atas talian, peranan guru dalam memastikan
pembelajaran atas talian berjalan dengan lancar meliputi pengetahuan, kesediaan dan
kemahiran guru.

2.2 PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Dalam proses pembangunan dan kemajuan sesebuah negara, pendidikan merupakan


elemen yang penting dalam memastikan pertumbuhan negara seiring dengan pembentukan
modal insan berkualiti menerusi sistem pendidikan yang berkesan. Oleh itu, adalah menjadi
keperluan untuk membangunkan sistem pendidikan agar ianya berkualiti dan berupaya
melahirkan pelajar yang cemerlang. Kea rah matlamat tersebut, kerajaan turut memainkan
peranan dengan membangunkan Pelan Pendidikan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM
2013-2025) agar dapat memastikan sistem pendidikan negara dapat bergerak seiring dengan
pendidikan di negara-negara maju yang lain (KPM, 2013). Dalam PPPM 2013-2025, terdapat
3 gelombang perlaksanaan, 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan. Merujuk
kepada anjakan kelima, iaitu; memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di Tempatkan Di
Setiap Sekolah, merupakan aspirasi KPM yang jelas tentang pengurusan kepimpinan yang
wujud di sekolah. Di sini jelas menunjukkan bahawa KPM bermatlamat untuk menguasai
cabaran semasa dan meningkatkan prestasi, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas dan
menggariskan program transformasi bagi sistem pendidikan. Di sini, peranan pemimpin
dititikberatkan kea rah memastikan setiap pelan tindakan dapat dipraktiskan dengan jayanya
di setiap institusi pendidikan. Sebagai pemimpin, adalah penting untuk memastikan guru-
guru berupaya melaksanakan peranan masing-masing ke arah matlamat tersebut. Guru-guru
merupakan tenaga penggerak kepada pelan tindakan yang dirangka oleh kerajaan untuk
meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan negara. Bertepatan dengan perutusan yang
disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan Malaysia pada
waktu tersebut, guru merupakan aset utama bagi melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan di mana mereka berupaya untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, berdaya
saing dan berkemahiran dalam pelbagai bidang. Oleh itu, dengan adanya tenaga pengajar
yang berkualiti, ianya merupakan kunci kepada proses perubahan ke arah pendidikan yang
berkualiti di negara ini (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Ianya berikutan oleh
peranan guru di mana mereka berupaya untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang efektif selain mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif serta
menonjolkan professionalisme guru yang tinggi (Bahagian Pendidikan Guru, 2007).

Seiring dengan arus modenisasi, kaedah pengajaran dan pembelajaran turut


mengalami transformasi di samping dalam mendepani rintangan-rintangan yang wujud dalam
sistem pendidikan, pelaksanaan pembelajaran atas talian diperkenalkan dan ianya menjadi
medium alternatif kepada pembelajaran bersemuka. Berikutan itu, bagi memastikan
keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian, tiga aspek diketengahkan iaitu
pengetahuan, kemahiran dan kesediaan guru. Ketiga-tiga perkara tersebut menjadi indikator
kepada keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian. Seperti yang kita sedia maklum,
negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang telah memberi ancaman kepada
masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Berikutan itu, dalam mengekang penularan
COVID-19, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di
mana ianya memberi kesan besar kepada pelbagai sektor. Antara sektor yang terkesan adalah
sektor pendidikan di mana semua sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpaksa
ditutup ekoran daripada bilangan kes yang semakin meningkat. Situasi tersebut menjadi titik
permulaan kepada pembelajaran atas talian yang dijalankan (Ehwan Ngadi, 2020). Dalam
melancarkan pelaksanaan pembelajaran atas talian, pelbagai jenis medium dan platform
digital digunakan seperti Google Classroom, Google Meet, Zoom, Schoology dan Edmodo.
Dalam memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, setiap pihak hendaklah menggembleng
tenaga agar proses pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif.
2.3 PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Dalam memastikan inisiatif yang dibangunkan oleh KPM mencapai matlamatnya,


peranan guru ditekankan kerana mereka merupakan ejen penggerak kepada perancangan
tersebut. Seiring dengan dapatan kajian yang dilaporkan oleh Nor Fauziana (2020), kaedah
PdP yang dilaksanakan memerlukan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak
terutamanya guru agar mereka dapat mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran
dan kesediaan dalam mengintergrasikan teknologi dalam PdP. Dengan itu, pelaksanaan
pembelajaran atas talian terutamanya dalam tempoh PKP berjalan dengan lancar.

Sebagai seorang guru, adalah penting untuk menguasai pelbagai kaedah pengajaran
agar mereka berupaya melaksanakannya dalam pelbagai situasi. Seperti yang dihadapi
sekarang, pelaksanaan PdP menuntut guru untuk mengaplikasikan teknologi dalam PdP
dengan menggunakan platform digital. Dengan adanya guru yang berpengetahuan dan
berupaya mengaplikasikan kemahiran pedagogi serta menonjolkan sikap yang positif,
pelaksaan pembelajaran atas talian dapat dilaksanakan dengan baik. Seperti yang dinyatakan
oleh Fatimah (2002), guru merupakan individu yang berperanan untuk menyampaikan ilmu
kepada pelajar, penasihat dan ejen perubahan dalam masyarakat menerusi ajaran yang
disampaikan. Dalam memastikan peranan guru dapat dilaksanakan secara optimum, mereka
perlu perlu melengkapkan kemahiran dan peka terhadap persekitaran pekerjaan. Kemahiran
guru hendaklah sentiasa diperbaharui agar seiring dengan transformasi yang berlaku di mana
guru tidak hanya tertumpu kepada kaedah pengajaran konvensional iaitu bergantung kepada
buku teks dan papan tulis sahaja. Menurut Abd Ghafar (2013), guru hendaklah menonjolkan
keupayaan diri dengan menjadi pelaksana terhadap inovasi yang telah diperkenalkan namun
pengaplikasian yang dilaksanakan hendaklah bersesuaian dengan penerimaan pelajar
mengikut keupayaan guru.

Dalam mendepani cabaran pembelajaran abad ke-21, guru hendaklah menguasai


penggunaan ICT agar dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Di
sini, guru hendaklah memastikan mereka berupaya mempersiapkan diri dengan pengetahuan,
kemahiran dan kesediaan dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat
dapat dijalankan dengan lancar.

2.4 TAHAP PENGETAHUAN GURU


Dalam menentukan keberkesanan program-program pendidikan, pengetahuan guru
merupakan faktor yang utama (Nurhijrah, Zuria & Ramlee, 2017). Hal ini kerana
pengetahuan guru yang mendalam terhadap sesuatu kandungan pelajaran dapat mendorong
pelajar untuk memahaminya dengan lebih terperinci. Dengan itu, guru boleh dijadikan pakar
rujuk kepada pelajar sekiranya berlaku ketidakfahaman dalam proses pembelajaran. Di sini
jelas membuktikanya bahawa keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian bermula
dari peranan guru. Dengan adanya pengetahuan yang tinggi dan meluas dalam kalangan guru,
matlamat institusi pendikan dapat digarap.

Seperti mana yang dilaporkan oleh Roslinda dan Faridah Anum (2014), tahap
pengetahuan guru dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian berada pada tahap sederhana.
Bagi meningkatkan pengetahuan guru, beberapa tindakan boleh dilaksanakan bagi
memastikan matlamatnya tercapai seperti menganjurkan bengkel dan membuat perbincangan
terbuka agar isu-isu yang timbul dapat diatasi dengan baik. Tambahan pula, dalam kajian
tersebut turut mencadangkan beberapa langkah boleh diambil dalam meningkatkan
pengetahuan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian dengan memberikan
pendedahan yang lebih terperinci tentang pelaksanaan pembelajaran atas talian terutamanya
terhadap guru-guru pelatih sebelum mereka memulakan kewajipan mereka sebagai guru di
sekolah. Dengan itu, mereka tidak mengalami kesukaran untuk berhadapan dengan cabaran
yang mendatang dengan adanya pendedahan awal. Ianya turut dinyatakan oleh Datuk Mohd.
Ghazali Ab. Rahman (2012), kemahiran yang ada pada guru meliputi pemahaman dan
kecekapan berupaya memastikan pembelajaran atas talian berkesan dengan sokongan
pembangunan teknologi yang semakin canggih.

