Anda di halaman 1dari 8

EKSPERIMEN 1: LETUSAN GUNUNG BERAPI

Bahan- bahan yang diperlukan


 Cuka
 Soda bikarbonat
 Serbuk pencuci
 Pewarna merah dan kuning
 Botol plastic
 Plastesin

Cara- Caranya…..
1. Masukkan sada bikarbonat kedalam bekas plastik
2. Kemudian masukkan pewarna merah dan kuning
3. Masukkan serbuk pencuci
4. Akhir sekali masukkan cuka.

Pemerhatian
Selepas cuka dimasukkan ,kita dapat melihat buih yang berwarna jingga keluar menyerupai larva
gunung berapi.Buih berwarna jingga terhasil daripada tindakbalas soda dan cuka.Kerana cuka
ituberasid.Ia menyerupai letusan gunung berapi.
Kesimpulan
Saya memilih untuk melakukan eksperimen ini kerana , murid –murid dapat meneroka salah satu
fenomena alam iaitu letusan gunung berapi.Walaupun ia tidak berlaku di Negara kita, tetapi media
massa banyak memaparkan kejadian yang berlaku di luar Negara.Murid- murid juga pernah
melihat kejadian ini di kaca tv.Seperti yang kita ketahui,sekiranya sesebuah tempat yang
mengalami letusan gunung berapi,banyak berlaku kejadian kehilangan harta benda , nyawa tumbuh
–tumbuhan dan haiwan.Tetapi,terdapat juga kesan positif daripada letusan gunung berapi iaitu
tanah menjadi subur.Sesuai untuk pertanian.. Jadi,eksperimen ini amat sesuai untuk dijalankan
pada kanak- kanak.Selamat Mencuba…
EKSPERIMEN 2: BELON MEGEMBANG

Serbuk penaik (baking powder)
Sudu besar
Corong
Cuka makan
Botol
Belon
cawan
Sudu

Apakah yang perlu dibuat?

1. Masukkan satu sudu besar serbuk penaik ke dalam botol dengan menggunakan corong.
2. Ketuk-ketukkan corong itu supaya serbuk penaik itu turun masuk ke dalam botol.
3. Pastikan anda sudah bersedia dengan belon untuk dimuatkan ke mulut botol kerana ia bahan-
bahan yang akan digunakan agak cepat bertindak balas!
4. Tuangkan setengah cawan cuka ke dalam botol dengan menggunakan corong tadi.
5. Dengan cepat, muatkan belon itu kepada mulut botol itu untuk memerangkap gas yang terbebas. 

Apakah yang berlaku?
Melalui eksperimen ini pelajar boleh melihat sendiri kedaan jirim yang terhasil apabila sesuatu
tindak balas kimia berlaku. Di dalam tindak balas kimia ini, serbuk penaik (pepejal) bertindak balas
dengan cuka (cecair) dan menghasilkan karbon dioksida (gas).
Gas karbon dioksida adalah lebih berat daripada udara. Gas ini menyebabkan udara yang ada di
dalam botol itu terpaksa bergerak ke atas dan memenuhi belon. Belon itu seterusnya membesar
dengan campuran udara dan juga gas karbon dioksida.
EKSPERIMEN 3 : HOVERKRAF BOTOL PLASTIK

Mari bina sebuah mini hoverkraf yang boleh menggelongsor di atas meja dan lihat bagaimana kita
boleh kalahkan daya geseran dengan mudah. 

Apa yang anda perlukan?


Botol plastik
Gunting
Belon 

Apa yang perlu dibuat?


1. Minta orang dewasa untuk memotong bahagian atas botol plastik, seperti yang ditunjukkan. Cuba
dapatkan potongan yang bersih dan tidak berlekuk.

2. Minta mereka untuk membuat lubang kecil pada penutup botol.


3. Tiup belon hingga besar.
4. Apabila selesai, kepitkan leher belon di antara jari telunjuk dan ibu jari supaya udara tidak
terlepas.
5. Sementara itu, muatkan leher belon di atas tutup botol. Anda mungkin perlu seseorang untuk
membantu anda.

6. Dirikan “hoverkraf” anda pada permukaan yang rata, seperti meja, dan lepaskan udara dari
belon. Tolak sedikit hoverkraf itu jika perlu. Anda akan lihat udara bergegas keluar, membuatkan
botol itu terapung dari permukaan meja dan seterusnya meluncur seperti sebuah hoverkraf!

Apakah yang berlaku?
Geseran adalah suatu daya yang cuba untuk melambatkan objek atau memberhentikan objek yang
bergerak. Geseran dihasilkan apabila dua objek bersentuhan. Apabila anda menggosok kedua-dua
tapak tangan anda, geseran membuat kedua-dua permukaan terasa lebih panas.

Geseran boleh menjadi sesuatu yang memberi kebaikan. Tanpa geseran, kaki kita akan sentiasa
meluncur di sana sini. Geseran juga boleh menjadi sesuatu yang kurang diingini. Contohnya apabila
kita mengayuh basikal bertentangan dengan angin yang kuat!

