Anda di halaman 1dari 1

Pengarah 5 Januari 2023

Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang


Aras Bawah Zon B, Wisma Persekutuan,
Seberang Perai Utara,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Untuk Perhatian: BAHAGIAN PENILAIAN

Perlantikan Jururunding Alam Sekitar Untuk Penyediaaan Laporan Pengurusan Alam


Sekitar (EMP) dan Pengawasan Alam Sekitar bagi tetuan Weng Lee Granite Quarry
Sdn Bhd

Dengan segala hormatnya, kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah
melantik KAMARUDDIN HARUN CONSULTANTS SDN. BHD. beralamat di No. 107, Lorong
Kota Permai 5, Taman Kota Permai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebagai
jururunding alam sekitar kami.

2. Pihak kami dan jururunding alam sekitar sedang menyediakan laporan EMP yang
mengambil sedikit masa kerana perlu menyemak semula semua pelan dan laporan EMP
terdahulu dan dikemaskini mengikut keperluan operasi kuari sekarang.

3. Selain daripada itu, pihak kami juga baru melantik makmal yang berakreditasi untuk
menjalankan pengawasan alam sekitar yang akan dijalankan tidak lama lagi.

4. Oleh yang demikian, pihak kami memohon kerjasama dan perhatian dari pihak tuan
agar dapat memberikan sedikit masa untuk menyediakan laporan EMP dan laporan
pengawasan alam sekitar sebelum dapat dihantar ke pejabat tuan.

5. Kami juga akan mengemukakan maklumat-maklumat yang betul dan lengkap yang
diperlukan supaya permohonan ini dapat diproses oleh pihak Tuan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Anda mungkin juga menyukai