2.5 TAHAP KEMAHIRAN GURU

Kemahiran guru merupakan aspek yang paling dominan dalam memastikan


pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. Menurut kajian
yang dijalankan oleh Salmiah, Ramiah, Ab. Rahim & Abdullah (2011), dalam
mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran guru
adalah aspek yang paling penting. Dapatan kajian melaporkan bahawa guru yang tidak mahir
dan tidak menguasai teknologi merupakan faktor yang menyumbang kepada
ketidakberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian di negara Malaysia.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Baharuddin & Badusah (2016), kemahiran
guru dalam menggunakan web 2.0 adalah pada tahap rendah. Ianya adalah berikutan oleh
guru yang kurang mahir dalam mengendalikan computer untuk pengajaran. Situasi tersebut
menjelaskan ketidakmahiran guru dalam mengendalikan komputer menyebabkan penggunaan
aplikasi Web 2.0 tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Di samping itu, guru-guru juga
didapati tidak menguasai capaian Internet yang digunakan untuk mencari maklumat dan
bahan pengajaran.

Seterusnya, dalam mengenalpasti kemahiran guru dalam pelaksanaan pembelajaran


atas talian, Karami et al. (2013) menjalankan kajian ke atas 49 orang guru dari pusat latihan
guru di Hamadan, Iran bagi menilai kemahiran guru dalam melaksanakan pembelajaran atas
talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa latihan yang dilaksanakan memberi impak
positif berikutan oleh peningkatan kemahiran mengajar dalam kalangan guru. Di sini jelas
membuktikan bahawa latihan yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran guru dalam
melaksanakan pembelajaran abad ke-21.

2.6 TAHAP KESEDIAAN GURU

Dalam usaha meningkatkan kesediaan guru untuk mengajar, Kementeria Pelajaran


Malaysia (KPM) menerusi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) melaksanakan satu
sistem pendidikan guru yang berkualiti bagi memenuhi aspirasi negara (IPGM, 2011).
Seterusnya, dalam berhadapan dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi,
pelbagai inisiatif diperkenalkan agar guru sebagai pelaksana dapat bersedia dalam
mengintergrasikan teknologi dalam PdP. Ianya mendorong KPM untuk memastikan pihak
pengurusan IPGM menerapkan guru-guru dengan kemahiran teknologi maklumat agar dapat
diaplikasikan oleh PdP seiring dnegan arus pemodenan (Chin et al., 2014).

Berikutan oleh pelaksanaan pembelajaran atas talian menjadi kaedah pengajaran


primer pada masa kini, Lapada et al., (2020), menjalankan kajian terhadap 2300 orang guru di
Filipina bagi mengenalpasti kesediaan mereka dalam melaksanakan pembelajaran atas talian
semasa tempoh pandemik COVID-19. Berdasarkan kajian yang dijalankan, 99% responden
menyatakan bahawa mereka melaksanakan pembelajaran atas talian dengan menggunakan
pelbagai platform digitial seperti Youtube, Google Classrooms, Meet serta Zoom untuk
melaksanakan pembelajaran atas talian. Disokong oleh Irfan Fauzi dan Iman Hermawan
Sastra Khusuma (2020), Nambiar (2020) dan Rasmitadila et al. (2020) bahawa pandemik
COVID-19 memaksa mereka untuk bersedia dalam berhadapan dengan sebarang
kemungkinan agar pelaksanaan pembelajaran dapat dijalankan walaupun dengan
menggunakan pendekatan yang berbeza. Dengan adanya kemudahan teknologi, pembelajaran
atas talian dapat dijalankan dengan lancar dalam tempoh pandemik COVID-19. Seperti mana
yang dilaporkan oleh Ramakanta dan Sonali (2020), majoriti responden bersedia dengan
peranti digital untuk memastikan pelaksanaan pembelajaran atas talian semasa tempoh
pandemik COVID-19 berjalan dengan lancar.
BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini menjelaskan tentang kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif kajian
yang dinyatakan dalam Bab 1. Secara jelasnya dapat dinyatakan bahawa metodologi atau
kaedah kajian merupakan tindakan yang digunakan untuk mencapai objektif kajian. Oleh itu,
bab ini menghuraikan secara terperinci tentang metodologi meliputi reka bentuk kajian,
lokasi kajian, populasi dan persampelan, instrument kajian, kaedah pengumpulan dan
penganalisisan data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian yang dijalankan menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif dengan


menggunakan borang soal selidik bagi tujuan mengumpulkan data. Rajah 3.1 menunjukkan
pelaksanaan kaedah penyelidikan kuantitatif. Ianya adalah berdasarkan kajian yang
dijalankan oleh Creswell (2012) yang dijadikan rujukan bagaimana kaedah penyelidikan
kuantitatif dilaksanakan.

Bina set soalan dan edarkannya kepada subjek


kajian menggunakan aplikasi Google Form

Menerima respon daripada


responden berdasarkan borang
soal selidik yang lengkap

Proses pengumpulan data


kuantitatif

Analisis data, membuat rumusan,


Rajah 3.1: Reka bentuk kajian

3.3 LOKASI KAJIAN

Pengkaji memilih lokasi daerah Kuala Lipis di mana ianya memudahkan pengkaji
untuk mendapatkan responden bagi menjawab borang soal selidik.

3.4 POPULASI DAN PERSAMPELAN

Dalam menjalankan penyelidikan, pemilihan sampel adalah aspek yang penting di


mana ianya memberi pengaruh terhadap dapatan kajian. Ianya disokong oleh Azizi Yahaya et
al., (2007) bahawa pemilihan sampel merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
dapatan kajian. Sampel yang dipilih mewakili populasi agar dapatan kajian dapat
digeneralisasikan. Seperti yang difokuskan dalam kajian ini, populasi dan sampel kajian
adalah terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis. Populasi guru dalam
kajian ini ialah 65 orang. Bagi menentukan bilangan sampel yang terlibat dalam kajian ini di
mana setiap individu mempunyai keberangkalian yang sama untuk dipilih, persampelan
rawak mudah diaplikasikan.

Rajah 3.2 dirujuk bagi menentukan saiz sampel yang terlibat dalam kajian ini. Rajah
3.2 menunjukkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Berdasarkan
jumlah populasi yang ada dalam kajian ini sebanyak 65 orang, oleh itu, sampel yang
mewakili populasi tersebut adalah 56 orang. Oleh itu, bilangan sampel yang terlibat dalam
kajian ini ialah 56 orang iaitu terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di sekitar daerah
Kuala Lipis.
Rajah 3.2: Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Bagi tujuan mengumpulkan data, pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai
instrumen kajian. Terdapat lima bahagian utama dalam borang soal selidik di mana Bahagian
A adalah berkaitan dengan maklumat demografi responden diikuti Bahagian berkaitan
dengan pengetahuan guru. Bahagian C pula mengenai kesediaan guru terhadap pelaksanaan
pembelajaran atas talian dan Bahagian D mengenai kemahiran guru dalam melaksanakan
pembelajaran atas talian. Akhir sekali, Bahagian E merujuk kepada persepsi guru terhadap
pelaksanaan pembelajaran atas talian.

3.5.1 Bahagian A: Maklumat diri responden

Sepertimana yang terkandung dalam Bahagian A iaitu maklumat demografi


responden, ianya meliputi jantina, keturunan, umur, taraf perkahwinan, taraf pendidikan dan
pengalaman terhadap jawatan yang disandang. Dalam menjawab Bahagian A, responden
dikehendaki menandakan (/) mengikut kesesuaian maklumat.

