Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi semua, nama saya Dzulfikar dari kelas Tahun 3 SJKC Yak Tee.

Pada
hari ini saya ingin membuat resensi buku cerita ini.

Buku ini bertajuk “Kisah Awang Tangan Besar”.


Pengarang buku ini ialah Rubiah Jusoh.
Buku ini diterbit oleh Nur Ilmu Publication pada tahun 2008.
Ia mempunyai 16 muka surat.

Buku ini menceritakan kisah Awang yang dilahirkan dengan kedua-dua belah
tangannya besar. Dia digelar 'Awang tangan besar'. Walaupun keadaan tangannya
besar, Awang mempunyai ramai kawan. Awang mampu membuat pekerjaan yang
tidak boleh dilakukan olah kanak-kanak lain.

Raja negeri itu mempunyai seorang puteri yang cantik jelita. Awang jatuh hati
kepada tuan puteri. Raja menitahkan supaya Awang mencari tujuh butir mutiara
sebesar telur angsa.

Awang turun ke laut untuk mencari mutiara. Awang mula menimba air laut dengan
tangan besarnya. Raja ikan yang lalu di situ bertanya kepada Awang mengenai
tindakannnya. Awang menceritakan titah rajanya kepada Raja ikan.

Raja ikan telah memerintahkan rakyatnya untuk membawa tujuh butir mutiara
sebesar telur angsa kepada Awang. Awang sangat gembira. Akhirnya, Awang
berkahwin dengan tuan puteri.

Cerita ini memberi pengajaran bahawa orang yang rajin berusaha akan memperoleh
kejayaan seperti Awang. Nilai murni rajin, berani mencuba dan tidak putus asa telah
ditunjukkan oleh watak utama iaitu Awang dalam cerita ini.

Sekain itu, buku ini juga mempunyai kelebihan dari segi struktur bukunya. Muka
depan buku ini yang menunjukkan tangan besar Awang bersama ikan mutiara
sangat menarik minat pembaca untuk membacanya.

Tulisan dalam buku cerita ini juga cukup besar dan jelas untuk dibaca oleh kanak
kanak. Buku ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana terdapat banyak gambar
menarik.

Itu saja daripada saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai