Anda di halaman 1dari 8

Senarai Bahan

Kertas A4 berwarna warni


Gam
Mounting board
Kapas
Warna air
Span
Dawai
Pembalut buku
Gunting
Pisau
Lekar
Double tape
Playar
Berus lukisan
Drawing blok

SEBELUM

Sebelum proses menghasilkan diorama ini, kami telah menerima taklimat kerja kursus
daripada pensyarah iaitu Encik Shamsuri. Beliau telah memberi maklumat ringkas tentang apa
yang sepatutnya kami lakukan dan memberi contoh diorama. Beliau juga menerangkan kriteriakriteria yang diperlukan dalam tugasan kerja kursus ini. Selepas taklimat, kumpulan kami telah
membuat satu perbincangan tentang tajuk yang kami ingin menggunakan bagi tajuk diorama ini
dan kami bercadang untuk memilih subjek sains sebagai subjek pengajaran kami dan tajuk
yang dipilih adalah kitaran hidup rama-rama.
Selepas itu, kami berfikir di asrama masing-masing tentang idea untuk menghasilkan
diorama dan akan berbincang bersama-sama pada perbincangan yang akan datang. Pada
perbincangan kedua, kami semua mengeluarkan idea dan akhirnya membuat keputusan untuk
memilih idea Tan Lean Chuen dengan menggunakan tajuk kitaran hidup rama-rama. Kami juga
melayari internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan diorama kerana sebelum ini
kami tidak pernah menyentuh tentang diorama dan tidak mempunyai apa-apa maklumat yang
berkaitan dengan diorama ini. Melalui sampel diorama yang ditunjukkan di laman web, kami
mendapat idea tentang cara membuat diorama.
Seterusnya, kami membuat perbincangan sekali lagi untuk menentukan bahan yang
akan digunakan untuk menghasilkan diorama ini kerana kami perlu membuat perancangan
dahulu sebelum proses penghasilan supaya semua bahan yang diperlukan adalah mencukupi
bagi memastikan proses penghasilan diorama boleh berjalan dengan lancar dan tidak
membazirkan masa. Kami juga berbincang bersama-sama tentang bahan yang sesuai
digunakan supaya diorama yang dihasilkan boleh tahan lasak dan digunakan dengan lama.
Selepas itu, kami telah membeli bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan diorama itu.

SEMASA

Pada hari penghasilan diorama, kami telah bersama-sama membina diorama di kafe.
Kami menggunakan konsep origami untuk membuat lipatan bunga, rama-rama, daun,
kepompong, telur dan batu. Kami belajar cara lipatan origami tersebut daripada video Youtube.
Hasil lipatan yang pertama adalah bunga yang merupakan bunga lily. Warna yang kami
gunakan adalah warna merah, jingga dan kuning untuk menonjolkan penggunaan warna panas
agar dapat menarik perhatian murid. Hasil lipatan bunga itu tidaklah sukar tetapi memerlukan
kemahiran dan memakan masa yang agak lama. Seterusnya, lipatan rama-rama pula adalah
menggunakan warna ungu muda dan ungu tua. Hal ini demikian adalah untuk menunjukkan
rama-rama yang berwarna ungu tua mewakili rama-rama jantan manakala rama-rama yang
berwarna ungu muda pula adalah mewakili rama-rama betina. Kami juga melekat perhiasan
pada rama-rama itu.
Seterusnya, bagi lipatan origami daun pula, kami menggunakan tiga jenis warna iaitu
warna coklat, hijau tua dan hijau muda. Daun yang berwarna coklat adalah untuk menunjukkan
daun kering, daun yang berwarna hijau tua pula menunjukkan daun yang akan menjadi kering
manakala daun yang berwarna hijau muda pula menunjukkan daun yang baru gugur dari pokok
bunga lily. Hasil origami kepompong pula adalah berbentuk berlian di mana ia adalah
digantungkan pada dahan pokok bunga lily. Warna yang digunakan adalah warna coklat di
mana ia menunjukkan warna kulit kepompong yang akan menukar menjadi seekor rama-rama.
Origami telur dan batu pula dihasilkan melalui gumpalan kertas. Warna yang digunakan bagi
telur pula adalah warna krim yang menunjukkan warna kulit telur. Penggunaan warna bagi batu
pula adalah berwarna coklat.
Selain itu, kami juga menggunakan kapas sebagai bahan untuk menghasilkan ulat
beluncas dan mewakili awan di langit. Penghasilan ulat beluncas adalah melalui lekatan lima
gumpalan kapas dengan gam. Selepas itu, hasil lekatan kapas itu diwarnakan dengan hijau
muda diikuti dengan jalur berwana hijau tua pada bahagian badan ulat beluncas. Kemudian,
lukisan titik pada badan ulat beluncas adalah berwana coklat muda dan diikuti dengan lukisan
mata dan mulut pada bahagian muka ulat beluncas. Terdapat satu hasil origami daun telah
digunting secara beralun untuk menunjukkan ulat beluncas sedang makan daun itu. Awan pula
dihasilkan daripada gumpalan kapas dan dilekat pada bahagian langit. Penghasilan matahari
pula adalah hasil guntingan kertas yang berwarna jingga tua manakala pancaran matahari pula
dihasilkan dengan warna jingga muda. Guntingan rama-rama di luar kotak pula menggunakan
pelbagai warna sebagai hiasan.

