Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN

KEM CEMERLANG AL-


QURAN
(KCQ)

PERINGKAT NEGERI SEMBILAN


TAHUN 2022

ANJURAN:

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
SEMBILAN
KERTAS CADANGAN
KEM CEMERLANG AL-QURAN (KCQ)
PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN
2022

1.0 TUJUAN

Kem Cemerlang al-Quran merupakan suatu program yang dirancang khas untuk
memastikan semua murid tahun 6 yang tercicir dan lemah dapat menguasai
pembacaan Iqra' dengan baik dan seterusnya boleh menguasai pembacaan al-Quran.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Bidang Tilawah al-Quran merupakan teras dalam sukatan pelajaran


Pendidikan Islam sekolah menengah dan sekolah rendah. Bidang ini
diperkenalkan dengan tujuan apabila murid- murid tamat sesi persekolahan
peringkat rendah, maka dikehendaki menguasai kemahiran asas bacaan al-
Quran. Setakat ini tahap penguasaan murid tahun 6 dalam menguasai bacaan
al-Quran masih belum mencapai tahap yang membanggakan. Oleh yang
demikian, beberapa langkah pembaharuan telah dibuat untuk memudahkan
kefahaman dan penggunaan untuk menguasai bacaan serta untuk
meningkatkan dan memantapkan mutu pengajaran dan pembelajaran asuhan
al-Quran.

2.2 Mengikut laporan dan aktiviti Pengurusan Program j-QAF Unit Perancangan
dan Pembangunan Pendidikan Islam (PPPI) oleh Encik Mohd Syaiful Bin
Mohd Salleh yang merupakan Penolong Pengarah PPPI, masih terdapat murid
tahun 6 yang belum menguasai pembacaan Iqra’ dengan baik dan seterusnya
menguasai pembacaan al-Quran.

2.3 Menyedari perkara sebegini, maka pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan menyedari tanggungjawab untuk membantu
murid tahun 6 dengan mengadakan Kem Cemerlang al-Quran (KCQ) untuk
menambah baik dan mempertingkatkan lagi kualiti bacaan dengan
menggunakan modul yang telah disediakan. Hal ini kerana Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan telah menetapkan sasaran sebanyak 90.83% murid Tahun 6
bagi tahun 2022 ini menguasai pembacaan al-Quran. Jesteru itu, program ini
diharapkan dapat membantu meningkat prestasi pelajar untuk menguasai
pembacaan al-Quran seterusnya mencapai sasaran yang ditetapkan.
3.0 ULASAN PENTADBIRAN

3.1 Objektif

3.1.1 Membantu murid-murid yang tercicir dalam bacaan al- Quran


melalui pengajaran dan pembelajaran Iqra’ dengan menggunakan
kaedah Iqra’klasikal.

3.1.2 Membantu murid-murid supaya dapat mengikuti sukatan pelajaran


yang berasaskan dan berpandukan Modul Khatam al-Quran.

3.1.3 Memastikan semua murid tahun 6 dapat beralih ke proses


pembacaan al-Quran sebelum tamat sesi persekolah peringkat
rendah dan mencapai sasaran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
iaitu 90.83% murid tahun 6 menguasai pembacaan al-Quran.

3.2 Butiran Pelaksanaan

3.2.1 Penganjur
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

3.2.2 Pengelola
SK Panchor, Seremban

3.2.3 Tarikh dan Tempat

3.2.3.1 Tarikh: 5 Oktober 2022


3.2.3.2 Tempat: Masjid Kariah Paroi Jaya

3.3 Jawatankuasa Induk dan Pelaksana


Sila lihat Lampiran A.

3.4 Aturcara
Sila lihat Lampiran B

3.5 Sekolah Rendah yang Terlibat


Sila lihat Lampiran C.

3.6 Anggaran Kewangan


Sila lihat Lampiran D.

