Anda di halaman 1dari 6

SET 1/MODUL KARANGAN TING.

5/BAHAGIAN B/2017

Soalan:
Amalan berjimat cermat merupakan amalan mulia dan sewajarnya
diamalkan dalam kehidupan seharian.
Nyatakan cara-cara untuk membudayakan amalan berjimat cermat dalam
diri kita.

Rangka karangan
Pendahuluan
Amalan berjimat cermat merupakan amalan mulia – sewajarnya menjadi amalan semua
orang - amalan ini mendidik saya menjadi seorang yang berhemat dalam berbelanja.
Isi-isi penting:
(a) Membawa bekalan makanan ke sekolah - menjimatkan wang perbelanjaan sekolah -
makanan dari rumah lebih lazat dan selamat.
(b) Menabung wang perbelanjaan harian yang diberikan oleh ibu bapa - disimpan di
dalam tabung - begitu juga dengan duit raya - digunakan untuk membeli buku,
membayar yuran dan sebagainya.
(c) Membeli barangan yang perlu sahaja - mengelakkan pembaziran dan sifat boros -
barang-barang keperluan untuk murid akan diberi keutamaan seperti alat tulis, buku
rujukan dan sebagainya.
(d) Sekiranya terdapat barang yang boleh dikitar semula, saya akan mengitar semula
barang tersebut - menjimatkan duit belanja.
(e) Membantu keluarga menanam sayur-sayuran di sekeliling rumah - menternak ayam
atau itik di belakang rumah – membantu mengurangkan belanja dapur -
menghidangkan sayur-sayuran yang segar.
Penutup
Amalan mulia ini hendaklah disemaikan dan diamalkan oleh semua murid agar dapat
meringankan beban kewangan keluarga - amalan ini banyak manfaat terutamanya dalam
jangka masa panjang.

HT/2017
SET 2/MODUL KARANGAN TING. 5/BAHAGIAN B/2017

Soalan:
Anda telah menyertai suatu pertandingan syarahan sempena Sambutan Hari
Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Tajuk syarahan ialah “Cara-cara Memupuk
Semangat Nasionalisme dalam Kalangan Murid.
Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.

Rangka jawapan
Pendahuluan
Kata-kata aluan - menyatakan tajuk syarahan – “Cara-cara Memupuk Semangat
Nasionalisme dalam Kalangan Murid”
Isi-isi penting:
(a) Guru-guru hendaklah menggunakan beberapa minit daripada jadual pengajaran
sesuatu mata pelajaran untuk menyemaikan semangat nasionalisme kepada murid -
menyuntik semangat juang dan keyakinan diri – memupuk semangat “Malaysia
Boleh”.
(b) Memberi pendedahan tentang pengorbanan pejuang tanah air – mengenali tokoh-
tokoh yang menuntut kemerdekaan – sedar dan insaf - tahu akan pahit maung
tokoh-tokoh berkenaan - tidak tergamak menghancurkan keamanan negara dengan
tindakan-tindakan negatif.
(c) Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah - pemerhatian pada kesan-kesan
peninggalan sejarah akan melahirkan semangat juang untuk mempertahankan
negara daripada ancaman musuh.
(d) Menggalakkan murid mengibarkan Jalur Gemilang - ketika sambutan Hari
Kebangsaan pada setiap tahun - wadah untuk memperbaharu azam bagi
mempertahankan kemerdekaan negara pada masa depan.
(e) Menganjurkan Peraduan Menulis Esei bertemakan semangat patriotik - memberi
kesempatan kepada murid-murid untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah -
mencelikkan minda mereka.
Penutup
Semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat
dipupuk dalam kalangan murid - melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya -
menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

HT/2017
SET 3/MODUL KARANGAN TING. 5/BAHAGIAN B/2017

Soalan:
Belakangan ini, pihak media massa banyak memaparkan berita tentang
kehilangan, penculikan dan pembunuhan kanak-kanak.
Jelaskan peranan anggota keluarga untuk memastikan keselamatan kanak-
kanak lebih terjamin.

Rangka karangan
Pendahuluan
Berita kehilangan, penculikan, atau pembunuhan kanak-kanak sering menghiasi dada-dada
akhbar - anggota keluarga memainkan peranan yang signifikan untuk menyelamatkan
cahaya mata yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Isi-isi penting:
(a) Memantau pergerakan anak-anak - memastikan bahawa mereka tidak lari daripada
perhatian ibu bapa ketika berada di tempat awam seperti di pasar malam, di pasar
raya dan di pusat beli-belah.
(b) Memberi didikan kepada anak-anak tentang keselamatan diri sejak mereka kecil -
mendidik anak-anak supaya menjauhi orang-orang yang tidak dikenali - membimbing
anak mereka supaya menolak ajakan atau pujukan orang yang tidak dikenali
walaupun diumpan gula-gula yang enak.
(c) Memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepad anak-anak-mereka berasa disayangi,
dihargai dan selamat –tidak mengabaikan anak-anak.
(d) Tidak lalai dalam menjaga keselamatan anak-anak - tidak membiarkan anak-anak
bermain berseorangan atau keluar rumah tanpa ditemani orang dewasa.
(e) Sentiasa menghubungi anak-anak yang berada di luar rumah - memastikan bahawa
keselamatan mereka terjamin walaupun tiada di depan mata.
Penutup
Jangan cuai walaupun sesaat kerana kecuaian kita boleh menyebabkan kita menyesal
seumur hidup - banyak kes penculikan kanak-kanak berakhir dengan tragis.

