Anda di halaman 1dari 62

ANTENA DAN LITAR RF BERASASKAN BAHAN

DIELEKTRIK DENGAN MENGGUNAKAN


TEKNOLOGI FABRIKASI PENCETAKAN 3D
SABRI AZMAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


ANTENA DAN LITAR RF BERASASKAN BAHAN DIELEKTRIK DENGAN
MENGGUNAKAN TEKNOLOGI FABRIKASI PENCETAKAN 3D

SABRI AZMAN

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH


IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2021
ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

15 March 2023 SABRI AZMAN


A166712
iii

PENGHARGAAN

Pertama sekali, syukur kepada Allah S.W.T, Yang Maha Besar lagi Maha Penyayang,
atas segala nikmat dan petunjukNya dalam memberi saya inspirasi, kesihatan yang
baik, dan kesabaran, serta menanamkan kekuatan dalam penyedian dan penyiapan
tesis ini bagi projek akhir tahun saya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia saya, iaitu Profesor
Madya. Dr. Mohd Fais bin Mansor atas petunjuk dan nasihat, serta pemantauan dalam
melakukan projek ini. Penyeliaan dan galakan beliau banyak membantu saya dalam
tempoh penyelidikan dan penulisan tesis ini, justeru, menyumbangkan kepada
perkembangan ilmu dan kelancaran projek saya.

Ucapan terima kasih tidak terhingga dan kesyukuran kepada kedua ibu bapa
saya, Azman dan Musbahiyah kerana mereka selalu menyokong saya dan memberi
suasana pembelajaran yang terbaik. Kasih sayang mereka yang tidak kesudahan,
memberikan saya kekuatan dalam mengharungi cabaran. Tidak lupa juga kepada adik-
beradik saya, Sarah, Saniy, Nazmi, Nazia, Nizar, Syaza dan Nasya, serta ipar- ipar
saya, Khumira, Nik Shahida dan Izzati, dan anak- anak buah saya, Sofya, Zahin,
Salma dan Haidar dalam memberi ketenangan kepada saya dalam tempoh
penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada Dr. Norhayati dalam memastikan kesihatan
mental dan fizikal saya dalam keadaan yang baik sentiasa.

Terima kasih khas ditujukan kepada rakan- rakan saya terutamanya, yang
banyak memberikan panduan, petunjuk dan pertolongan secara langsung mahupun
tidak, dalam pelbagai aspek. Tidak lupa juga kepada tenaga pengajar di Universiti
Kebangsaan Malaysia atas segala ilmu dan pengajaran yang dilimpahkan selama
tempoh pengajian saya.

Segala sokongan, sumbangan dan didikan, akan saya hargai buat selamanya.
iv

ABSTRAK

Teknologi tanpa wayar pada umumnya menjadi lebih kecil dan lebih mudah alih. Oleh
itu, perubahan reka bentuk pada antena diperlukan untuk mengadaptasi terhadap
perubahan tersebut. Antena kecil dan berprofil rendah, sangat disarankan dalam
pelbagai bidang, termasuk aplikasi ketenteraan, perubatan, dan komersial. Antena
memainkan peranan penting dalam sistem komunikasi, terutamanya dalam
komunikasi tanpa wayar. Dengan perkembangan teknologi, pelbagai kaedah
pembuatan antena diusulkan. Dalam kajian ini, pembangunan antena dilakukan
melalui Pencetakan 3D, khususnya dengan menggunakan kaedah Fused Deposition
Modelling (FDM). Pembuatan antena menggunakan bahan dielektrik dibangunkan
dengan teknologi pencetakan 3D. Kecil, ringan, murah, mesra alam, dan penjimatan
masa pembuatan, hanyalah antara beberapa kelebihan teknik ini. Aplikasi antena
tersebut memfokuskan komunikasi satelit, pada lebar jalur Ku, dengan julat frekuensi
antara 12 GHz hingga ke 18 GHz. Frekuensi salunan yang ditentukan dalam kajian ini
adalah pada frekuensi 13 GHz. Jalur Ku kebanyakan digunakan untuk komunikasi
satelit, terutama downlink, yang digunakan oleh satelit transmisi langsung untuk
televisyen satelit. Penggunaan jalur Ku menjanjikan dan memberi peluang untuk
aplikasi yang menyumbang pada kepantasan transmisi data yang tinggi, audio, video,
sambungan data komputer ke komputer, dan aplikasi yang lain. Kajian ini
memfokuskan pada pembangunan antena yang menggunakan pencetakan 3D dan
bahan dielektrik, khususnya cyclic olefin copolymer (COC). Pemalar dielektrik bahan
ini mempunyai nilai sebanyak 2.35 dengan tangen kehilangan 0.00001. Pandu
gelombang digunakan untuk pemberian isyarat untuk antena rod tersebut. Beberapa
simulasi telah dilakukan, menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.
Pembangunan antena dengan kaedah ini mempertimbangkan prestasi antena dari segi
gandaan maksima, pekali pantulan dan kecekapan. Hasil simulasi menunjukkan pekali
pantulan sebanyak -21.37 dB. Gandaan maksima yang dicapai adalah 13.04 dB, dan
kecekapan 98.83%. Pelbagai bahan juga digunakan, seperti bahan asas bagi
pencetakan 3D untuk membandingkan ciri elektromagnetik dalam setiap bahan
tersebut. Fabrikasi antena rod dielektrik menggunakan bahan COC dapat dilakukan
dengan melengkapkan parameter ciri fizikal bahan seperti takat lebur dan pemanasan
terhadap pengaturan mesin Pencetak 3D.
v

ANTENNA AND RF CIRCUIT BASED ON DIELECTRIC MATERIAL USING 3D


PRINTING FABRICATION TECHNOLOGY

ABSTRACT

Wireless technologies are generally becoming smaller and more portable. As a result,
design changes to the antenna are required as a complement to the design in order to
react to the changes. Small, low-profile antennas, on the other hand, are highly
recommended in a variety of disciplines, including military, medical, and commercial
applications. Antenna plays an important role in communication system, especially in
wireless communication. With the development of technology, various ways of
manufacturing antenna are proposed. In this study, the antenna development was done
by through 3D Printing specifically by using Fused Deposition Modelling (FDM)
method. Antenna fabrication employing dielectric materials has been aided by 3D
printing technology. Small, lightweight, cheap cost, environmental friendliness, and
manufacturing time savings are only a few of the advantages of this technique. The
application of said antenna focuses satellite communication, on Ku- band bandwidth
with a frequency ranging from 12 GHZ to 18 GHz. The resonant frequency
determined in this research sits at 13 GHz. The Ku band is mostly utilised for satellite
communications, particularly downlink, which is used by direct-transmission satellites
for satellite television. The usage of Ku band promises and provides chances for
applications that contribute to high data transmission speeds, audio, video, computer-
to-computer data connection, and other applications. This study focuses on the
production of antennas utilising 3D printing and dielectric materials, specifically
cyclic olefin copolymer (COC). The dielectric constant of the dielectric material
examined is 2.35 with a loss tangent of 0.00001. A waveguide is used to excite the
signal for the antenna. Multiple simulation has been done and produced promising
results. Antenna development by this method also considers the performance of the
antenna in terms of maximum gain, reflection coefficient and efficiency. Simulation
result shows a reflection coefficient of -21.37 dB. The highest gain achieved is 13.04
dB, and efficiency of 98.83%. Various materials were also used to compare the
electromagnetic characteristic in each material. Fabrication of dielectric rod antenna
was able to be made by complementing the parameters between the physical
characteristic of the materials and 3D printer settings.
vi

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL viii
SENARAI ILUSTRASI ix
SENARAI SINGKATAN x

BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Permasalahan kajian
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Objektif Umum
1.3.2 Objektif Khusus
1.4 Skop Kajian

BAB II KAJIAN LITERASI


2.1 Pengenalan
2.2 Antena Rod Dielektrik
2.2.1 Ciri-ciri Rod Dielektrik
2.2.2 Rod Antena Dielektrik pada Frekuensi yang
berbeza
2.3 Pembuatan Tambahan (Additive Manufacturing)
2.3.1 Permodelan Pemendapan Bersatu (Fused
Deposition Modelling)
2.4 Bahan Dielektrik COC

BAB III KAEDAH KAJIAN


3.1 Pengenalan
3.2 Pelaksanaan Projek
3.3 Rekabentuk Antena Rod Dielektrik
vii

3.4 Sifat Bahan Dielektrik COC


3.5 Parameter Pencetak 3D
3.6 Fabrikasi
3.6.1 Saiz Filamen dan Saiz Muncung
3.6.2 Takat lebur COC dan Suhu Muncung
3.6.3 Suhu Plat Binaan

BAB IV DAPATAN KAJIAN


4.1 Pengenalan
4.2 Reka Bentuk
4.2.1 Reka Bentuk 1
4.2.2 Reka Bentuk 2
4.2.3 Reka Bentuk 3
4.2.4 Perbandingan Reka Bentuk 1,2 dan 3
4.3 Analisis Reka bentuk 3
4.3.1 Panjang Tirus pada 0 mm
4.3.2 Panjang Tirus pada 5 mm
4.3.3 Panjang Tirus pada 15 mm (Reka Bentuk
Optimum)
4.3.4 Panjang Tirus pada 20 mm
4.3.5 Perbezaan Panjang Tirus
4.4 Penggunaan Bahan Alternatif
4.5 Fabrikasi Antenna
4.5.1 Produk Fabrikasi Antena Rod

