Anda di halaman 1dari 8

Hasil Analisis Data

Bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan, kaedah analisis deskriptif berangka dan
bergraf telah digunakan untuk menganalisa data mentah yang diperoleh. Data ini diproses dan diselidik
menggunakan perisian Microsoft Excel.

Stesen Janakuasa Kenderaan Bermotor Lain-lain Jumlah


Tahun/Punca Industri (%)
(%) (%) (%) (%)
1998 21.70 .. 73.80 4.50 100
1999 14.70 .. 81.66 3.64 100
2000 17.50 .. 81.60 0.90 100
2001 10.70 .. 89.00 0.30 100
2002 19.20 .. 80.40 0.40 100
2003 6.06 6.17 79.87 7.90 100
2004 16.56 15.96 65.75 1.72 100
2005 8.42 7.97 82.37 1.24 100
2006 7.99 7.59 82.16 2.26 100
2007 5.25 7.03 85.77 1.95 100
2008 7.23 10.77 79.35 2.65 100
2009 6.43 23.05 68.19 2.33 100
2010 4.34 23.60 69.75 2.30 100
2011 4.24 23.07 69.39 3.30 100
2012 2.92 23.45 68.50 5.13 100
2013 2.91 23.74 68.53 4.82 100
2014 3.37 24.56 69.16 2.91 100
2015 2.78 24.32 70.01 2.88 100
2016 3.24 24.59 69.62 2.55 100
2017 3.37 24.56 69.16 2.92 100
2018 2.85 24.27 69.69 3.18 100
Hasil daripada analisis deskriptif berangka data berdasarkan objektif pertama iaitu mengkaji
komposisi pencemaran udara mengikut punca di Malaysia dari tahun 1998 sehingga 2018 disediakan
didalam Jadual 1 dibawah:

Jadual 1 : Peratusan pelepasan bagi setiap punca dari tahun 1998-2018 di Malaysia

Berdasarkan Jadual 1, jumlah pelepasan punca pencemaran udara mengikut punca pada setiap
tahun diberikan dalam peratusan. Pada tahun 1998, jumlah pelepasan dari sisa industri, kenderaan
bermotor dan lain-lain adalah 21.7%, 73.8% dan 4.5% masing-masing. Pada tahun 1999 pula sebanyak
14.7%,
81.66% dan 3.64% dan diikuti tahun 2000 sebanyak 17.5%, 81.6% dan 0.9%. Jumlah pelepasan bagi
ketiga-tiga punca ini pada tahun 2001 dan 2002 pula adalah 10.7%, 89%, 0.3% dan 19.2%, 80.4%, 0.4%.
Tiada data yang direkodkan bagi punca stesen janakuasa dalam tahun 1998-2002.

Bermula tahun 2003, punca industri termasuk pusat komersial, hotel, institusi dan pasar malam
dan punca stesen janakuasa mula direkodkan. Jumlah pelepasan dari sisa industri bagi tahun 2003
sehingga 2018 adalah sebanyak 6.06%, 16.56%, 8.42%, 7.99%, 5.25%, 7.23%, 6.43%, 4.34%, 4.24%,
2.92%, 2.91%, 3.37%, 2.78%, 3.24%, 3.37% dan 2.85% masing-masing. Bagi punca stesen janakuasa,
jumlah pelepasannya adalah 6.17%, 15.96%, 7.97%, 7.59%, 7.03%, 10.77% dari tahun 2003-2008,
kemudian dapat dilihat peningkatan signifikan pada tahun 2009 iaitu 23.05%, serta dari tahun 2010-
2018 adalah 23.6%, 23.07%, 23.45%, 23.74%, 24.56%, 24.32%, 24.59%, 24.56%, 24.27% yang tidak
banyak perubahan. Jumlah pelepasan bagi punca kenderaan bermotor dari tahun 2003-2018 pula
adalah seperti berikut, 79.87%, 65.75%, 82.37%, 82.16%, 85.77%, 79.35%, 68.19%, 69.75%, 69.39%,
68.5%, 68.53%, 69.16%, 70.01%, 69.62%, 69.16%, 69.69%. Manakala bagi lain-lain punca, jumlah
pelepasan adalah 7.9%, 1.72%, 1.24%. 2.26%, 1.95%, 2.65%, 2.33%, 2.3%, 3.3%, 5.13%, 4.82%, 2.91%,
2.88%, 2.55%, 2.92%, 3.18% dari tahun 2003 sehingga 2018.

