Anda di halaman 1dari 2

Dikongsikan oleh : Joshua Sam Yangus

Gereja Sejagat merayakan Hari Doa Sedunia bagi Perlindungan Alam Ciptaan Tuhan yang bermula
pada setiap 01hb September dan berakhir pada 04hb Oktober, iaitu hari pesta santo penaung
Fransiskus dari Asisi, santo penaung bagi ekologi dan binatang-binatang. Tema tahun ini adalah
“Dengarlah Suara Alam Ciptaan Tuhan” yang menjemput kita semua untuk bersama-sama
dengan Gereja Tempatan supaya peka dan ambil peduli dengan keadaan sekeliling alam sekitar
kita.

Jikalau kita melihat sendiri dengan keadaan alam sekeliling di sekitar negeri kita, Sabah, bahawa
masih terdapat pencemaran-pencemaran berlaku. Mengapakah ini masih boleh terjadi? Salah
satu sebab-sebab utama ialah sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dan ambil peduli
untuk menjaga alam sekitar. Dalam pesan Bapa Suci Paus Fransiskus sempena Hari Doa Sedunia
bagi Perlindungan Alam Ciptaan Tuhan 2022, salah satu pesannya ialah beliau mengajak dan
menyeru kita semua supaya merenung secara peribadi “suara alam ciptaan Tuhan yang tidak
bersetuju (disonansi)”, dengan pencemaran-pencemaran yang terus berlaku. Paus Fransiskus
memberi amaran bahawa kita sedang menuju ke arah titik penghancuran dan kita hendaklah
bertindak cepat dan tegas supaya “kita dan generasi-generasi yang akan datang akan terus dapat
menikmati nyanyian manis alam ciptaan Tuhan yang bergembira dan penuh pengharapan”.

Bagaimana untuk kita memberi respon kepada Hari Doa Sedunia bagi Perlindungan Alam Ciptaan
Tuhan?

1. Pada 1hb September 2022, ambilah kesempatan dan peluang untuk meluangkan masa
dengan beriadah sambil mengucap syukur kepada Tuhan di mana-mana Taman Flora yang
berdekatan dengan anda. Bersyukurlah dengan alam ciptaan Tuhan yang ada untuk menghijaui
bumi kita.
2. Ataupun pada hari yang sama juga, pergilah ke pantai yang berdekatan dengan anda,
pungutlah sampah sarap yang bertempiaran sekiranya ada di kawasan pantai.
3. Melalui doa, doalah rosari dengan peristiwa-peristiwa gembira untuk perlindungan alam
ciptaan Tuhan. Kita semua diajak dan diseru supaya untuk terus berkomited dalam perlindungan
alam ciptaan Tuhan dan renungan-renungan daripada peristiwa-peristiwa gembira inilah yang
akan memberikan kita kegembiraan dan pengharapan untuk terus menghargai dan memelihara
alam ciptaan Tuhan.
4. Mulakanlah mendidik anak-anak kecil kita untuk menghargai dan melindungi alam ciptaan
Tuhan. Hanya dengan bercerita buku-buku berkaitan alam flora kepada anak-anak dan menanam
dan menyirap pokok bunga akan menanam rasa cinta kasih anak-anak terhadap alam ciptaan
Tuhan dari kecil lagi.
5. Ikutilah dan ambilah bahagian dalam Misa Kudus sempena Hari Doa Sedunia bagi
Perlindungan Alam Ciptaan Tuhan supaya dengan menerima Roti Kehidupan melalui Sakramen
Ekaristi, kekuatan dan pengharapan kita diperbaharui dan kita akan terinspirasi untuk terus
berkomited dalam memelihara dan melindungi alam ciptaan Tuhan.

Hari Doa Sedunia bagi Alam Ciptaan Tuhan memberi kita sebuah lagi peluang untuk mendekati
dengan Pencipta kita (Allah Bapa), Raja Semesta Alam (Yesus Kristus) dan Roh Kudus; tiga
peribadi Triniti yang sentiasa membimbing kita dalam hubungan kita dengan alam persekitaran
supaya keseimbangan ekosistem akan sentiasa dijaga, diperlihara dan dilindungi.

Persekitaran alam dan kawasan pantai yang penuh dengan sampah-sarap. Sekiranya anda di sini,
apakah yang anda akan lakukan? Sayangilah alam ciptaan Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai