Anda di halaman 1dari 7

KURSUS

LMCR3152 INTEGRITI DAN RASUAH

TAJUK
RASUAH DALAM PEMBANGUNAN GEREJA

PENSYARAH
PM DR. FAZILAH IDRIS

DISEDIAKAN OLEH
XXXXXXXXXXXXX

1
Rasuah dalam pembangunan gereja.

1.0 Pengenalan.

Seperti yang kita tahu kegiatan rasuah merupakan suatu jenayah yang perlu diambil serius dan
perlu ditangani di negara ini. Jenayah rasuah adalah perbuatan menerima atau memberi suapan
sebagai satu bentuk upah atau dorongan untuk seseorang individu melakukan apa sahaja perbuatan
atau tindakan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan dikategorikan sebagai wang, ganjaran,
bonus, jawatan dan undi. Kegiatan rasuah ini akan berlaku apabila seorang individu tidak
mempunyai nilai integriti dalam diri. Di samping itu, rumah-rumah ibadat di Malaysia seperti
masjid, gereja, tokong, kuil, gurdwara, dan wat memainkan peranan penting dalam mendidik dan
memberi pengajaran dalam bidang agama dan moral kepada penganutnya terutama dalam
membanteras kegiatan rasuah. Sebagai contoh, pihak organisasi rumah ibadat perlu melaksanakan
pelbagai program dan kelas yang mampu meningkatkan nilai integriti penganutnya agar tidak
terdedah dalam menjalankan kegiatan rasuah yang tidak bermauh di negara ini. Setiap agama
melarang amalan rasuah demi memartabtkan nilai integriti dalam diri dan jadikanlah ajaran agama
itu sebagai satu pedoman hidup. Program dan kelas bimbingan dalam rumah ibadat perlu
disasarkan mengikut kumpulan tertentu daripada kanak-kanak hingga dewasa. Kanak-kanak perlu
dididik sejak akar umbi lagi agar mereka sentiasa membawa apa jua ajaran agama yang asas
termasuk dari segi moral supaya tidak terjerumus dengan melakukan kegiatan jenayah seperti
rasuah. Baru-baru ini pada december 2021 di Sarawak berlaku persoalan berkenaan dengan agihan
dana UNIFOR. Datuk Amar Douglas Unggah Embas mengatakan bahawa dana yang disalurkan
kepada rumah ibadat bukan islam bermula sejak 2017 di negeri sarawak bukan satu bentuk rasuah.
Walau bagaimanapun, ada pihak yang mengatakan bahawa agihan dana UNIFOR itu adalah
rasuah. Oleh itu, terdapat pelbagai sebab yang menimbulkan banyak kemungkinan lebih-lebih lagi
ketika PRN-12 yang menafikan bahawa agihan dana UNIFOR adalah rasuah.

2
2.0 Antara sebab yang menimbulkan banyak kemungkinan agihan dana UNIFOR dalam
pembangunan rumah ibadat bukan islam merupakan satu rasuah.

2.1 Mendapatkan undi dari ahli-ahli gereja.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan bahawa pemberian dana UNIFOR tersebut
kepada rumah ibadat bukan islam di sarawak bermula sejak tahun 2017 bukan satu bentuk rasuah.
Walau bagaimanapun, ada dakwaan dari calon PSB di DUN Ba’Kelalan, Baru Bian yang
mendakwa bahawa calon GPS memancing undi demi mendapatkan undi yang banyak dari ahli-
ahli gereja dengan cara mengagihkan dana sebanyak RM 1 juta kepada 41 buah gereja Borneo
Evangelical Mission(BEM) di Lawas dan Trusan, Sarawak. Seterusnya, Datuk Amar Douglas
Uggah Embas mengatakan bahawa UNIFOR yang telah ditubuhkan sejak tahun 2016 telah pun
mula memberikan dan menyalurkan dana setahaun kemudia dan sehingga tahun 2021 telah
memberikan sumbangan sebanyak RM160 juta. Calon PSB tetap menafikan ia satu bentuk rasuah.
Semasa pelancaran program agricop khas Dun Bawang Assan di Sarawak Datuk Amar Douglas
Unggah Embas berkata Agihan dana tersebut disumbangkan kepada rakyat tanpa mengira agama
dan bangsa. Namun, calon PSB iaitu Baru Bian tetap menafikan dan mendakwa calon GPS
memberikan dana tersebut dalam tempoh pilihan raya seolah-olah membeli undi daripada ahli-ahli
gereja. Di samping itu, calon PSB iaitu Baru Bian mengatakan bahawa tidak ada salahnya rakyat
menerima pembiayaan atau sumbangan daripada pihak kerajaan, tetapi Baru Bian mempersoalkan
berkenaan denga masa pemberian sumbangan tersebut yang menimbulkan banyak kemungkinan
lebih-lebih lagi ketika PRN-12 di negeri Sarawak pada masa itu. Oleh itu, agihan dana atau
sumbangan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas kepada rumah ibadat bukan islam di
Sarawak terutama gereja Borneo Evangelical Mission(BEM) tetap menjadi persoalan oleh calon
PSB iaitu Baru Bian dan mengatakan bahawa agihan sumbangan tersebut ialah satu bentuk rasuah
kerana agihan dan tersebut dilaksanakan ketika PRN-12 di negeri Sarawak dan bertujuan untuk
mendapatkan undi dari ahli-ahli gereja.

3
2.2 Agihan dana yang tidak sama rata.

Calon PSB di Dun Ba’kelalan, iaitu Baru Bian menafikan bahawa agihan dana UNIFOR
sebanyak RM 1 juta kepada 41 buah gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) di Lawas dan
Trusan adalah satu rasuah. Jelaslah bahawa calon PSB iaitu Baru Bian mengatakan bahawa masih
banyak lagi daerah di sarawak yang tidak mendapat agihan dana tersebut. Terdapat lebih daripada
800 gereja BEM di Sarawak tetapi hanya di beberapa daerah tertentu sahaja yang mendapat agihan
dana tersebut iaitu di Lawas dan Trusan. Di samping itu, Datuk Amar Douglas Uggah Embas
mengatakan bahawa dengan agihan dana tersebut dapat membantu untuk menyiapkan projek-
projek yang telah bermula namun terbengkalai akibat daripada banyak kekangan terutama
kekurangan dana untuk menyiapkan projek tersebut. Seterusnya, UNIFOR memainkan peranan
penting dalam menyelesaikan masalah tersebut dan akan turun padang untuk memantau
perkembangan projek yang terbengkalai agar tindakan intervensi dapat diambil bagi memastikan
projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, Datuk Amar Douglas Uggah
Embas menegaskan bahawa telah menerima sebanyak 77 permohonan dana dari pelbagai institusi
agama-agama lain di seluruh sarawak bagi tujuan untuk pembinaan, penambahbaikan telah
diluluskan melibatkan dana RM15 juta manakala pada tahun 2018, UNIFOR telah menerima
sebanyak 82 permohonan baharu yang telah diterima daripada pelbagai institusi agama-agama lain
di Sarawak. Walau bagaimanpun, calon PSB iaitu Baru Bian menafikan bahawa hanya di Lawas
dan Trusan yang menerima agihan dana tersebut dan masih banyak rumah ibadat bukan islam di
sarawak tidak menerima agihan dana tersebut. Oleh itu, calon PSB Baru Bian mendakwa agihan
dana tersebut kepada rumah ibadat bukan islam adalah rasuah kerana ia diagihkan semasa PRN-
12 di Sarawak. Jelaslah bahawa agihan dana tersebut bertujuan untuk memancing undi daripada
ahli-ahli gereja.

4
2.3 Berlaku keciciran untuk mendapatkan bantuan.

