Anda di halaman 1dari 2

Assalammualaikum dan selamat pagi

Saya …………………………………………………………………….dari kelas ……………… akan


membentangkan projek saya iaitu projector buruj dalam topik buruj (sains tahun 5)

Model ini dihasilkan untuk memberi gambaran kepada saya dan rakan-rakan tentang corak-corak
buruj yang terdapat dilangit. Buruj bermaksud gabungan bintang-bintang yang membentuk corak-
corak tertentu.

Model ini dibina menggunakan kad manila, penggulung tisu, pin dan lampu suluh. Saya telah melukis
empat jenis buruj yang telah saya pelajari iaitu buruj biduk, pari, skorpio dan belantik. Kemudian saya
menggunakan pin untuk menebuk lubang kecil yang terdapat pada setiap buruj bagi membolehkan ia
membentuk corak buruj semasa lampu dihalakan ke arah lubang kecil.

Sebelum saya memasang gulungan tisu dan saya perlu membuat ukuran dahulu bagi memastikan
gulungan tisu di pasang pada tempat yang betul. Setelah mendapat ukuran saya yang tepat saya
menggunting dan meletakkan gulungan tisu di bahagian tengah menggunakan pin. Ini bagi
memastikan saya dapat menggerakkan corak buruk.

Melalui projector buruj ini saya dapat melihat corak bintang yang terbentuk di langit pada waktu
malam. Sebagai contoh buruj biduk akan kelihatan di hemisfera utara bersama buruj belantik.
Manakala di hemisfera utara kita boleh memerhatikan buruj pari & skorpio.

Setiap buruj membentuk corak tertentu contohnya buruj biduk yang berbentuk senduk yang
mempunyai 7 bintang. Buruj ini akan menunjukkan arah utara.

Buruj –buruj ini dapat berfungsi membantu manusia mengenal pasti arah dan lokasi tempat
berdasarkan corak bintang. Contohnya pengembara yang sesat di lautan atau di dalam hutan boleh
menggunakan buruj sebagai penunjuk arah. Buruj akan berfungsi seperti kompas. Contoh biduk akan
menunjukkan arah utara manakala pari arah selatan.

Selain daripada itu, sebelum adanya penciptaan kalender buruj digunakan untuk menentukan musim.
Buruj dibuk digunakan untuk menentukan musim menanam dan skorpio untuk musim menuai. Akhir
sekali, belantik digunakan untuk mengetahui perubahan musim sejuk.

Melalui model yang saya hasilkan saya berasa seronok kerana dapat mengenal pasti bentuk buruj dan
kegunaannya. Saya juga dapat mempelajari bahawa cahaya bergerak lurus. Selain daripada itu, saya
dapat menghias projector buruj saya sendiri. Saya juga boleh bermain dan bercerita dengan adik-
beradik saya tentang buruj.

Anda mungkin juga menyukai