Anda di halaman 1dari 14

SEGAK

1. SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk
Murid Sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia pada tahun 2006. SEGAK juga membawa maksud murid-murid sekolah
mempunyai imej dan perawakan yang SEGAK serta kelihatan sihat dan cergas. Perkataan
SEGAK juga sesuai bagi penampilan murid lelaki dan perempuan.

2. SEGAK adalah satu bateri ujian standard   kecergasan fizikal bagi mengukur tahap
kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.  Komponen kecergasan fizikal yang
diukur dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan
menengah. Bateri ujian SEGAK juga mempunyai norma berdasarkan murid sekolah di
Malaysia mengikut umur dan jantina.  Hanya instrumen Indeks Jisim Badan (Body Mass
Index- BMI) yang menggunakan norma dari WHO, 2007.

3. Matlamat SEGAK adalah supaya murid sentiasa peka, berpengetahuan dan


mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan
fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

4. Objektif SEGAK adalah murid dapat:

4.1        Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;

4.2        Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;

4.3        Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;

4.4        Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan
fizikal; dan

4.5        Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal
berdasarkan kesihatan yang optimum.

5. Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia mulai tahun 2008  yang
melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6, Kelas Peralihan dan Murid Tingkatan hingga
Tingkatan 5 yang berusia 10 hingga 17 tahun.  Ujian SEGAK dilaksanakan secara standard
seluruh negara pada bulan Mac dan Ogos.  Terdapat lima instrumen dalam bateri Ujian
SEGAK, iaitu:

a. Pengiraan Indeks Jisim Badan


b. Ujian Naik Turun Bangku selama 3 minit
c. Ujian Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah Suai
d. Ujian Ringkuk Tubi Separa
e. Ujian Jangkauan Melunjur

PELAPORAN SEGAK
6. Keputusan ujian SEGAK direkodkan dengan menggunakan Borang SEGAK Sekolah Rendah
(BSSR) sebaik sahaja selesai ujian. Dapatan bagi setiap ujian SEGAK akan dirujuk kepada
norma SEGAK mengikut umur dan jantina murid untuk mendapatkan skor.  Skor SEGAK
juga dimuatnaik dalam Aplikasi APDM-Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK)-SEGAK.  Keputusan ujian SEGAK dilaporkan seperti berikut:

 6.1 Keputusan ujian Indeks Jisim Badan

 6.2 Keputusan ujian fizikal

7. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 dan Buku Panduan SEGAK,
data ujian SEGAK perlu dilaporkan. Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada
murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan
fizikal murid. Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan
dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid.

Anda mungkin juga menyukai