Anda di halaman 1dari 1

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN TAJAAN HAMPER DAN CENDERAMATA


(DOORGIFT) UNTUK PESERTA BENGKEL ASAS PEMIMPIN PANDU PUTERI
PERINGKAT DAERAH KUANTAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Tunku Azizah akan menganjurkan bengkel


tersebut dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Kuantan Cawangan
Pahang yang akan dikendalikan oleh peserta kursus NPQEL IAB cawang Genting Higlands.
Maklumat lanjut bengkel adalah seperti berikut:
Tarikh : 27 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Besar, Kolej Komuniti Kuantan
Pesert a : 45 Orang

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk
menyumbang 5 unit hamper dan cenderamata (doorgift) untuk peserta bengkel tersebut. Pihak
sekolah juga bersetuju dan tidak menghalang pihak tuan untuk mengambil 1 slot bengkel
untuk perkongsian bersama peserta-peserta bengkel pada hari tersebut.

4. Sebarang Pertanyaan sila berhubung dengan Encik Azharudeey bin Abdul Aziz
(Penyelaras Program/ Peserta Kursus NPQEL) di talian 010 – 343 5464.

Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan selanjutnya amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

Anda mungkin juga menyukai