Anda di halaman 1dari 14

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM

SMK MENGLEMBU

2022

DISEDIAKAN OLEH:

EN: PRAKASH SUBRAMANIAM


(PENYELARAS KOKO TING 6)

1
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2022

SMK MENGLEMBU, 31450 MENGLEMBU, PERAK


______________________________________________________________

1.0 TUJUAN

Untuk memastikan para pelajar yang terlibat mempunyai kebolehan dan pengetahuan untuk
menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan jawatan yang dipegang dalam
sesuatu unit kokurikulum untuk membantu guru menggerakkan program kokurikulum di
sekolah. Begitu juga untuk memastikan para pelajar yang terlibat mempunyai pengetahuan dan
kemahiran mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan
mempraktikkannya.

2.0 LATAR BELAKANG

Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas ahli jawatan kuasa yang terpilih
memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar
kepada mereka dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Pengerusi dan Setiausaha unit beruniform, kelab persatuan dan sukan permainan perlu
mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui perkembangan bidang
kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan
keyakinan terhadap tugas mereka. Maka, atas dasar dan tujuan tersebut kursus kepimpinan ini
sangat sesuai dilaksanakan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk keyakinan diri di kalangan pelajar untuk menjalankan tanggungjawab


sebagaipemimpin dalam sesuatu organisasidengan penuh komitmen.
3.2 Melahirkan pemimpin yang cekap dalam pengurusan dan berkarisma, berkeyakinan
danboleh bekerja dalam satu kumpulan dan mempunyai sahsiah yang murni.
3.3 Memberi kefahaman mendalam kepada peserta tentang pengurusan dan pentadbiran
organisasi, cara kerja yang komprehensif dan mempunyai perancangan strategik.

4.0 KPI (INDICATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

4.1 Hasil Akhir: Peningkatan bilangan pelajar yang mencapai gred A dan B dalam
penilaian PAJSK

4.2 Impak / Kesan : Meningkatkan kedudukan sekolah di peringkat daerah dari segi
pencapaian dalam bidang kokurikulum
2
5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 28 MEI 2022


Masa : 8.00 pagi – 5.30petang (SABTU)
Tempat : Dewan Phoon Chiew Nam, SMK Menglembu
Sasaran : Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi
Kelab/Persatuan, Unit Uniform dan Sukan/Permainan

6.0 AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Teh Eow Kok (Pengetua)


Timbalan Pengerusi 1 : En. Kokiladasan A/l Appadurai (PK KOKO)
Timbalan Pengerusi 11 : En. Jamalludin B Abd Lah (PK T6)
Penyelaras 1 : En. Prakash A/L Subramaniam (Penyelaras Koko T6)
Penyelaras 11 : Pn. Norfatihah Bt Idris (SU KoKo)
Setiausaha : Pn. Nor Azean Bt Arsad
Bendahari : Pn. Somthawin Nilrat

3
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pendaftaran Peserta : Cik. Syarifah Halimatun Bt Syed Mahmood (K)


Pn. Logeswari A/P Suppiah

Persiapan Pentas : Pn. Hanizah Bt Yeop Abd Aziz (K)


Pn. Baghyalakshime A/P Natianandam

Persiapan Dewan : En. Kanapathy A/L Tuthirapathy (K)


En. Hor Ping Chong

Pengacara Majlis : Pn. Habibah Bt Boslam @ Boslam


: En. Mohd Faizul B

AVA & Siaraya : En. Lingaswaran A/L Arjunan (K)


En. Mohd Firdaus B Abdul Aziz

Fotografi & Banner : En. Nur Naqiuddin B Mat Naser JB (F)


En. Khalid Fadli B Hisan Badri (B)

Dokumentasi : Pn. Nor Hasmira Bt Mat Razi (K)


: Pn. Nor Azean Bt Arsad

Penceramah : En. Shaiful Bahri B Mat Siad (K)


: Pn. Isliana Bt Mohamad

Sijil Peserta & Fasilitator : Pn. Long Kwai Ling (K)


: Cik Goi Wai Mun
: En. Mohd Hafizul B Awang

Penyampaian Sijil : Pn. Nazirah Bt Mohd Khairzan (K)


: Pn. Aishatul Awla Bt Danyal

Makanan Peserta & Petugas : Pn. Tan Poh Khim (K)


Pn. Dayana Bt Mohd Ramly
Pn. Atariah Bt Abd Aziz

Tag Id Peserta Kursus & : Pn. Vanitha A/P Sammogram (K)


Buku Program Pn. Somthawin Nilrat

4
Guru Bertugas : Pn. Latha Devi Krishnan (K)

MASA GURU BERTUGAS


8.00 pg -10.30 pg 1. En. Ahmad Faizal
2. En. Mohd Rizwan
2. Pn. Latha Devi
4. Pn. Winnie Chua
10.30 tgh - 1.00 tgh 1. Cik. Lee Kiat Fong
2. En. Mohd Nazirul Adib
3. Pn. Atariah
4. Cik. Wong Lee Lih
1.00 tgh - 3.30 ptg 1. En. Mohd Faris
2. Cik. Hazaidah
3. Pn. Naliney
4. Cik. Kalyanee
3.30 ptg – 5.30 ptg 1. En. Amir Aizat
2. En. Mohd Faizul
3. Cik. Tan Yee Suan
4. Pn. Asharah

