Anda di halaman 1dari 48

PEMAKANAN SUKAN

SISTEM PENCERNAAN
PENGENALAN
• Setiap bahan makanan yang memasuki badan
akan diproses untuk kegunaan tubuh badan.
• Proses yang terdapat dalam tubuh badan ini
adalah diluar kawalan manusia.
• Proses penghadaman lazimnya 2 hingga 4 jam
bergantung dengan bahan yang dihadam.
• Ketidakseimbangan bahan yang memasuki
tubuh akan menyebabkan masalah akut
sehingga menjadi kronik (sakit perut -
keracunan makanan).
• Umumnya, Penghadaman ialah satu proses
penghancuran atau pengisaran makanan
secara fizikal, kemudiannya diikuti dengan
beberapa proses kimia bagi memecahkan
molekul makanan yang kompleks menjadi
molekul atau elemen yang lebih halus dan
terasing bagi memudahkan proses
penyerapan.
• Bahan yang tidak dapat dimanfaatkan atau
dipecahkan akan dibuang menerusi proses
seterusnya yang dikenali sebagai penyingkiran
Struktur Dalam Sistem
Pencernaan Manusia
Haluan makanan
• Haluan makanan akan melalui beberapa
kawasan pada bahagian tubuh manusia
seperti:
- Mulut.
- Farink@tekak
- Esofogus.
- Perut@gaster.
- Usus kecil.
- Usus besar.
- Rektum
Gambarajah laluan makanan
Proses laluan makanan
• Pada permulaan, makanan akan masuk ke
dalam badan melalui mulut.
• Makanan yang dikunyah akan dibantu oleh air
liur yang mengandungi ptyline iaitu enzim yang
memecahkan kandungan dalam makanan untuk
membentuk bolus (ketulan makanan).
• Bolus akan melalui farink@tekak sebelum
melalui esofagus atau saluran kerongkong dan
dikawal oleh sistem yang dinamakan peristalsis
yang berfungsi menahan makanan daripada
terkeluar semula kecuali jika dipaksa.
• Bolus kemudian bergerak ke perut (stomach).
• Bolus yang berada di perut menghadapi
proses pencernaan pertama kerana
proses “penyimbahan” enzim atau jus
atau cecair sebagai agen penguraian
makanan mula berlaku di bahagian perut.
• Seterusnya, bolus akan melalui usus kecil
pertama (duodenum).
• Dibahagian ini, terdapat ruang ke pancreas dan
gall bladder (hempedu) (gall bladder terletak di
dalam liver).
• Namun, bolus tidak akan masuki ruangan
tersebut kerana kedua-dua organ tersebut
HANYA untuk mengeluarkan enzim pencernaan
makanan (digestive enzymes).
• Diruangan ini, proses pencernaan kedua berlaku
kerana proses “penyimbahan” enzim
pencernaan banyak berlaku di kawasan ini.
• Selepas melalui proses di bahagian usus kecil
pertama, bolus akan masuki ruangan usus kecil
kedua (s ma ll intes tine) dan seterusnya ke
bahagian usus besar (large intestine).
• Selepas bolus dicerna dan diuraikan oleh
enzim-enzim pencernaan secara “habis-
habisan”, akhirnya, bolus telah menjadi
“hampas” dan disimpan di dalam rectum
sehingga tiba waktu ia akan dikeluarkan melalui
anus.
Peristalsis
Mulut
• Tempoh masa: beberapa saat.
• Makanan di kunyah dan dikisar kepada
cebisan kecil, dibasahkan dengan air liur
(mengandungi ptylin - enzim yang
memecahkan kandungan dalam makanan)
untuk membentuk bolus (ketulan
makanan).
• Bolus yang besar sukar untuk dihadam.
Farink@tekak
• Farink merupakan sebahagian dari sistem
penghadaman dan sistem respiratori.
• Fungsi farink dalam sistem penghadaman
adalah sebagai laluan “bolus” sebelum
melalui esofogus.
