Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A

[40 Markah]
ARAHAN:
Jawab semua soalan . Tiap-tiap soalan diikuti dengan tiga pilihan jawapan A, B dan C.
Antaranya ada satu jawapan yang betul . Bulatkan jawapan yang betul dan tandakan hitam pada
ruangan yang disediakan.
1. Lembu-lembu itu sedang _________ rumput di padang.
a. memagut
b. menebas
c. meranggut
d. meragut

2. Erma belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya.


a. menenun
b. memilin
c. menganyam
d. menyulam

3. “Maafkan_____ kerana tidak berjaya mengalahkan lanun itu,” kata Bendahara Ali kepada

Sultan.
a. saya
b. aku
c. patik
d. hamba

4. Faizah membeli dua__________ jagung bakar untuk adiknya.


a. tongkol
b. biji
c. papan
d. buah

5. Daniel sangat suka akan sup ___________ ikan yang dimasak oleh ibunya.
a. bebola
b. bebawang
c. bebuli
d. bebendul
6. Pekerja itu ___________ dahan pokok yang menghalang pandangan lalu lintas.
a. membelah
b. mencantas
c. menebus
d. menebang

7. Suasana di Stad ium Nasional Bukit Jalil itu _____________ oleh sorakan penonton.
a. mundar-mandir
b. lintang-pukang
c. hiruk-pikuk
d. simpang-siur

8. “Nita, ______ ___datang ke majlis hari jadi adik saya minggu depan,” pelawa Idah.
a. janganlah
b. usahlah
c. jemputlah
d. silalah

9. ____Majlis penyampaian hadiah itu disusun oleh setiausaha Hari Keluarga sekolah kami.
a. Tatasusila
b. Tatatertib
c. Tatacara
d. Tatahias
Pilih perkataan berlawan yang sesuai bagi kata yang bergaris.

10. Hubungan persahabatan Ana dan Mila makin renggang sejak mereka berselisih faham.
a. rapat
b. dekat
c. ketat
d. melekat
Soalan 11 hingga 15
Baca syair di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Ketika kecil kita dijaga
Dengan penuh jiwa dan raga
Memberi manja tidak terkira
Ibarat emas yang berharga
Melatih berjalan setiap hari
Sambil berjalan sambil berlari
Supaya dapat berbuat sendiri
Dengan demikian dapat berdikari

Tidak jemu memberi didikan


Sehingga anaknya penuh bersopan
Tahu menilai ya dan bukan
Hingga ibu sanggup berkorban
Ingatlah wahai sekalian kamu
Menolong ibu janganlah jemu
Lebihkan ibu dari temanmu
Kerana itu satu tugasmu.

11. Bagaimanakah kita dijaga ?


a. Dengan penuh jiwa dan raga
b. Dengan emas yang berharga
c. Dengan tidak diberi manja
d. Dengan berjalan setiap hari

12. Siapakah `ibarat emas yang berharga’?


a. Nyawa anaknya
b. Anak
c. Adik beradik
d. Ibu kandung
13. Apakah pula tugas seorang anak ?
a. Mendidik keluarganya
b. Menolong ibunya
c. Mengajar berlari
d. Membuat kerja sendiri

14. Tajuk yang sesuai untuk syair di atas ialah ...


a. Tugas Ibu
b. Tugas
c. Waktu Kecil
d. Berdikari

15. Apakah maksud ungkapan ibarat emas yang berharga ?


a. Semata-mata diberi manja
b. Boleh berdikari
c. Sedia menolong ibu
d. Di asuh penuh kasih sayang

Soalan 16 hingga 20
Isikan tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.
16. Hidup berjiran mestilah mempunyai sifat “ _________“ antara kita semua.
a. anak-beranak
b. tolong-menolong
c. saudara-mara
d. berbual-bual

17. Sebelum sampai ke puncak Kinabalu, kawasannya ‘________’


a. bersimpang-siur
b. beranak-pinak
c. berbelok-belok
d. berbukit-bukau

18. Serahkan saja perkara ‘________’ itu kepada Mak Andam.


a. bantu-membantu
b. solek-menyolek
c. tolong-menolong
d. berbual-berbual
19. Pembeli itu sedang ‘_______’ harga dengan pekedai kain.
a. bercakap-cakap
b. bertukar-tukar
c. tawar-menawar
d. beli-membeli

20. Kami terpaksa membawa lampu suluh kerana dalam gua itu ‘______’ .
a. bukit-bukau
b. gelap-gelita
c. gelap-gelap
d. cepat-cepat
BAHAGIAN B
[10 Markah]
Lengkapkan dialog dibawah dengan maklumat yang diberikan.

[5 Markah]
Bina ayat yang sesuai berpandukan gambar dibawah.

[5 Markah]

Anda mungkin juga menyukai