Sukatan purata (averages) dan sukatan serakan dikira bagi meringkaskan data. Nilai min,
maksimum, minimum, julat dan sisihan piawai data tidak terkumpul bagi setiap punca dikira dan
direkodkan dalam Jadual 2:

Industri Stesen Janakuasa Kenderaan Bermotor Lain-lain


Mean 233.2 516.1 2078.3 78.3
Maximum 706.5 821.6 2939.9 163.2
Minimum 96.6 127.4 2359.0 107.5
Range 609.9 694.2 580.9 55.7
Standard
200.0 257.2 388.7 45.3
Deviation

Jadual 2 : Analisis data jumlah pelepasan bahan pencemaran mengikut punca

Berdasarkan Jadual 2, min yang dikira bagi sisa industri adalah 233.2, nilai maksimum dan
minimum adalah 706.5 dan 96.6, julat yang diperoleh 609.9 dan sisihan piawai sebanyak 200.0. Bagi
punca stesen janakuasa pula, nilai min, maksimum, minimum, julat dan sisihan piawai adalah 516.1,
821.6, 127.4, 694.2, 257.2 masing-masing. Manakala, bagi kenderaan bermotor, nilai-nilai yang dikira
adalah 2078.3, 2939.9, 2359.0, 580.9 dan 388.7. Seterusnya, bagi punca lain-lain pula, nilai yang
diperoleh adalah 78.3, 163.2, 107.5, 55.7 dan 45.3.

Daripada analisis berangka terhadap data ini, dapat dilihat bahawa punca kenderaan bermotor
mempunyai sisihan piawai tidak terkumpul yang paling besar manakala punca lain-lain paling kecil. Ini
bermakna data bagi kenderaan bermotor paling terserak daripada minnya.
Dari segi analisis deskriptif bergraf, ‘stacked area chart’ telah digunakan dan digambarkan dalam
Rajah 1 dibawah:

Rajah 1 : Komposisi pencemaran mengikut punca

Berdasarkan Rajah 1, paksi-y menunjukkan peratusan jumlah pelepasan punca pencemaran


udara dari 0-100% dan paksi-x menunjukkan tahun dari 1998-2018. Petunjuk warna bagi setiap punca
juga diberikan. Menurut graf, boleh dilihat komposisi pencemaran udara mengikut punca berubah untuk
setiap tahun. Punca industri menunjukkan tren berkurang dari tahun 1998-2018. Bagi punca stesen
janakuasa pula, dapat dilihat bahawa jumlah pelepasannya bermula pada tahun 2002 dan menunjukkan
peningkatan setiap tahun. Manakala bagi punca kenderaan bermotor, jumlah pelepasannya
menunjukkan komposisi yang tinggi pada tahun 1998-2009, kemudian berkurang sedikit dan kekal lebih
kurang sama sehingga 2018. Punca lain-lain tidak menunjukkan perubahan yang terlalu mendadak
melainkan pada tahun 2003 dimana ianya memuncak.
Bagi mengkaji objektif kedua kajian, iaitu mengenal pasti perubahan relatif pencemaran bagi
setiap punca dari tahun 1998 hingga 2018, graf garis telah digunakan untuk analisis deskriptif bergraf
dan diberikan dalam Rajah 2 dan Rajah 3:

