Anda di halaman 1dari 12

Semua kenderaan tersebut Bilangan kenderaan

adalah sama jenis.

Kadar tol yang dikenakan


terhadap setiap kenderaan Jumlah tol yang
adalah sama. diterima

Kadar caj perkhidmatan yang


diterima daripada setiap Bilangan pelanggan
pelanggan adalah
sama.

Jumlah caj
Jenis pesanan yang dibuat perkhidmatan yang
oleh setiap pelanggan diterima
adalah sama tanpa
memerlukan pesanan khas.

Kadar peningkatan bagi Masa, dalam tahun


bilangan kipas yang
dihasilkan adalah sama pada
setiap tahun.

Bilangan kipas yang


dihasilkan
Kilang itu masih beroperasi
pada tahun ke-8.
Fungsi linear

Fungsi eksponen
Fungsi kuadratik

• Tentukan bilangan soalan objektif yang dapat dijawab dalam masa 30 minit.

• Diketahui bahawa jika masa yang digunakan bertambah, maka bilangan soalan objektif yang dapat
dijawab akan bertambah. Oleh itu, bilangan soalan objektif yang dapat dijawab berubah secara
langsung dengan masa.

• Andaikan Joshua sihat semasa menjawab soalan objektif itu.

• Katakan x mewakili masa dan y mewakili bilangan soalan objektif yang dapat dijawab.

• y berubah secara langsung dengan x, maka y = kx dengan keadaan k ialah pemalar perkadaran.
Gantikan y = 5 dan x = 10 ke dalam y = kx.
5 = k(10)
k = 5 / 10
= 0.5

Jadi, y = 0.5x. Persamaan ini menghuraikan hubungan antara bilangan soalan objektif yang dapat dijawab
dengan masa.

Apabila x = 30,
y = 0.5(30)
= 15

Maka, bilangan soalan objektif yang dapat dijawab dalam 30 minit ialah 15.

Model fungsi linear y = 0.5x yang diperoleh mungkin tidak dapat digunakan untuk setiap soalan objektif yang
dijawab. Misalnya, terdapat soalan yang lebih mudah dan lebih sukar yang perlu dijawab oleh Joshua. Oleh itu,
bilangan soalan objektif yang dapat dijawab dalam 30 minit adalah lebih atau kurang daripada 15 soalan
mengikut tahap kesukaran suatu soalan. Apabila diterjemah kembali ke dunia sebenar, model fungsi linear yang
diperoleh tidak sesuai digunakan untuk menangani masalah berkenaan.

Dalam masalah ini, kita tidak dapat memurnikan model memandangkan maklumat yang diberi adalah terhad.

Tentukan keuntungan yang tertinggi.

• Andaikan item tersebut adalah sama jenis.


• Dua pemboleh ubah yang terlibat ialah keuntungan, P, dan jualan, x.
Data kelihatan menaik dan kemudian menurun dan ini menyerupai suatu fungsi kuadratik.

Berdasarkan graf yang dilukis, keuntungan yang tertinggi yang dapat diperoleh dianggarkan
RM2 900 dengan jualan sebanyak 63 item.

Tentukan fungsi kuadratik yang mempunyai bentuk P(x) = ax2 + bx + c.


Gantikan sebarang tiga data ke dalam P(x) = ax2 + bx + c.
Tiga data yang dipilih ialah (0, –1 100), (10, 60) dan (20, 1 020).
–1100 = a(0)2 + b(0) + c –1100 = c
60 = a(10)2 + b(10) + c 60 = 100a + 10b + c
1020 = a(20)2 + b(20) + c 1020 = 400a + 20b + c
Oleh sebab c = –1100,
60 = 100a + 10b – 1100
100a + 10b = 1160 ………………........…a

1020 = 400a + 20b – 1100


400a + 20b = 2120 …………….......….…b

a × 2: 200a + 20b = 2320 …...………....c


b – c: 200a = –200
a = –1

Gantikan a = –1 ke dalam b,
400(–1) + 20b = 2120
20b = 2520
b = 126

Maka, fungsi kuadratik yang mungkin ialah P(x) = –x2 + 126x – 1100
When / Apabila x = 62, P = 2868
When / Apabila x = 63, P = 2869
When / Apabila x = 64, P = 2868

Keuntungan yang tertinggi yang dapat diperoleh ialah RM2 869 dengan jualan sebanyak 63 item.
Jawapan yang diperoleh daripada graf hampir dengan jawapan yang diperoleh daripada fungsi
kuadratik.
Kejituan jawapan akan bertambah jika lebih banyak data diambil.

Tentukan wang yang disimpan oleh murid itu pada minggu ke-7.

• Andaikan murid itu menambah simpanannya setiap minggu mengikut pola seperti ditunjukkan di atas.
• Dua pemboleh ubah yang terlibat ialah simpanan, S(x), dan minggu, x.

Anda mungkin juga menyukai