Anda di halaman 1dari 9

SMK TUNKU PANGLIMA BESAR

KULIM
KEDAH DARUL AMAN

CADANGAN KERTAS KERJA NORMA BAHARU

SAMBUTAN
BULAN SUKAN NEGARA
2021

ANJURAN BERSAMA
UNIT KOKURIKULUM
SMKTPB
CADANGAN KERTAS KERJA NORMA BAHARU
SAMBUTAN BULAN SUKAN NEGARA
SMK TUNKU PANGLIMA BESAR
KULIM, KEDAH DARUL AMAN

1.0 PENDAHULUAN

Sambutan Hari Sukan Negara pada 09 Oktober 2021 adalah bertujuan untuk
menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Unit Kokurikulum SMK Tunku Panglima Besar
memikul tanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sempena Bulan Sukan
Negara bagi mengisi takwim SMK Tunku Panglima Besar bagi tahun 2021. Pelbagai aktiviti
sukan telah dirancang bagi membina asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup
semua warga SMKTPB secara virtual ketika negara mengharungi pandemik Covid-19.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid
selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan
murid-murid dan guru-guru SMK Tunku Panglima Besar.

2.0 LATAR BELAKANG

Program Hari Sukan Negara adalah program yang telah dirancang oleh Menteri Belia
dan Sukan dan telah mendapat kelulusan dari Jemaah Menteri pada tahun 2015.
Pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara akan diadakan pada hari Sabtu minggu ke dua
bulan Oktober setiap tahun. Justeru, pada tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada
09 Oktober 2021. Sebagai sokongan terhadap program tersebut, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua pihak di bawahnya termasuk pihak sekolah
untuk sama-sama mengadakan program tersebut pada tarikh dan mengikut SOP yang telah
ditetapkan oleh KKM dan MKN.
3.0 MATLAMAT

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan


yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib
menyertai aktiviti sukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke
alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti sukan ini
bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga SMKTPB.


4.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-
aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid SMKTPB.
4.3 Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti
dalam kalangan warga sekolah terutamanya pada masa pandemic Covid-19.
4.4 Membudayakan sukan sebagai amalan harian warga SMKTPB

5.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena Sambutan Bulan Sukan Negar ini akan melibatkan penyertaan
murid-murid keseluruhannya secara maya. Oleh itu, satu jadual pelaksanaan akan
dirangka dan melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) semasa pandemic
Covid-19 ini.

6.0 PENGANJUR

6.1 Unit Kokurikulum SMK Tunku Panglima Besar

6.2 Program ini dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut:

TARIKH : 4 – 24 OKTOBER 2021


Medium : Secara Dalam Talian
Kumpulan Sasaran : i. Semua murid SMKTPB
ii. Semua Guru dan Staf Sokongan SMKTPB
7. 0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Haslelawati Binti Rahim @ Umar ( Tuan Pengetua SMKTPB)


Timbalan Pengerusi : En. Saiful Fadhlan B. Mohd Nashruddin (PK Kokurikulum )
Naib Pengerusi 1 : En. Jaafar Bin Mohtar ( PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Azhar Bin Mansor ( PK Hem)
Penyelaras Program : En. Muniandy Nadesimalu
Setiausaha Program : Cik Yusrita Binti Long
Bendahari : Puan Rosidah Binti Din ( Ketua Prmbantu Tadbir )
AJK : i. Puan Noor Zaima Bt. Ismail (Penyelaras Sukan dan
Permainan)
ii. Semua Ketua Guru Penasihat Sukan dan Permainan

SENARAI NAMA GURU SUKAN DAN PERMAINAN

SOFTBALL BOLA SEPAK

Hasnah binti Mohamad Noor Gunasekaran a/l Ramasamy


Noor Aryati binti Ramli Yogendiran a/l Pakirisamy
Nor Baini binti Mohd Noor Yaakob bin Abdul Rahman
Osman bin Ismail
Nafizah binti Desa

PING PONG SEPAKTAKRAW

Nirmala Thevi a/p Velautham Mohd Shopi bin Salleh


Intan Zarina Binti Mohd Hashim Mohd Hafezi bin Che Ajib
Wan Noraisyah Binti Wan Omar Saiful Azwan bin Abdul Kadir

