Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru
MOHD ANIB AZRI BIN ZUBIR

2. Judul MEMBACA-MOTIVASI DAN 3. Bidang:UMUM


KAEDAH
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Kajian Perpustakaan Negara Malaysia pada 2014 merekodkan seorang rakyat Malaysia
membaca hingga 20 buku setahun.Angka ini berganda jauh lebih baik dibandingkan hanya satu
halaman setahun pada awal 1980-an.Bagaimanapun,kadar membaca negara masih jauh
ketinggalan,kerana berbanding 3.7 juta bilangan populasi hari ini(2019),sasaran ideal yang mesti
dicapai ialah setiap rakyat Malaysia perlu membaca 30 buku setahun.
Justeru ,buku ini yang merupakan edisi ketiga,telah ditulis semula,diperbaharui
kandungannya,dikemas kini dan diberi tambahan bab serta kata pendahuluan baharu,dengan
matlamat untuk membantu anda mengatasi pelbagai masalah berkaitan membaca.Menerusi buku
ini,penulis berazam menjadikan anda pembaca lebih cemerlang,mahir menggunakan pelbagai
kaedah pembacaan berbeza,dan akhirnya berjaya membaca lebih 30 buku setahun,selari
matlamat digariskan penduduk sebuah negara maju.
Pendek kata,ini peluang keemasan.Buku ini mendedahkan 1001 rahsia serta tips
berkaitan membaca,selain berkongsi pelbagai teknik pembacaan ,termasuk kaedah luncuran
serta imbasan yang akan membolehkan anda membaca sehingga 20 000 patah perkataan
seminit! Justeru,miliki buku ini.Ia boleh membantu menjadikan hidup anda lebih berjaya dan
sekali gus meletakkan anda menjadi sebahagian pencorak arah baharu masa depan dan
ketamadunan bangsa serta negara.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini banyak mengajar kaedah-kaedah membaca yang jarang diperbincangkan.Teknik-teknik


yang diterangkan akan membantu mereka yang gemar membaca agar lebih tersusun dan teratur
dalam membaca sekaligus memperbanyakkan bahan bacaan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru yang banyak membaca akan menemui banyak kaedah baru ataupun ilmu baru yang
bermanfaat yang akan membantu kita dalam mendidik anak-anak pelajar agar lebih banyak
membaca.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

MOHD ANIB AZRI BIN ZUBIR

Anda mungkin juga menyukai