3.5.2 Bahagian B: Pengetahuan Guru

Dalam Bahagian B, penyataan yang dinyatakan adalah berkaitan dengan pengetahuan guru.
Item dalam instrumen ini telah diubahsuai mengikut objektif yang hendak dicapai. Terdapat
11 penyataan item yang dibina untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru berkenaan
dengan pembelajaran atas talian. Skala 5 Likert digunakan di mana (1) Sangat Tidak
Bersetuju, (2) Tidak Bersetuju, (3) Tidak Pasti, (4) Bersetuju dan (5) Sangat Bersetuju.
Responden hendaklah memilih pilihan tersebut mengikut kesesuaian.
3.5.3 Bahagian C: Kesediaan Guru

Terdapat 8 penyataan yang dibentuk bagi mengenalpasti kesediaan guru terhadap


pelaksanaan pembelajaran atas talian. Skala 5 Likert digunakan di mana (1) Sangat Tidak
Bersetuju, (2) Tidak Bersetuju, (3) Tidak Pasti, (4) Bersetuju dan (5) Sangat Bersetuju. Oleh
itu, responden hendaklah memilih skala yang bertepatan dengan item yang terkandung dalam
borang soal selidik.

3.5.4 Bahagian D: Kemahiran Guru

Dalam Bahagian D, pernyataan dalam borang soal selidik adalah berkaitan dengan kemahiran
guru terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian. Terdapat 7 item yang berkaitan untuk
mengenalpasti kemahiran guru dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian yang
dikategorikan dengan menggunakan skala 5 Likert dan skalanya adalah seperti berikut. (1)
Sangat Tidak Bersetuju, (2) Tidak Bersetuju, (3) Tidak Pasti, (4) Bersetuju dan (5) Sangat
Bersetuju.

3.5.5 Bahagian E: Persepsi Guru

Bagi mengukur persepsi guru berkenaan dengan pelaksanaan pembelajaran atas talian,
terdapat 6 penyataan dibentuk dan ianya dikelaskan berdasarkan skala 5 Likert iaitu (1)
Sangat Tidak Bersetuju, (2) Tidak Bersetuju, (3) Tidak Pasti, (4) Bersetuju dan (5) Sangat
Bersetuju. Oleh itu, responden hendaklah memilih skala yang bertepatan dengan item yang
dinyatakan dalam borang soal selidik.

3.6 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Pengkaji menggunakan aplikasi Google Form untuk mengumpulkan data daripada


responden yang terlibat dalam kajian ini. Pemilihan kaedah ini turut dikaitkan dengan
kesulitan untuk mengedarkan borang soal selidik secara fizikal berikutan oleh penangguhan
sesi persekolah secara bersemuka di mana ianya menyukarkan pengkaji untuk berjumpa
dengan responden. Di samping itu juga, penggunaan aplikasi Google Form memudahkan
responden untuk menentukan bilangan responden yang telah menjawab borang soal selidik
tersebut. Tambahan pula, pengkaji dapat menjimatkan masa dan tenaga di mana pengkaji
hanya perlu berkongsi capaian untuk responden menjawab borang soal selidik. Setelah
bilangan responden telah mencukupi, pengkaji hanya perlu menganalisis data yang diperolehi
di mana ianya telah tersedia dalam lampiran Microsoft Excel.

3.7 KAEDAH PENGANALISISAN DATA

Perisian komputer SPSS (Statistical Package for Social Science for Windows Version
25.0) digunakan untuk tujuan menganalisis data. Analisis deskriptif dan korelasi dijalankan
mengikut persoalan kajian yang dinyatakan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian

Persoalan Kajian Kaedah Analisis Data


1. Apakah tahap pengetahuan guru-guru Skor min, sisihan piawai dan
sekolah rendah di daerah Kuala Lipis peratus
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas
talian?

2. Apakah tahap kesediaan guru-guru Skor min, sisihan piawai dan


sekolah rendah di daerah Kuala Lipis peratus
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas
talian?

3. Apakah tahap kemahiran guru-guru Skor min, sisihan piawai dan


sekolah rendah di daerah Kuala Lipis peratus
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas
talian?

4. Apakah tahap persepsi guru-guru sekolah Skor min, sisihan piawai dan
rendah di daerah Kuala Lipis terhadap peratus
pelaksanaan pembelajaran atas talian?
5. Adakah terdapat hubungan yang Ujian Korelasi
signifikan antara tahap pengetahuan,
kesediaan dan kemahiran guru bagi guru-
guru sekolah rendah di daerah Kuala
Lipis terhadap pelaksanaan pembelajaran
atas talian?

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN
Menerusi hasil dapatan borang soal selidik, analisis data dilakukan dan dapatan kajian
diperolehi di mana ianya dinyatakan dalam bab ini. Maklumat demografi dan faktor-faktor
yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian dianalisis. Dalam
kajian ini, analisis deskriptif dan korelasi dijalankan.

4.2 STATISTIK DESKRIPTIF


Statistik deskriptif adalah berkenaan dengan pengumpulan data dan meringkaskan data dalam
bentuk yang lebih mudah seperti rajah, jadual, kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.

4.2.1 PROFIL RESPONDEN


Responden adalah terdiri daripada 56 orang dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah
Kuala Lipis. Ini adalah untuk menganalisa taburan demografi responden seperti jantina,
kaum, umur, status perkahwinan, pendidikan dan pengalaman bekerja.
Jadual 4.1 menunjukkan dapatan bagi demografi. Berdasarkan jantina data yang
diperolehi adalah 35 orang (62.5%) yang terlibat dalam kajian ini lelaki dan sejumlah 21
orang (37.5%) adalah perempuan. Ini menunjukkan bahawa jantina lelaki adalah lebih tinggi
daripada jantina perempuan.
Bagi taburan kaum menunjukkan bahawa data yang diperolehi adalah 32 orang
(57.1%) yang terlibat dalam kajian ini adalah kaum Melayu, 11 orang (19.6%) adalah kaum
Cina dan 13 orang (23.2%) adaah Kaum India. Ini menunjukkan responden kaum Melayu
mencatatkan bilangan yang paling tinggi manakala kaum Cina adalah bilangan yang paling
rendah.
Selain itu taburan responden mengikut umur, mendapati bahawa sejumlah 16 orang
(28.6%) yang terlibat dalam kajian ini berumur antara 20 hingga 25 tahun, 12 orang (21.4%)
berumur antara 26 hingga 30 tahun, 16 orang (28.6%) berumur antara 31 hingga 35 tahun, 6
orang (10.7%) masing-masing berumur antara 36 hingga 40 tahun dan 41 hingag 45 tahun.
Ini menunjukkan bahawa responden yang berumur antara 20 hingga 25 tahun dan 31 hingga
35 tahun adalah mencatatkan bilangan yang tertinggi dan responden berumur antara 36
hingag 40 tahun dan antara 41 hingga 45 tahun mencatatkan bilangan yang terendah.
Seterusnya dapatan bagi status perkahwinan menunjukkan bahawa bilangan
responden iaitu 25 orang atau 44.6% yang terlibat dalam kajian ini adalah bujang sejumlah 31
orang atau 55.4% adalah berkahwin. Ini menunjukkan bahawa status berkahwin adalah lebih
tinggi daripada status bujang.
Bagi taburan pendidikan didapati bahawa 8 orang (14.3%) mempunyai Diploma, 38
orang (67.9%) mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan 10 orang (17.9%) mempunyai Ijazah
Sarjana. Ini menunjukkan bahawa Ijazah Sarjana Muda mencatatkan bilangan yang paling
tinggi dan Diploma mencatatkan bilangan yang paling rendah.
Bagi pengalaman bekerja menunjukkan bahawa seramai 21 orang (37.5%)
berpengalaman kurang dari 5 tahun, 11 orang (19.6%) antara 6 hingga 10 tahun, 18 orang
(32.1%) antara 11 hingga 15 tahun dan 6 orang (10.7%) berpengalaman antara 16 hingga 20
tahun. Dapatan ini menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai pengalaman kurang
dari 5 tahun dan minoriti responden adalah berpengalaman antara 16 hingga 20 tahun.
Jadual 4.1: Demografi Responden
Demografi Bilangan Peratus
Jantina    
Lelaki 35 62.5
Perempuan 21 37.5
Kaum    
Melayu 32 57.1
Cina 11 19.6
India 13 23.2
Umur    
20-25 tahun 16 28.6
26-30 tahun 12 21.4
31-35 tahun 16 28.6
36-40 tahun 6 10.7
41-45 tahun 6 10.7
Status perkahwinan    
Bujang 25 44.6
Berkahwin 31 55.4
Pendidikan    
Diploma 8 14.3
Ijazah Sarjana Muda 38 67.9
Ijazah Sarjana 10 17.9
Pengalaman Bekerja    
Kurang dari 5 tahun 21 37.5
6 hingga 10 tahun 11 19.6
11 hingga 15 tahun 18 32.1
16 hingga 20 tahun 6 10.7