BOLA JARING BOLA TAMPAR

Asmida binti Abdul Halim Asfaazian binti Uthman


Nurzawani binti Md Fazin Siti Khalijah binti Jasin
Nurul Syamimi binti Umar Azlee bin Hashim
Subatra Devi a/p Ramachandran Mariama a/p Shanmugam

BOLA BALING CATUR

Noor Fatihah binti Abdul Manaf Siti Haryati binti Jamil


Tunku Nor Azaen binti Tungku Ismail Sheelah a/p Arumugam
Saifuddin bin Othman Hasnah binti Mohd Daud @ Mohamad
Siti Nurain binti Ishak
Mariani binti Moktir

BADMINTON KABBADI
Hamisah binti Sabu Suresh a/l Baskaran
Asmizatul Fariza binti Ahmad Raman a/l Krishnan
Siti Nurul Azleen binti Md Safien Panjaratnam a/p Tanimalai
Suhaini binti Abdul Ghani
Kavitha a/p Subramaniam

FRISBEE

Nadiyah binti Abdul Halim


Suraya Hanim binti Mohd Ismail
Rosita binti Osman
Azimah binti Abdul Aziz

PETANQUE

Noor Marshitah binti Abdul Halim


Salmi binti Abu Hassan
Siti Aisyah binti Abu Bakar
Najihah binti Omar
Parimalathevi a/p Gevarappen

8.0 CADANGAN AKTIVITI

BIL AKTIVITI

1 Pertandingan Virtual Run/Walk


Pengelola : Kelab Sukan Softball dan Bola Sepak
Tugasan : Menjalankan pertandingan larian / brrjalan atas talian
: Menjadi juri dan menentukan pemenang

Penyelaras : Cikgu Roslaily Bt Kamarzaman

2 Pertandingan Video Workout/Fitness


Pengelola : Kelab Sukan Bola Jaring dan Bola Tampar
Tugasan : Menjalankan pertandingan video workout/fitness
: Video murid dinilai berdasarkan teknik dan kreativiti
: Menjadi juri dan menentukan pemenang

Penyelaras : Cikgu Roslaily Bt Kamarzaman

3 Pertandingan Free Style Skipping Skill


Pengelola : Kelab Sukan Sepak Takraw
Tugasan : Menjalankan pertandingan video kemahiran skipping
: Video murid dinilai berdasarkan tahap kemahiran dan kreativiti
: Menjadi juri dan menentukan pemenang

Penyelaras : Cikgu Salina Binti Othman


4 Pertandingan “Be Inspired Tik Toker”

Pengelola : Kelab Sukan Frisbee dan Catur


Tugasan : M enjalankan pertandingan video menggunakan aplikasi tik tok
: Kandungan video ( content) menerangkan kepentingan bersukan
: Video murid dinilai berdasarkan kreativiti, content yang bermakna
dan sesuai
: Menjadi juri dan menentukan pemenang

Penyelaras : Cikgu Salina Binti Othman

5 Pertandingan “ Planking Challenge “

Pengelola : Kelab Sukan Badminton dan Kabaddi


Tugasan : Menjalankan pertandingan cabaran teknik plank paling lama
: Penilaian dibuat berdasarkan durasi /tempoh masa yang berjaya
catatkan oleh murid dalam satu video tanpa suntingan ( edit)
: Menjadi juri dan menentukan pemenang

Penyelaras : Cikgu Dzuliana Binti Dzulkifli

6 AJK Hadiah dan Sijil

Pengelola : Kelab Sukan Petanque

Tugasan : Menyediakan hadiah dan sijil kepada para pemenang . sijil juga
disediakan kepada 3 peserta saguhati yang menyertai setiap
pertandingan
: Menerima senarai nama pemenang dan peserta saguhati daripada
pengelola
: Menguruskan penyamaian hadiah pertandingan ( tarikh akan
dimaklumkan kemudian)
: Menyerahkan senarai pemenang kepada ajk dokumentasi

Penyelaras : Cikgu Dzuliana Binti Dzulkifli

7 AJK Promosi, Dokumentasi dan Majlis Penutup

Pengelola : Kelab Sukan Ping Pong


Tugasan : mengumpul gambar “photogrid” daripada pengelola, gambar
pemenang dan di dokumentasikan.
: Mengacarakan majlis penutup Hari Sukan Negara

