Anda di halaman 1dari 4

MESYUARAT PENGURUSAN FAKULTI

KE-329

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERTAS KERJA PERMOHONAN MELULUSKAN PERUNTUKAN BAGI WEBINAR KESIHATAN


MENTAL DI KALANGAN AHLI AKADEMIK PASCA COVID-19: DIAGNOSIS & PENYELESAIAN

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Mesyuarat Pengurusan FST bagi
mengadakan Webinar Kesihatan Mental di Kalangan Ahli Akademik Pasca Covid-19:
Diagnosis & Penyelesaian. Webinar ni akan membincangkan isu kesihatan ahli akademik
yang terjejas disebabkan oleh pelaksanaan bekerja dari rumah akibat penularan pandemik
Covid-19. Perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada aspek tekanan mental dan
emosi seperti keresahan dan kemurungan yang menganggu keseimbangan kerja dan
kehidupan. Masih tidak banyak perbincangan secara terbuka yang melibatkan kesan
perubahan ini kepada kesihatan mental ahli akademik di institusi pengajian tinggi.
Pengurusan kesihatan mental tidak diketengahkan dalam kebanyakan pentadbiran
universiti. Sokongan kesihatan mental untuk ahli akademik amat terhad dan tidak kelihatan,
seolah-olah ahli akademik adalah kebal daripada tekanan mental dan perasaan. Para ahli
akademik itu sendiri selalunya mempunyai stigma termasuk terhadap diri sendiri dan ini
mencegah mereka daripada mendapatkan bantuan yang sepatutnya dalam jangka masa
yang segera sebelum masalah tersebut berlarutan. Webinar ini diadakan dengan kerjasama
persatuan Mental Illness Awareness and Support Association (MAISA) atau Persatuan
Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yang mengadvokasikan kesihatan mental dan menyokong mereka yang bertarung dengan
penyakit mental (peer) dan penjaga. Ini bertujuan bagi memperbetulkan tanggapan dan
kekeliruan masyarakat mengenai isu kesihatan mental dan penyakit
mental serta menyediakan sokongan kepada ‘peer’ dan penjaga mereka melalui pelbagai
program dan aktiviti kesedaran dan sokongan.
1
2.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan
mental dan memberi kesedaran lebih awal tentang tanda-tanda ‘burnout’ disebabkan
tekanan yang berterusan di kalangan ahli akademik dan bagaimana ini boleh dielakkan.

3.0 SASARAN PESERTA

I. Pensyarah FST

4.0 PELAKSANAAN

Tarikh: 12 Januari 2022 (Rabu)


Tempat: Secara dalam talian

5.0 TENTATF PROGRAM

TARIKH MASA PERKARA

12 Januari 9.00-9.15 PAGI LINK WEBINAR DIBUKA UNTUK PARA PESERTA


2022

9.15 PAGI UCAPAN ChM DR NUR HASYAREEDA HASSAN (PENOLONG


DEKAN)

2
9.20 PAGI WEBINAR BERMULA
MODERATOR: PM CHM DR NURUL IZZATY HASSAN

10.20 PAGI SESI SOAL JAWAB


PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA
PENCERAMAH

10.45 PAGI BERSURAI

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN


6.1 ANGGARAN PENDAPATAN

Bil Perkara Anggaran Pendapatan (RM)

1. Sumbangan Fakulti (FST) RM 250.00

Jumlah Keseluruhan RM 250.00

6.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Anggaran Perbelanjaan (RM)

1. Bayaran kepada penceramah RM 250.00

Jumlah RM 250.00

3
Bayaran akan dikredit secara terus kepada akaun penceramah oleh Bendahari UKM
secara EFT.

7.0 PERAKUAN

Ahli-ahli dipersilakan untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan peruntukan bagi


Webinar Kesihatan Mental di Kalangan Ahli Akademik Pasca Covid-19: Diagnosis &
Penyelesaian menggunakan dana peruntukan pengurusan fakulti sebanyak RM250.

Anda mungkin juga menyukai