Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH DUNIA MODEN GFPA2043(KUMPULAN A)

TUGASAN INDIVIDU

TOPIK 12:PERANG DINGIN 1945-1990

TAJUK:KETIDAKTENTUAN POLITIK, AGAMA DAN BANGSA DI KOSOVO SELEPAS PERANG DINGIN

DISEDIAKAN UNTUK:

MADAM RUSNAWATI BINTI ISMAIL

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMMED AKMAL BIN MOHAMAD (292971)


PENGENALAN

Pembubaran Kesatuan Soviet Union adalah plot akhir bagi perang dingin yang berlaku pada 26 Disember 1991,Secara rasmi memberi peluang kepada

negara-negara Eropah Timur dan Asia Tengah kembali merdeka berdasarkan pengisytiharan bernombor 142-H oleh majlis tertinggi Kesatuan Soveit.Dengan

pembubaran tersebut pihak Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat diisytiharkan sebagai blok pemenang sebagai negara adikuasa dunia yang

baharu.Walaupun Amerika Syarikat selalu melaungkan demokrasi dan hak kemanusiaan dalam polisi dasar luarnya dengan keruntuhan Kesatuan Soviet mereka

kehilangan sebab dan tujuan untuk terus terlibat dalam hal ehwal dunia luar selepas itu.Tetapi kelekaan Amerika Syarikat dan sikap tidak ambil peduli juga

keangkuhan terbukti memakan diri apabila mereka terlalu mendahulukan keperluan sendiri berbanding keperluan moral Antarabangsa dalam menjalankan

undang-undang berdasarkan keadilan.Perkara ini terbukti apabila Perang Kosovo bermula pada 28 Februari 1998 sehingga 11 januari 1999 memperlihatkan

tindak balas lambat Amerika Syarikat dalam mempertahankan nilai yang selalu didendangkan seperti hak kemanusiaaan.Apatah lagi peperangan ini melibatkan

etnik Albanian yang majoriti beragama Islam.Berdasarkan pengalaman lepas perang Bosnia memperlihatkan pembantaian majoriti orang islam beretnik Bosnia

hampir sama penghapusan etnik Yahudi oleh Nazi Jerman yang begitu dipandang berbanding orang Islam.Apatah lagi pengalaman perit ini sepatutnya

memerlukan tindakan drastik dan komprehensif memperlihatkan negara-negara Barat selalu bersikap tidak tegas apabila melibatkan ras,agama dan tiada sumber

hasil yang boleh dijarah menjadi faktor penguat untuk melibatkan diri.Selepas desakan kuat oleh banyak negara barulah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara

yang dianggotai oleh banyak negara Barat dan Amerika Syarikat sendiri mengambil tindakan lebih tegas melalui kempen ketenteraan dengan melakukan

pengeboman bagi membolehkan pasukan pengaman Antarabangsa kembali memainkan peranan sesuai dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Melihat kepada jenayah perang yang terlalu banyak dilakukan seperti pembunuhan beramai-ramai,aktiviti rogol yang berleluasa dan penyeksaan memperlihatkan

negara-negara dunia sekali lagi lambat bertindak.

ULASAN ARTIKEL

Berdasarkan pembacaan pembacaan ilmiah yang dilakukan ke atas artikel Pilihan Di Kosovo oleh Paul Starr.Terdapat beberapa perakara penting dan

pandangan dari pembagai sudut pemikiran yang boleh diulas seperti isi yang diketengahkan tentang peranan dan kelemahan dalam pentafsiran sesuatu perkara

tidak berpaksikan konsep yang harus dibawa.

Pertama sekali,artikel ini menyentuh tentang dari sudut sebuah negara adikuasa yang banyak memainkan peranan dalam perang dingin yang wujud akibat

perbezaan nilai ideologi yang dibawa.Perkara ini sentiasa bermain di lembaran sejarah dunia bagi pihak yang menang dipuja dan pihak yang kalah dihina

sehingga terus menerus menibulkan rasa tidak puas hati,dendam dan akhirnya membakar kembali kebencian.Sikap dasar luar Amerika Syarikat yang sebelum ini

aktif mencampuri urusan negara luar akhirnya seperti kekosongan apabila berlakunya kejatuhan Kesatuan Soviet.Kehilangan sebab untuk terus berperang secara

halus menyebabkan dasar aktif Amerika Syarikat dilihat sebagai kuasa dunia yang memayungi banyak negara yang mengamalkan konsep demokrasi dan nilai hak

asasi manusia berasa selamat.Tetapi serangan Serbia pada Mac kepada rakyat Kosovo beretnik Albania satu ujian berat berbanding Perang Teluk bersama Iraq

pada 1991.Di mana perang bersama Iraq melibat keperluan strategik dan keperluan ekonomi Amerika Syarikat berbanding Kosovo yang tidak mempunyai