4.2.2 Mengenal pasti pengetahuan guru dalam pelaksanan pembelajaran atas talian

Jadual 4.2 menunjukkan skor kekerapan dan peratusan bagi pengetahuan guru dalam
pelaksanaan pembelajaran atas talian. Berdasarkan nilai peratus yang tertinggi adalah
responden memilih bersetuju dengan penyertaan “Saya mengetahui kandungan sukatan
pelajaran bagi pelaksanaan pembelajaran atas talian” (72.5%). Terdapat juga responden
tidak pasti dengan penyertaan “Saya tahu cara menerapkan kemahiran pembelajaran atas
talian” dan “Saya tahu cara mengembangkan potensi individu semasa pembelajaran atas
talian” (51.8%). Ini diikuti dengan penyertaan “Saya tahu cara membina item penilaian
yang mengandungi pelaksanaan pembelajaran atas talian seperti yang digariskan” (50%).
Berdasarkan dapatan kajian, “Saya mengetahui kandungan sukatan pelajaran bagi
pelaksanaan pembelajaran atas talian” mencatatkan min yang tertinggi (min= 3.875,
SP=0.662) dan “Saya mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan
pendekatan pembelajaran atas talian” mencatatkan min yang terendah (min=3.142,
SP=0.84). Berpandukan kepada dapatan hasil kajian pada jadual di bawah dan secara
keseluruhannya bolehlah diperkatakan di sini bahawa responden tidak pasti dengan
pengetahuan guru dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian (min=3.235, SP=0.429).

Jadual 4.2: Pengetahuan Guru dalam Pelaksanaan Pembelajaran Atas Talian


Sangat Sisiha
Tidak Tidak Sangat
Pernyataan Tidak Setuju Min n
Setuju Pasti Setuju
Setuju Piawai
Saya mengetahui
16 31 9
kandungan sukatan 0 0 3.87
(28.6% (55.4% (16.1% 0.662
pelajaran bagi pelaksanaan (0%) (0%) 5
) ) )
pembelajaran atas talian.
Saya mempunyai
8 26 18
pengetahuan cara 1 3
(14.3% (46.4% (32.1% 3.25 0.836
menerapkan pelaksanaan (1.8%) (5.4%)
) ) )
pembelajaran atas talian.
Saya tahu cara
menggunakan pelbagai 7 23 16
5 5
strategi dan teknik (12.5% (41.1% (28.6% 3.16 1,057
(8.9%) (8.9%)
dalam pelaksanaan ) ) )
pembelajaran atas talian.
Saya tahu cara
9 23 15
meningkatkan kemahiran 4 5 3.14
(16.1% (41.1% (26.8% 1.034
pelajar dalam mengikuti (7.1%) (8.9%) 2
) ) )
pembelajaran atas talian.
Saya tahu cara 10 29 17
0 0 3.12
menerapkan kemahiran (17.9% (51.8% (30.4% 0.689
(0%) (0%) 5
pembelajaran atas talian. ) ) )
Saya tahu cara melibatkan 7 25 21
2 1 3.21
pelajar secara aktif dalam (12.5% (44.6% (37.5% 0.824
(3.6%) (1.8%) 4
pembelajaran atas talian. ) ) )
Saya tahu cara
8 29 9 8
mengembangkan potensi 2 3.23
(14.3% (51.8% (16.1% (14.3% 0.99
individu semasa (3.6%) 2
) ) ) )
pembelajaran atas talian.
Saya tahu cara menilai
6 17
perkembangan pelajar 3 28 2
(10.7% (30.4% 3.16 0.869
menerusi pembelajaran (5.4%) (50%) (3.6%)
) )
atas talian.
Saya mempunyai
pengetahuan dan 7 6 23 16
4 3.07
kemahiran dalam (12.5% (10.7% (41.1% (28.6% 1.093
(7.1%) 1
menggunakan pendekatan ) ) ) )
pembelajaran atas talian.
Saya tahu cara membina
item penilaian yang 8 16
2 28 2 3.14
mengandungi pelaksanaan (14.3% (28.6% 0.84
(3.6%) (50%) (3.6%) 2
pembelajaran atas talian ) )
seperti yang digariskan.
Saya mengikuti isu-isu
yang berkaitan
15 22 11 8
pembelajaran atas talian 0 3.21
(26.8% (39.3% (19.6% (14.3% 1.003
agar pelaksanaan (0%) 4
) ) ) )
pembelajaran atas talian
lancar.
3.23
Keseluruhan 5 0.429
4.2.3 Mengenal pasti kesediaan guru dalam pelaksanan pembelajaran atas talian

Jadual 4.3 menunjukkan skor kekerapan dan peratusan bagi kesediaan guru dalam
pelaksanaan pembelajaran atas talian. Berdasarkan nilai peratus yang tertinggi adalah
responden memilih bersetuju dengan penyertaan “Kursus yang dihadiri memberikan manfaat
dan menyediakan saya untuk melaksanakan pembelajaran atas talian” dan “Saya menyedari
keperluan mempelbagaikan kaedah/aktiviti pembelajaran di luar waktu sekolah” (53.6%).
Ini juga diikuti dengan pernyataan “Saya memahami kepentingan menggunakan teknologi
dalam melaksanakan pembelajaran atas talian” (50%). Terdapat juga responden tidak pasti
dengan penyertaan “Saya memahami peranan guru dalam pelaksanaan pembelajaran atas
talian” (48.2%). Berdasarkan dapatan kajian, “Saya bersedia menyediakan aktiviti yang
dapat mendorong pelajar dalam melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran atas
talian” mencatatkan min yang tertinggi (min= 3.66, SP=1.179) dan “Saya menyedari
keperluan menguasai pedagogi abad ke -21 dalam melaksanakan pembelajaran atas talian”
mencatatkan min yang terendah (min=3.107, SP=1.003). Berpandukan kepada dapatan hasil
kajian pada jadual di bawah dan secara keseluruhannya bolehlah diperkatakan di sini bahawa
responden tidak pasti dengan kesediaan guru dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian
(min=3.41, SP=0.489).
Jadual 4.3: Kesediaan Guru dalam Pelaksanaan Pembelajaran Atas Talian
Sanga
Sisiha
t Tidak Tidak Sangat
Pernyataan Setuju Min n
Tidak Setuju Pasti Setuju
Piawai
Setuju
Kursus yang dihadiri
memberikan manfaat 20 30
0 4 2 3.53
dan menyediakan saya (35.7% (53.6% 0.686
(0%) (7.1%) (3.6%) 5
untuk melaksanakan ) )
pembelajaran atas talian.
Saya bersedia
8 21 8
melaksanakan 5 14 3.21
(14.3% (37.5% (14.3% 1.139
pembelajaran atas talian (8.9%) (25%) 4
) ) )
secara menyeluruh.
Saya bersedia untuk 2 12 9 20 13 3.53
1.174
menggalakkan pelajaran (3.6%) (21.4% (16.1% (35.7% (23.2% 5
menggunakan kemudahan
ICT dalam proses
) ) ) )
pengajaran dan
pembelajaran.
Saya bersedia
menyediakan
aktiviti yang dapat 6 21 7 20
2
mendorong pelajar (10.7% (37.5% (12.5% (35.7% 3.66 1.179
(3.6%)
dalam melibatkan ) ) ) )
diri secara aktif dalam
pembelajaran atas talian.
Saya memahami peranan 7 27 6
2 14 3.26
guru dalam pelaksanaan (12.5% (48.2% (10.7% 0.943
(3.6%) (25%) 7
pembelajaran atas talian. ) ) )
Saya menyedari keperluan
menguasai pedagogi abad 9 24 15
4 4 3.10
ke-21 dalam melaksanakan (16.2% (42.9% (26.8% 1.003
(7.1%) (7.1%) 7
) ) )
pembelajaran atas talian.
Saya memahami
kepentingan menggunakan 20
1 4 28 3
teknologi dalam (35.7% 3.5 0.786
(1.8%) (7.1%) (50%) (5.4%)
melaksanakan )
pembelajaran atas talian.
Saya menyedari keperluan
18 30
mempelbagaikan kaedah/ 2 4 2
(32.1% (53.6% 3.46 0.83
aktiviti pembelajaran (3.6%) (7.1%) (3.6%)
) )
di luar waktu sekolah.
Keseluruhan 3.41 0.489