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan
5.2 Cabaran
5.3 Cadangan dan Karya Masa Depan
5.4 Kesimpulan

RUJUKAN 44
viii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 2.1 Antena rod dielektrik pada frekeunsi yang berbeza

Jadual 3.1 Ciri reka bentuk antena rod dielektrik yang ditentukan

Jadual 3.2 Sifat bahan dielektrik COC

Jadual 3.3 Spesifikasi pencetak 3D Ultimaker S3

Jadual 4.1 Perbezaan reka 1, 2 dan 3

Jadual 4.2 Perbezaan nilai parameter terhadap panjang tirus

Jadual 4.3 Nilai kebolehtetapan relatif dan kehilangan tangen

Jadual 4.4 Perbandingan simulasi terhadapa bahan COC, ABS,PLA &


PeTG
ix

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

Rajah 2.1 Aliran data dalam Prototaip Pantas

Rajah 2.2 Proses pengaliran data dalam pembuatan fail .STL

Rajah 2.3 Proses penukaran geometri 3D CAD kepada model


permukaan .STL

Rajah 2.4 Keralatan geometri yang terhasil daripada penghampiran


lengkungan dengan garis segmen.

Rajah 2.5 Gambaran cara Fused Deposition Modelling diperbuat

Rajah 2.6 Struktur kimia COC jenis TOPAS

Rajah 3.1 Carta alir umum bagi pelaksanaan projek

Rajah 3.2 Reka bentuk antena tirus bergandaan maksimum

Rajah 3.3 Reka bentuk antena rod bersama pandu gelombang

Rajah 3.4 Reka bentuk antena rod segi empat bertirus

Rajah 3.5 Pandu gelombang jenis WR62

Rajah 3.6 Keratan rentas antena rod bersama pandu gelombang

Rajah 3.7 Dimensi antena rod

Rajah 3.8 Dimensi pandu gelombang WR62/WG18

Rajah 4.1 Reka bentuk 1

Rajah 4.2 Dimensi reka bentuk 1

Rajah 4.3 Reka bentuk 1 bersama pandu gelombang

Rajah 4.4 Pekali pantulan reka bentuk 1

Rajah 4.5 Radiasi jarak jauh antena reka bentuk 1

Rajah 4.6 Reka bentuk 2

Rajah 4.7 Dimensi reka bentuk 2

Rajah 4.8 Pekali pantulan reka bentuk 2

Rajah 4.9 Radiasi jarak jauh reka bentuk 2


x

Rajah 4.10 Reka bentuk 3

Rajah 4.11 Dimensi reka bentuk 3

Rajah 4.12 Pekali pantulan reka bentuk 3

Rajah 4.13 Radiasi jarak jauh reka bentuk 3

Rajah 4.14 Bentuk tirus pada sistem suapan antena rod dielektrik

Rajah 4.15 Panjang tirus = 0 mm

Rajah 4.16 Panjang tirus = 5 mm

Rajah 4.17 Panjang tirus = 15 mm

Rajah 4.18 Panjang tirus = 20 mm

Rajah 4.19 Pekali pantulan rod antena pada panjang tirus berbeza

Rajah 4.20 Pekali pantulan oleh antena menggunakan bahan berbeza

Rajah 4.21 Proses fabrikasi antena menggunakan bahan COC

Rajah 4.22 Fabrikasi antena bahan COC

Rajah 4.23 Fabrikasi antena bahan COC

Rajah 4.24 Produk antena bahan COC

Rajah 4.25 Produk antena bahan COC

Rajah 4.26 Produk antena bahan ABS

Rajah 4.27 Produk antena bahan PLA

Rajah 4.28 Produk antena bahan PeTG


xi

SENARAI SINGKATAN

ABS Acrylonitrile Butadiene Styrene

AM Additive Manufacturing

CAD Computer Aided Design

COC Cyclic Olefin Copolymer

CST Computer Simulation Technology

FDM Fused Deposition Modelling

FFF Fused Filament Fabrication

NATO North Atlantic Treaty Organization

PeTG Polyethylene Terephthalate Glycol

PLA Polylactic Acid

SatComm Satellite Communication

SCADA Supervisory Control And Data Acquisition

SLA Stereolitography Apparatus

STL Stereolithography

3D 3-Dimensi
BAB I

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Komunikasi Satelit (SatCom) sentiasa menyesuaikan keperluan telekomunikasi asas


walaupun teknologi kini telah memasuki era internet jalur lebar dan teknologi optikal
fiber yang menuju ke arah pencapaian kelajuan dan kadar data yang tinggi.
Komunikasi satelit dibina bertujuan untuk meyampaikan isyarat di sekitar lengkung
bumi kerana gelombang radio dari muka bumi yang dipancarka ke satelit hanya
mampu menyebar dalam satu arah tanpa sebarang bantuan ataupun halangan seperti
pantulan dan pembiasan. Satelit dikhaskan untuk menghubungkan komunikasi antara
pengguna di tempat yang berbeza kedudukan geografi seperti alat peranti komunikasi
di darat, udara dan juga kenderaan laut seperti kapal laut dan kapal selam.

Komunikasi satelit menggunakan beberapa jalur frekuensi tertentu bagi


menyampaikan isyarat seperti jalur-L yang beroperasi di frekuensi 1 ke 2 GHz, jalur-
K di frekuensi 18 ke 27 GHz dan jalur-Ku di frekuensi 12 ke 18 GHz (Nichols, 2017)
yang juga merupakan fokus jalur kajian bagi tesis ini. Jalur-Ku atau dikenali sebagai
“Kurtz unten” dipetik dari bahasa German untuk jalur yang berada di bawah jalur
‘pendek’ atau jalur-K. Hal ini demikian kerana Ku adalah bawah bahagian jalur K
NATO asli yang terbahagi kepada tiga jalur iaitu Ku, K dan Ka (Nichols, 2017).
Penggunaan jalur Ku menjanjikan dan memberi peluang kepada aplikasi yang
menyumbang kepada berkelajuan tinggi dalam penghantaran data, suara, video,
komunikasi data dari komputer ke komputer, stesen kerja SCADA dan kerangka
utama (McAllister, 2013). Bagi mengesan gelombang radio pada frekuensi yang
berbeza, pembinaan dan reka bentuk antena amat penting bagi memanfaatkan lebar
jalur yang dikehendaki.

Antena merupakan alat peranti yang mengesan gelombang radio yang terdapat
di ruang persekitaran udara mahupun vakum. Ia juga dapat menjana gelombang
tersebut melalui alat yang dikenali sebagai pemancar. Penentuan frekuensi harus
2

dihasilkan sendiri oleh pemancar tersebut untuk diterap dan diradiasikan oleh antena
tersebut. Bagi jenis antena penerima, gelombang radio di ruangan udara ataupun
vakum diambil oleh antena penerima dalam bentuk gelombang elektromagnetik dan
menukarkan gelombang tersebut kepada tenaga voltan untuk diaplikasikan. Dalam
pembinaan antena, gandaan, jalur lebar merupakan elemen yang penting bagi
menjayakan reka bentuk antena tersebut. Setiap reka bentuk antena mempunyai reka
bentuk antena yang berbeza bagi setiap perbezaan jalur lebar yang diingini. Lazimnya,
reka bentuk antena mengambil kira frekuensi. Pembinaan antena pada umumnya
menggunakan bahan konduktor seperti logam dan tembaga terutamanya, yang dapat
mengesan gelombang elektromagnetik dan mengalirkan voltan.

Lazimnya, pembuatan antena diperbuat daripada bahan yang dapat menradiasi


gelombang seperti tembaga yang menjadi pilihan utama setiap pengguna. Namun,
terdapat kemunduran dengan pentaksiran konvensional ini kerana ia mengundang
kepada beberapa permasalahan ataupun keburukan seperti kerentanan terhadap
kakisan, iaitu pengoksidaan (Walter Johnson, 2018). Bagi mengadapatasi kepada
perubahan teknologi, terdapat banyak taksiran yang dikaji untuk mengoptimumkan
penggunaan antena seperti menggunakan bahan dielektrik. Sebaliknya, antena
resonator dielektrik menjadi calon untuk menggantikan elemen pemancar pada
frekuensi tinggi terutamanya pada gelombang milimeter. Ini disebabkan kerana
taksiran terhadap dielektrik ini tidak mengalami kerugian konduksi dan dicirikan oleh
kecekapan radiasi yang tinggi apabila diberi isyarat (Keyrouz & Caratelli, 2016).