5
7.0 Deskripsi Tugas AJK

AJK Deskripsi Tugas

 Mengedarkan file semasa pendaftaran


Pendaftaran Peserta  Menanda kehadiran peserta kursus
 Mendapatkan tag ID daripada AJK Tag ID sebelum hari
program
 Mengedarkan tag ID kursus semasa pendaftaran
 Menghias pentas sebelum hari program
Persiapan Pentas  Mendapatkan banner daripada AJK Banner dan
memasangnya
 Menyediakan bilangan kerusi yang secukupnya sebelum
Persiapan Dewan hari program
 Mengemas balik dewan selepas program
 Memulang balik semua kerusi ke stor perabot selepas
program
 Mengacara majlis semasa penyampaian sijil dan hadiah
Pengacara Majlis pada hari program
 Menyediakan sistem AVA sebelum program bermula
AVA & Siaraya  Memastikan ‘wireless mic’ sentiasa berfungsi semasa
program
 Menyimpan semula sistem AVA selepas program
 Mengambil gambar semasa program dijalankan
Fotografi & Banner  Menyusun gambar-gambar tersebut dan menyerahkan
kepada AJK Dokumentasi untuk tujuan pelaporan
 Menyediakan banner program dipentas di dewan terbuka
 Menyediakan laporan bergambar selepas program
Dokumentasi dijalankan
 Mendapatkan gambar-gambar dari AJK Fotografi untuk
pelaporan
Penceramah  Menjalankan program mengikut slot yang telah ditetapkan
 Mendapatkan bantuan daripada fasilitator dan guru
bertugas semasa program
Sijil Peserta &  Mendapatkan senarai nama dari penyelaras program untuk
Fasilitator tujuan penyediaan sijil
 Mencetak sijil dan mendapatkan tandatangan pengetua
 Menyerahkan kesemua sijil kepada AJK Penyampaian Sijil

6
Penyampaian Sijil dan  Mendapatkan sijil-sijil peserta dan fasilitator daripada AJK
Hadiah Sijil sebelum hari program
 Menyusunatur kesemua sijil dan hampar untuk
disampaikan kepada peserta dan fasilitator semasa majlis
penyampaian sijil

Makanan Peserta &  Menyediakan tempat yang sesuai untuk makanan dan
Petugas minuman peserta dan petugas
 Menerima makanan dan minuman daripada pembekal dan
menyusunnya dengan bersih dan teratur
 Bekerjasama dengan guru-guru bertugas untuk
mengedarkan makanan dan minuman kepada peserta dan
petugas
Tag Id Peserta Kursus  Menyediakan tag ID kursus dan buku program
&  Mencetak tag ID dan menyediakan folder serta ‘lanyard’
Buku Program
 Menyerahkan tag ID dan buku program kepada AJK
Pendaftaran untuk diedarkan pada hari program
Guru Bertugas  Menjaga disiplin peserta dijaga sepanjang program
 Memastikan peserta mengikuti setiap slot program tanpa
memonteng.
 Membantu AJK Makanan dalam mengedarkan makanan
dan minuman kepada peserta dan petugas
 Memastikan kebersihan tempat makanan sentiasa dijaga
 Mendapatkan bantuan daripada fasilitator (Ting 6) dalam
menguruskan peserta sepanjang program

7
8.0 Jadual Pelaksanaan Kursus Kepimpinan

No Aturcara Masa Guru Bertugas


1 Pendaftaran 8.00 pg – 8.30 pg Cik. Syarifah Halimatun
Pn. Logeswari

2 Senamrobik 8.30 pg – 9.00 pg En. Mohd Hafiz Hashim/


Fasilitator

2 Taklimat / Ice Breaking 9.00 pg - 9.30 pg En. Shaiful Bahri

3 Ceramah 1: Konsep Kepimpinan 9.30 pg - 10.30 pg En. Shaiful Bahri


: Tanggungjawab Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari
(Bidang Tugas & Peranan)
4 Minum pagi 10.30 pg - 11.00 pg Pn. Tan Poh Khim

5 Aktiviti 1 - Sesi Pembentangan 11.00 pg – 12.30 tgh En. Prakash / Fasilitator


(Masalah yang dihadapi
oleh pemimpin dan cara-
cara mengatasinya dalam
sesuatu organisasi)
6 Aktiviti 2 - Kreativiti Berpasukan 12.30 tgh – 1.30 ptg En. Shaiful Bahri
(Mereka bentuk T-shirt dan
Logo Organisasi)
7 Makan Tengahari 1.30 ptg – 2.30 ptg Pn. Dayana

8 Ceramah 2 - Pengenalan kepada 2.30 ptg – 4.00 ptg Pn. Suziana Bt Abd
Kepimpinan & Pengurusan Rahim
Organisasi Kokurikulum
Sekolah
9 Ceramah 3 - Ketrampilan Diri : Ciri-ciri 4.00 ptg - 5.00 ptg Pn. Suziana Bt Abd
Pemimpin dan Ketrampilan Rahim
10 Majlis Penutup / Penyampaian Sijil 5.00 ptg – 5.30 ptg En. Faizul /
Pn. Aishatul Awla