4.2.4 Mengenal pasti kemahiran guru dalam pelaksanan pembelajaran atas talian
Jadual 4.4 menunjukkan skor kekerapan dan peratusan bagi kemahiran guru dalam
pelaksanaan pembelajaran atas talian. Berdasarkan nilai peratus yang tertinggi adalah
responden memilih bersetuju dengan penyertaan “Saya bolehi menyediakan bahani bantu
belajar iyang boleh digunakan idalam melaksanakani pembelajaran atasi talian” (58.9%)
dan “Sayai boleh menyediakani peluang kepadai pelajar untuki merumuskan apai yang
telahi dipelajari dalami pembelajaran iatas talian” (53.6%). Ini juga diikuti dengan
pernyataan “Saya boleh menjawab soalan yang dikemukakan pelajar dan menerapkan
penguasaan ICT dalam kalangan pelajar” (48.2%). Terdapat juga responden tidak pasti
dengan penyertaan “Saya mahir menyediakan soalan yang membolehkan pelajar menjawab
menerusi pelaksanaan pembelajaran ata stalian” (41.1%). Berdasarkan dapatan kajian,
“Saya boleh menyediakan bahan bantu belajar yang boleh digunakan dalam melaksanakan
pembelajaran atas talian” mencatatkan min yang tertinggi (min= 4.00, SP=0.687) dan “Saya
mahir menyediakan tugasan yang berpandukan soalan yang rasional berdasarkan
pembelajaran atas talian” mencatatkan min yang terendah (min=3.232, SP=0.99).
Berpandukan kepada dapatan hasil kajian pada jadual di bawah dan secara keseluruhannya
bolehlah diperkatakan di sini bahawa responden tidak pasti dengan kemahiran guru dalam
pelaksanaan pembelajaran atas talian (min=3.66, SP=0.489).

Jadual 4.4: Kemahiran Guru dalam Pelaksanaan Pembelajaran Atas Talian


Sanga
Sisiha
t Tidak Tidak Sangat
Pernyataan Setuju Min n
Tidak Setuju Pasti Setuju
Piawai
Setuju
Saya boleh menyediakan
bahan bantu belajar yang 10 33 12
0 1
boleh digunakan dalam (17.9% (58.9% (21.4% 4 0.687
(0%) (1.8%)
melaksanakan pembelajaran ) ) )
atas talian.
Saya boleh menggunakan
pelbagai teknik, pendekatan 6 20 17 12
1
dan strategi dalam (10.7% (35.7% (30.4% (21.4% 3.589 1.005
(1.8%)
melaksanakan pembelajaran ) ) ) )
atas talian.
Saya boleh menyediakan
peluang kepada pelajar 9 30 10
2 5
untuk merumuskan apa (16.1% (53.6% (17.9% 3.66 1.066
(3.6%) (8.9%)
yang telah dipelajari dalam ) ) )
pembelajaran atas talian.
Saya boleh merangsang
9 22 19
pelajar untuk melibatkan 2 4
(16.1% (39.3% (33.9% 3.928 1.059
diri secara aktif dalam (3.6%) (7.1%)
) ) )
pembelajaran atas talian.
Saya mahir menyediakan
soalan yang membolehkan 23 23
0 5 5
pelajar menjawab menerusi (41.1% (41.1% 3.5 0.786
(0%) (8.9%) (8.9%)
pelaksanaan pembelajaran ) )
atas talian.
Saya mahir menyediakan
tugasan yang berpandukan 7 20 22
4 3
soalan yang rasional (12.5% (35.7% (39.3% 3.232 0.99
(7.1%) (5.4%)
berdasarkan pembelajaran ) ) )
atas talian.
Saya boleh menjawab soalan
18 27 8
yang dikemukakan pelajar 0 3
(32.1% (48.2% (14.3% 3.714 0.779
dan menerapkan penguasaan (0%) (5.4%)
) ) )
ICT dalam kalangan pelajar.
Keseluruhan 3.66 0.486

4.2.5 Mengenal pasti persepsi guru dalam pelaksanan pembelajaran atas talian

Jadual 4.6 menunjukkan skor kekerapan dan peratusan bagi persepsi guru dalam pelaksanaan
pembelajaran atas talian. Berdasarkan nilai peratus yang tertinggi adalah responden memilih
bersetuju dengan penyertaan “Pembelajaran atas talian membantu guru dalam menjalankan
Pdp di luar sekolah” (58.9%). Terdapat juga responden tidak pasti dengan penyertaan
“Pelaksanaan pembelajaran atas talian sesuai dijadiakan pendekatan baru” (51.8%).
Walaubgaimanapun, terdapat juga responden tidak bersetuju dnegan penyertaan
“Pembeajaran atas talian dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar” (42.9%).
Berdasarkan dapatan kajian, “Pembelajaran atas talian dapat mempelbagaikan kaedah
PdP” mencatatkan min yang tertinggi (min= 3.785, SP=0.824) dan “Pembelajaran atas
talian dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar” mencatatkan min yang terendah
(min=2.785, SP=0.985). Berpandukan kepada dapatan hasil kajian pada jadual di bawah dan
secara keseluruhannya bolehlah diperkatakan di sini bahawa responden tidak pasti dengan
persepsi guru dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian (min=3.452, SP=0.407).

Jadual 4.6: Persepsi Guru dalam Pelaksanaan Pembelajaran Atas Talian


Sangat Sisihan
Tidak Tidak Sangat
Pernyataan Tidak Setuju Min
Setuju Pasti Setuju
Setuju Piawai
Pembelajaran atas talian
15
membantu guru dalam 2 3 33 3
(26.8% 3.571 0.828
menjalankan PdP (3.6%) (5.4%) (58.9%) (5.4%)
)
di luar sekolah.
Pembelajaran atas talian
0 4 14 28 10
dapat mempelbagaikan 3.785 0.824
(0%) (7.1%) (25%) (50%) (17.9%)
kaedah PdP.
Pelaksanaan pembelajaran
7
atas talian menjadikan 5 14 20 10
(12.5% 3.41 1.187
konsep pembelajaran (8.9%) (25%) (35.7%) (17.9%)
)
secara menyeluruh.
Saya lebih bermotivasi 11 6
2 27 10
semasa melaksanakan (19.6% (10.7% 3.571 1.109
(3.6%) (48.2%) (17.9%)
pembelajaran atas talian. ) )
Pelaksanaan pembelajaran 1 1 29 14 11
3.589 0.889
atas talian sesuai dijadikan (1.8%) (1.8%) (51.8% (25%) (19.6%)
)
sebagai pendekatan baru.
Pembelajaran atas talian 24 18
2 8 4
dapat meningkatkan (42.9% (32.1% 2.785 0.985
(3.6%) (14.3%) (7.1%)
prestasi akademik pelajar. ) )
Keseluruhan 3.452 0.407

4.3.1 Statistik Inferensi

Statistik inferensi digunakan dalam kajian ini untuk melihat hubungan antara pembolehubah
dimana ujian Korelasi digunakan.