• Farink juga juga berperanan sebagai
laluan “lencongan” kepada “bolus” dan
gas (oksigen dan karbon dioksida) dalam
sistem respiratori.
kedudukan farink
Esofagus atau kerongkong
• Tempoh masa: beberapa saat.
• Esofogus merupakan organ yang bersifar
collapsible muscular tube iaitu organ yang
“berlipat-lipat” yang panjangnya 10 inci
(23-25cm).
• Fungsi utama esofagus ada menyalurkan
“bolus” kepada perut@gaster dalam
sistem penghadaman.
• Bolus akan melalui esofagus atau saluran
kerongkong (dikawal oleh sistem yang
dinamakan peristalsis - peristalsis
berfungsi menahan makanan daripada
terkeluar semula kecuali jika dipaksa).
Perut@gaster
• Tempoh masa: 2 hingga 4 jam.
• Perut@gaster merupakan bahagian utama dalam
sistem penghadaman manusia yang berbentuk
seperti huruf “J”.
• Nama lain bagi perut@gaster adalah ventriculus
yang menjadi asas kepada istilah perubatan
“gastro” dan “gastric” yang membawa maksud
berkaitan dengan perut.
• Saiz perut@gaster boleh “meregang” mengikut
amaun atau jumlah makanan yang disimpan
(semasa kosong, perut@gaster hanya sebenar saiz
sosej).
• Makanan akan disimpan sambil itu dicampur dengan
jus pencernaan yang terdapat di dalam perut.
• Cecair gastrik yang dibebaskan oleh dinding perut
terus menguraikan secara “pengisaran” terutamanya
ke atas bahan-bahan protein dalam makanan dengan
tindakbalas terhadap asid hidroklorik yang dihasilkan
oleh perut.
• Enzim penghadaman  seperti pepsin yang mencerna
protein kepada pepton dan lipsen kepada peptid
selain menukar asid lemak bertukar menjadi gliserol.
• Makanan kekal di dalam perut sehingga ia
berubah menjadi elemen separa cair yang
dikenali sebagai chyme sebelum ia
memasuki duodenam (usus kecil).
• Penguraian seterusnya akan berlaku
diusus kecil atau besar sebelum menjadi
bahan buangan.
Fungsi perut@gaster
• Pusat utama atau ruang penyimpanan
makanan untuk proses pencernaan
makanan (bolus).
• Lokasi penguraian sumber nutrien
dengan jus-jus atau enzim pencernaan
seperti pepsin yang mengurai sumber
protein yang terdapat pada “bolus” dan
jus gastrik (renin) yang mengurai lemak.
• Lokasi “pengisaran” makanan (bolus) untuk
memudahkan proses penguraian nutrien lain
seperti karbohidrat, vitamin dan mineral yang
berlaku di usus.
• Menjadi ruangan memproses makanan
(bolus) menjadi separa cair (chyme) sebelum
disalurkan ke usus kecil.
• Meransang pengeluaran “hunger hormone”
kepada hypothalamus diotak yang memberi
respon lapar kepada tubuh semasa
perut@gaster kosong.
Jus gaster
• Enzim pepsin - enzim pencernaan protein
• Enzim renin - enzim pencernaan lemak
• Mukus - melindungi dinding perut@gaster
daripada hakisan asid hidroklorik semasa
makanan tidak dicerna.
• Asid hidroklorik - meningkatkan asid
dalam perut@gaster untuk tindak balas
enzim pepsin.
Duodenum
• Tempoh masa: beberapa minit.
• Makanan dilarutkan dengan jus dari
pankreas, hati dan usus sebelum melalui
proses pencernaan selanjutnya.
• Di sini pencernaan kedua bermula.
• Di sini protein dan karbohidrat mula
dicernakan menjadi molekul yang lebih
kecil kemudian sisa bolus tadi akan
bergerak ke usus besar. Di antara perut
dan usus, lemak mula dicernakan.