Sebuah hoverkraf dapat bergerak lebih cepat daripada kapal di laut kerana ia seolah-olah
‘terapung’ di atas kusyen udara. Geseran di antara hoverkraf dan udara adalah kurang dari geseran
di antara kapal dan air. Model mini hoverkraf yang kita bina itu juga bergerak dengan mudahnya di
atas “kusyen” udara.
EKSPERIMEN 4 : TELUR TENGGELAM TIMBUL

Adakah anda sedar bahawa kita lebih mudah terapung di laut berbanding dengan air sungai? Ini
bukanlah satu ilusi tetapi sesuatu konsep sains yang berkaitan dengan perbezaan ketumpatan
sesuatu bahan. Cubalah eksperimen mudah ini dan ketahuilah dengan lebih mendalam tentang
konsep ketumpatan. 

Apakah yang diperlukan?
Gelas besar
Telur
Air
Sudu
Garam

Apakah yang perlu dibuat?


1. Penuhkan gelas dengan air. 
2. Masukkan sebiji telur. Adakah ia tenggelam? Catatkan pemerhatian anda.
3. Keluarkan telur dan masukkan garam sebanyak 2 sudu besar. Kacau sehingga garam itu larut.
4. Masukkan telur sekali lagi. Lihatlah gelagat telur yang tidak mahu tenggelam lagi!
5. Buang kesemua air di dalam gelas itu dan gantikannya dengan air biasa. Masukkan telur itu
semula. Cuba ramalkan sama ada ia akan tenggelam ataupun timbul. Catatkan pemerhatian anda.

Apakah yang berlaku? 
Telur lebih tumpat dari air biasa dan akan tenggelam ke dasar gelas. Apabila kita larutkan garam ke
dalam air, larutan di dalam gelas menjadi lebih tumpat dari telur. Sebab itulah telur itu timbul.

Bahan berlainan dengan isi padu yang sama tidak mempunyai jisim yang sama. Sebagai contoh, bagi
isi padu yang sama, besi mempunyai jisim yang lebih berbanding kayu. Oleh itu, besi dikatakan
mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi berbanding kayu.
Bagi bahan yang mempunyai isi padu yang sama (air di dalam cawan), air yang dilarutkan garam
lebih berat daripada air biasa. Oleh itu air bergaram adalah lebih tumpat daripada air biasa.

Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada jisim bahan tersebut dan juga susunan zarah-zarah
atau isi padu bahan tersebut. 

Bahan yang lebih tumpat akan tenggelam di dalam cecair yang kurang tumpat daripadanya. Sebab
itulah telur itu tenggelam pada mulanya kerana ia lebih tumpat daripada air biasa. 

Bahan yang kurang tumpat akan timbul atau terapung di dalam cecair yang lebih tumpat
daripadanya. Sebab itulah telur itu timbul kerana ia kurang tumpat daripada air yang telah
dilarutkan dengan garam.

Tahukah anda?
Mengapa air laut masin? Apabila air mengalir melalui sungai, sedikit demi sedikit garam galian dari
batu dan dasar sungai terlarut dengannya. Air yang `masin’ sedikit ini mengalir ke laut. Melalui
proses Kitaran Air, air di laut sentiasa tersejat manakala di kutub yang sejuk pula ia membeku.
Tinggallah `garam galian’ terlarut di dalam laut. Selepas peredaran masa yang lama, air laut masin
kerana sentiasa ada “garam” terlarut di dalamnya!
EKSPERIMEN 5 : ILUSI BINTANG BERTUKAR

Cubalah kad ajaib di bawah untuk melihat sendiri bahawa kadang-kadang apa yang kita lihat tidak
sama dengan apa yang benar-benar berlaku. Ilusi visual ini boleh sahaja dilakukan dengan bantuan
sains!

Apa yang anda perlukan?

Kad “Ilusi Bintang Merah” seperti di dalam gambar di bawah:

Apa yang perlu dibuat?


1. Pegang kad “Ilusi Bintang Merah” dengan jarak lebih kurang 30 cm dari penglihatan anda.
2. Renung bulatan hitam di dalam bintang merah di sebelah kiri kad selama 20 saat.
3. Sekarang, alihkan pandangan anda kepada bulatan hitam di dalam petak putih di sebelah kanan.
4. Adakah anda melihat bintang berrwarna hijau muda?

Apakah yang berlaku?
Apabila anda merenung sesuatu warna untuk sesuatu tempoh masa dan kemudian mengalihkan
padangan anda ke arah sesuatu permukaan putih, satu imej tinggal (afterimage) kepada warna
pelengkap (complementary) akan muncul.

Di dalam kes ini apabila kita merenung warna merah, warna yang akan kelihatan ialah warna hijau
muda yang merupakan warna pelengkap kepada merah. Apabila kita merenung warna merah untuk
beberapa lama, fotoreseptor (sel saraf khusus yang mengesan dan bergerak balas terhadap
rangsangan cahaya) cahaya merah pada retina telah menjadi lesu. Ini mengurangkan keupayaannya
untuk menghantar maklumat ke otak. Apabila kita melihat warna putih sejurus selepas itu,
bahagian merah kepada sinar tuju tidak disampaikan dengan sepenuhnya seperti warna lain. Imej
terbaru ini dipengaruhi oleh susutnya warna merah. Ini mengakibatkan ilusi warna pelengkap
kepada merah iaitu warna hijau muda akan kelihatan.

Tahukah anda?
Di dalam teori warna, apabila dua warna bercampur dengan kadar yang sepatutnya, ia akan
menghasilkan warna neutral (kelabu, putih atau hitam).

Anda mungkin juga menyukai