4.3.2 Mengenal pasti hubungan antara pengetahuan, kesediaan dan kemahiran guru
dalam pelaksanan pembelajaran atas talian

Jadual 4.7 menunjukkan hubungan antara 3 skor min pengetahuan, kesediaan dan kemahiran
guru dalam pelaksanan pembelajaran atas talian. Analisis korelasi Pearson bagi pengetahuan
menunjukkan hubungan positif yang sederhana dan signifikan dengan kesediaan (r=0.610,
p=0.000) dan kemahiran (r=0.547, p=0.000).

Selain itu, bagi kesediaan menunjukkan hubungan positif yang kuat dan signifikan
dengan kemahiran (r=0.854, p=0.000). Secara kesimpulannya, terdapat hubungan yang
signifikan antara pengetahuan, kesediaan dan kemahiran guru dalam pelaksanaan
pembelajaran atas talian

Jadual 4.7: Hubungan pengetahuan, kesediaan dan kemahiran guru dalam pelaksanan
pembelajaran atas talian
  Pengetahuan Kesediaan Kemahiran
Pengetahuan Pearson Correlation 1 .610** .547**
Sig. (2-tailed)   0.000 0.000
N 56 56 56
Kesediaan Pearson Correlation .610** 1 .854**
Sig. (2-tailed) 0.000   0.000
N 56 56 56
Kemahiran Pearson Correlation .547** .854** 1
Sig. (2-tailed) 0.000 0.000  
N 56 56 56

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN
Bab ini memberi gambaran tentang keseluruhan dapatan kajian yang telah
dinyatakan oleh pengkaji. Ianya meliputi dapatan kajian, perbincangan kajian, diikuti
oleh implikasi dan batasan penyelidikan yang dihadapi oleh penyelidik dalam
menyiapkan kajian ini. Tambahan pula, untuk penambahbaikan bagi kajian akan
datang, cadangan turut dinyatakan oleh penyelidik untuk dijadikan rujukan pada masa
akan datang.

5.2 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN


Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian di sekolah rendah
di daerah Kuala Lipis. Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi
objektif seperti berikut:
i. Untuk mengenalpasti pengetahuan guru-guru sekolah rendah di daerah
Kuala Lipis terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian.
ii. Untuk mengenalpasti kesediaan guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala
Lipis terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian.
iii. Untuk mengenalpasti kemahiran guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala
Lipis terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian.
iv. Untuk mengenalpasti hubungan antara pengetahuan, kesediaan dan
kemahiran guru terhadap persepsi guru bagi guru-guru sekolah rendah di
daerah Kuala Lipis terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian.

Dengan itu, secara tidak langsung kajian ini dapat menjawab persoalan kajian
seperti berikut:
vi. Apakah tahap pengetahuan guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian?
vii. Apakah tahapi kesediaan guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap ipelaksanaan pembelajarani atas talian?
viii. Apakah tahap kemahiran guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap ipelaksanaan pembelajarani atas talian?
ix. Apakah itahap persepsi guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis
terhadap pelaksanaani pembelajarani atas talian?
x. Adakah terdapati hubungan yangi signifikan antarai tahap pengetahuan,
ikesediaan, kemahiran idan persepsi guru bagi guru-guru sekolah rendah di
daerah Kuala Lipis terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian?

Setiap faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas


talian dikaji dengan menggunakan analisis deskriptif dalam kajian ini. Ianya bertujuan
untuk menentukan purata yang ditunjukkan bagi setiap faktor mendorong kepada
keberkesanannnya atau sebaliknya. Dalam menentukan hubungan bagi setiap faktor
yang dikaji, analisis korelasi Pearson dilaksanakan. Kajian terhadap hubungan sesama
pembolehubah adalah penting untuk dikaji dan diketahui hasilnya kerana ianya akan
memberi kesan terhadap kajian yang dijalankan di mana mereka boleh merangka pelan
pemulihan bagi meningkatkan keberkesanan pendekatan yang diaplikasikan agar
menyumbang kepada dapatan yang lebih baik.
Hasil kajian, jelas menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru berkenaan dengan
pelaksanaan pembelajaran atas talian adalah pada tahap sederhana. Situasi ini adalah
normal terutamanya bagi guru-guru yang telah lama berkhidmat kerana mereka kurang
mendapat pendedahan tentang pelaksanaan pembelajaran atas talian. Seiring dengan
dapatan kajian yang dilaporkan oleh Fauzi & Khusuma (2020) di mana pengetahuan
guru dalam melaksanakan pembelajaran atas talian masih berada pada paras yang
rendah. Secara tidak langsung, ianya menunjukkan bahawa keberkesanan pembelajaran
atas talian adalah rendah.
Berdasarkan dapatan kesediaan guru dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian,
jelas menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru berada pada tahap sederhana. Ianya
dapat dikaitkan dengan pelaksanaan pembelajaran atas talian adalah secara tiba-tiba di
mana guru-guru tidak bersedia untuk melaksanakan di mana mereka perlu mencari
inisiatif sendiri dalam menyediakan bahan pengajaran. Situasi ini berlaku berikutan
oleh pengumuman yang secara tiba-tiba dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia di mana
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa di seluruh negara mulai 18 Mac
2020. Tindakan tersebut turut melibatkan semua universiti, sekolah dan tempat
keagamaan diarahkan untuk ditutup dan secara tidak langsung ianya menjejaskan
struktur pengajaran dan pembelajaran. Tindakan tersebut adalah bertujuan untuk
memastikan jangkitan COVID-19 dapat dikawal (Perutusan Khas Perdana Menteri
Malaysia, 2020). Berikutan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengeluarkan
memorandum di mana aktiviti pembelajaran secara bersemuka diganti dengan
pemebelajaran atas talian. Keadaan ini menyebabkan guru-guru tidak bersedia
berikutan oleh arahan yang diberikan serta merta. Ianya menyebabkan guru-guru tidak
dapat memastikan keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian yang optimum
kerana mereka juga masih dalam fasa belajar untuk menyesuaikan diri dengan norma
baharu ini.
Seperti mana yang dinyatakan dalam dapatan kajian, kemahiran guru dalam
melaksanakan pembelajaran atas talian di lihat berada pada tahap yang tinggi. Ianya
dapat dilihat apabila guru-guru berupaya mengoptimumkan penggunaan teknologi
dalam melaksanakan pembelajaran atas talian. Ianya disokong oleh kajian yang
dijalankan oleh Nambiar (2020) dan Aliyyah et al. (2020) di mana kemahiran guru
dapat dilihat menerusi kebolehan guru-guru dalam mengaplikasikan aplikasi di
platform digital seperti Youtube, Google Classrooms, Meet serta Zoom untuk
memastikan pelaksanaan pembelajaran atas talian berjalan dengan lancar. Aplikasi-
aplikasi tersebut bertindak sebagai medium untuk pembelajaran dalam talian
dijalankan.
Merujuk kepada persepsi guru terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian, jelas
menunjukkan bahawa guru menunjukkan persepsi yang sederhana. Ianya dapat
dikaitkan dengan pelaksanaannya masih di peringkat permulaan di mana ianya
dipraktiskan secara komprehensif semasa tempoh pandemik COVID-19. Seperti yang
dinyatakan oleh pengkaji lain seperti Fauzi & Khusuma (2020), pembelajaran atas
talian hanya bertindak sebagai kaedah alternatif berikutan oleh penangguhan sesi
persekolahan secara bersemuka, namun ianya tidak wajar dijadikan sebagai pengganti
kepada pembelajaran tradisional. Ianya dilihat tidak praktikal di mana peranan guru-
guru dilihat tidak optimum berikutan oleh pelaksanaan pembelajaran atas talian. Di
sini jelas menunjukkan bahawa kaedah pengajaran tradisional lebih memberi impak
kepada guru serta pelajar.
Menurut dapatan kajian mengenai hubungan antara pengetahuan, kesediaan dan
kemahiran guru dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian, dapat dilihat dengan jelas
bahawa setiap faktor tersebut mempunyai hubungan antara satu sama lain yang
menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian. Di sokong
oleh Chuah (2013) di mana pembelajaran atas talian dapat mencapai objektifnya
dengan adanya pengetahuan, kesediaan dan kemahiran guru yang optimum.