• Sepanjang duodenum yang panjangnya
30 cm, makanan terus diuraikan lagi oleh
enzim penghadaman daripada pundi
hempedu dan pankreas, juga cecair dari
dalam usus kecil itu sendiri kepada
bentuk makanan yang lebih halus.
Usus kecil (illium)
• Panjang: 6 meter
• Enzim-enzim tambahan akan dirembeskan oleh
kelenjar-kelenjar di sepanjang usus kecil
melengkapkan proses penghadaman.
• Nutrien-nutrien diserap menerusi dinding usus
dan dihantar ke rangkaian pembuluh darah dan
pembuluh limfa yang terdapat di sekitar usus.
• Bahan-bahan yang tidak terhadam dibawa ke
usus besar.
Usus besar
• Tempoh masa: beberapa jam.
• Cecair yang berlebihan akan disingkirkan
dan khasiat yang telah dicernakan diserap
melalui dinding usus.
• Bahagian yang tidak dicernakan seperti
serat dan sel yang luput akan dijadikan
bahan buangan.
• Semasa di usus, nutrien makanan diserap
oleh vilus (unjuran kecil pada permukaan
usus).
• Apabila makanan yang dimakan tidak
mencukupi nutriennya, badan akan
menghantar isyarat ke otak untuk
meminta makanan dan ini membuatkan
kita masih lapar walaupun baru selesai
makan.
Rektum
• Bahagian terakhir usus besar.
• Bahan buangan akan berada di kolon
sehingga dikumuhkan melalui dubur.
• Fungsi rektum bertindak sebagai ruang
penyimpanan sementara najis.
• Dinding rektum akan mengembang
apabila isinya penuh dan reseptor
regangan pada dinding rektum akan
meransang keinginan untuk membuang
air besar.
Jenis-jenis enzim pencernaan
• Enzim amilase yang berada dalam air liur
berfungsi menghancurkan makanan
(karbohdirat) kepada bentuk lain yang
dipanggil bolus.
• Enzim amilase bertindak sepenuhnya
kepada karbohidrat dengan memecahkan
kanji kepada gula.
• Amilase dirembeskan oleh kelenjar ludah
dan pankreas.
• Lactase - merupakan enzim yang
bertindak kepada laktosa yang berada
dalam produk tenusu.
• Lipase - enzim yang bertindak terhadap
lemak kepada asid lemak dan gliserol
proses penguraian yang berlaku didalam
perut@gaster.
• Maltase - Enzim ini dirembeskan oleh
usus kecil yang bertindak t e r h a d a p
sumber makanan dari maltosa.
• Proteases - enzim pencernaan (pepsin,
trysin) yang memecah protein dalam
perut@gaster menjadi asid amino.
• Sucrase - enzim ini dirembeskan oleh
usus kecil yang berfungsi mengurai
makanan yang mempunyai sumber
fruktosa dan glukosa.
PERISTALSIS
• Peristalsis ialah satu lagi cara pencernaan
fizikal selain menggunakan gigi.
• Ia merupakan proses di mana makanan
ditolak menuruni salur pencernaan
(alimentary track).
• Sambil menolak makanan inilah, dinding
salur pencernaan akan menguncup dan
mengendur menyebabkan ketulan makanan
yang ditelan, ditekan-tekan sehingga ada
antaranya yang pecah menjadi cebisan yang
lebih kecil.
• Oesophagus adalah suatu salur yang agak
sempit. Oleh itu, ketulan makanan yang
besar mungkin sukar melaluinya jika tidak
menggunakan proses peristalsis.
• Proses peristalsis ini berlaku apabila otot
eosophagus di atas ketulan makanan (bolus)
mengecut, manakala otot di bawahnya
mengendur.
• Keadaan inilah yang menyebabkan ketulan
makanan itu tertolak ke bawah. Proses ini
akan terus berlaku di perut dan juga di usus.
Aliran pencernaan makanan
Fungsi utama sistem
pencernaan
• Fungsi utama bagi sistem pencernaan
adalah mencerna (digestion) dan
penyerapan (absorption).
