Anda di halaman 1dari 1

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Sivik dalam Pendidikan Moral

(Ogos)
Kelas Tahun 4, 5, 6
Masa 8:45 a.m. – 9:45 a.m.
Minggu 30
Tarikh 19 Ogos 2019 (Isnin)
Tajuk Patuhi Peraturan dan Undang-Undang dalam Negara
Konteks Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global
Nilai Teras Bertanggungjawab
SK Bertanggungjawab kepada Negara
i. Menghuraikan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang dalam negara.
ii. Kesedaran pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang yang ada dalam negara.
SP iii. Mematuhi peraturan dan undang-undang dalam negara.

Objektif ( Pengetahuan )
Pembelajaran Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 kepentingan mematuhi peraturan dan undang-
undang dalam negara.

(Sosial emosi)
Mengekspresikan perasaan pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang dalam
negara.

(Tindakan)
Murid mengamalkan sikap mematuhi peraturan dan undang-undang dalam negara.

Aktiviti:
Set Induksi(5 minit)
Murid menonton video pendek berkaitan menyalahi sisi peraturan dan undang-undang negara.

Langkah 1 (10 minit)


Murid berbincang dalam kumpulan mengenai kepentingan mematuhi peraturan dan undang-
undang
K1 Cara mematuhi peraturan dan undang-undang dalam sekolah.
K2 Cara mematuhi peraturan dan undang-undang dalam masyarakat.
K3 Cara mematuhi peraturan dan undang-undang dalam negara.

Langkah 2 (15 minit)


Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mengenai cara mematuhi peraturan
dan undang-undang dalam sekolah, masyarakat dan negara.

Langkah 3 (8 minit)
Murid-murid diminta menyatakan perasaan pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang dalam
sekolah, masyarakat dan negara.

Langkah 4 (20 minit)


Murid-murid menghasilkan poster “Patuh Kepada Undang-undang Negara”.

Rumusan (3 minit)
Murid merumuskan kembali isi pelajaran yang telah dipelajari.

Refleksi:

Anda mungkin juga menyukai