5.3 PERBINCANGAN DAN TAFSIRAN DAPATAN KAJIAN


Bahagian berikut membincangkan tentang dapatan kajian berkenaan dengan

faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian

dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Kuala Lipis.

5.3.1 Pengetahuan guru dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian


Secara terperincinya, dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti
responden bersetuju bahawa mereka mengetahuii kandungan sukatani
pelajaran bagii pelaksanaan ipembelajaran atas talian. iDengan itu,
pelaksanaani pembelajaran atasi talian dapati dilaksanakan idengan
lancar. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, dapat dilihat dengan jelas
bahawa responden mempunyai pengetahuan tentang pelaksanaan
pendekatan tersebut dengan mengetahui kandungan yang perlu diajar.
Namun begitu, secara keseluruhannya, pengetahuan guru dalam
pelaksaaan pembelajaran atas talian berada pada tahap sederhana.
Merujuk kepada dapatan kajian yang dilaporkan oleh Roslinda dan
Faridah Anum (2014), guru-guru menunjukkan tahap pengetahuan di
paras sederhana menerusi pengaplikasian pembelajaran atas talian.
Oleh itu, dalam usaha meningkatkan pengetahuan guru, beberapa
tindakan dijalankan seperti mengadakan bengkel dan perbincangan
terbuka agar isu-isu yang dibangkitkan dapat diatasi dan seterusnya
matlamat yang ditetapkan dapat dicapai.

5.3.2 Kesediaan guru dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian


Dalam konteks kesediaan guru dalam melaksanakan pembelajaran atas
talian, dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden
bersetuju bahawa kursus yang dihadiri memberikan manfaat dan
memberi kesediaan kepadanya untuk melaksanakan pembelajaran atas
talian. Situasi ini adalah berikutan oleh inisiatif yang diambil oleh
pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan
menerapkan guru-guru dengan kemahiran teknologi maklumat agar
ianya dapat dipraktiskan oleh guru-guru mengikut keperluan. Merujuk
kepada kajian yang dijalankan oleh Chin et al., (2014), kesediaani guru
pelatihi di Institut iPendidikan Hong iKong (HKIED) terhadap
pelaksanaani pembelajaran atasi talian dapat ditingkatkan menerusi
pendedahan dan latihan pembelajaran atas talian yang komprehensif
selama 10 minggu. Secara tidak langsung, ianya membuktikan
tindakan yang dijalankan berupaya meningkatkan keyakinan diri guru-
guru pelatih tersebut untuk mengaplikasikan pembelajaran atas talian.
Secara tidak langsung, ianya menyumbang kepada kesediaan guru-
guru dalam mengintergrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

5.3.3 Kemahiran guru dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian


Merujuk kepada dapatan kajian mengenai kemahiran guru dalam
melaksanakan pembelajaran atas talian, jelas membuktikan bahawa
kemahiran responden berada pada tahap yang memberangsangkan di
mana mereka berupaya menyediakan bahan bantu mengajar untuk
diaplikasikan dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian. Di samping
itu, responden juga berupaya menyediakan peluang kepada pelajar
untuk merumuskan apa yang dipelajari dalam pembelajaran atas talian.
Situasi ini membuktikan bahawa pelajar menunjukkan pemahaman
terhadap pengajaran yang disampaikan. Ianya adalah berikutan oleh
kemahiran guru dalam menyampaikan pengajaran secara talian.
Dapatan kajian ini disokong oleh Idris & Adam (2018) yang
menjalankan kajian terhadap penggunaan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dilihat berkesan dan prestasi yang
ditonjolkan oleh pelajar adalah memuaskan.

5.3.4 Persepsi guru dalam pelaksanaan pembelajarani atas talian


Berdasarkan dapatan kajian, persepsii guru dalam pelaksanaan
pembelajarani atas talian adalah pada tahap sederhana. Secara
terperincinya, majoriti respondeni menyatakan bahawa ipembelajaran
atas italian dapat membantu gurui dalam menjalankan PdP di luar
sekolah. Ianya dilihat bersesuaian dalam situasi kini di mana
pembelajaran atas talian menjadi alternatif kepada pembelajaran secara
bersemuka. Pembelajaran atas talian boleh dijadikan alternatif kepada
pembelajaran konvensional sekiranya berlaku perkara-perkara
kecemasan seperti penangguhan sesi persekolahan akibat bencana serta
ketiadaan guru untuk tempoh yang panjang seperti mengikuti kursus.
Dapatan yang sama turut dilaporkan oleh Azizan & Nazri (2020) di
mana persepsi guru terhadap pembelajaran atas talian adalah
memuaskan di mana ianya berperanan sebagai alternatif kepada
pembelajaran secara bersemuka.

5.4 IMPLIKASI KAJIAN


Hasil kajiani ini telah memberikani implikasi teorii dan praktikali serta kaedah
penyelidikan yang dipraktiskan idalam ilmu pengetahuani semasa. Implikasii ini
dijelaskani dalam bahagiani berikut.

5.4.1 IMPLIKASI TEORI


Penemuan kajian ini telah memberikan sokongan empirikal untuk hubungan
teori yang dicadangkan pada kerangka penyelidikan. Secara khusus, kajian ini telah
mengesahkan hubungan yang signifikan antara pengetahuan, kesediaan dan
kemahiran guru dalam pelaksanaan pembelajaran atas talian. Dalam konteks Malaysia
khususnya dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, kajian ini memberi penerangan
bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada keberkesanan
pelaksanaan pembelajaran atas talian terutamanya di peringkat sekolah rendah
sepertimana yang dikaji dalam kajian ini. Penemuan dalam kajian ini yang
menyumbang kepada literatur. Pertama, pengetahuan guru dalam mengintergrasikan
teknologi dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian.
Kedua, faktor kesediaan guru juga memberi pengaruh terhadap keberkesanan
pelaksanaan pembelajaran atas talian. Oleh itu, adalah penting sebagai guru untuk
mempersiapkan diri dengan ilmu yang berkaitan agar pendekatan yang diaplikasikan
berkesan. Dalam konteks kemahiran, jelas membuktikan bahawa ianya menyumbang
kepada keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian. Berikutan itu, guru
hendaklah meningkatkan kemahiran dalam menguasai teknologi maklumat dan
komunikasi agar pelaksanaan pembelajaran atas talian berkesan. Dengan itu, guru
dapat menonjolkan persepsi yang positif dalam melaksanakan pembelajaran atas
talian.
5.4.2 IMPLIKASI PRAKTIKAL
Secara praktikalnya, hasil kajian yang telah diperolehi dapat memberi manfaat
khususnya kepada guru yang merupakan aset dalam membangunkan institusi
pendidikan bagi melahirkan modal insan berkualiti. Dalam masa yang sama, dapatan
kajian ini boleh dijadikan post-mortem kepada pihak pengurusan institusi pendidikan
agar meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan
pembelajaran atas talian. Ianya penting berikutan oleh sesi pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini lebih tertumpu kepada pembelajaran atas talian. Oleh
itu, adalah penting untuk memastikan pendekatan tersebut berkesan dan berupaya
meningkatkan prestasi pelajar.
Sepertimana yang dinyatakan dalam dapatan kajian, kesediaan, pengetahuan
dan kemahiran guru merupakan faktor penyumbang kepada keberkesanan
pelaksanaan pembelajaran atas talian. Di sini jelaslah bahawa guru perlu
meningkatkan keupayaan mereka dalam menguasai teknologi maklumat dan
komunikasi agar pembelajaran atas talian berkesan dan mencapai matlamatnya.
Dengan itu, situasi ini akan menyumbang kepada peningkatan prestasi pelajar.
Pelaksanaan kajian ini dapat memberi gambaran kepada pihak pengurusan institusi
pendidikan untuk merangka pelan pembangunan bagi meningkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran atas talian.
Selain iitu, kajian yang idijalankan ini idapat memberi ibanyak pengetahuani
baru tentang cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan
pembelajaran atas talian terutamanya bagi guru-guru yang telah lama berkhidmat
kerana mereka terlalu bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara
bersemuka. Di samping itu, guru turut berhadapan dengan cabaran untuk
mendapatkan kerjasama daripada pelajar untuk menghadiri kelas yang dilaksanakan
atas talian. Ianya berikutan oleh kekangan alatan teknologi dan capaian internet yang
terbatas. Situasi tersebut merupakan cabaran dan rintangan yang dihadapi bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran atas talian berjalan dengan lancar.
Dalam memastikan pendekatan yang diperkenalkan berkesan, kajian ini
memfokuskan peranan guru yang menyumbang kepada keberkesanannya dengan
mengenalpasti pengetahuan, kesediaan dan kemahiran dalam mengintergrasikan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran atas talian.
Dalam memastikan pendekatan yang diperkenalkan berkesan, pihak
pengurusan sekolah seperti guru besar dan guru penolong kanan memainkan peranan
dalam memberi garis panduan kepada guru terhadap pelaksanaan pembelajaran atas
talian agar berjalan dengan lancar sebagai contoh menyediakan modul. Di samping
itu, penganjuran kursus atas talian boleh dilaksanakan di mana setiap guru diwajibkan
untuk mengikuti kursus tersebut agar pelaksanaannya mencapai matlamat.
Dalam usaha untuk membudayakan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, pihak pengurusan sekolah hendaklah menyarankan guru-guru untuk
mempraktiskan penggunaan pendekatan pembelajaran atas talian untuk menjalankan
kelas tambahan. Secara tidak langsung, ianya bertindak sebagai satu bentuk
pendedahan kepada guru-guru terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian.