Penyelaras : Ustazah Naimah

 SILA RUJUK LAMPIRAN A - UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN


9.0 SUMBER KEWANGAN

 Unit Kokurikulum

10.0 ANGGARAN KOS

BIL AKTIVITI BUTIRAN ANGGARAN JUMLAH


KOS
1 PERTANDINGAN Kategori: RM70.00X4 kategori
‘VIRTUAL RUN / WALK’ a. menengah atas (L)
b. menengah atas (P)
c. menengah rendah (L)
d. menengah rendah (P)

Tempat pertama RM 40.00


Tempat kedua RM20.00 RM280.00
Tempat ketiga RM10.00
Sijil penyertaan
 2 PERTANDINGAN Kategori: RM70.00X4 kategori
‘VIDEO WORK-OUT / a. menengah atas (L)
b. menengah atas (P)
FITNESS’
c. menengah rendah (L)
d. menengah rendah (P)

Tempat pertama RM 40.00


Tempat kedua RM20.00 RM280.00
Tempat ketiga RM10.00
Sijil penyertaan
3 PERTANDINGAN Tempat pertama RM 40.00
‘SKIPPING SKILL’ Tempat kedua RM20.00 RM70.00
Tempat ketiga
FREE STYLE RM10.00
Sijil penyertaan
 4 PERTANDINGAN Tempat pertama RM 40.00
TIK TOK KEPENTINGAN Tempat kedua RM20.00 RM70.00
Tempat ketiga
SUKAN RM10.00
‘BE INSPIRED’ Sijil penyertaan
 5 PERTANDINGAN Tempat pertama RM 40.00
‘PLANK CHALLENGE’ Tempat kedua RM20.00 RM70.00
Tempat ketiga
RM10.00
Sijil penyertaan
JUMLAH RM770.00
11.0 KESIMPULAN

Program Hari Sukan Negara merupakan aktiviti tahunan Unit Kokurikulum. Pada
tahun ini, program ini terus dilaksanakan secara maya di SMK Tunku Panglima Besar
disebabkan pandemik Covid-19. Ia juga bertepatan dengan kehendak Kementerian Belia
dan Sukan serta Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga penganjuran program in
imendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak pelajar, sekolah, PIBG dan PPD mahupun
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan pelajar dan warga sekolah
membudayakan sukan dalam kehidupan seharian walaupun terpaksa mengharungi pelbagai
rintangan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.........................................…… ……………………………….
( YUSRITA BT. LONG ) ( MUNIANDY A/L NADESIMALU )
Setiausaha, Penyelaras,
Sambutan Bulan Sukan Negara, Sambutan Bulan Sukan Negara,
SMK Tunku Panglima Besar. SMK Tunku Panglima Besar.

Disemak oleh, Diluluskan oleh,

....................................……….. …………………………………
( SAIFUL FADHLAN BIN MOHD NASHRUDDIN ) ( HASLELAWATI BT. RAHIM @ UMAR )
Penolong Kanan Kokurikulum Pengetua,
SMK Tunku Panglima Besar. SMK Tunku Panglima Besar.
LAMPIRAN A
MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Semua pengelola yang berkenaan perlu membuat hebahan pertandingan masing-masing.

2. Menyediakan prosedur pertandingan dan memilih pemenang.

3. Semua senarai nama 3 pemenang mengikut kategori pertandingan perlu diserahkan kepada
AJK Hadiah dan Sijil selewat-lewatnya pada 16 OKTOBER 2021.

4. Semua peraturan dan kaedah pertandingan yang bersesuaian dengan situasi


hendaklah dikendalikan oleh pengelola pertandingan.

5. Semua penyertaan adalah secara individu dengan menggunakan kemudahan atas talian
masing-masing.

6. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid tingkatan 1 hingga 5.

7. Setiap pengelola perlu ‘photogrid’ aktiviti pertandingan yang dijalankan dan dihantar
kepada AJK Dokumentasi / Telegram Dokumentasi Kokurikulum selewat-lewatnya pada
16 Oktober 2021.

Anda mungkin juga menyukai