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pengunaan percetakan 3D, ataupun


dikenali sebagai addictive manufacturing sering dicari atau makin digemari oleh
industri dan komersial (Mirzaee, 2015). Langkah ke hadapan telah diambil bagi
mengaplikasikan teknologi percetakan 3D untuk pembinaan antena dengan
menggunakan bahan dielektrik. Pendekatan ini memberikan faedah seperti kecil,
ringan, kos yang rendah, keramahan persekitaran dan juga penjimatan masa dalam
pembuatan. Namun, terdapat juga kesulitan dengan pendekatan ini kerana
pengurangan saiz antena mempengaruhi suku jarak gelombang yang akan
mengakibatkan perbezaan gandaan antena tersebut (Mirzaee, 2015).
3

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Antena memainkan peranan yang penting dalam setiap sistem komunikasi. Pada era
globalisasi ini, kebanyakkan alat peranti komunikasi semakin moden dalam perubahan
reka bentuk. Sistem tanpa wayar terutamanya berkembang menjadi kecil dan padat.
Oleh yang demikian, bagi pelengkap untuk reka bentuk tersebut, perubahan reka
bentuk pada antena juga perlu dilakukan bagi penyesuaian dengan perubahan tersebut.
Sebaliknya, antena yang kecil dan berprofil rendah amat digalakkan dalam pelbagai
bidang seperti ketenteraan, perubatan dan penggunaan komersial. Sebagai contoh,
dalam teknologi mudah alih mobile technology, antena yang kecil membolehkan alat
peranti tersebut mudah digunakan.

Pembuatan antena secara konvensional seperti litiografi, wet-etching, dry-


etching memberi kesukaran dalam penghasilan pembangunan prototaip. Pembinaan
melalui cara-cara ini bertambah rumit apabila kelompok yang dihasikan adalah pada
kuantiti yang kecil. Hal ini demikian kerana kos pembuatan acuan reka bentuk antena
itu memakan kos yang tinggi. Oleh itu, pengunaan percetakan 3D mengrevolusi
proses pembuatan barangan secara ringkas di peringkat industri mahupun komerisal.

Reka bentuk antena yang besar mempunyai kerantanan tinggi kepada


kerosakan yang akan mengakibatkan servis dan kos penyelenggaraan yang tinggi.
Dari segi penggunaan bahan, tembaga merupakan bahan yang ideal kerana ciri- ciri
fizikal yang mengatasi kebanyakkan bahan konduktor di pasaran seperti aluminium,
logam dan besi. Namun, kini tembaga menjadi logam separa berharga dan harganya
semakin meningkat. Dengan pasaran komunikasi satelit terutamanya, tembaga
berkemungkinan akan dinaikkan kos dalam pembuatan antena. Walau bagaimanapun,
bagi mengatasi masalah ini, bahan dielektrik antara yang menjadi pilihan gantian
kerana ciri kebaikannya seperti ringan, murah, fleksibel dan mudah untuk direka
bentuk. Dielektrik juga tidak mengalami kehilangan konduktor berbanding bahan
logam yang lain. Selain itu, gandaan, jalur lebar dan ciri polarisasi bahan dielektrik
dapat dikawal dengan mudah menggunakan teknik reka bentuk yang berbeza
(Keyrouz & Caratelli, 2016).
4

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif bagi penyelidikan ini adalah:

1.3.1 Objektif Umum

1. Untuk membangunkan antena rod dielektrik menggunakan teknologi


pencetakan 3D pada jalur Ku.

1.3.2 Objektif Khusus

1. Mereka bentuk dan mengoptimumkan reka bentuk antena rod dielektrik pada
jalur Ku menggunakan simulator elektromagnetik.

2. Untuk mengkaji dan menganalisasi keserasian bahan dielektrik dan proses


FDM bagi fabrikasi antena rod dielektrik pencetakan 3D.

3. Untuk memfabrikasi antena rod dielektrik menggunakan FDM dan menilai


prestasi antena secara pengukuran.

1.4 SKOP KAJIAN

Skop kajian bagi penyelidikan ini memfokuskan tentang pembinaan antena melalui
fabrikasi pencetakan 3D dengan menggunakan bahan dielektrik iaitu cyclic olefin
copolymer (COC). Bahan dielektrik yang dikaji mempunyai pemalar dielektrik
sebanyak 2.35. Pengujaan isyarat kepada antena tersebut adalah dengan melalui
pandu gelombang. Pembinaan reka bentuk antena, pengujaan isyarat, hasil simulasi
dibangunkan dengan menggunakan perisian CST Microwave Studio. Pembangunan
antena rod dielektrik akan dilakukan dengan menggunakan pencetak 3D, dan
pengukuran serta analisa akan dilakukan dengan membandingi hasil simulasi dan hasil
akhir antena tersebut.
BAB I

KAJIAN LITERASI

2.1 PENGENALAN

Dalam bidang telekomunikasi, terdapat banyak teori telah dikemukan dalam


pembuatan reka bentuk antena untuk digunakan dalam keadaan optimum seperti saiz,
gandaan dan ciri- ciri fizikal. Walaupun terdapat banyak kajian merangkumi teori-
teori yang dinyatakan, kajian kepustakaan ini hanya memfokuskan kepada tiga elemen
yang akan diberikan tekanan, iaitu:

2.2 ANTENA ROD DIELEKTRIK

Antena rod dielektrik terdiri daripada silinder dielektrik yang diteruja oleh pandu
gelombang yang berongga. Ia telah diperhatikan bahawa dengan membentuk ujung
batang dielektrik yang memancar, ciri-ciri radiasi bertambah baik dalam pemberian
arah dan lebar pancaran yang lebih baik. Kelebihan lain adalah kehilangan balikan
yang rendah, kemudahan fabrikasi dan sistem suapan yang efisyen oleh antena
tersebut. Menurut (Sporer et al., 2017), kajian mengenai pandu gelombang dan antena
berjenis rod telah diperkenalkan pada tahun 1910 oleh Hondros dan Debye. Kajian
mereka mengatakan bahawa secara teorinya, gelombang elektromagnetik dipandu
oleh wayar dielektrik. Ianya telah ditentukan bahawa di luar wayar, medan
elektromagnetik itu menurun secara eksponensial dengan jarak yang semakin
meningkat. Selain itu, menurutnya juga, semakin nipis wayar tersbut, semakin cepat
ia merosot dalam memancarkan gelombang telektromagnetik tersebut. Halaju fasa
gelombang dipandu c bergantung kepada kebolehtetapan relatif dan diameter wayar
tersebut. Bagi wayar berbentuk nipis, c hampir sama dengan halaju ruang bebas, c 0
kerana medan mengembang jauh ke ruangan udara. Untuk wayar yang tebal, tenaga
elektromagnetik tersebut banyak tetumpu di dalam wayar tersebut. Oleh yang
demikian, c kebanyakkannya ditentukan oleh Ɛr dan mendekati ciri halaju bahan
tersebut, menggunakan formula c0 / √ Ɛr. Untuk sebab ini, diameter batang dielektrik
kebiasaanya mempunyai saiz yang besar pada titik suapan (feeder point). Hal ini
6

kerana, kecekapan pengujaan yang lebih tinggi dan penurunan terhadap pengakhiran
batang tersebut untuk menukar medan terikat kepada gelombang satah tanpa arah.
Taksiran ini kemudian dilakukan eksperimen dan disahkan dalam artikel yang
dikemukan oleh (G.C, 2000), yang turut dibukukan pandangannya melalui (Lier et al.,
2019). Pandangan dan pemahaman ini menjadi asas kepada hampir semua reka bentuk
antena yang bercirikan batang dielektrik pada waktu ia diterokai sehinggalah pada
zaman moden kini.

2.2.1 Ciri-ciri Rod Dielektrik

Antena rod dielektrik merupakan antena dari keluarga antena gelombang permukaan
(surface wave). Mekanisme gelombang dari rod antena dapat dijelaskan dengan
konsep gelombang ketakselanjaran (discontinuity), di mana antena dianggap sebagai
susunan yang terdiri daripada dua sumber berkesan, iaitu hujung penyuap dan hujung
bebas rod tersebut. Sebahagian daya yang teruja di bahagian hujung suapan diubah
menjadi daya gelombang terpandu, seterusnya diubah menjadi daya radiasi pada
hujung bebas rod antena dielektrik. Kuasa selebihnya diubah menjadi daya gelombang
tanpa arah yang memancar berdekatan dengan hujung penyuap. Oleh itu, pengarahan
rod antena dielektrik itu dicirikan oleh arahan yang dihasilkan oleh dua sumber yang
berkesan seperti yang diterbitkan dalam artikel oleh (Kumar et al., 2011).

2.2.2 Rod Antena Dielektrik pada Frekuensi yang berbeza

Menurut (Ghattas et al., 2018) dalam terbitan artikelnya, beliau telah mereka bentuk
rod antena dielektrik yang berfungsi pada gelombang-milimeter bertetapan pada 60
GHz, galangan lebar jalur pada 4.4 GHz dan gandaan sebanyak 17.5 dBi . Dapatannya
adalah mereka berjaya mencapai parameter- parameter tersebut dan juga membuat
penambah baikan dengan terhadap antena dengan membuat tatasusunan menggunakan
empat rod antena tersebut. Dalam penerangan (Sporer et al., 2017) pula, beliau
membangunkan antena rod dielektrik yang frekuensinya bertetapan pada 24 GHz,
mempunyai gandaan sebanyak 11.5 dB dan galangan jalur lebar pada 1.7 GHz.
Penyelidikan mereka memberi keputusan yang memberangsangkan kerana kriteria
yang diingini juga turut tercapai. Jadul 2.1 menunjukkan pencapaian penyelidik dalam
7

membangunkan antena rod dielektrik pada frekuensi yang berbeza bagi aplikasi yang
berbeza untuk diterapkan.