3.7 Bilangan Peserta yang Terlibat


Sila lihat Lampiran E.
4.0 PENUTUP

Akhir sekali, diharapkan melalui program ini dapat memberi impak yang positif kepada
semua pihak terutamanya kepada pelajar dalam menguasai bacaan al-Quran. Oleh itu,
pihak kami mengharapkan agar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dapat
membantu daripada segi kewangan supaya program ini dapat berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh:

……………………………
(MOHD SYAIFUL BIN MOHD SALLEH)
Penolong Pengarah
Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam, Sektor
Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Disokong

oleh:

………………………….
(MOHD NURUNNAZIF BIN JAMAL RASHID)
Ketua Penolong Pengarah
Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam, Sektor
Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Diluluskan oleh:

…………………………..
(MOHD WAZIR BIN HAMZAH)
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor
Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat

Dato’ Haji Md. Fiah bin Md. Yamin


Pengarah Pendidikan Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan

Pengerusi

Tuan Mohd Wazir bin Hamzah Ketua


Penolong Pengarah Kanan, Sektor
Pendidikan Islam, JPNS

Timbalan Pengerusi

Tuan Mohd Nurunnazif bin Jamal Rashid


Ketua Penolong Pengarah
Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam
SPI, JPNS

Penyelaras 1

En. Mohd Syaiful bin Mohd Salleh


Penolong Pengarah
Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam Sektor
Pendidikan Islam, JPNS

Penyelaras 2

En. Yusri bin Mohd Akhir


Guru Besar
SK Panchor, Seremban

Merangkap Pengelola Kem Cemerlang al-Quran (KcQ) Peringkat


Negeri Sembilan Tahun 2022

Setiausaha Nazrah

binti Samsuri
Setiausaha Program Kem Cemerlang al-Quran Sektor
Pendidikan Islam, JPNS
Jawatankuasa Pelaksana

Bidang Nama Perincian Tugas


Backdrop dan  Menyediakan poster
poster Pn. Maizatul Akmal binti Atan berkaitan program
Siti Zakirah binti Hassan  Membuat Tempahan Backdrop
Moderator / Siti Aishah binti Zulkefli  Menjadi pengerusi majlis
Pengerusi Majlis ketika majlis penutupan
Pembaca Doa  Membaca Doa yang besesuaian di
Muhamad Firdaus bin Muhamad dalam majlis penutup
Azhar
Sijil dan hadiah Siti Aishah binti Abdul Rashid  Menyediakan template dan
Mini binti Buiman cetakan sijil penghargaan untuk
Zabariah binti Nemat jk
 Sijil Penyertaan untuk peserta
Lojistik dan Mohd Salman bin Mohd Yusop  Menjaga lalulintas dan
keselamatan Hasmah binti Muhamad tempat meletak kenderaan
 Menjaga keselamatan ketika
program sedang
berlangsung
Pendaftaran Norzila binti Mohd Zain  Menyediakan tempat pendaftaran
Ruziana binti Alwi yang sesuai
 Mengenalpasti dan menyemak
kehadiran peserta
Dokumentasi Hazirah binti Mohd Joha  Mengambil gambar sepanjang
dan Laporan Fadzilah binti Sidek program berlangsung
Siti Salwa binti Kassim  Menulis laporan program

Pembantu Fasi Suzana binti Mohd Awal  Membuat Ujian Diagnostik


Khairun Nisha Nasution binti  Membahagikan pelajar kepada
Ismail kumpulan-kumpulan
Muhamad Firdaus bin Mohd  Mengendalikan pelajar
Azhar ketika fasilitator diberikan
taklimat
 Memastikan pelajar mengikuti
LDK sepanjang program
Fasilitator 20 guru dari 20 buah sekolah  Mengendalikan sesi LDK
 Membantu pelajar-pelajar
 En Najib Nubhan bin untuk menguasai bacaan iqra’
Kairudin @ Khairudin –  Tasmik bacaan iqra’/ al-Quran
Ketua  Menyediakan laporan pencapaian
 En Mohd Azwan bin Rosdi bacaan pelajar
 En Mohd Faidz bin Abdullah
 Pn Shazlina binti Abdul
Aziz
 Pn Mardhiah binti Mohd
Nasir
LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

RABU (5 Oktober 2022)

8.00 pagi Pendaftaran dan sarapan

8.30 pagi Ujian Diagnostik

9.00 pagi Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK 1)

1.00 t/hari Rehat , Solat, Makan Tengahari

2.00 petang Latihan Dalam Kumpulan 2 (LDK 2)

4.00 petang Penilaian dan Majlis Penutupan

5.00 petang Bersurai

*Tentatif di atas tertakluk kepada perubahan semasa.