Datuk Amar Douglas Uggah merupakan Timbalan Ketua Menteri berharap agar wakil dari
gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat memikul tanggungjawab untuk membantu agama-agama lain
di Sarawak dalam membangun, membina, membaiki, dan meningkatkan rumah ibadat agar rakyat
dapat menjalankan aktiviti kerohanian dengan lancar. Di samping itu, Datuk Amar Douglas Uggah
meminta wakil rakyat yang merupakan barisan hadapan kepada rakyat untuk memikul dan
melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya agar tidak berlaku keciciran untuk mendapatkan
agihan bantuan tersebut. Seterusnya, agihan dana bantuan UNIFOR berjumlah RM 16, 350, 000
telah diterima oleh 36 wakil rakyat di negeri Sarawak untuk kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) masing-masing. Agihan dana bantuan UNIFOR tersebut jelas memberi kesenangan kepada
rakyat dan suatu perkara yang sangat baik dan harus dihargai oleh rakyat. Selain itu, Datuk Amar
Douglas Uggah mengatakan bahawa pengagihan dana bantuan UNIFOR yang telah diberikan itu
adalah fasa pertama bagi tahun 2019. Pihak kerajaan Sarawak telah meluluskan agihan dana
bantuan sebanyak RM30 juta bagi 2019 melalui UNIFOR bertujuan untuk pembinaan,
penambahbaikan dan baik pulih rumah ibadat di negeri Sarawak. Walau bagaimanapun calon PSB
iatu Baru Bian mendakwa berlaku keciciran agihan dana bantuan UNIFOR tersebut kerana masih
banyak rumah ibadat di Sarawak tidak mendapat agihan dana tersebut. Hal ini kerana, agihan dana
bantuan UNIFOR tersebut hanya tertumpu di beberapa kawasan di Sarawak terutama Lawas dan
Trusan yang menerima agihan dana bantuan UNIFOR malahan pengagihan dana tersebut
dilaksankan hampir setiap tahun. Terdapat 800 lebih rumah ibadat bukan islam di Sarawak hanya
sebahagian daerah sahaja yang menerima iaitu Lawas dan Trusan lebih-lebih lagi pelaksanaan
pengagihan dana bantuan UNIFOR tersebut diagihkan semasa PRN-12 di Sarawak dan ia jelas
memberi tarikan malah memancing undi daripada ahli-ahli gereja.

5
3.0 Kesimpulan.

Jelaslah bahawa kegiatan rasuah ini satu bentuk perbuatan yang sememangnya salah dan batil.
Berfokus kepada perbuatan tersebut sudah cukup mengambarkan ia adalah suatu perbuatan yang
tidak perlu dilakukan. Terdapat pelbagai inisiatif dapat dilihat dalam memahami konteks
berkenaan dengan perbuatan rasuah. Dalam mengatasi perbuatan jenayah rasuah di Malaysia,
pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan. Aspek hukuman merupakan tunjang utama dalam
menyelesaikan perbuatan jenayah rasuah di negara ini. Dalam era globalisasi ini, perkembangan
dan kemajuan teknologi yang sangat pesan membolehkan jenayah rasuah semakin sukar untuk
dihidu oleh pihak penguatkuasa. Maka dengan itu, pihak yang berperanan dan diberi kuasa untuk
mengatasi jenayah rasuah ini terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
harus mengambil berat dan sentiasa memikirkan cara yang baru bagi memastikan perbuatan
jenayah rasuah ini dapat dibendung dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu, dari segi aspek
pendidikan dan kesedaran juga amat penting dalam menangani jenayah rasuah dan perlu
didedahkan kepada masyarakat umum tanpa mengira batas umur, kedudukan dan persekitaran. Hal
ini kerana, jenayah rasuah ini boleh menular dalam setiap lapisan masyarakat.

6
4.0 Sumber Rujukan.

1. https://sarawakvoice.com/2021/12/14/agihan-dana-unifor-bukan-rasuah-uggah/

2. https://www.utusanborneo.com.my/2021/12/13/uggah-bidas-dakwaan-baru-bian-geran-
unifor-adalah-rasuah

3. https://ms-my.facebook.com/sarawakvoicemedia/posts/strategi-sarawak-selaras-dengan-
wawasan-kemakmuran-bersama/1381057912253946/

Anda mungkin juga menyukai