HT/2017
SET 3/MODUL KARANGAN TING. 5/BAHAGIAN B/2017

Soalan:
Dasar 1Murid 1Sukan telah diperkenalkan di setiap sekolah sejak beberapa
tahun yang lalu. Semua murid diwajibkan melibatkan diri dalam sukan yang
diminati.
Tulis rencana tentang manfaat Dasar 1Murid 1Sukan tersebut.

Rangka karangan
Pendahuluan
Tajuk dan nama penulis – Dasar 1Murid 1Sukan(1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah - selaraskan dengan Dasar Sukan Negara
untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat – dimulakan pada peringkat
sekolah melalui dua strategi, iaitu Sukan untuk semua dan Sukan untuk Kecemerlangan.
Isi-isi penting:
(a) Berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam
kalangan murid - dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam
kalangan murid.
(b) Membentuk budaya bersukan dalam kalangan murid - menjadi anggota masyarakat
yang mengamalkan gaya hidup sihat - mengelakkan mereka terjebak dalam kegiatan
kurang sihat.
(c) Memupuk perpaduan antara kaum - semangat kerjasama dan bertoleransi penting
dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan - semua peserta mesti bersatu-padu untuk
mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan tanpa mengira warna kulit, bangsa
dan agama.
(d) Memberikan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dengan kecergasan
fizikal - semua murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam sukan - murid
cemerlang akademik selalu beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa
mereka.
(e) Meningkatkan kecergasan jasmani - individu yang sihat, badannya dapat menjamin
kesihatan keseluruhan badan - mengurangkan risiko penyakit kronik.
Penutup
Dasar 1Murid 1Sukan banyak membawa kemaslahatan kepada murid-murid – semua pihak
harus memberikan galakan kepada murid-murid untuk menyertai aktiviti sukan - pihak
sekolah haruslah melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan dengan sempurna agar segala
matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai.
HT/2017

SET 5/MODUL KARANGAN TING. 5/BAHAGIAN B/2017

Soalan:
Keretakan institusi kekeluargaan yang berlaku pada hari ini dikenal pasti
sebagai salah satu punca gejala buli yang kerap berlaku di sekolah-sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Rangka karangan
Pendahuluan
Keadaan dalam sesebuah keluarga dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku anak-anak -
keluarga yang bermasalah biasanya akan melahirkan anak-anak yang bermasalah juga –
mengaitkannya dengan gejala buli yang sering berlaku di sekolah pada masa ini.
Isi-isi penting:
(a) Keluarga yang menghadapi masalah keretakan rumah tangga mendatangkan kesan
yang tidak baik terhadap jiwa dan rohani anak-anak – anak-anak akan berasa
tertekan dengan perkara yang berlaku - keluarga tidak bahagia seperti orang lain.
(b) Anak-anak berasa sedih dan memendam perasaan - enggan berkongsi apa-apa
masalah dengan alasan ibu bapa juga tidak mampu menyelesaikan masalah mereka
– wujud trauma jika pernah melihat ibu bapa mereka melakukan kekerasan antara
satu sama lain.
(c) Melakukan perbuatan buli di sekolah untuk melepaskan perasaan geram yang
tertanam di dalam hati sejak sekian lama - sebagai salah satu cara untuk menarik
perhatian keluarga.
(d) Membuli rakan-rakan sekolah lain atau murid yang lebih rendah umurnya mahupun
murid yang baru memasuki sekolah di situ - suatu kelakuan yang timbul akibat
tekanan perasaan yang dialami oleh seseorang.
(e) Murid yang terlibat dengan gejala ini berasa puas setiap kali dapat membuli –
tingkah laku tidak normal ini untuk menutup kekurangan diri – ibu bapa tidak
mengendahkan kebajikan mereka.
Penutup
Ibu bapa memainkan peranan yang penting – perlu memahami anak-anak serta bijak
menguruskan masalah peribadi yang berlaku antara suami isteri tanpa melibatkan anak-
anak - tanpa mempengaruhi anak-anak dengan persengketaan antara mereka.
HT/2017

Anda mungkin juga menyukai