Rajah 2 : Perubahan relatif pencemaran

Rajah 2 menunjukkan tren bergaris yang menggambarkan perubahan relatif pencemaran udara
bagi setiap punca dari tahun 1998 sehingga 2018. Berdasarkan graf, boleh diperhatikan bahawa punca
dari sisa industri, kenderaan bermotor dan lain-lain tidak menunjukkan perubahan relatif yang signifikan
kerana tren garis bagi ketiga-tiga punca ini kebanyakannya mendatar sahaja, dengan sedikit
pengecualian bagi punca lain-lain yang menunjukkan puncak pada tahun 2003. Manakala, punca stesen
janakuasa menunjukkan tren garis yang kebanyakannya meningkat secara mendadak berbanding punca
lain.
Rajah 3 : Perubahan relatif pencemaran tanpa Stesen Janakuasa

Rajah 3 pula menggambarkan perubahan relatif pencemaran udara tanpa punca stesen
janakuasa. Tren bergaris bagi setiap punca menunjukkan perubahan yang drastik terhadap satu sama
lain. Garis bagi punca industri menunujukkan tren menurun dari tahun 1998 sehingga 2018, punca
kenderaan bermotor pula menunjukkan jumlah pelepasan yang paling tinggi dan tren garisnya menurun
dari tahun 2001 hingga 2005, kemudian mempunyai kenaikan berterusan. Manakala, punca lain-lain
tidak menunjukkan tren yang jelas kerana garisnya amat rambang.

Analisis deskriptif berangka bagi objektif kedua menggunakan kaedah indeks dan hasilnya
diberikan didalam Jadual 3 dibawah:
Kesemua jumlah pelepasan mengikut punca-punca pada tahun 1998 diindekskan
kepada 100 kecuali punca dari Stesen Janakuasa
Tahun/Punca Industri Stesen Janakuasa Kenderaan Bermotor Lain-lain
1998 100.0 .. 100.0 100.0
1999 65.3 .. 106.7 78.0
2000 80.2 .. 110.0 19.9
2001 43.6 .. 106.6 5.9
2002 99.4 .. 122.4 10.0
2003 17.7 100.0 68.6 111.4
2004 52.7 281.8 61.5 26.4
2005 22.3 116.8 64.0 15.8
2006 22.5 118.3 67.9 30.6
2007 18.8 139.9 90.4 33.7
2008 21.0 173.8 67.9 37.1
2009 23.5 467.7 73.4 41.2
2010 16.1 486.0 76.1 41.2
2011 16.5 497.3 79.3 61.8
2012 12.2 544.1 84.3 103.4
2013 12.2 550.9 84.3 97.2
2014 14.4 583.1 87.1 60.1
2015 12.1 586.2 89.5 60.4
2016 14.4 607.9 91.2 54.9
2017 14.4 583.1 87.1 60.2
2018 13.7 644.9 98.2 73.4

Jadual 3 : Jumlah pelepasan mengikut punca yang telah diindeks

Jadual 3 menunjukkan kesemua jumlah pelepasan mengikut punca-punca yang diindeks


terhadap tahun 1998 yang diindekskan kepada 100 kecuali punca dari stesen janakuasa pada tahun
2003. Indeks bagi pelepasan sisa industri dari tahun 1999-2018 adalah 65.3, 80.2, 43.6, 99.4, 17.7, 52.7,
22.3, 22.5, 18.8, 21.0 23.5, 16.5, 12.2, 12.2, 14.4, 12.1, 14.4, 14.4 dan 13.7. Bagi stesen janakuasa pula,
indeks dari tahun 2004-2018 adalah 281.8, 116.8, 118.3, 139.9, 173.8, 467.7, 486.0, 497,3, 544.1, 550.9,
583.1, 586.2, 607.9, 583.1, 644.9. Seterusnya, bagi punca kenderaan bermotor, indeks yang dikira dari
1999-2018 adalah 106.7, 110.0, 106.6, 122.4, 68.6, 61.5, 64.0, 67.9, 90.4, 67.9, 73.4, 76.1, 79.3, 84.3,
84.3, 87.1, 89.5, 91.2, 87.1, 98.2. Manakala, bagi punca lain-lain, indeks yang diperoleh adalah 78.0,
19.9, 5.9, 10.0, 111.4, 26.4, 15.8, 30.6, 33.7, 37.1, 41.2, 41.2, 61.8, 103.4, 97.2, 60.1, 60.4, 54.9, 60.2 dan
73.4.