keperluan strategik juga ekonomi.Perbezaan ini juga melibatkan tiada serangan ke negara dan wilayah lain tetapi lebih kepada ancaman moral seperti
penghapusan etnik.Muncul juga pertanyaaan dunia apabila Amerika Syarikat tindak bertindak terhadap banyak keganasan lain seperti di Afrika dan Asia tetapi

bertindak kerana mereka orang Eropah.Tetapi tindakan banyak negara Eropah dan Amerika Syarikat lebih kepada pandangan orang ramai jika diikuti majoriti

etnik Albania yang kebanyakan bergama Islam pasti tidak akan memperolehi sebarang bantuan.Berbanding bantuan yang diberikan Russia kepada Serbia adalah

disebabkan sejarah panjang dilalui bersama negara tersebut mungkin berbeza ceritanya jika ada hasil bumi seperti minyak .Tujuan penulis menerbitkan artikel ini

adalah untuk mengetengahkan bagaimana sikap dan dasar luar Amerika Syarikat juga sekutunya terhadap sesuatu perkara banyak mengambil kira bangsa,agama

dan geografi juga kepentingannya sendiri bertiraikan demokrasi bersama slogan hak asasi manusia.

Seterusnya,penulis juga mengkritik tindak balas terhad yang akan menjadi pilihan Amerika Syarikat dan sekutu sebagai contoh,pembantaian etnik Yahudi

berserta banyak jenayah perang dilakukan terhadap etnik Albania.Dengan penguasaan Parti Republik di dewan rakyat Amerika ketika itu dalam undian gagal

menyokong usul penggunaan tentera dalam pandangan mereka negara-negara Balkan sudah lama berperang antara satu sama lain.Kosovo boleh menjadi satu lagi

Vietnam apabila tiada faktor kuat untuk memastikan sokongan berterusan kerana ketiadaan kepentingan nasional.Secara keseluruhan,perang Kosovo dilihat

sebagai bantuan kemanusiaan walaupun pilihan keras untuk Amerika Syarikat terlibat tetapi Amerika dan sekutu mempunyai kekuatan untuk melaksanakannya.

Akhir Sekali,penulis menzahirkan pelbagai sudut pandang dalam konflik ini di mana penulis mempertikaikan tindakan ketenteraan yang bergantung kepada

kekuatan udara dan pengeboman berterusan kepada Serbia mengakibatkan kemusnahan infrastruktur dan orang awam musnah dan terkorban.Berbalik kepada

persoalan moral penglibatan awal Amerika dalam menghentikan keganasan tetapi gambaran kematian warga Serbia yang ditayangkan kepada orang awam

menyebabkan sokongan berkurangan.Di mana ada alternatif lebih baik boleh dilakukan dengan mobilisasi ketenteraan dengan kekuatan lebih besar bersama

sekutu pasti pihak Serbia akan menyerah lebih cepat dan kematian orang awam dapat dikurang mengurangkan kesan kebencian dan dendam yang terus hidup

dalam masyarakat Serbia.Persoalan yang akan terus timbul adakah presiden Amerika Syarikat yang mampu mengerahkan bantuan ketenteraan bagi kemanusian

tanpa melibatkan kepentingan nasional.

Kesimpulannya,penulis Paul Starr banyak menyentuh pilihan terhad yang dihadapi penduduk Kosovo dalam peperangan menghadapi keganasan dan politik

Amerika Syarikat yang banyak dipengaruhi oleh kepentingan geopolitik,bangsa,agama dan ekonomi.Penglibatan Amerika Syarikat dalam peperangan ini seperti

memberikan kesan baharu dalam tindak balas Amerika yang dilihat lebih pasif berbanding ketika Perang Dingin tetapi lebih baik daripada Perang Balkan

sebelumnya.Sudah pasti persoalan untuk menurunkan rakyat sesebuah negara ke dalam satu kancah peperangan yang kurang memberi manfaat selalu

diperdebatkan.Berbanding masalah politik yang memberikan manfaat besar kepada sebuah negara apatah lagi masalah Kosovo melibatkan penduduk yang

berbeza kepercayaan berbanding yang mempunyai kepercayaan sama slogan hak asasi manusia menjadi tembok terakhir kepada manusia yang masih mempunyai

akal fikiran.Demokrasi dilaungkan menimbulkan seribu pertanyaan apabila sesuatu perkara yang tidak mendatangkan keuntungan suara lantang yang selalu

kedengaran mejadi sayu.Politik melampau dan tidak cekap menyebabkan tindakan diambil kurang berkesan dan memusnahkan lebih banyak daripada mencari

penyelesaian walaupun Amerika dan sekutu boleh mengambil langkah yang lebih proaktif seperti cadangan penulis menggunakan kuasa ketenteraan yang lebih

besar daripada menimbulkan kemusnahan lebih banyak dengan pengeboman melibatkan orang awam.Perakara ini harus menjadi pengajaran kepadanya banyak

pihak untuk mendahulukan nilai moral daripada keganasan.

Anda mungkin juga menyukai