11 Minum Petang / Bersurai 5.30 ptg Pn. Atariah

8
9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan:

Bil Perkara Jumlah

1 Makanan Peserta RM 1760.00

2 Kertas Mahjong (RM0.40 X 30 helai) RM 12.00

3 Kertas Manila (RM0.80 X 30 helai) RM 24.00

4 Banner Program RM 50.00

5 Tag ID Peserta Kursus RM 198.00

6 Permanent Marker Pen (RM3.30 X 45 unit) RM148.50

7 Kertas Warna (RM30.00 X 1 rim) RM 30.00

8 Gam Stick (RM4.20 X 15 unit) RM 63.00

9 Gunting (RM3.50 X 15 unit) RM 52.50

10 Sugar Paper (RM0.70 X 60 helai) RM 42.00

11 File Poket (RM0.90 X 150 unit) RM135.00

12 Saguhati Penceramah Luar RM50.00

Jumlah RM2565.00

Sumber Pendapatan:

i. BKK – RM 2565.00

9
10.0 UNIT KOKURIKULUM YANG TERLIBAT

KoKo Ting 6 Persatuan Kelab Unit Permainan


Beruniform
Majlis Ting 6 P. B.Melayu K. Kerjaya Pengakap Badminton
KRS Ting 6 P. B. Inggeris K. Robotik Pandu Puteri Bola Sepak
BSMM Ting 6 P. B. Cina K. Komputer / Pancaragam Bola Jaring
Briged Bestari
Bola Tampar Ting 6 P. B. Tamil K. Herbalis BSMM Olahraga
Remaja /
Pencinta Alam
Badminton Ting 6 P. Agama Islam K. Muaythai Ping Pong
Kepimpinan
Rukun Negara Ting 6 P. Agama Buddha K. Koir KRS Catur
Fotografi Ting 6 P. Persaudaraan K. SPBT Taekwando Bola
Kristian Keranjang
P. Sejarah & K. Kadet Polis Bola Tampar
Geografi Kebudayaan /
Pelancongan
STEM Koperasi Briged Sofbol
Sekolah / Putera
Kelab
Pengguna
P. Pen. Seni Visual K. Rukun Gendang 24
Negara Musim
P. Sains Rumah K. Muzik
Tangga / RBT
K. Pertanian
K. Fotografi

Jumlah Unit yang terlibat : 50 unit

Jumlah Peserta : 150 org

Jumlah Fasilitator : 15 org (Pelajar Ting 6)

Jumlah Guru Bertugas : 15 org

Jumlah Keseluruhan : 180 org

10
11.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

Kemungkinan risiko yang boleh berlaku dan pelan pembaikpulih:

RISIKO PELAN PEMBAIKPULIH

Penceramah tidak berkelapangan pada tarikh Program akan ditunda ke tarikh lain dengan
program dijalankan mengekalkan semua ahli jawatankuasa

Tempat program tidak dapat memuatkan pelajar Dewan terbuka SMKM akan digunakan untuk
semasa aktiviti dijalankan sementara waktu untuk meningkatkan kapasiti
dewan

12.0 KAEDAH PEMANTAUAN PROGRAM

Pemantauan program akan dibuat secara berkala oleh AJK Induk yang meliputi setiausaha,
penyelaras, Penolong Kanan Kokurikulum dan Pengetua. Mesyuarat dan taklimat berkala
akan dibuat dari semasa ke semasa.

13.0 PENUTUP

Ahli Jawatankuasa Induk Program Kursus Kepimpinan Kokurikulum mengucapkan ribuan


terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana serta
para peserta dan fasilitator yang dipilih dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................................ .................................................
(PRAKASH SUBRAMANIAM) (JAMALUDDIN B ABD LAH)
PENYELARAS PENOLONG KANAN TING 6
KOKURIKULUM TING 6 SMK MENGLEMBU
SMK MENGLEMBU

Disemak oleh Diluluskan oleh:

......................................................... ...............................
(KOKILADASAN A/L APADURAI) (TEH EOW KOK)
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PENGETUA
SMK MENGLEMBU SMK MENGLEMBU

11
12
13
TAKWIM INDUK KOKURIKULUM TING 6
SEM 2 / 3 (2022)

BIL AKTIVITI UNIT KOKO CADANGAN TARIKH

1 KURSUS KEPIMPINAN KOKO TING 6 28 MEI 2022


KOKURIKULUM TING 6
2 KEM KEPIMPINAN BSMM/KRS 25 JUN 2022
KEMAHIRAN ASAS UB
3 KARNIVAL FOTOGRAFI /
PERSATUAN/KELAB RUKUNEGARA
4 PERTANDINGAN
PERSAHABATAN BADMINTON /
BADMINTON / BOLA TAMPAR
BOLA TAMPAR
5 KEMPEN DERMA DARAH BSMM (Orientasi T6 Rendah)

8 KRS

10

14

Anda mungkin juga menyukai