Dengan mengambil indeks 100 sebagai permulaan, tren perubahan relatif antara punca dari
tahun 1998-2018 boleh disimpulkan. Nilai indeks yang lebih tingi dari 100 menunjukkan kenaikan dan
juga sebaliknya. Punca kenderaan bermotor dan punca lain-lain tidak menunjukkan perubahan yang
terlalu mendadak manakala punca industri menunjukkan tren menurun, serta bagi punca stesen
janakuasa menunjukkan kenaikkan secara drastik.
Bagi analisis data berdasarkan objektif ketiga iaitu membandingkan pelepasan bahan
pencemaran per kapita pada setiap tahun, hasil analisis deskriptif berangka diberikan didalam jadual 4
dibawah:

Jumlah pelepasan bahan Jumlah pelepasan bahan


Jumlah populasi negara
Tahun pencemaran ke udara di pencemaran ke udara per
Malaysia (ribu)
Malaysia (ribu tan metrik) kapita
1998 3255.80 22333.5 0.15
1999 3138.70 22909.5 0.14
2000 3238.50 23494.9 0.14
2001 2878.30 24030.5 0.12
2002 3656.60 24542.5 0.15
2003 2064.80 25038.1 0.08
2004 2248.70 25541.5 0.09
2005 1867.20 26045.5 0.07
2006 1985.70 26549.9 0.07
2007 2533.40 27058.4 0.09
2008 2055.30 27567.6 0.07
2009 2585.26 28081.5 0.09
2010 2623.20 28588.6 0.09
2011 2746.10 29062.0 0.09
2012 2955.70 29510.0 0.10
2013 2955.80 30213.7 0.10
2014 3024.90 30708.5 0.10
2015 3070.20 31186.1 0.10
2016 3149.10 31633.5 0.10
2017 3024.90 32022.6 0.09
2018 3384.80 32382.3 0.10

Jadual 4 : Jumlah pelepasan bahan pencemaran ke udara per kapita

Analisa Jadual 4 di atas menunjukkan hasil tambah nilai data mentah jumlah pelepasan bahan
pencemaran ke udara di Malaysia mengikut punca dan populasi negara Malaysia dari tahun 1998
sehingga 2018. Lajur ketiga menunjukkan nilai jumlah pelepasan pencemaran ke udara per kapita yang
dikira dengan membahagi nilai pelepasan bahan pencemar dengan nilai populasi Malaysia pada tahun
yang berkenaan. Jumlah pelepasan bahan pencemaran ke udara per kapita yang diperoleh adalah 0.15
pada tahun 1998, 0.14 pada 1999, 0.14 bagi tahun 2000, 0.12 pada 2001, 0.15 pada tahun 2002, serta
bagi tahun 2003-2018 adalah 0.08, 0.09, 0.07, 0.07, 0.09, 0.07, 0.09, 0.09, 0.09, 0.10, 0.10, 0.10, 0.10,
0.10, 0.09 dan 0.10. Oleh itu, boleh dilihat bahawa tahun 1998 dan 2002 menunjukkan jumlah pelepasan
pencemaran ke udara per kapita paling tinggi.
Bagi melengkapkan analisis deskriptif bergraf untuk objektif ketiga, graf plot serakan telah
digunakan dan hasilnya adalah seperti Rajah 4 berikut:

Rajah 4 : Jumlah pelepasan bahan pencemar ke udara per kapita

Berdasarkan Rajah 4, paksi-x menunjukkan tahun 1998-2018 dan paksi-y adalah jumlah
pelepasan bahan pencemaran ke udara per kapita dan data yang diperoleh diplot pada graf tersebut.
Tren bergaris bagi plot ini menunjukkan penurunan dari tahun 1998-2000, kemudian meningkat dan
memuncak secara mendadak pada tahun 2002. Seterusnya, tren menurun semula sehingga tahun 2006.
Kemudiannya, tren meningkat sedikit dan garis kekal mendatar sehingga 2018.

Anda mungkin juga menyukai