Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

___________________________________________________________________

PROJEK MENAIKTARAF LITAR


MOTOCROSS BARI BESAR

____________________________________________________________________
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan


kewangan daripada pihak Tuan bagi menjayakan projek berikut;

1.1 Projek menaiktaraf litar motocross Bari Besar.

2.0 PENGENALAN

Litar motorcross Bari Besar adalah merupakan litar hasil usahasama anak muda
Kampung Bari Besar dan Taman Hijrah. Pembinaan litar ini adalah berkonsepkan
gotong royong manakala dana yang diperolehi setakat ini adalah merupakan hasil
kutipan duit poket mereka sendiri.
Litar ini juga adalah merupakan simbolik kepada perpaduan anak muda setempat di
mana ia dapat dilihat dari segi komitmen yang ditonjolkan oleh mereka. Pada
mulanya, ada yang berpendapat pembinaan litar ini adalah satu yang mustahil
kerana faktor kawasan dan juga hak milik tanah.tetapi kami tetap tidak berputus asa
dan akhirnya, terhasilnya litar motorcross ini.

3.0 MATLAMAT

• Menaik taraf litar bagi memperluaskan dan memanjangkan litar .

• Meningkatkan ciri-ciri keselamatan litar mengikut spesifikasi dan juga tetapan litar
perlumbaan .

• Untuk dijadikan sebagai salah satu litar kejohanan bagi Daerah Setiu.

• Meratakan serta membersihkan kawasan litar.


4.0 OBJEKTIF

4.1 Tujuan utama adalah untuk menganjur sebuah kejohanan motocross secara
terbuka dengan penglibatan dari setiap pelusuk negeri.

4.2 Peningkatan kualiti trek motocross Bari Besar.

4.3 Mengubahsuai persekitaran supaya lebih selamat untuk digunakan.

4.4 Membuka litar kepada orang awam untuk tujuan latihan dan juga rekreasi.

4.5 Menganjurkan satu kejohanan bagi meningkatkan socio ekonomi setempat.

4.6 Menarik anak muda kampung mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
lebih berfaedah.

5.0 ANGGARAN KEWANGAN

ANGGARAN KEWANGAN
Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)
1 Sewaan excavator 1 RM850.00
2 Sewaan tractor 1 RM250.00
3 Tanah Merah 5 RM300.00
4 Sewaan back hoe 1 RM350.00
Jumlah Keseluruhan RM1750.00

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar permohonan ini mendapat pertimbangan dan sumbangan


kewangan daripada pihak Tuan.

……………………………………………..
Disediakan oleh:
(MOHD SHAHRUL FARIZA BIN ABDUL HALIM)
Pengerusi Kelab Motocross Bari Besar

Anda mungkin juga menyukai