Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL)

LADANG STRATHISLA,

31200 CHEMOR,

PERAK.

KERTAS KERJA
Program TS25 - Menerajui Kepimpinan (Modul 2)
‘FUN LEARNING - ENGLISH COMMUNICATION’
2023
1.0 Pendahuluan

Panitia Bahasa Inggeris SJK (T) Ladang Strathisla akan mengadakan Program Fun
Learning - English Communication bagi mengisi takwim SJK (T) Ladang Strathisla bagi
Program TS25 Modul 2. Program ini akan membina ilmu pengetahuan asas dalam
komunikasi Bhasa Inggeris di kalangan murid melalui pelbagai aktiviti yang akan diadakan.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid
selain sebagai pemangkin untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta hubungan mesra
dan kerjasama dalam kalangan tenaga pengajar SJK (T) Ladang Strathisla dengan murid –
murid .

2.0 Matlamat

Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid sepertimana yang terkandung


dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.

3.0 Objektif

Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan sebutan yang betul tanpa
kesalahan tatabahasa.

4.0 Rasional

Penganjuran program ‘Fun Learning - English Communication’ adalah sesuai dan


menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan setiap murid profisien
dalam Bahasa Inggeris supaya bakat murid dan potensi murid dapat dicungkil dari sekolah
lagi. PPPM juga menggariskan enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global. Ciri utama murid dalam aspirasi murid
adalah mempunyai Kemahiran Dwibahasa iaitu . Di samping itu, program ini memenuhi
rancangan awal di dalam takwim SJK (T) Ladang Strathisla.

5.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi penganjuran Program Fun Learning - English Communication


(TS25 - Modul 2) SJK (T) Ladang Strathisla ini adalah murid – murid Tahun 3 ,4, 5 & 6
SJK(T) Ladang Strathisla. .

6.0 Tentatif Program

Program ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh : 12.08.2023(Sabtu) & 19.08.2023 (Sabtu)

Masa : 9.30pg – 11.00 pagi

Tempat : SJK (T) Ladang Strathisla

7.0 Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan :

 Clap, Clap, Name Warm-Up Game.


 Two Truths and A Life.
 Play The 'Level Up' Speaking Game.
 Figure Out The Secret Word
 30-Second Speech & etc

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1 Bahan fotostat RM 63.50

2 Buku Nota RM 42.50

JUMLAH RM 106.00

9.0 Penutup
Penganjuran Program Fun Learning - English Communication oleh Panitia Bahasa
Inggeris SJK(T) Ladang Strathisla ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua
pihak bagi menjayakan Modul 2 - Program TS25 serta meningkatkan pencapaian murid
secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif. Malah program ini
juga mampu mencungkil ciri kepimpinan murid yang disedari oleh guru-guru.

Disediakan oleh,

…………………….. ……………………..

Maheswaran a/l Pranava Rasahugan

Ketua Panitia Bahasa Inggeris

SJK(T) Ladang Strathisla

Disemak & disahkan Oleh,

….……………………………………….

Anda mungkin juga menyukai