Jadual 2.1 Antena rod dielektrik pada frekeunsi yang berbeza

Pengarang Jalur lebar, GHz Frekeunsi, GHz Gandaan, dBi


(Ghattas et al., 2018) 58-62.4 60 17.5
(Sporer et al., 2017) 22-28.7 24 11.5
(Kumar et al., 2011) 29-32.6 29 17.23
(Kumar et al., 2011) 32.6 14.36

2.3 PEMBUATAN TAMBAHAN (ADDITIVE MANUFACTURING)

Pembuatan Tambahan atau dikenali sebagai additive manufacturing merupakan terma


lain untuk percetakan 3D yang digunakan dalam indsutri. Percetakan 3D atau
prototaip ringkas adalah proses di mana komponen di buat secara langsung dari model
komputer dengan menyembuhkan atau menyatukan bahan secara selektif dalam
lapisan berturut-turut hingga menjadi sebuah bentuk yang diigini. Pendekatan ini
merupakan suatu transformasi kepada industri terutamanya, yang membenarkan
ciptaan menjadi lebih ringkas, ringan, padat dan kuat. Protaip ringkas ini ditubuhkan
bertujuan untuk mempercepat pemakanan masa dalam pembuatan sesebuah objek.
Oleh itu, masa untuk memasarkan produk dapat disingkatkan dan diiringi dengan
peningkatan kualiti produk. Penjimatan kos juga dapat dicapai dengan kaedah ini.
Secara tradisinya, salah satu kesukaran membawa idea unutk pasaran adalah,
pengeluaran prototaip reka bentuk baru sering memerlukan perkakas yang sama
ataupun mahal dengan yang digunakan di pengeluaran besar- besaran. Prototaip
“tradisional” ini kemudian dinilai dan diuji dengan parameter yang tertentu. Segala
msalah yang tidak ditemui, sama ada dalam fungsi atau dari kajian pemasaran, ianya
harus diperbetulkan. Proses ini akan berulang sehingga produk akhir ditentukan dan
akan memakan masa yang lama (Horn & Harrysson, 2012). Reka bentuk bagi
sesebuah objek itu boleh dilakukan dengan mengunakan persisan yang dapat membuat
lakaran reka bentuk kompter. Menurut (Mirzaee, 2015), dengan mencetak prototaip
fizikal secara langsung dari data 3D Computer Aided Design (CAD), protaip pantas
menawarkan peluang kepada pereka untuk melakukan lelaran reka bentuk yang
banyak dengan cepat.
8

Rajah 2.1 Aliran data dalam Prototaip Pantas

Kaedah additive manufacturing mempunyai beberapa jenis taksiran dan


pendekatan teknologi yang dikatakan oleh (Horn & Harrysson, 2012) seperti radas
stereolitiografi atau dikenali sebagai stereolithiography apparatus (SLA), merupakan
antara perintis dalam pembuatan tambahan. Teknologi SLA berdasarkan pada konsep
fotopempolimeran di mana monomer dihubungkan ke rantai polimer menggunakan
photon (Bastiancich et al., 2016). Pembuatan cara ini kemudian dimajukan dengan
tekonologi sterelitografi yang masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Format
stereolitografi menggambarkan permukaan luar persembahan CAD 3D dengan
susunan ciri segi tiga yang bersambung di bucu. Anggaran dan bilangan segitiga boleh
berubah bergantung kepada ketepatan kaedah dan ketahanan yang diperlukan (Horn &
Harrysson, 2012).

Model bahagian STL berorientasi pada ruang kartesian dan aplikasi perisian
digunakan untuk memotong model selari dengan satah X-Y dalam kenaikan yang
diskret sama dengan ketebalan lapisan. Rajah 2.2 menunjukkan proses ataupun aliran
data dalam pembuatan fail .STL. Oleh kerana bucu setiap segi tiga permukaan
diketahui, agak mudah untuk mengira koordinat dan satah pemotong. Titik
persimpangan ini disambungkan untuk membentuk kontur setiap lapisan yang
kemudian digunakan oleh mesin pencetak untuk menghasilkan objek tersebut seperti
dalam Rajah 2.3. Walaupun dengan taksiran permukaan CAD dengan segitiga adalah
kaedah yang berkesan, mudah bagi reka bentuk geometri dan model pemotongan,
penekanan perlu diberi bahawa kesalahan geomteri pembinaan akan berlaku secara
9

semula jadi kepada bahagian tersebut. Namun, permasalahan ini dapat dibendung
dengan mengurangkan saiz aspek objek yang direka bentuk. Semasa satu lapisan
tersusun di lapisan yang seterusnya, ralat tangga geometri (stair-step error geometry)
akan terhasil. Ralat ini merupakan dasar kepada semua proses penambahan. (Mirzaee,
2015).

Rajah 2.2 Proses pengaliran data dalam pembuatan fail .STL


10

Rajah 2.3 Proses penukaran geometri 3D CAD kepada model permukaan .STL

Sumber: (Horn & Harrysson, 2012).

Rajah 2.4 Keralatan geometri yang terhasil daripada penghampiran lengkungan dengan garis
segmen.

Sumber: (Horn & Harrysson, 2012).

Dengan perkembangan cara pembutaan dan reka bentuk objek melalui


pembuatan tambahan, banyak taksiran baru diterokai oleh penyelidik untuk penambah
baikan dalam teknologi tersebut.
11

2.3.1 Permodelan Pemendapan Bersatu (Fused Deposition Modelling)

Salah satu teknologi yang terdapat di pasaran melalui pembuatan tambahan ialah
Fused Deposition Modelling (FDM) atau dikenali juga sebagai Fused Filament
Fabrication (FFF), merupakan jenis kaedah percetakan 3D yang paling umum dan
digemari oleh pereka. FDM merupakan proses yang menggunakan filamen berterusan
dari bahan termoplastik. Pada tahap pertama produksi, reka bentuk antena tirus
dimodelkan menggunakan CST yang juga merupakan salah satu persekitaran
Computer-Aided Design (CAD). Model yang direka dan dirancang kemudian diubah
menjadi format fail .STL untuk membolehkan pemindahan data antara persekitaran
CAD yang boleh dibaca oleh komputer 3D tersebut. Setelah pemotongan model 2D,
data yang berkaitan terhadap model antena yang direka bentuk kemudian di hantar
kepada pencetak 3D dalam bentuk format .STL. Geometri kepingan 3D yang direka
dalam persekitaran komputer diperoleh dengan superposisi bahan termoplastik, iaitu
filamen. Bahan ini kemudian dicairkan dan dilapisi atas satu sama lain sehinggalah ia
mewujudkan bahagian ataupun bentuk padat yang direka. Filamen plastik itu didorong
ke blok muncung pemanasan, yang mempunyai diameter dalaman sekitar berukuran
sama dengan filamen termopalstik untuk dicairkan. Filamen yang dipanaskan
kemudian dipaksa keluar melalui blok muncung tersebut. Muncung memiliki diameter
yang lebih kecil berbanding filamen plastik. Bahan tersebut kemudian dikeluarkan
atau diekstrusi pada suhu bilik atau platform yang dipanaskan sambil bergerak ke arah
paksi X, Y dan Z pada kedudukan yang betul.

Rajah 2.5 Gambaran cara Fused Deposition Modelling diperbuat

Sumber: (Tyndall, 2014)


12

2.4 BAHAN DIELEKTRIK COC

Cyclic Olefin Copolymer atau COC adalah kelas polimer amorf, telus dan
termoplastik yang diperkenalkan pada tahun 1994 oleh Hoechst. bahan novel
dielektrik ini mempunyai sifat elektrik yang sangat baik pada panjang gelombang
milimiter dan sub-milimeter. Ini menunjukkan kebolehtetapan berelatif rendah dan
faktor kehilangan dielektrik dalam kawasan terahertz (THz) jauh lebih rendah
daripada dielektrik yang biasa digunakan sebagai substrat untuk litar berfrekuensi
tinggi. COC membentuk kelas baru kopolimer yang mempunyai sifat yang
memberangsangkan seperti struktur amorf sepenuhnya, suhu peralihan kaca yang
tinggi, sifat mekanik dan optic yang sangat baik, suhu penguraian yang tinggi dan
penghalang kelembapan yang baik (Gutiérrez-Villarreal & Zavala-Betancourt, 2017).
Bahan ini menjadi potensi dalam penggantian beberapa kejuruteraan polimer.
Kopolimer ini mempunyai aplikasi yang pelbagai untuk dipraktikkan seperti peralatan
elektrik, gentian optic (optical fibre), otomotif, kaca dan pembungkusan. Bergantung
kepada subtituen, polimer mempunyai sifat yang beza -beza. Menurut (Zaremba &
Evert, 2017), jenis awal yang dikembangkan adalah jenis norbornene, yang didasarkan
pada kopolimerisasi monomer nobornene (yang diganti) atau homolognya yang lebih
tinggi seperti tetracyclododecene dengan 1-olefin seperti yang tertera dalam rajah 2.7.
COC jenis ini dikomersialkan dengan nama TOPAS oleh syarikat German Topas
Advance Polymers.

Rajah 2.6 Struktur kimia COC jenis TOPAS

Sumber: (Zaremba & Evert, 2017)


BAB I

KAEDAH KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini terdiri daripada metodologi reka bentuk digunakan untuk projek ini yang
merangkumi mengenai struktur antena, simulasi antena, proses fabrikasi dan
pengukuran antena yang difabrikasi. Metodologi bagi projek ini dimulakan dengan
kefahaman teknologi antena rod dielektrik terlebih dahulu. Ini termasuk tentang
frekuensi operasi, corak radiasi dan gandaan antena tersebut. Ulasan kajian
perpustakkan berkaitan telah dilakukan dari buku rujukan, artikel dan makalah yang
diterbitkan oleh organisasi yang diperakui seperti IEEE dan Hindawi. Simulasi telah
dilakukan dengan menggunakan aplikasi perisian Computer Simulation Technology
Microwave Studio (CST MWS). Bagi mencapai jangkaan teori, reka bentuk antena
tersebut dioptimumkan dengan sewajarnya. Simulasi yang dilaksanakan juga
mempunyai batasan yang tidak dapat dielakkan. Proses fabrikasi melalui FDM
dilakukan setelah pengoptimuman antena dapat dilakukan dan dicapai daripada hasil
simulasi tersebut. Pencetak 3D yang dicadang untuk digunakan adalah Ultimaker S3
kerana ia mempunyai teknologi terkini sedia ada.

3.2 PELAKSANAAN PROJEK

Pelaksanaan projek ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu reka bentuk perisian dan
reka bentuk perkakasan. Simulasi melalui perisian merangkumi mereka bentuk antena
rod dan melakukan pengujaan isyarat pada antena tersebut. Perkakas antena
dibangunkan setelah reka bentuk antena rod dielektrik tersebut dihasilkan melalui
CST dan proses fabrikasi ini diterap menggunakan pembuatan tambahan dengan
kaedah teknologi FDM. Rajah 3.1 menggambarkan proses umum atau carta alir bagi
projek ini.
14

Rajah 3.7 Carta alir umum bagi pelaksanaan projek


15

3.3 REKABENTUK ANTENA ROD DIELEKTRIK

Reka bentuk antena rod dielektrik mempunyai tiga bahagian, iaitu bahagian
penyuapan, utama dan terminal. Bahagian penyuapan dan terminal mempunyai reka
bentuk sistem hujung tirus. Reka bentuk tirus pada bahagian penyuapan dikatakan
membentuk gelombang permukaan pada sepanjang permukaan di bahagian lurus rod
tersebut. Manakala, pada bahagian terminal, pekali pantulan dapat dikurangkan dan
cir-ciri radiasi menjadi lebih baik dengan berbentukan tirus. Bahagian utama
merupakan segi empat panjang yang menyambung kepada kedua belah bahagian tirus
antena. Menurut (Zhang et al., 2020), reka bentuk antena rod dielektrik yang
mempunyai gandaan maksimum telah diperkenalkan oleh Zucker dengan mempunyai
ciri reka bentuk yang dikatakan. Rajah 3.2 menunjukkan reka bentuk yang dikenalkan
oleh Zucker.

Rajah 3.8 Reka bentuk antena tirus bergandaan maksimum

Prinsip reka bentuk Zucker dianggap yang terbaik untuk mencapai gandaan
yang tinggi. Akan tetapi, bentuk tirus oleh Zucker memberikan kepayahan dalam
pembuatan secara konvensional. Hal ini dapat dibendung dengan pelaksanaan
fabrikasi melalui percetakan 3D yang dapat membendung pembinaan struktur reka
bentuk yang rumit. Solusi ini telah diterapkan dan dibuktikan oleh (Zhang et al.,
2020).

Pada penyelidikan ini, reka bentuk antena rod mempunyai sedikit perbezaan
daripada Zucker. Sistem penyuapan bagi penyelidikan ini di reka bentuk untuk
digabung terus kepada bahagian utama segi empat, manakala reka bentuk Zucker
mempunyai bahagian ‘feeder taper’ terdahulu kemudian disambungkan kepada
bahagian utama antena rod tersebut. Rajah 3.3 hingga 3.7 menunjukkan reka bentuk
rod antena yang direka. Antena rod dielektrik diberi gelombang elektromagnetik
16

melalui pandu gelombang yang khas bagi penggunaan Jalur Ku. Pandu gelombang
turut dibina dalam reka bentuk pada antena rod bagi memberi isyarat kepada antena
tersebut dalam perisian simulator CST . Namun, fabrikasi pandu gelombang tidak
dilakukan dalam penyelidikan ini. Pandu gelombang yang digunakan adalah berjenis
WR62, yang menyalurkan gelombang elektromagnetik jalur Ku pada julat frekuensi
12 GHz -18 GHz. Pandu gelombang WR62 mempunyai frekuensi potongan mod tertib
terendah pada 9.488 GHz dan frekuensi potongan mod seterusnya pada 18.976 GHz.
Rajah 3.8 menunjukkan saiz dimensi ruangan pandu gelombang tersebut.

Reka bentuk antena rod dielektrik bagi penyelidikan ini perlu mencapai ciri
reka bentuk yang di tetapkan bagi mencapai reka bentuk yang optimum. Jadual 3.1
menunjukkan senarai parameter ciri reka bentuk antena rod dielektrik bagi
penyelidikan ini.

Jadual 3.2 Ciri reka bentuk antena rod dielektrik yang ditentukan

Elemen Nilai
Operasi jalur lebar Jalur Ku, 12 GHz – 18 GHz
Frekeunsi salunan 13 GHz
Galangan Jalur lebar 200 MHz
Gandaan maksimum 15 dBi

Rajah 3.9 Reka bentuk antena rod bersama pandu gelombang


17

Rajah 3.10 Reka bentuk antena rod segi empat bertirus

Rajah 3.11 Pandu gelombang jenis WR62

Rajah 3.12 Keratan rentas antena rod bersama pandu gelombang


18

Rajah 3.13 Dimensi antena rod

Rajah 3.14 Dimensi pandu gelombang WR62/WG18

3.4 SIFAT BAHAN DIELEKTRIK COC

Bahan dielektrik mempunyai sifat fizikal dan sifat kimia yang berbeza. Dalam
penyelidikan ini, telah diteraskan bahawa pengunaan bahan dielektrik COC akan
digunakan bagi fabrikasi antena rod tersebut. Rajah 3.2 menujukkan sifat bagi bahan
dielektrik COC oleh TOPAS.

Jadual 3.3 Sifat bahan dielektrik COC

Elemen Nilai
Jenis bentuk Filamen
Saiz filamen 2.85 mm
Ketumpatan 1010 kgm-3
Kadar isipadu lebur 32 cm3/10min
Kebertelusan relatif 2.35
Kehilangan tangen 0.0001
19

Takat lebur 190 – 250 C


Suhu percetakan 240 – 250 C
Suhu plat binaan 80 – 90 C
Kelajuan percetakan 40 – 150 mms-1

3.5 PARAMETER PENCETAK 3D

Pencetak 3D yang akan digunakan merupakan salah satu pencetak 3D yang terkini
dalam pasaran iaitu Ultimaker S3. Pencetak ini mempunyai banyak kelebihan seperti
isi padu binaan yang besar, membolehkan pembuatan reka bentuk pada saiz yang
berbeza bentuk. Selain itu, pencetak ini mempunyai resolusi lapisan yang baik,
menyumbang kepada perincian percetakan yang bagus dan memberikan hasil reka
bentuk objek itu mempunyai permukaan yang halus dan lancar. Penggunaan sistem
filamen yang terbuka oleh pencetak ini memberikan akses kepada penggunaan bahan
filamen yang berbeza seperti bahan komposit gentian dan juga bahan pihak ketiga.
Rajah 3.3 memaparkan specifikasi pencetak 3D Ultimaker S3.

Jadual 3.4 Spesifikasi pencetak 3D Ultimaker S3

Mesin pencetak Ultimaker S3

Isipadu 23.6 L

Teknologi percetakan FDM/ FFF

Kepala cetak (Print head) Kepala cetak penyemperitan


berganda dua dengan sistem
pengangkat muncung automatik

Resolusi lapisan 0.25 mm; 150-60 mikron


0.4 mm; 200-20 mikron
0.6 mm; 300-20 mikron
0.8 mm; 600-20 mikron
Output kuasa maksimum 500 W

Diameter muncung 0.25 mm, 0.4 mm, 0.6mm,


0.8mm

Masa Pemanasan muncung < 2 minit

Suhu plat binaan 20 – 140 C


Masa pemanasan plat binaan < 4 minit
20

(dari 20 ke 60 C)
Suhu operasi persekitaran 15 – 32 C

3.6 FABRIKASI

Proses fabrikasi antena rod dielektrik dilakukan dengan menyesuaikan sifat fizikal
bahan dielektrik COC dan parameter pencetak 3D. Penyesuaian ini amat penting bagi
menghasilkan struktur reka bentuk antena yang kukuh dan stabil dalam proses
fabrikasi.

3.6.1 Saiz Filamen dan Saiz Muncung

Saiz filamen COC yang digunakan adalah diameter berukuran sebanyak 2.85 mm.
Namun, reka bentuk antena yang direka tidak mempunyai reka bentuk yang terlalu
kompleks untuk difabrikasi dan saiz diameter muncung yang digunakan tidak
memberi kesan yang signifikan pada reka bentuk antena rod tersebut. Oleh itu, saiz
diameter muncung 0.8 mm boleh digunakan pada parameter pencetak tersebut.

3.6.2 Takat lebur COC dan Suhu Muncung

Selain itu, COC mempunyai takat lebur pada julat suhu antara 190 – 250 °C. Namun,
bahan COC ini mempunyai parameter pencetakan suhu yang disyorkan, iaitu 240 –
250 °C. Bersempena dengan itu, suhu pencetakan perlu beroperasi dalam julat yang
ditetapkan, tidak kurang daripada 240 °C dan tidak melebihi 250 °C. Oleh itu, suhu
muncung, tempat di mana pencairan bahan filamen berlaku, perlu dikonfigurasi untuk
beroperasi komplimen dengan suhu pencetakan COC. Suhu muncung memainkan
peranan yang penting kerana ia bertanggungjawab untuk memanaskan filamen
sehingga cair dan dikeluarkan melalui muncung.

3.6.3 Suhu Plat Binaan

Plat binaan mesin pencetak 3D Ultimaker S3 mempunyai suhu operasi yang boleh
ditetapkan nilainya daripada 20 °C ke 140 °C. Parameter pencetakan untuk bahan
COC telah disyorkan untuk menggunakan suhu plat binaan pada julat antara 80 ke 90
°C . Hal ini demikian kerana suhu plat binaan memainkan peranan dalam sistem
21

penyejukan bahan yang dicairkan berada dalam prestasi yang optimum dan struktur
yang kukuh.
23

BAB I

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Perekaan bentuk antena rod dielektrik telah dilakukan melalui perisian CST
Microwave Simulator. Simulasi ini telah dilakukan bagi mendapat maklumat tentang
hasil dapatan perambatan gelombang elektromagnetik dalam rekaan bentuk antena rod
dielektrik. Skop hasil keputusan yang ditekankan adalah pada pekali pantulan,
gandaan dan kecekapan.

4.2 REKA BENTUK

Dalam penyelidikan ini, terdapat beberapa reka bentuk yang dilakukan bagi mencapai
reka bentuk yang optimum bagi antena tersebut. Ciri dan reka bentuk antena yang
direka dalam penyelidikan ini mempunyai beberapa tekanan reka bentuk yang
dipastikan terlebih dahulu bagi memuaskan dan mencapai skop parameter antena
tersebut. Antaranya ialah, pertamanya, antena rod tersebut berbentuk empat segi
panjang pada bahagian utama rod antena. Kedua, reka bentuk antena tersebut
mempunyai berbentuk tirus pada kedua belah hujung titik suapan dan terminal. Selain
itu, pemberian isyarat kepada antena rod dielektrik tersebut dilakukan melalui pandu
gelombang berjenis WR62 ataupun WG18, khusus untuk gelombang elektromagnetik
pada jalur Ku. Seterusnya, bahan bagi pembinaan rod antena tersebut adalah dengan
menggunakan bahan COC. Beberapa reka bentuk telah dilakukan dan antara tiga yang
disenarai pendek adalah:
23

4.2.1 Reka Bentuk 1

Reka Bentuk 1 mempunyai reka bentuk yang agak mudah dalam perekaannya namun,
hasil simulasi memberikan keputusan yang memberangsangkan dalam segi gandaan
dan pekali pantulan berbanding reka bentuk yang lain. Rajah 4.1 menunjukkan reka
bentuk 1 yang direka.

Rajah 4.15 Reka bentuk 1

Rajah 4.16 Dimensi reka bentuk 1


24

Rajah 4.17 Reka bentuk 1 bersama pandu gelombang

Hasil simulasi perambatan gelombang elektromagnetik terhadap reka bentuk 1


memberikan nilai gandaan maksima sebanyak 12.68 dB. Pekali pantulan yang
diperoleh pula adalah sebanyak 13.02 dB. Kecekapan bagi perambatan
elektromagnektik antena rod berbentuk ini adalah sebanyak 94.52%. Rajah 4.4
menunjukkan graf pekali pantulan antena rod reka bentuk 1. Rajah 4.5 menunjukkan
radiasi jarak jauh antena tersebut.

Rajah 4.18 Pekali pantulan reka bentuk 1


25

Rajah 4.19 Radiasi jarak jauh antena reka bentuk 1

4.2.2 Reka Bentuk 2

Reka bentuk 2 mempunyai reka bentuk yang berbeza terhadap perubahan pada kedua
belah bahagian tirus antena tersebut. Rajah 4.6 menunjukkan reka bentuk 2 antena rod
ini.

Rajah 4.20 Reka bentuk 2


26

Rajah 4.21 Dimensi reka bentuk 2

Hasil simulasi terhadap reka bentuk 2 memberikan keputusan pekali pantulan


sebanyak -8.427 dB. Gandaan maksima yang diperoleh adalah sebanyak 13.15 dB.
Namun, kecekapan antena ini memberikan hasil yang kurang memberangsangkan
dibandingkan dengan reka bentuk 1, iaitu sebanyak 86.52%. Rajah 4.8 menunjukkan
pekali pantulan. Rajah 4.9 menunjukkan simulasi jarak jauh.

Rajah 4.22 Pekali pantulan reka bentuk 2


27

Rajah 4.23 Radiasi jarak jauh reka bentuk 2

4.2.3 Reka Bentuk 3

Antara reka bentuk 1 dan 2, reka bentuk 3 mempunya reka bentuk yang berbeza dari
segi bahagian tirus terminal, bahagian utama dan bahagian tirus suapan. Hasil simulasi
memberikan keputusan yang lebih baik berbanding reka bentuk 1 dan reka bentuk 2.
Rajah 4.10 menunjukkan pembentukan reka bentuk 3.

Rajah 4.24 Reka bentuk 3


28

Rajah 4.25 Dimensi reka bentuk 3

Hasil simulasi terhadap reka bentuk 3 memberikan nilai pekali pantulan


sebanyak -21.37 dB. Gandaan maksima yang diperoleh pula adalah sebanyak 13.04
dB. Kecekapan antena rod reka bentuk 3 ini memberikan hasil yang paling bagus
antara tiga reka bentuk antena yang direka iaitu sebanyak 98.83 %. Rajah 4.12
menunjukkan keputusan pekali pantulan antena reka bentuk 3.

Rajah 4.26 Pekali pantulan reka bentuk 3


29

Rajah 4.27 Radiasi jarak jauh reka bentuk 3

4.2.4 Perbandingan Reka Bentuk 1,2 dan 3

Reka bentuk 1, 2 dan 3 memberikan hasil keputusan simulasi yang terbaik antara
beberapa reka bentuk yang lain telah dibinakan. Ketiga- tiga reka bentuk ini
memberikan hasil yang berbeza dari segi gandaan, pekali pantulan dan kecekapan.
Dari segi gandaan, Reka bentuk 2 memberikan keputusan yang lebih baik berbanding
kepada reka bentuk1 dan 3. Dari segi aspek pekali pantulan, reka bentuk 3
mendapatkan keputusan yang bernas berbanding reka bentuk 1 dan 2, termasuk juga
dalam aspek kecekapan antena tersebut dalam perambatan gelombang
elektromagnetik. Jadual 4.1 menunjukkan perbezaan nila parameter oleh kesetiap reka
bentuk antena.

Jadual 4.5 Perbezaan reka 1, 2 dan 3

Parameter Reka Bentuk

1 2 3

Pekali Pantulan (dB) -13.02 -8.427 -21.37

Gandaan (dB) 12.68 13.15 13.04

Kecekapan (%) 94.52 86.52 98.83


30

Berdasarkan jadual perbezaan terhadap reka bentuk antena tersebut, reka


bentuk 3 memberikan keputusan yang memberangsangkan terhadap pekali pantulan
dan kecekapan antena. Walaupun antena reka bentuk 2 menpunyai hasil gandaan yang
terbaik, namun nilainya hanya mempunyai margin yang kecil terhadap antena
berbentuk reka bentuk 3. Oleh itu, antena rod dielektrik berbentukan Reka Bentuk 3
dipilih sebagai antena optimum dalam penyelidikan ini.

4.3 ANALISIS REKA BENTUK 3

Perbentukan reka bentuk 3 mempunyai reka bentuk yang berbeza terhadap setiap
bahagian rod antena, iaitu tirus terminal, bahagian utama dan suapan tirus. Dalam
penyelidikan ini, analisa terhadap panjang tirus pada sistem suapan diberikan tekanan
kerana ia merupakan faktor utama dalam pemberian isyarat terhadap rod antena
dielektrik tersebut. Sistem suapan antena rod ini mempunyai bentuk yang unik kerana
bahagian tersebut direka dengan satu bahagian yang perlu dimasukkan ke dalam
pandu gelombang, kemudiannya, ditiruskan. Kajian ini akan melihat kesan parameter
yang dinyatakan terhadap perbezaan panjang tirus tersebut. Rajah 4.14 menunjukkan
perekaan bentuk tirus pada sistem suapan.

Rajah 4.28 Bentuk tirus pada sistem suapan antena rod dielektrik

Beberapa inisiatif telah dilakukan terhadap kesan panjang tirus pada sistem
suapan antena tersebut. Empat jenis pengukuran panjang tirus yang berbeza diusulkan
bagi melihat perbezaan perambatan gelombang elektromagnetik terhadap parameter
antena yang diingini. Antaranya ialah, panjang tirus berukuran 0 milimeter, 5
31

milimeter, 15 milimeter dan 20 milimeter. Perbezaan panjang tirus memberikan hasil


keputusan simulasi yang berbeza antara yang lain.

4.3.1 Panjang Tirus pada 0 mm

Pada panjang tirus sistem suapan berukuran 0 milimeter, atau juga dikenali sebagai
ketiadaan tirus, hasil simulasi memberikan pekali pantulan bernilai -13.04 dB,
gandaan maksima diperoleh sebanyak 12.84 dB. Kecekapan antena rod dielektrik ini
memberikan peratusan sebanyak 94.17%. Rajah 4.15 menunujukkan bentuk antena
pada sistem suapan.

Rajah 4.29 Panjang tirus = 0 mm

4.3.2 Panjang Tirus pada 5 mm

Ukuran panjang tirus pada 5 mm memberikan hasil simulasi yang lebih baik daripada
ukuran 0 mm. Dalam aspek pekali pantulan, nilainya adalah sebanyak -15.31 dB.
Gandaan maksima pula adalah 12.95 dB. Bagi kecekapan antena tersebut, nilainya
meloncak ke 96.47%. Rajah 4.16 menunjukan pengukuran tirus dalam pandu
gelombang.
32

Rajah 4.30 Panjang tirus = 5 mm

4.3.3 Panjang Tirus pada 15 mm (Reka Bentuk Optimum)

Reka bentuk 3 yang mempunyai panjang tirus sistem suapan sebanyak 15 mm


merupakan reka bentuk optimum bagi penyelidikan ini. Hal ini kerana ia mempunyai
hasil keputusan simulasi yang terbaik berbanding panjang tirus yang lain. Pekali
pantulan yang diperoleh adalah sebanyak -21.37 dB. Gandaan maksima juga pada
nilai yang tertinggi iaitu 13.04 dB, serta peratusan kecekapan antena tersebut dalam
pengendalian gelombang elektromagnetik sebanyak 98.83%. Rajah 4.17 menunjukkan
reka bentuk panjang tirus pada 15 mm.

Rajah 4.31 Panjang tirus = 15 mm

4.3.4 Panjang Tirus pada 20 mm

Perubahan terhadap parameter dapat dilihat dengan pendekatan panjang tirus pada 20
milimeter. Hasil pekali pantulan dapat dilihat dengan nilai -14.87 dB. Dari segi
33

gandaan maksima, keputusan simulasi memperoleh nilai sebanyak 12.99 dB dan


peratusan kecekapan antena memberikan keputusan 97.34%. Rajah 4.18
menggambarkan panjang tirus pada 20 mm.

Rajah 4.32 Panjang tirus = 20 mm

4.3.5 Perbezaan Panjang Tirus

Hasil keputusan simulasi terhadap panjang tirus sistem suapan memberikan gambaran
yang jelas terhadap reka bentuk rod antena dielektrik. Jadual 4.2 menunjukkan
perbezaan nilai parameter terhadap panjang tirus.
34

Jadual 4.6 Perbezaan nilai parameter terhadap panjang tirus

Parameter Reka Bentuk

Panjang 0 5 15 20
tirus
(mm)

Pekali -13.048423 -15.306989 -21.373916 -14.870933


Pantulaan
(dB)

Gandaan 12.84 12.90 13.04 12.99


(dB)

Kecekapan 94.17 96.47 98.83 97.34


(%)

Berdasarkan jadual perbandingan, kesimpulan yang dapat dilakukan ialah,


bermula daripada panjang tirus 0 mm hingga ke panjang tirus 15 mm, parameter
pekali pantulan, gandaan dan kecekapan semakin meningkat pada setiap panjang tirus
tersebut. Akan tetapi, setelah simulasi dilakukan pada tirus panjang 20 mm, nilai
parameter- parameter tersebut semakin menurun. Hasil simulasi menunjukkan panjang
tirus sistem suapan antena memainkan peranan, di mana sekiranya terlalu panjang,
ianya akan mendapatkan keputusan kurang memuaskan. Situasi ini juga dapat dilihat
pada panjang tirus yang kecil. Maka, pengoptimuman antena rod dielektrik dengan
reka bentuk 3, tirus berpanjangan 15 mm pada sistem suapan dapat dicapai dalam
simulasi ini. Keputusan pekali pantulan terhadap perbezaan panjang tirus dapat dilihat
dalam Rajah 4.19.
35

Rajah 4.33 Pekali pantulan rod antena pada panjang tirus berbeza

4.4 PENGGUNAAN BAHAN ALTERNATIF

Dalam kajian ini, penggunaan bahan COC merupakan bahan yang digunakan dalam
pembuatan rod antena. Kajian ini mengambil inisiatif untuk mengkaji penggunaan
bahan asas pengunaan pencetak 3D yang tersedia ada di pasaran, seperti Acrylonitrile
Butadiene Styrene (ABS), Polyethylene Terephthalate Glycol (PeTG) dan Polylactic
Acid (PLA). Hal ini demikian kerana bahan COC mempunyai ciri-ciri pencetakan
yang sama seperti pengcairan filamen dan takat lebur. Walaupun parameter
pencetakan mempunyai keirasan, namun ciri fizikal dan sifat yang berbeza kepada
bahan asas pencetak 3D yang dinyatakan.

Kebertelusan relatif ataupun diekenali sebagai relative permittivity memainkan


peranan dalam pembuatan antena rod dielektrik kerana ia membenarkan gelombang
elektromagnetik untuk diserap bagi mempolarisaikan antena tersebut. Lebih tinggi
nilai kebertelusan itu, lebih baik penyerepan. Bahan COC mempunyai nilai sebanyak
2.5, dan bahan asas pencetakan 3D juga turut mempunyai kebertelusan relatifnya
sendiri. ABS menpunyai nilai sebanyak 3.08, PLA pada nilai 3.207 dan PeTG pada
nilai 2.4. Kesemua bahan asas pencetakn 3D ini mempunyai nilai kebertelusan yang
tinggi berbanding kepada bahan COC, namun dari segi aspek kehilangan tangen,
bahan COC mendahului bahan yang lain dengan nilai 0.00001. Kehilangan tangen
merupakan elemen pelesapan tenaga ataupun energy dissipation oleh antena tersebut
apabila disuapkan dengan gelombang elektromagnetik. Lebih kecil nilai kehilangan
36

tangen, lebih bagus pelesapan tenaga oleh antena dielektrik tersebut. Jadual 4.3
menunjukkan nilai kebolehtetapan relatif dan kehilangan tangen bagi setiap bahan.

Jadual 4.7 Nilai kebolehtetapan relatif dan kehilangan tangen

Parameter Bahan

COC ABS PLA PeTG

Kebolehtetapan relatif 2.35 3.08 3.21 2.40

Kehilangan tangen 0.00001 0.0269 0.0073 0.02

Bahan asas pencetak 3D iaitu, ABS, PLA dan PeTG memberikan hasil
simulasi yang berbeza berbanding kepada bahan COC. Menurut jadual 4.4, selain
bahan COC, bahan PeTG menghasilkan keputusan simulasi yang memberangsangkan
antara ABS dan PLA. Berbanding kepada bahan COC, walaupun PeTG menunjukkan
simulasi yang baik, akan tetapi, kehilangan tangen PeTG lebih besar daripada COC
menyebabkan penyerapan dielektrik lebih kurang dan menyebabkan peratusan
kecekapan lebih rendah. Rajah 4.20 mengghambarkan simulasi pekali pantulan oleh
setiap jenis bahan.

Jadual 4.8 Perbandingan simulasi terhadapa bahan COC, ABS,PLA & PeTG

Parameter Reka Bentuk

Farfield COC ABS PLA PeTG


radiatio
n

Pekali Pantulan -21.37916 -13.370 -15.519 -22.572


(dB)

Gandaan (dB) 13.04 9.774 10.45 10.02


37

Kecekapan (%) 98.83 47.13 78.05 88.57

Rajah 4.34 Pekali pantulan oleh antena menggunakan bahan berbeza

4.5 FABRIKASI ANTENA

Fabrikasi antena dapat dilakukan dengan menggunakan pencetak 3D Ultimaker.


Keempat- empat bahan, iaitu COC, ABS, PLA dan PeTG melalui proses fabrikasi
bagi menghasilkan antena ber-reka bentuk 3, iaitu antena optimum dalam kajian ini.
Fabrikasi bagi bahan COC memberikan produk yang kurang sempurna atas beberapa
kesulitan yang dialami ketika proses fabrikasi. Rajah 4.21-4.23 menunjukkan proses
fabrikasi antena rod dielektrik.
38

Rajah 4.35 Proses fabrikasi antena menggunakan bahan COC

Rajah 4.36 Fabrikasi antena bahan COC


39

Rajah 4.37 Fabrikasi antena bahan COC

4.5.1 Produk Fabrikasi Antena Rod

Hasil fabrikasi bagi bahan COC mendapati beberapa kesulitan ketika proses
pencetakan. Isu yang dapat dilihat pada produk rod antena itu adalah terdapat lopong-
lopong udara dalam antena tersebut. Beberapa fabrikasi bahan COC telah dilakukan
namun hasilnya tetap sama. Hal ini disebabkan oleh filamen bahan COC itu telah
rapuh dan tidak sesuai digunakan kerana telah lama tidak diguna pakai. Dengan masa,
filamen COC menjadi rapuh dan menyebabkan percetakan kurang sempurna. Rajah
4.24 menunjukkan hasil fabrikasi bagi bahan COC.

Rajah 4.38 Produk antena bahan COC


40

Rajah 4.39 Produk antena bahan COC

Namun, bagi fabrikasi antena menggunakan bahan lain seperti ABS, PLA dan
PeTG mendapatkan hasil fabrikasi yang berjaya berbanding kepada bahan COC.
Rajah 4.26 hingga 4.28 menunjukkan produk fabrikasi bagi bahan ABS,PLA dan
PeTG.
41

Rajah 4.40 Produk antena bahan ABS

Rajah 4.41 Produk antena bahan PLA

Rajah 4.42 Produk antena bahan PeTG


42

BAB I

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Tesis ini mencadangkan pembuatan antena rod dielektrik melalui proses teknologi
pembuatan tambahan, iaitu percetakan 3D bagi komunikasi satelit. Beberapa reka
bentuk telah dikemukan seperti rod segi empat panjang bertirus, dan reka bentuk yang
mempunyai perbezaan pada setiap bahagian antena rod tersebut untuk mencapai reka
bentuk optimum. Tambahan pula, kebertelusan bahan-bahan yang dikemukan turut
diselidik terhadap pembinaan rod antena berbentuk sedemikian dalam kajian ini. Bab
ini akan mengemukan cabaran yang dihadapi serta cadangan yang perlu dilakukan
dalam masa akan datang.

5.2 CABARAN

Sepanjang tempoh penyelidikan dan kajian tesis ini, terdapat beberapa cabaran yang
dihadapi dalam perjalan penyiapan kajian ini. Pada awal March 2020, seluruh dunia
dilanda dengan wabak pandemik COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
telah dikuatkuasakan seluruh negara, maka menyebabkan kesulitan dalam melakukan
kajian penyelidikan ini, terutamanya pengukuran rod antena tersebut. Selain itu,
proses fabrikasi antena rod dielektrik menggunakan bahan COC mengalami kesukaran
dalam percetakan. Antena rod direka dengan berbentukan bongkah pepejal, namun
ketika percetakan, terdapat lopong- lopong udara dalam antena tersebut. Fabrikasi
antena rod menggunakan bahan COC didapati tidak berjaya dengan menggunakan
filamen tersebut. Langkah berjaga- jaga telah diambil kira bagi proses fabrikasi akan
datang.

5.3 CADANGAN DAN KARYA MASA DEPAN

Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan bagi menyempurnakan lagi proses


ataupun penyelidikan bagi kajian tesis ini. Antaranya ialah, mennggunakan alatan dan
bahan yang baharu terutamanya bagi bahan filamen COC untuk mengelakkan
43

kesukaran yang dihadapi terdahulu. Selain tu, pengambilan data dalam keputusan
parameter juga boleh diperluaskan lagi seperti mengambil kira keputusan pengarahan,
hasil dalam bentuk polar, dan penyebaran gelombang oleh antena rod tersebut.
Pengukuran terhadap antena rod dielektrik tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat
ini disebabkan oleh PKP di kawasan pengukuran. Maka, antara karya masa depan
kajian ini adalah untuk melakukan pengukuran bagi melihat prestasi antena yang
diusulkan.

5.4 KESIMPULAN

Pembangunan antena rod dielektrik dapat dibina dengan parameter optimum yang
ditentukan dalam kajian ini dengan menggunakan simulator elektromagnetik. Analisis
reka bentuk antena optimum ini dapat dibuktikan dengan hasil keputusan Reka Bentuk
3, dari segi parameter pekali pantulan, gandaan dan kecekapan antena tersebut. Reka
bentuk tirus ini juga membantu dalam pengarah isyarat antena tersebut. Keserasian
parameter proses fabrikasi antara pencetak 3D dan bahan COC dapat dilakukan,
walaupun hasil produknya mempunyai sedikit kerosakan. Proses pengukuran dan
penilaian prestasi antena rod dielektrik tersebut akan dilakukan pada masa akan
datang.
44

RUJUKAN

Bastiancich, C., Danhier, P., Préat, V., & Danhier, F. (2016). Anticancer drug-loaded
hydrogels as drug delivery systems for the local treatment of glioblastoma.
Journal of Controlled Release, 243, 29–42.
https://doi.org/10.1016/j.jconrel.2016.09.034

G.C, S. (2000). and Experimental Results *. 284–309.

Ghattas, N., Ghuniem, A. M., & Abuelenin, S. M. (2018). Optimization of dielectric


rod antenna design in millimeter wave band for wireless communications. ArXiv,
July 2018.

Gutiérrez-Villarreal, M. H., & Zavala-Betancourt, S. A. (2017). A Comparative Study


of the Photodegradation of Two Series of Cyclic Olefin Copolymers.
International Journal of Polymer Science, 2017.
https://doi.org/10.1155/2017/1870814

Horn, T. J., & Harrysson, O. L. A. (2012). Overview of current additive


manufacturing technologies and selected applications. Science Progress, 95(3),
255–282. https://doi.org/10.3184/003685012X13420984463047

Keyrouz, S., & Caratelli, D. (2016). Dielectric Resonator Antennas: Basic Concepts,
Design Guidelines, and Recent Developments at Millimeter-Wave Frequencies.
International Journal of Antennas and Propagation, 2016.
https://doi.org/10.1155/2016/6075680

Kumar, K., Sandhu, J. S., Bisht, B., Gupta, P., & Singh, G. (2011). Dual-band
dielectric rod antenna for satellite communication system. Proceedings - 2011
International Conference on Communication Systems and Network
Technologies, CSNT 2011, 242–245. https://doi.org/10.1109/CSNT.2011.59

Lier, E., Werner, D. H., & Bird, T. S. (2019). From Metal Horns to Metahorns.
August.

McAllister, E. W. (2013). Pipeline Rules of Thumb Handbook. In Pipeline Rules of


Thumb Handbook (8th Editio). https://doi.org/10.1016/B978-0-7506-7852-
0.X5000-X

Mirzaee, M. (2015). Developing novel 3D antennas using advanced additive


manufacturing technology. ProQuest Dissertations and Theses, January, 121.
https://search.proquest.com/docview/1731939574?accountid=39260

Nichols, S. (2017, September 11). L/Ku/Ka-band satellites – what does it all mean?
Getconnected.Aero. https://www.getconnected.aero/2017/09/lkuka-band-
satellites-mean/

Sporer, M., Weigel, R., & Koelpin, A. (2017). A 24 GHz Dual-Polarized and Robust
Dielectric Rod Antenna. IEEE Transactions on Antennas and Propagation,
65(12), 6952–6959. https://doi.org/10.1109/TAP.2017.2764530
45

Tyndall, L. (2014). DDS and FDM: know the difference - EngineeringClicks.


https://www.engineeringclicks.com/dds-and-fdm-know-the-difference/

Walter Johnson. (2018). The Disadvantages of Copper Wire | Sciencing.


https://sciencing.com/disadvantages-copper-wire-5973732.html

Zaremba, D., & Evert, R. (2017). Materials, chemical properties and analysis. In
Polymer Optical Fibres: Fibre Types, Materials, Fabrication, Characterisation
and Applications. Elsevier Ltd. https://doi.org/10.1016/B978-0-08-100039-
7.00005-1

Zhang, Y., Lin, S., Zhu, B., Cui, J., Mao, Y., Jiao, J., & Denisov, A. (2020).
Broadband and high gain dielectric-rod end-fire antenna fed by a tapered ridge
waveguide for K/Ka bands applications. IET Microwaves, Antennas and
Propagation, 14(8), 743–751. https://doi.org/10.1049/iet-map.2019.0758
46
47

No. Distance Blynk Display Manual %Error


Avg. Measuremen
Of 5 t

1 1 1.2

2 2

3 3

4 4

5 5

6 6

7 7

8 8

9 9

10 10

11 11

12 12

13 13

14 14

15 15

16 16

17 17

18 18

19 19

20 20
48

No. Reading Reading 2 Reading 3 Reading 4 Reading 5 Average


1

1 1

2 2
49

3 3

4 4

5 5

6 6

7 7

8 8

9 9

10 10

11 11

12 12

13 13

14 14

15 15

16 16

17 17

18 18

19 19

20 20

No. Reading 1 Reading 2 Reading 3 Reading 4 Reading 5 Average


50

Anda mungkin juga menyukai