Di samping itu, akar, dahan dan batang pokok pula dibuat dengan menggunakan dawai
dan hasil lilitan tali. Pada mulanya, tali dicelup dengan hasil campuran warna air hijau muda dan
hijau tua bagi mewakili warna dahan dan batang pokok manakala akar pokok pula dihasilkan
daripada celupan tali dalam hasil campuran warna air coklat muda dan coklat tua. Kemudian,
tali tersebut dijemur di bawah cahaya matahari supaya cepat kering. Pada masa yang sama,
dawai telah direkabentukkan menjadi dahan, batang dan akar pokok dengan bantuan playar.
Selepas itu, tali-tali itu dililitkan pada dawai yang telah dbentukkan sebatang pokok. Pokok
bunga lily itu digantungkan pada mounting board dengan bantuan dawai. Hasil latar belakang
dan tanah adalah dilukis dengan mengecap warna air pada kertas lukisan dengan span. Warna
hitam, putih, biru tua dan biru muda digunakan untuk mewakili langit. Warna hijau tua, hijau
muda dan kuning digunakan untuk menunjukkan kawasan semak-samun. Warna coklat tua,
coklat muda, merah, jingga dan kuning digunakan untuk menunjukkan bahagian tanah. Selepas
mengecap latar belakang dan bahagian tanah lukisan, kami telah menyemburkan spray lekar
pada lukisan itu supaya lukisan tersebut kelihatan lebih cerah dan bertahan dan kemudian
dijemurkan di bawah cahaya matahari. Selepas lukisan tersebut telah kering, kami melekatkan
lukisan itu pada mounting board. Kemudian, kami membina kotak diorama dengan mounting
board dan bantuan tali sebagai pengikatnya. Semua bahan yang telah dibina itu disusun dan
dilekatkan di dalam kotak diorama itu. Akhir sekali, diorama itu dibalut dengan pembalut buku.
Kami telah mengambil masa sebanyak 3 hari untuk berjaya menyiapkannya. Walaupun
diorama ini nampak mudah dihasilkan, tetapi kami berasa sangat berpuas hati dengan hasil
kami yang telah mengorbankan masa, tenaga dan wang kami.
Tambahan pula, kami juga telah mencipta sebuah lagu tentang kitaran hidup rama-rama
dengan menggunakan muzik Old MacDonald Had a Farm. Salah satu daripada rakan kami,
Syahrin telah merekacipta lirik lagu, menyediakan video pengajaran dan menyediakan gambar
lukisan bagi empat peringkat kitaran hidup rama-rama. Kemudian, kami juga telah berbincang
cara mempersembahkan diorama kami pada hari kejadian.

