Anda di halaman 1dari 1

Rujukan kami: SC/BOMBA-FORUM/2022(11)/LE/FLE/01

Tarikh: 25 NOVEMBER 2022


PKPjB Tuan Haji Nordin bin Pauzi
Pengarah
Ibu Pejabat,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat,
Jln Maharajalela,
56048 Kuala Lumpur.

PER: JEMPUTAN RASMI UNTUK MENYERTAI FORUM DI KOLEJ SMART BAGI BULAN FAKULTI
PERUNDANGAN AND PENGUATKUASAAN

Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Perundangan
dan Penguatkuasaan, Kolej SMART mengadakan Bulan Fakulti Perundangan dan Penguatkuasaan.
Berkaitan dengan itu, forum adalah antara aktiviti yang akan dilaksanakan.

2. Dengan bertemakan “PANAS”, kami dengan rendah diri ingin menjemput Tuan Nordin untuk
memberi ceramah untuk forum di kolej kami pada tarikh dan masa seperti yang dicadangkan seperti
berikut;

Tarikh: 8 Disember 2022


Masa : 2: 00 pm - 4 :00 pm
Tempat : Kolej SMART

Objektif (PANAS) program bagi Fakulti Perundangan dan Penguatkuasaan:

I. Untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar mengenai pengurusan dan pentadbiran


jabatan BOMBA
II. Untuk mempertingkatkan pemahaman mengenai pemadaman dan perlindungan kebakaran
III. Untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya kebakaran

3. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas, pihak tuan boleh menghubungi Pn. Yogganantniy di
talian 017 7792577 atau emel: Yogga@smartcollege.edu.my

4. Segala jasa baik dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih. Semoga kerjasama yang akan dilaksanakan akan menyemarakkan lagi program yang akan
dilakukan kelak.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………….
Anand Pon,
Ketua Pegawai Eksekutif,
Kolej SMART

Anda mungkin juga menyukai