Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KARNIVAL BAHASA TAMIL


PERINGKAT DAERAH
KOTA TINGGI & MERSING

TAHUN 2018

Tarikh : 28.03.2018
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SJK (T) JALAN TAJUL,
81909 KOTA TINGGI,
JOHOR.
1.0 PENDAHULUAN

Panitia Bahasa Tamil menjadi tunjang kepada penguasaan murid-murid dalam aspek
keterampilan berbahasa. Oleh itu menjadi tanggungjawab Panitia Bahasa Tamil untuk
menjalankan aktiviti yang bersesuaian bersempena Karnival Bahasa Tamil di peringkat
daerah KotaTinggi dan Mersing. Diharapkan dengan perancangan yang dilakukan ini
dapat mencapai objektif yang telah dirancang.

2.0 RASIONAL

Sekolah menjadi wahana dalam usaha mempertingkatkan bahasa tamil iaitu bahasa
ibunda. Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga
sekolah khasnya murid-murid agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya
melahirkan cinta akan bahasa ibunda.

3.0 TEMA

“ Bahasa Jiwa Bangsa”

4.0 MATLAMAT PROGRAM

Minggu Bahasa Tamil membimbing dan mempertingkat pengetahuan tentang aspek


budaya sesuatu bahasa terutamanya dari segi kesantunan dan kepersisan bahasa.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM

5.1 Mendedahkan keunikan bahasa Tamil dari pelbagai aspek.


5.2 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan
Bahasa Tamil
5.3 Menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk menguasai Bahasa Tamil
5.4 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif,
dan semangat patriotik bertunjangkan bahasa Tamil.
6.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA PROGRAM

Tarikh : 28.03.2018

7.0 TEMPAT

Sekolah Jenis Kebangsaan Jalan Tajul

8.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Daerah Kota Tinggi dan Mersing.

9.0 SENARAI TUGAS

Pendaftaran & Sijil : SJK (T) JALAN TAJUL


Pengacara majlis : SJK (T) LADANG NAM HENG
Pengadil : SJK (T) LADANG PELEPAH
Hadiah & Cenderahati : SJK (T) TELUK SENGAT
Buku program : SJK (T) MERSING
Persediaan Tempat & siaraya : SJK (T) LADANG REM
Disiplin & Fotografi : SJK (T) SG PAPAN
Perasmian : SJK (T) LADANG PASAK

PERTANDINGAN
1. Pentandingan Menulis Karangan : SJK (T) LADANG NAM HENG
2. Syarahan - Tahap 1 : SJK (T) LADANG PELEPAH
Tahap 2 : SJK (T) TELUK SENGAT
3. Pertandingan Thirumurai : SJK (T) LADANG PASAK
4. Pertandingan kuiz : SJK (T) SG PAPAN
5. Kondrai Venthan : SJK (T) JALAN TAJUL
6. Thirukkural : SJK (T) MERSING
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1. PERJALANAN PERGI BALIK RM 25.00 X 2orang RM 50.00
2. MAKANAN RM 5.00 X 7orang RM 35.00
3. LAIN-LAIN (PROPS) RM 20.00 RM 20.00
JUMLAH RM 105.00

10.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi.
Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh :

…………………………
CIK R.TAMILARRASI
Setiausaha Panitia Bahasa Tamil
Daerah Kota Tinggi

Disahkan Oleh :
………………………
Pn K. SAGILAH
Pengerusi Panitia Bahasa Tamil
Daerah Kota Tinggi

Anda mungkin juga menyukai