Anda di halaman 1dari 3

PEPEJAL + cecair = GAS

Apakah yang diperlukan?

1. Serbuk penaik @ soda bikarbonat


2. Sudu besar
3. Corong
4. Cuka makan
5. Botol
6. Belon
7. Sudu

Eksperimen mudah ini memperkenalkan


tentang tiga fasa atau keadaan jirim.
Ekperimen ini pasti akan membuat pelajar
tertarik untuk mengetahui lebih lanjut
tentang fasa atau keadaan jriim!

Cara-caranya ialah :-
 1.Masukkan satu sudu besar serbuk penaik ke dalam botol
dengan menggunakan corong.
2. Ketuk-ketukkan corong itu supaya serbuk penaik itu
turun masuk ke dalam botol.
3. Pastikan anda sudah bersedia dengan belon untuk
dimuatkan ke mulut botol kerana ia bahan-bahan yang
akan digunakan agak cepat bertindak balas!
4. Tuangkan setengah cawan cuka ke dalam botol dengan
menggunakan corong tadi.
5. Dengan cepat, muatkan belon itu kepada mulut botol itu
untuk memerangkap gas yang terbebas.

Pengisian Sains
Apakah yang berlaku ?
Melalui eksperimen ini pelajar boleh melihat
sendiri kedaan jirim yang terhasil apabila sesuatu
tindak balas kimia berlaku. Di dalam tindak balas
kimia ini, serbuk penaik (pepejal) bertindak balas
dengan cuka (cecair) dan menghasilkan karbon
dioksida (gas).
Gas karbon dioksida adalah lebih berat daripada
udara. Gas ini menyebabkan udara yang ada di
dalam botol itu terpaksa bergerak ke atas dan
memenuhi belon. Belon itu seterusnya membesar
dengan campuran udara dan juga gas karbon
dioksida.

Anda mungkin juga menyukai