Anda di halaman 1dari 4

Nopriani / JUPITER Volume XVII No.

1Juni 2020

SCM 2074 KONSERVASI ORGANIK


ULASAN ARTIKAL

MUHAMMAD ADLI SAUFI BIN ABDUL RAHMAN

C19A0267
Nopriani / JUPITER Volume XVII No.1Juni 2020

KONSERVASI NASKAH MANUSKRIP SEBAGAI UPAYA MENJAGA


WARISAN BUDAYA BANGSA DI ERA INDUSTRI 4.0
Nopriani

Program Studi Ilmu Perpustakaan

Fakultas Adab dan Humaniora, UIN Raden Fatah Palembang

Aninopri98@gmail.com

Rhoni Rodin

Institut Agama Islam Negeri Curup

rhoni.rodin@iaincurup.ac.id

Manuskrip sebagai warisan budaya bangsa harus dipelihara kerana di dalam naskhah ini
mengandungi nilai maklumat yang tinggi.Salah satu bentuk usaha memulihara naskhah ialah dengan
menjalankan aktiviti konservasi . Pelbagai usaha pemuliharaan bagi memelihara kandungan
intelektual dokumen iaitu dengan memindahkan dokumen media daripada bentuk asal kepada
bentuk lain, peraturan suhu, pengasapan dan sebagainya.Memandangkan manuskrip merupakan
warisan budaya bangsa dan juga mengandungi nilai maklumat penting haruslah menjalankan aktiviti
memulihara bahan perpustakaan.
Menurut penulis, aktiviti pemuliharaan era 4.0 amat menarik untuk dikaji dengan lebih
mendalam.Perumusan masalah dari latar belakang dalam kajian ini ialah untuk mengkaji tentang
apa yang dimaksudkan dengan konservasi manuskrip.Seterusnya untuk mengkaji tentang konservasi
manuskrip dalam melestarikan warisan budaya bangsa pada era 4.0. Metodologi Kajian Penyelidikan
ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu penyelidikan untuk mencari
kebenaran saintifik dan melihat objek secara keseluruhan dan bersifat digunakan sebagai asas untuk
memerhati dan mengumpul maklumat.

Jadi dalam skop pengurusan manuskrip, dapat memperlihatkan konservasi adalah suatu
usaha untuk melindungi dan memuliharakan manuskrip atau dengan kata lain menjaga agar
manuskrip tersebut dijaga atau diselamatkan dari segala sesuatu yang dapat menyebabkan
kehilangan, kerosakkan, atau lain-lain (Primadesi, 2012). Berdasarkan pemahaman di atas dapat
disimpulkan melalui objektif pemuliharaan manuskrip itu sendiri iaitu dengan mengekalkan nilai
maklumat dokumen yang terdapat pada manuskrip tersebut,menyimpan dokumen fizikal ,
Nopriani / JUPITER Volume XVII No.1Juni 2020

mengatasi masalah kekurangan ruang penyimpanan, mempercepatkan proses pencarian dan


pemerolehan maklumat untuk mengekalkan keindahan dan kekemasan bahan perpustakaan
(Aprilliani, 2012). Konservasi manuskrip merupakan satu aktiviti yang sangat penting. Justeru itu,
dalam melakukan pemuliharaan sesebuah manuskrip, seseorang yang melakukannya mestilah
berpengalaman dan terlatih, kerana akan ada banyak kerosakkan dari pelbagai
faktor.Penyelenggaraan naskah atau dengan kata lain menjaga naskhah dalam keadaan selamat atau
terjamin daripada segala yang boleh menyebabkannya hilang, rosak, atau terbuang (Primadesi,
2012).

Ada beberapa yang dapat dilakukan dalam melakukan pemeliharaan naskah manusrkrip
antaranya Pengasapan ialah satu tindakan yang bertujuan untuk mencegah, merawat dan
mensterilkan bahan perpustakaan. Selain itu , Transliterasi ialah penggantian jenis tulisan, huruf
demi huruf dari satu abjad ke abjad lain (Baried, SB, SC Soeratno, Sutrisno Sawoe, 1985). Tujuan
penterjemahan atau transliterasi adalah untuk memperkenalkan manuskrip lama, agar dapat dibaca
dan dipelajari oleh semua orang termasuk pengkaji. Ini kerana kebanyakan orang tidak kenal dengan
tulisan serantau. Akhir sekali , Pendigitalan manuskrip adalah satu bentuk penghargaan dan
tanggungjawab moral generasi kini terhadap warisan budaya intelektual nenek moyang mereka.
Pendigitalan juga boleh diertikan sebagai usaha mengekalkan sumber budaya dan intelek supaya
dapat digunakan selama mungkin.

Menurut pemahaman saya, manuskrip adalah sebuah isi kandungan yang mempunyai unsur
warisan yang sangat perlu diperliharakan. Hal ini kerana isi kandungan yang terdapat pada sesebuah
manuskrip itu mempunyai makna dan tulisan yang sukar dijumpai pada zaman ini. Manuskrip ini
mempunyai nilai sejarah yang seharusnya dijaga dengan jangka masa yang lama. Hal ini kerana untuk
memberi rujukan kepada generasi yang akan datang.

Isi-isi yang terdapat pada jurnal ini amat penting dalam membangunkan proses konservasi
terhadap sesebuah manuskrip lama. Hal ini mampu menjaga nilai estetika yang terdapat pada
manuskrip tersebut. Sebagai contoh proses pengasapan yang mengawal mencegah daripada
berlakunya kerosakan . Dalam jurnal ini juga ada menyatakan faktor yang memerlukan aktiviti
konservasi manuskrip iaitu , faktor biologi, faktor fizikal, faktor kimia , faktor manusia dan factor
bencana alam.
Nopriani / JUPITER Volume XVII No.1Juni 2020

Selain itu juga, jurnal ini mengkaitkan dengan era 4.0 iaitu era yang mana teknologi yang
sangat dipergunakan pada generasi kini. Segala info atau isu semasa mudah diperluaskan melalui
laman sesawang. Justeru itu , konservasi manuskrip mampu memberi ilmu pengetahuan kepada
genarasi kini merujuk kepada bagaimana proses konservasi ini dilakukan demi menjaga manuskrip
yang lama dapat bertahan sehingga kini .

Kesimpulanya, Konservasi naskah manuskrip merupakan usaha untuk melindungi dan


memelihara sesebuah naskah manuskrip atau dengan kata lain menjaga naskah manuskrip
tersebut agar tetap dalam keadaan selamat atau aman dari segala yang dapat membuatnya
hilang, rusak, atau terbuang .

Anda mungkin juga menyukai