5.4.3 IMPLIKASI TERHADAP KAEDAH PENYELIDIKAN


Kaedah penyelidikan yang dijalankan memberi gambaran kepada pengkaji
untuk kajian lanjutan berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi
keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian agar dapatan kajian lebih
signifikan. Dalam mendapatkan dapatan kajian yang signifikan dan terperinci,
pelaksanaan kaedah kajian berbentuk kualitatif seperti temubual membolehkan
responden memberikan pendapat secara terbuka dan tidak tertakhluk kepada
penyataan yang dinyatakan dalam borang soal selidik. Secara tidak langsung, ianya
dapat meningkatkan kejituan dapatan kajian seterusnya memberi impak yang besar
kepada penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji.

5.5 CADANGAN UNTUK KAJIAN MASA HADAPAN

Untuk ikajian akan idatang, terdapat 3 icadangan yang iharus dipraktikkani


oleh penyelidik iakan datang iuntuk mengkajii kajian ini isecara lebih imendalam iaitu
pertamai adalah pengkajii mencadangkan supayai diperluas dan idiperbanyakkan lagi
bilangan isampel dengan imelibatkan guru-guru sekolah rendah di seluruh negeri
Pahang bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan
pelaksanaan pembelajaran atas talian agar dapatan yang diperolehi lebih meluas.
Ianya bertujuani untuk mendapat ikeputusan luar jangkai mengenai perbezaani atau
perhubungani kecil yang idiramalkan wujud diantarai pembolehubah. Secarai tidak
langsung kitai mendapat ilmui baru yang ibelum pernahi ditemui.
Cadangan keduai adalah pengkaji ijuga menyarankan iagar kajian idi masa
hadapan dapat imenggunakan kaedah ipenilaian yang lebihi kompleks iaitui
mengambil kira kaedahi kualitatif sepertii pemerhatian idan temubual iantara
responden. iTerdapat beberapa ikelebihan dalam imenggunakan kaedah inii seperti
pengkaji imenghasilkan kajian dengani proses yangi susah diukuri dengan nombori
contohnya tingkahlaku responden. Selain itu, peneyelidik bebas menggunakan
pelbagai teknik yang mudah idan memberii ruang yangi tanpa hadi seperti lisan,
ipemerhatian, temuduga iberstruktur dan tidaki berstruktur supayai penyelidik dapati
memperolehi data iyang sah dan tepat.
Dan yangi terakhir adalahi dalam kajian iyang menyeluruh, ipengkaji
mencadangkan iagar tempoh ikajian dipanjangkan isupaya kajian yangi dijalankan
dapat memperolehi idapatan secara ilebih terperinci dani tepat. Tempohi kajian iyang
lebihi panjang harusi dipraktikkan untuk icadangan akan datang imemandangkan
faktor kesibukan respondeni yang sedikit sebanyaki mengganggu prosesi
pengumpulan datai yang telahi ditetapkan.
Dalam usaha meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas
talian berdasarkan pengetahuan, kesediaan, kemahiran dan persepsi guru, pengkaji
mencadangkan beberapa pelan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh pihak
pengurusan mengikut organisasi masing-masing. Antaranya ialah:

Cadangan kepada pihak pentadbir/sekolah.

i. Sebagai alternatif untuk meningkatkan keupayaan guru dalam melaksanakan


pembelajaran atas talian dengan lebih efektif, kursus-kursus boleh dianjurkan
secara atas talian agar guru-guru dapat mempersiapkan diri dengan kemahiran
mengintergrasikan teknologi dalam pengajaran mereka. Secara tidak langsung,
kursus yang dianjurkan dapat meningkatkan pengetahuan, kesediaan, kemahiran
dan persepsi guru terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian. Dengan itu,
pembelajaran atas talian boleh dijadikan pengganti kepada pembelajaran
bersemuka sekiranya keadaan mendesar seperti sekarang disebabkan oleh
ancaman COVID-19.

ii. Dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kursus, adalah disarankan untuk


melaksanakan sesi hands-on agar guru-guru berupaya mengaplikasikan input yang
diperolehi daripada kursus yang dihadari.

iii. Jangka masa kursus yang dilaksanakan juga perlu diteliti agar guru-guru mendapat
input yang secukupnya untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan
pengajaran atas talian.

Cadangan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN)

i. Pihak JPN dan PPD berperanan untuk memberi sistem sokongan kepada guru
untuk meningkatkan keupayaan guru dalam melaksanakan pengajaran atas talian
dengan menyediakan garis panduan dan modul yang dapat meningkatkan
keberkesanan pendekatan tersebut.

5.4 KESIMPULAN
Diharapkan agar kajian ini dapat memberi manfaat dan rujukan kepada sesiapa
sahaja yang terlibat dalam penyelidikan mengenai pelaksanaan pembelajaran atas
talian terutamanya pada masa kini di mana pembelajaran atas talian menjadi platform
utama dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran berikutan oleh
penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka. Harapan pengkaji agar kajian ini
dapat membuka mata pelbagai pihak khususnya guru-guru yang telah lama
berkhidmat agar meningkatkan potensi diri dengan menguasai teknologi agar
pelaksanaaan pembelajaran atas talian berjalan dengan lancar. Secara tidak langsung,
pengetahuan, kemahiran, kesediaan dan persepsi guru terhadap pelaksanaan
pembelajaran atas talian berubah ke arah yang positif.
Pendekatan yang praktikal dan efektif hendaklah dipraktiskan bagi
memastikan pelaksanaan pembelajaran atas talian mencapai matlamat dan berkesan
berikutan oleh jangka masa pembelajaran atas talian dilihat akan berterusan
disebabkan oleh penularan COVID-19 dilihat masih tidak dapat dikawal.
Penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka merupakan alternatif yang diambil
bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk meningkatkan penguasaan terhadap kemajuan teknologi
maklumat agar pembelajaran dan pengajaran atas talian berjalan dengan lancar.
Secara tidak langsung, pemahaman pelajar juga turut meningkat seiring dengan
keupayaan guru dalam mengintergrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Situasi tersebut turut mendorong peningkatan prestasi pelajar dan
mengharumkan nama baik negara dengan melahirkan golongan peneraju yang
cemerlang, gemilang dan terbilang berikutan oleh peranan guru yang tidak berbelah
bahagi. Menerusi penjanaan modal insan berkualiti, kemajuan Negara dan imej
Malaysia dapat dibanggakan di persada dunia. Ianya bermula dengan peranan guru
yang mencorak prestasi pelajar.

Anda mungkin juga menyukai