Anda di halaman 1dari 5

SK PUSAT LAWAS, JALAN TRUSAN

98850 LAWAS SARAWAK

KERTAS KERJA
SUKAN ASRAMA 2022

Tarikh Pertandingan : 18-20 Julai 2022


Masa : 3.00-5.00 Petang
Tempat : Perkarangan Sekolah & Asrama
SUKAN ASRAMA SK PUSAT 2022

1. PENGENALAN

Sukan Asrama merupakan mini karnival sukan yang dianjurkan sepenuhnya oleh pihak
pentadbiran asrama. Karnival Sukan Permainan Asrama SK Pusat Lawas ini merupakan satu usaha
untuk menyokong gagasan Satu Sukan Satu Murid. Perlaksanaan program ini juga merangkumi nilai-
nilai semangat kesukanan, kepimpinan dan kerjasama antara semua warga asrama.

2. RASIONAL
2.1. Memberi ruang yang luas kepada murid untuk sering berinteraksi dan bekerjasama secara
berkumpulan.
2.2. Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat, potensi diri atau kebolehan
terpendam.
2.3. Membantu untuk memupuk perpaduan dikalangan penghuni yang berbilang bangsa
2.4. Memberi penghargaan kepada murid-murid.
2.5. Sebagai satu aktiviti masa lapang murid asrama

3. OBJEKTIF
3.1. Mengeratkan lagi silaturahim yang sudah sedia terjalin di kalangan pelajar asrama.
3.2. Penganjuran sukan ini juga adalah untuk mengisi masa lapang pelajar-pelajar asrama
terutamnya pada waktu petang.
3.3. Sebagai aktiviti riadah asrama yang dilakukan secara beramai-ramai.
3.4. Terapi untuk mengurangkan tekanan murid asrama selepas sesi P&P.
3.5. Menarik minat pelajar asrama untuk terus kekal tinggal di asrama.

4. MAKLUMAT AKTIVTI
4.1 Pasukan yang bertanding terbahagi kepada 6 pasukan seperti berikut :
1. Harimau Bintang
2. Burung Hantu
3. Helang
4. Singa
5. Serigala
3.2 Sukan Yang dipertandingkan

Bil Nama sukan/Permainan

1. Bola Jaring
2. Bola Tampar
3. Futsal
4. Sukaneka
 Karom
 Catur
 Sambut belon berisi air
 Isi air dalam botol

5. Ping pong

3.3 Jadual Permainan

HARI ACARA
ISNIN Bola Tampar, Ping Pong
SELASA Bola Jaring, Futsal
RABU Sukenaka

3.4 Tempat

Perkarangan sekolah dan asrama

5. KUMPULAN SASARAN
Semua Penghuni asrama

6. JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : HAMDAN BIN BAKAR

TIM. PENGERUSI : NARUDIN BIN AHMAD

: HAMDIAH BINTI TALIB (TIM. 1)

: ZAKIE BIN MATALI (TIM. 2)

BENDAHARI : RAZALI BIN AMAT

SETIAUSAHA : JOSEPHINE KADING

PENYALARAS PERTANDINGAN : ZULKIFLI BIN MOHAMAD


HAKIM PERTANDINGAN : ZULKIFLI BIN MOHAMAD

: MURNI SALWANI

: ROSNAH NENGSI

: JOSEPHINE KADING

: DELSIE ANAK DAWI

: TIMOTHY LANGUB BUSU

: AWGKU MOHAMAD SYUAIMY

: FRIDLY BANDAL

KELENGKAPAN : RAZALI BIN AMAT

: AWGKU MOHAMAD SYUAIMY

: FRIDLY BIN BANDAL

: ZULKIFLI BIN MOHAMAD

KEBERSIHAN VENUE : SURIA AZANIE BIN JANI

: PEMBERSIH SEKOLAH

7. PERBEANJAAN KEWANGAN
8. PENUTUP
9. Menjadi tanggungjawab semua Ahli jawatankuasa untuk membantu melicinkan kelancaran
aktiviti ini. Diharap melalui komitmen semua ahli jawatankuasa, objektif dan matlamat utama
Sukan Asrama ini tercapai.

Sekian, terima kasih

Disediakan : Disahkan oleh :

-------------------------- ---------------------------
Josephine Kading En. Hamdan Bin Bakar
Setiausaha Sukan PPKI Guru Besar
SK Pusat Lawas SK Pusat Lawas

Anda mungkin juga menyukai