Anda di halaman 1dari 2

MENDIGITALKAN PERNIAGAAN ANDA

HARI PERTAMA

KENALI PERNIAGAAN ANDA

Adakah anda betul – betul mengenali perniagaan anda. Isu – isu semasa yang berkaitan dengan
perniagaan anda?

KENALI PRODUK ANDA

Adakah anda yakin produk anda diperlukan di pasaran? Ataupun anda memastikan produk anda
diterima di pasaran?

KETAHUI KAEDAH PEMASARAN ANDA

HARGA Kenal pasti nilai produk kepada pelanggan

PRODUK Kenal pasti produk yang boleh menarik perhatian pelanggan – warna saiz, reka bentuk

PROMOSI Kenal pasti masa terbaik serta jenis pemasaran dan saluran media

TEMPAT Kenal pasti tempat terbaik supaya mudah dibeli

ORANG Kenal pasti individu yang sesuai untuk berhubung dengan pelanggan

PROSES Kenal pasti kaedah terbaik untuk menghasilkan produk dan kos yang minimum

FIZIKAL Kenal pasti penampilan premis perniagaan bagi menambah tarikan

MENDIGITALKAN PERNIAGAAN ANDA

1. Pemasaran bermaklumat
a. Gunakan maklumat ringkas, video pendek atau perkongsian media social melalui
jaringan peasaran atas talian
2. Peruncitan dalam talian
a. Mulakan kedai atas talian supaya pelanggan boleh membeli melalui internet
3. Aplikasi mudah alih
a. Cipta aplikasi mudah alih supaya pengguna boleh memuat turun ke dalam telefon
4. Saluran Media Sosial
a. Bina sebuah profil perniagaan atas talian di media sosial. Perlu bertindak aktif
5. Pemasaran Emel
a. Gunakan mesej bergrafik yang menarik untuk menyampaikan maklumat
6. Perkataan yang menarik
a. Gunakan frasa yang unik berkaitan produk (COPY WRITING)
7. Laman web mesra pengguna
a. Cipta laman web yang responsive dan mesra pengguna
HARI KEDUA

SENI PEMASARAN DIGITAL


Dapatkan perhatian prospek melalui kaedah pemasaran.

Bina minat prospek menggunakan pendekatan emosi supaya dapat mempengaruhi mereka
membuat pembelian tersebut serta berasa puas hati menggunakan produk atau perkhidmatan
tersebut.

Bina keinginan prospek dengan cara menunjukkan ciri-ciri keistimewaan produk anda serta memberi
sampel atau memberi peluang mereka merasai pengalaman mencubanya.

Tingkatkan keinginan pelanggan terhadap produk anda dengan keyakinan atau membuktikan
bahawa produk anda adalah berbaloi jika dibandingkan dengan pesaing lain. Testimoni daripada
pengguna yang berpuas hati boleh membantu untuk mencapai matlamat ini.

Akhiri jualan dengan cara menggalakkan prospek untuk membuat tindakan atau pembelian serta-
merta.

Anda mungkin juga menyukai