Anda di halaman 1dari 2

PATIENT INFORMATION LEAFLET

MEDICINE TO TREAT: MENSTRUAL DISORDERS

UBAT UNTUK MERAWAT: GANGGUAN HAID

Norethisterone

1. Apakah kegunaan ubat ini?

Norethisterone biasa digunakan untuk menghentikan pendarahan haid yang


berlebihan atau menangguhkan haid. Ubat ini juga boleh digunakan untuk
merawat masalah haid lain seperti endometriosis (berlaku apabila tisu yang
biasanya melapisi bahagian dalam rahim tumbuh di luar rahim)

2. Bagaimanakah seharusnya saya makan ubat ini?

 Anda boleh mengambil ubat ini sewaktu atau selepas makan.


 Jika anda terlupa mana-mana dos ubat, ambil dos tersebut sebaik saja
anda teringat. Jika ia sudah menghampiri waktu untuk dos berikutnya,
ambil dos anda seperti biasa saja. Jangan gandakan dos ubat anda atau
ambil dos yang berlebihan untuk menggantikan dos yang terlupa.

3. Apakah kesan-kesan sampingan yang mungkin saya alami semasa


makan ubat-ubat ini?

Kesan-kesan sampingan yang biasa dialami adalah seperti:


 Sakit kepala/migrain
 Rasa loya
 Bengkak disebabkan oleh pengumpulan air
 Pendarahan antara haid

Jumpa dengan doktor anda jika kesan-kesan sampingan di atas mengganggu


anda atau berlanjutan.

Jika anda mengalami kesan-kesan sampingan serius seperti berikut, berhenti


mengambil Norethisterone dan berjumpa dengan doktor dengan segera:

 Sakit kepala yang teruk


 Penglihatan atau pendengaran terjejas secara tiba-tiba
 Tekanan darah menjadi tinggi
 Sakit atau bengkak yang luar biasa pada kaki
 Berasa amat sakit ketika bernafas atau batuk
 Mata atau kulit berwarna kuning (penyakit kuning)

Page 1 of 2
PH006-025-M-0817-V1
4. Bagaimanakah saya tahu bahawa saya mempunyai alahan terhadap ubat
ini?

Tanda-tanda alahan ubat termasuk salah satu atau beberapa yang berikut:
 Muka/mata/bibir bengkak
 Kesukaran bernafas
 Ruam kulit yang gatal pada seluruh badan

Jika anda mengalami mana-mana tanda di atas, anda seharusnya berhenti


ambil ubat tersebut dan berjumpa dengan doktor dengan segera.

5. Apakah langkah-langkah pengawasan yang harus saya ambil semasa


makan ubat ini?

Sila maklumkan doktor atau ahli farmasi anda jika anda mempunya mana-
mana keadaan seperti berikut:
 Migrain
 Pernah mengalami masalah penggumpalan darah
 Kanser payu dara
 Masalah hati

Maklumkan doktor anda jika anda sedang menyusu susu ibu kepada anak,
hamil atau rancang menjadi hamil semasa tempoh rawatan dengan ubat ini.

6. Bagaimanakah seharusnya saya simpan ubat ini?

 Simpan ubat-ubat anda dalam botol atau kotak yang asal. Pastikan botol
atau kotak tersebut ditutup ketat dan disimpan di tempat yang dingin dan
kering serta jauh dari sinaran matahari.
 Jauhi ubat ini daripada kanak-kanak.
 Buangkan semua ubat yang telah luput.

Risalah ini hanya menjawab sesetengah soalan lazim mengenai ubat ini. Ia tidak
mengandungi segala maklumat yang sedia ada. Ia juga tidak menggantikan
perbincangan anda dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Page 2 of 2
PH006-025-M-0817-V1

Anda mungkin juga menyukai