SELEPAS

Selepas menyiapkan segala persiapan dan selesai dengan perancangan untuk


mempersembahkan diorama, kami telah mempersembahkan diorama kami di dalam kelas.
Pada hari Isnin bersamaan 4 April 2016 jam 3.40 petang, kami telah mempersembahkan
diorama ini dalam kelas bagi tujuan penilaian. Untuk persembahan kami telah memilih seramai
8 orang ahli kelas kami untuk berlakon menjadi murid-murid. Untuk persembahan diorama ini,
kami memilih matapelajaran sains tahun 2. Standard pembelajaran yang hendak diuji ialah
merekod perubahan tumbesaran haiwan seperti rama-rama atau katak dari segi rupa dengan
memerhati haiwan sebenar. Fokus pengajaran kami ialah kitaran hidup rama-rama. Bagi tujuan
pendokumentasian, kami telah merakam persemabahan menggunakan kamera digital.
Pembentangan dimulakan dengan Syahrin mengimbas semula pengajaran yang
disampaikan berkenaan kitaran hidup rama-rama. Selepas itu, Syahrin meneruskan pengajaran
dengan menunjukkan satu tayangan video berkenaan kitaran hidup rama-rama. Selepas itu,
pengajaran diteruskan lagi dengan mempamerkan diorama sebagai bahan maujud atau konkrit
sebagai satu medium untuk membantu murid melihat pembelajaran dengan lebih teliti. Syahrin
telah menerangkan bagaimana kitaran itu dipamerkan melalui diorama dan murid-murid telah
memperhatikan kitaran itu dengan lebih jelas.
Selepas selesai penerangan, pengajaran diteruskan lagi dengan Christina mengambi
alih proses PdP untuk aktiviti nyanyian. Untuk aktiviti ini, Christina telah memulakan nyanyian
dengan bantuan Syahrin sebagai penyanyi latar dan Tan Lean Chuen memainkan muzik
menggunakan cawan. Untuk nyanyian, kami bersama-sama menyanyikan lagu ini dan
menunjukkan pergerakan yang berkenaan dengan lagu yang dinyanyikan. Untuk membantu
murid-murid menyanyi dan mengikut lirik, kami telah menyediakan slaid yang menunjukkan lirik
lagu yang dibuat. Selepas nyanyian yang pertama, Christina meminta murid-murid untuk
menyanyi bersama dan mengikut pergerakan yang telah ditunjukkan.
Selepas aktiviti nyanyian, Tan Lean Chuen telah mengambil alih pengajaran dengan
aktiviti kumpulan. Untuk aktiviti ini, kami telah menyerahkan satu lembaran kerja yang
mengandungi lukisan setiap bahagian kitaran hidup rama-rama bermula dari rama-rama, telur,
ulat beluncas dan kepompong. Untuk lembaran kerja ini, murid-murid telah diminta untuk
mewarnakan setiap gambar itu mengikut kreativiti masing-masing. Selepas siap aktiviti
mewarna, murid-murid telah membentangkan dihadapan kelas hasil warnaan mereka.

Selepas aktiviti mewarna, Tan telah menyimpulkan pembelajaran dengan menunjukkan


bahagian-bahagian kitaran hidup rama-rama melalui diorama yang dipamerkan. Selepas habis
sesi kesimpulan kami telah menamatkan persembahan kami. Selepas siap segala
persembahan, kami telah mengagihkan tugas untuk menyiapkan laporan tugasan dalam bentuk
folio. Kami telah mengagihkan tugas untuk menyiapkan laporan dari bahagian sebelum,
semasa dan selepas dan juga mencari kelebihan dan kelemahan yang ada dalam diorama yang
kami persembahkan.

Kelebihan

Tidak menggunakan kos yang tinggi

Kelemahan

Memerlukan masa dan kemahiran


yang baik

Mudah disediakan

Penggunaan warna yang menonjol

Plastik mengganggu penglihatan


Mengambil masa yang lebih untuk
membentang

Video yang menarik dan mudah

Lembaran kerja agak sukar diwarna

difahami

Lagu dan pergerakan yang menarik

Warna rama-rama yang tidak jelas


dan sukar dibezakan

Cadangan Penambaikan

1. Buang plastik bagi memudahkan penglihatan

2. Cari gambar rama-rama yang mudah diwarna

3. Rancang warna dengan lebih sistematik

4. Melebihkan penglibatan murid dalam aktiviti

5. Penggunaan litar lampu yang mudah bagi memfokuskan bahagian yang hendak
ditunjukkan
6. Penggunaan ayat yang lebih teratur dalam pembentangan

7. Lebihkan latihan untuk memastikan kelancaran pembentangan

8. Menggunakan alat muzik yang bertepatan untuk nyanyian

Anda mungkin juga menyukai