• Mencerna merujuk kepada memecahkan
makanan dan minuman kepada molekul-
molekul kecil.
• Penyerapan merujuk kepada nutrisi yang
diperoleh dalam proses mencerna
disalurkan kepada tubuh badan.
Faktor-faktor yang
mempengaruhi pencernaan
• Terdapat beberapa faktor yang akan
mempengaruhi sistem pencernaan
seperti:
- Sumber bahan makanan.
- Gabungan makanan yang tidak sesuai.
- Minum air sewaktu makan.
- Jenis makanan.
- suhu makanan
- Aktiviti cergas
- Makanan berlebihan.
- Masa makan yang tidak tetap.
- Keresahan atau stress.
- Ketidakseimbangan flora usus
Sumber bahan makanan
• Karbohidrat (buah-buahan, bijirin) paling
cepat dicernakan, diikuti protein
(kekacang) dan lemak (mentega, kacang).
• Campuran makanan akan mengambil
masa yang lebih lama untuk dicernakan.
Gabungan makanan yang tidak
sesuai
• Sesetengah orang mungkin menghadapi
masalah pencernaan apabila mengambil
beberapa gabungan makanan seperti buah dan
sayur-sayuran.
• Selain itu, campuran makanan yang banyak
jenis boleh menyebabkan ketidakselesaan dan
menyebabkan proses pencernaan tidak dapat
memproses dengan sempurna dan akhirnya
boleh mewujudkan masalah seperti cirit birit,
muntah, sakit perut yang melampau.
Minum air sewaktu makan
• Air dan jus yang diambil bersama
makanan akan mecairkan jus pencernaan
dalam perut lalu melambatkan proses
pencernaan.
Jenis makanan
• Sesetengah makanan dan minuman seperti teh,
kopi, rempah, perasa makanan, makanan manuis,
cuka, jeruk dan makanan berlemak melambatkan
proses pencernaan.
• Makanan yang digoreng atau berkandungan
lemak yang tinggi memerlukan lebih masa untuk
dicernakan.
• Makanan yang mempunyai kandungan serat yang
tinggi lambat untuk dicerna
• Makanan dengan kandungan protein yang rendah
cepat dicerna seperti kacang, tauhu, tempe.
• Buah-buahan yang mengandungi cecair
seperti tembikai, buah pir, mangga, betik
mudah untuk dicerna.
• Antara makanan yang sukar dicerna
(memerlukan masa yang lama) adalah
seperti:-
- Daging
- Sayur mentah/buah keras (epal, jambu
batu)
- Makanan pedas
- Makanan manis
- Makanan yang mengandungi minyak
yang tinggi.
Faktor yang mempengaruhi tempoh
penghadaman makanan
• Suhu makanan - makanan dan minuman
yang terlalu panas (atau sejuk) akan
melambatkan atau melemahkan proses
pencernaan.
• Aktif beraktiviti - Senaman, mandi atau
belajar secara intensif atau selepas makan
akan mengalihkan perhatian otak dan
melambatkan proses pencernaan.
• Makan berlebihan - Pengambilan
makanan yang berlebihan dan terlampau
cepat membebankan sistem pencernaan
dan menjejaskan fungsinya.
• Masa makan yang tidak tetap -
Pengambilan makanan ringan antara
waktu makan dan tidak mengamalkan
masa makan yang tidak tetap akan
menggunakan tenaga berlebihan dan
menjejaskan selera makan.
Keresahan atau stress
• Resah atau stress - Proses pencernaan
akan terganggu apabila makanan diambil
semasa teruja, gelisah, mengejar masa
atau sedih.
• ketidakseimbangan flora usus -
Ketidakseimbangan bakteria baik yang
terdapat secara semulajadi dalam usus
untuk membantu pencernaan akan
diganggu oleh stress, diet yang kurang
sihat atau pengambilan antibiotik.

Anda mungkin juga menyukai