Anda di halaman 1dari 2

TAKLIMAT

SESI LIBAT URUS PDPR: PENGOPERASIAN DASHBOARD PPD


PPD KOTA BHARU

Tarikh/Hari : 20 Mei 2021/Khamis


Masa : 11.00 – 1.00N Tgh hari
Tempat/Medium : Google Meet/Kediaman masing-masing
___________________________________________________________________________

BORANG LAPORAN / MINIT CURAI

NAMA PEGAWAI : MOHD JEFFRI BIN YAAKOB

JAWATAN : PPP DG44

PERKARA : SESI LIBAT URUS PDPR: PENGOPERASIAN DASHBOARD


PPDKB
TARIKH : 20 Mei 2021/Khamis

TEMPAT : Google Meet/Kediaman masing-masing

ANJURAN : PEJABAT PELAJARAN PENDIDIKAN KOTA BHARU (PPDKB )

PENGERUSI : MOHAMED BIN JUSOH


(Tim. Pegawai Pelajaran, Sektor Pembelajaran Daerah Kota Bharu)

BAHAN EDARAN : link pelaporan PdPR PPDKB


http://gg.gg/pdprkb2

Taklimat disampaikan oleh : Pn Farhanah Lee bt. Abdullah (SISC+ PPD Kota Bharu)

Perkara 1: Perbincangan Pelaporan PdPR : Pengoperasian dan Pemantauan dalam


Dashboard PPDKB

Antara intipati ucapan Tuan Timbalan Pegawai, Mohamed b. Jusoh adalah dengan
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru data atas kerjasama menyertai
taklimat hari ini dengan menggunakan medium google meet bertempat di kediaman masing-
masing. Taklimat disampaikan oleh Pn. Farhanah Lee bt. Abdullah (SISC+ PPD Kota
Bharu). Hasil daripada taklimat pada 20 Mei 2021 beberapa perkara perlu diambil perhatian
seperti berikut:

1. Berdasarkan taklimat daripada Pn. Farhanah Lee bt. Abdullah, Dashboard PPD
Pelaporan PdPR 2.0 akan menjadi pengukur utama kepada semakan pelaporan guru
yang melaksanakan PdPR setiap hari. Pelaporan tersebut menjadi tanggungjawab
individu masing-masing dan diisi mengikut kelas guru yang melaksanakan PdPR 2.0
selewat-lewatnya sehingga jam 12.00 malam. . Guru yang tiada kelas perlu mengisi
borang BDR. Bagi melicinkan pengurusan PdPR 2.0, pihak sekolah diminta
mewujudkan perkara berikut:
1.1 Penyediaan Fail PdPR sekolah ( Panduan pelaksanaan, siaran PdPR, Jadual
PdPR )
1.2 Jawatankuasa Taskforce PdPR 2.0 AJK PdPR ( Pentadbir, Guru Data , Guru
ICT, Ketua Panitia )

2. Jadual PdPR 2.0 - jadual PdPR terkini menjadi rujukan PPDKB dalam memantau
dashboard pelaporan PdPRKB .

3. Pengisian pelaporan oleh guru mata pelajaran mestilah menggunakan email DELIMa
KPM. Iaitu guru perlu memastikan email yang tersedia semasa log in adalah bukan
email peribadi.

4. Pengisian menggunakan pautan terkini http://gg.gg/PELAPORANPdPR2021KELANTAN.


Pengisian mesti dibuat pada hari semasa iaitu sehingga jam 12 malam. Guru mengisi data
pelaporan murid mengikut kelas yang diajar ( per kelas ).

5. Pemantauan PPD untuk dashboard pelaporan akan dibuat pada setiap hari berdasarkan
data hari sebelumnya. Iaitu seperti contoh data pelaporan hari Ahad akan disemak
pada hari Isnin keesokannya. Data semakan pelaporan guru PdPR yang meragukan
berdasarkan jadual PdPR yang diterima akan menjadikan fokus utama pihak PPD
menghubungi pihak sekolah terbabit.

6. Pihak pentadbir boleh menyemak dan memantau guru-guru dibawah seliaan sekolah
masing-masing dengan menggunakan link dan pautan http://gg.gg/pdprkb2. Pihak
sekolah dinasihatkan untuk mencetak segala bukti data semakan pelaporan guru dan
murid serta difailkan.

7. Di akhir taklimat pengerusi majlis Timbalan Pegawai Pendidikan Kota Bharu,


Mohamed bin Jusoh memohon agar semua warga guru menjalankan tugas dengan
amanah dan ikhlas. Beliau amat menghargai susah payah guru dan kekangan yang
dihadapi oleh semua guru dalam melaksanakan PdPR.

Disediakan oleh,

…………………………………..
MOHD JEFFRI BIN YAAKOB
Guru Data dan Maklumat ( GDM )
SK. Desa Pahlawan

Bertarikh: 26 Mei 2021

Anda mungkin juga menyukai