Anda di halaman 1dari 1

Daripada Tuan KPPD, 01-04-2020, 08:52

Catatan Mesyuarat Semasa PKP Bersama Pengurusan Tertinggi JPNS & KPPD NS Bil 1/2020
Tarikh: 31/3/2020
Masa : 10.00pg - 1.15 tgh

PdP Semasa PKP


1. PDP semasa PKP perlu mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan PdP Semasa PKP Disebabkan
Penularan Jangkitan Covid-19 (Surat Siaran KPM Bil. 3/2020).
2. Jadual PdP tidak terlalu padat.
3. Setiap pelajar mendapat sentuhan drp guru2 dlm apa jua medium komunikasi yang sesuai dan
tersedia.
4. Pihak sekolah juga mesti memberi pertimbangan kpd ibu bapa yg bertugas di barisan hadapan
semasa COVID-19 krn tidak dpt memberi bimbingan kpd anak2 mereka.
5. Disarankan PGB memberi sentuhan santai kpd ibu bapa yg anaknya tidak dpt mengikuti PdP yg
dirancang melalui WhatsApp/telegram dll supaya terus membimbing anak mereka sepanjang
tempoh PKP.
6. Menggerakkan guru Bimbingan & Kaunseling untuk memberikan motivasi secara santai / modul
aktiviti yang menarik kepada pelajar.
7. Jurang PdP maya antara daerah/sekolah/murid mesti mengambil kira dan akur dgn saranan YB
Menteri Pendidikan iaitu dilakukan dalam proses PdP tahap paling canggih hingga tahap hanya
menggunakan sms/panggilan telefon.
8. PdP tidak dibuat secara formal dan rigid.
9. Guru hanya membuat catatan ringkas sebagai evidens dan rujukan slps PKP.
10. PGB mesti peka dgn guru yg kurang kemahiran PdP secara online dan minta guru yg
berkemahiran untuk membantu dan memberikan bimbingan.
11. Arahan tugasan oleh guru mesti jelas.
12. Prinsip jadual waktu yg dibuat mesti adil kpd semua pelajar, tugasan yg diberi seminimum
mungkin, mampu diselesaikan dan fleksibel.
13. Kandungan bahan pengajaran mestilah berfokuskan pengukuhan apa yg telah diajar sebelum ini.

Sektor Perancangan & Pengurusan PPD


1. Mengingatkan semua warga kerja pendidikan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur
negatif dan memanjangkan maklumat palsu dlm media sosial. Usaha kita ke arah mengurangkan
aduan dan tindakan tatatertib.
2. JPNS akan membuat penyelarasan penurunan KPI ke PPD dan penjelasannya melalui kamus KPI
yang disediakan.

Sektor Pembangunan Murid


1. JPNS akan menurunkan peruntukan kpd PPD (bagi sekolah bukan PTJ) dan sekolah PTJ untuk
aktiviti/perolehan berkaitan kawalan penularan Covid-19 spt alat ukur suhu badan, hand sanitizer,
topeng muka, sabun cuci tangan dan semburan nyahcemar.

Sektor Infrastruktur dan Pembangunan


1. Pekerja KBK dan BMB yg tidak hadir bertugas sepanjang tempoh PKP akan dibayar gaji spt biasa.
2. Pekerja KBK tidak dibenarkan hadir bertugas kecuali dua hari sebelum sekolah/pejabat dibuka.
3. Kerja2 penyelenggaraan struktur 1BRIS mesti ada wakil drp pihak sekolah iaitu merujuk surat
kebenaran drp KSU bertarikh 27/3/2020.
4. Kerja2 penyelenggaraan dan pembangunan yang lain mesti diberhentikan kecuali kerja2 kritikal
(Rujuk FAQ’S Berkaitan PKP, KPM Bilangan 2)

Sektor Sumber Manusia


1. Pembantu Sambilan Harian dan guru ganti layak menerima bayaran gaji dlm tempoh PKP.
2. Surat arahan bertugas bagi PSH mesti dikeluarkan oleh KJ dan guru ganti menjalankan tugas
seperti guru tetap merujuk kepada garis panduan PdP semasa PKP.
3. Surat siaran punca kuasa akan dipanjangkan oleh Sektor Sumber Manusia kpd KPPD.

Dicatat oleh Timb. Perancangan PPD Seremban.


Disemak oleh Pengarah Pendidikan NS.

Anda mungkin juga menyukai