LAMPIRAN C

SEKOLAH RENDAH YANG


TERLIBAT

BIL NAMA SEKOLAH PPD / DAERAH

1. SK BATANG BENAR SEREMBAN

2. SK SENAWANG 3 SEREMBAN

3. SK WAWASAN SEREMBAN

4. SK SEREMBAN JAYA SEREMBAN

5. SK PUTERI SEREMBAN

6. SK MAMBAU SEREMBAN

7. SK PUSAT JUASSEH KUALA PILAH

8. SK DANGI KUALA PILAH

9. SK TUNKU MUNAWIR KUALA PILAH

10. SK PALONG 8 JEMPOL / JELEBU

11. SK PALONG 9 JEMPOL / JELEBU

12. SK PALONG 5 JEMPOL / JELEBU

13. SK AMAR PENGHULU JEMPOL / JELEBU

14. SK KUALA KLAWANG JEMPOL / JELEBU

15. SK TELOK KEMANG PORT DICKSON

16. SK KAMPONG GELAM PORT DICKSON

17. SK LUKUT PORT DICKSON


SK DATO SHAH BANDAR
18. REMBAU
REMBAU
19. SK PULAU BESAR REMBAU

20. SK PEDAS REMBAU


LAMPIRAN D

ANGGARAN KEWANGAN KEM CEMERLANG AL-QURAN (KCQ)


PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022

A. SUMBER PERUNTUKAN

BI PERKAR JUMLAH
L A (RM)
Sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
1. RM 5,000.00

JUMLA RM 5,000.00
H

B. PERBELANJAAN

HARGA TINDA
BIL PERKARA KUANTI x JUMLAH
SEUNIT (RM) K AN
TI (RM)
Sarapan, Mkn Tghari, Minum Ptg
Peserta 80 x RM 1,200.00 SKP
Jurulatih Utama (JU) dan
25 x RM 375.00 SKP
1. Fasilitator
RM 15.00
Pegawai SPI / PPD 10 x RM 150. 00 SKP
Urusetia 15 x RM 225.00 SKP
JUMLA RM 1,950.00
H
Cenderahati dan Sijil
Hadiah Penyertaan
80 x RM 5.00 RM 400.00 SKP
Peserta
Hadiah JU & Fasilitator 25 x RM 30.00 RM 750.00 SPI
Hadiah Peserta Terbaik 5 x RM 30.00 RM 150.00 SPI
2. Cenderahati Pengelola
1 x RM 100.00 RM 100.00 SPI
Cenderahati Masjid 1 x RM 100.00 RM 100.00 SPI
Sijil Penyertaan dan
175 x RM 2.00 RM 350.00 SPI
Penghargaan
JUMLA RM 1,850.00
H
Lain-lain
Buku Modul 100 x RM 15.00 RM 1,500.00 SPI
3.
Banner 1 x RM 100.00 RM 100.00 SKP
JUMLA RM 1,200.00
H
SKP :
JUMLAH RM 5,000.00
RM2450
KESELURUHAN
LAMPIRAN E

SENARAI FASILITATOR DAN MURID YANG


TERLIBAT

BILANGAN
BIL NAMA SEKOLAH BILANGAN
FASILITATOR
MURID
1. SK BATANG BENAR 1 ORANG 4 ORANG
2. SK SENAWANG 3 1 ORANG 4 ORANG
3. SK WAWASAN 1 ORANG 4 ORANG
4. SK SEREMBAN JAYA 1 ORANG 4 ORANG
5. SK PUTERI 1 ORANG 4 ORANG
6. SK MAMBAU 1 ORANG 4 ORANG
7. SK PUSAT JUASSEH 1 ORANG 4 ORANG
8. SK DANGI 1 ORANG 4 ORANG
9. SK TUNKU MUNAWIR 1 ORANG 4 ORANG
10. SK PALONG 8 1 ORANG 4 ORANG
11. SK PALONG 9 1 ORANG 4 ORANG
12. SK PALONG 5 1 ORANG 4 ORANG
13. SK AMAR PENGHULU 1 ORANG 4 ORANG
14. SK KUALA KLAWANG 1 ORANG 4 ORANG
15. SK TELOK KEMANG 1 ORANG 4 ORANG
16. SK KAMPONG GELAM 1 ORANG 4 ORANG
17. SK LUKUT 1 ORANG 4 ORANG
SK DATO SHAH BANDAR
18. 1 ORANG 4 ORANG
REMBAU
19. SK PULAU BESAR 1 ORANG 4 ORANG
20. SK PEDAS 1 ORANG 4 ORANG

JUMLA 20 ORANG 80 ORANG


H

Anda mungkin juga menyukai