Anda di halaman 1dari 1

Kawan Akrab Saya

Fazilah adalah sahabat karib saya. Saya mengenali


dia sejak kami belajar di dalam darjah satu. Dia
berumur 11 tahun dan tinggal di Kampung Ria. Dia
merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik.

Hobi Fazilah ialah bermain badminton. Pada


setiap waktu petang, dia bermain badminton
bersama-sama bapa dan adik-beradiknya di
kawasan lapang dekat rumahnya.

Saya menyukai Fazilah kerana dia seorang


yang baik dan rajin. Dia selalu membantu saya
sekiranya saya tidak memahami pelajaran yang
telah diajar oleh cikgu di sekolah.

Dia juga suka menolong ayah dan ibunya


dengan membersihkan rumah seperti membuang
sampah dan menyapu lantai.

Saya berharap persahabatan saya dengan


Fazilah akan kekal selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai