Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT

SEKOLAH SJK(T) LADANG KRIAN 2020

Pengenalan

Program Sambutan Kemerdekaan dijalankan pada bulan Ogos dan September

pada setiap tahun dengan tema dan sasaran yang berbeza. Bagi tahun

2020, Malaysia Prihatin dipilih menjadi tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Tema ini membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari

dengan keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19. Untuk sambutan

kali ini, logo berbentuk hati menjadi pilihan dengan warna bendera Jalur Gemilang

menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat

pelbagai kaum di negara ini.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik perhatian para pelajar untuk menumpukan
perhatian kepada aspek sifat patriotisme and memahami erti kemerdekaan.

Latar Belakang

Minggu Sambutan Kemerdekaan 2020 telah dirasmikan di tapak perhimpunan,


pada 19 Ogos 2020 pada pukul 8.00 pagi oleh Guru Besar dengan mengibarkan Jalur
Gemilang serta nyanyian lagu patriotik.. Program ini melibatkan beberapa orang murid
dan guru-guru SJK(T) Ladang Krian.

Matlamat:

Matlamat utama penganjuran sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah


adalah bertujuan untuk menyemai rasa cintakan bangsa dan negara. Selain itu,
sambutan ini juga bertujuan untuk memperingati sejarah negara dan tokoh-tokoh
gemilang yang berusaha mempertahankan tanah air di samping menanam
semangat patriotik dikalangan murid-murid dan guru-guru SJK(T) Ladang Krian.
Objektif:

 Menyemai rasa sayang dan cintakan negara dikalangan murid-murid dan guru-guru.

 Mengenali dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.

 Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.

 Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa, kaum, etnik dan budaya.

 Menguji kefahaman pengetahuan am dan mewujudkan sikap daya saing dikalangan


murid-murid dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

Rasional:

Rasional program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dijalankan adalah seiring


dengan aspirasi negara dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan negara
dikalangan rakyat Malaysia. Selain itu, program seperti ini mampu membantu murid-
murid menambah pengetahuan tentang sejarah negara dan warisan yang perlu
dipelihara melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang
sambutan bulan kemerdekaan.

Strategi:

Sambutan Bulan Kemerdekaan adalah suatu program yang melibatkan semua


murid dan guru secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian, satu jadual
pelaksanaan telah dirangka untuk membantu guru- guru dan murid-murid
menjalankan aktiviti mengikut masa, tempoh dan kaedah yang ditetapkan agar tidak
menjejaskan PdP disamping mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KPM.

Sasaran:

Semua guru, pekerja , staff sokongan serta murid – murid SJK(T) Ladang Krian.
Laporan Aktiviti:

JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN


PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020 SJK(T) LADANG KRIAN

TARIKH
PENYELARAS TINDAKAN/
BIL AKTIVITI TEMPAT PELAKSANAAN
AKTIVITI SASARAN
1. Pertandingan Mewarna Guru matapelajaran Murid Tahun 1-3 Kelas Tahun 1-3 10 /08/2020
Poster (Memilih poster yg (Semasa subjek -
cantik & kemas) KSN) 14/08/2020
2. Pertandingan Melukis Guru matapelajaran Murid Tahun 4 -6 Kelas Tahun 4 – 6 10 /08/2020
Poster (Memilih poster yg (Semasa subjek -
cantik & kemas) Seni Visual) 14/08/2020
3. Cari Perkataan Cik S.Sangari Murid Tahun 1-3 Kelas Tahun 1-3 01/09/2020
Sembunyi Tahap 1 Pn S.Mageswari (Semasa subjek -
P/Moral) 04/09/2020
4. Kuiz Sejarah Online En A.Pannir Selvam Murid Tahun 4-6 Google form 01/09/2020
Tahap 2 -
04/09/2020
5. Pertandingan Nyanyian Pn M.Geetha Murid Tahun 3-6 Video klip 07/09/2020
Lagu Patriotik Pn S.Jayaletchumy (whatsApp) -
Cik S.Kanimolee 11/09/2020
6. Pertandingan Menghias Guru Kelas Kelas Tahun 1-6 -Kelas Tahun 1 10/08/2020
Kelas Mengikut Tahun 1 hingga 6 -
Tema Kemerdekaan hingga 6 14/09/2020
7. Slot Tujukan Lagu Guru m/p Murid Tahun 1-6 Kelas Tahun 1-6 17/08/2020
Patriotik Kemerdekaan Pendidikan Moral (Semasa subjek) -
19/08/2020
8. Info Kemerdekaan Guru m/p Sejarah Murid Tahun 4-6 Kelas Tahun 4-6 25/08/2020
(Semasa subjek) -
28/08/2020
9. Info Kemerdekaan Guru m/p Murid Tahun 1-3 Kelas Tahun 1-3 25/08/2020
Pendidikan Moral (Semasa subjek) -
28/08/2020
10. 24/08/2020
Pameran Sejarah En A.Pannirselvam Papan Kenyataan
Kelas Tahun 1-6 -
3
(Panitia Sejarah) Panitia Sejarah 14/09/2020
11. Pertandingan Semua Guru Seni & Kelas Tahun 1-6 28 /07/2020
Kelas Tahun 1-6
Kenegaraan 2020 Pn L.Munisvary (Semasa subjek) -
16 /09/2020
12. Pertubuhan Usahawan
Integriti ,Pulau Pinang PK1, PK Tapak 25 /08/2020
Kelas Tahun 1-6
(Pemberian bendera Perhimpunan
kecil kpd murid)
13. Kuiz Patriotisme Pasukan
Badan Beruniform Pn L.Munisvary Kelas Tahun 3-6 Rumah 31 /08/2020
Peringkat Negeri P.P

Disediakan oleh:

……………………………………
(MUNISARY LETCHIMANAN)
Penyelaras
Program Hari Kebangsaan & Hari Malaysia

Disemak oleh:

………………………………………….
(KUKANESARY A/P ANTHONY)
PK Kokurikulum
SJK(T) LADANG KRIAN

Disahkan oleh:

………………………………..…………………
(GUNASEKARAN A/L NALLATHAMBI,PJK)
Guru Besar
SJK(T) LADANG KRIAN
GAMBAR PELAKSANAAN AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH 2020 SJK(T) LADANG KRIAN

4
5
Aktiviti Mewarna poster kemerdekaan Murid Tahap 1

Aktiviti Melukis poster kemerdekaan Murid Tahap 2

Nyanyian lagu patriotik sempena bulan

kemerdekaan sewaktu perhimpunan

Pertandingan menjawab kuiz kemerdekaan

6
Aktiviti membuat topi kemerdekaan

Anda mungkin juga menyukai