Anda di halaman 1dari 2

Aisyah Isteri Rasulullah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera diucapkan buat semua.

Salutasi

Terima kasih diucapkan kepada saudara pengerusi majlis. Yang berusaha, Guru Besar SK IPGM,
Pn Nur Zaitun Ibrahim, PK Pentadbiran , PK Hal Ehwal Murid, PK Kokurikulum , barisan guru
seterusnya rakan-rakan yang disayangi.

Mulia, indah, cantik berseri


Kulit putih, bersih, merah di pipimu Lagu Aisya Istri Rasulullah
Dia Aisyah, putri Abu bakar
Istri Rasulullah

Pada hari yang ceria ini, saya ingin berkongsikan sebuah kisah tentang insan istimewa di sisi
Nabi Muhammad SAW iaitu Aisyah binti Abu Bakar.

Kawan-kawan kenal siapakah Aisyah?

Ummu al-Mukminin Aisyah binti Abu Bakar al-Siddiq RA. Beliau ialah puteri kepada
khalifah pertama umat Islam. Beliau dilahirkan di Kota Mekah empat tahun
sebelum Nabi Muhammad SAW dilanti k sebagai Rasul dan beliau telah memeluk
Islam keti ka masih kecil.

Aisyah merupakan antara isteri yang sangat disayangi dan dicintai   oleh baginda
SAW sebagaimana diceritakan oleh Amr bin al-Asr RA:

Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW :  “Siapakah manusia yang paling
engkau kasih ? Rasulullah SAW menjawab : Aisyah RA. Aku bertanya lagi : Kalau
dalam kalangan lelaki ? Rasulullah SAW menjawab : Ayahnya (Abu Bakar RA)”.

Aisyah merupakan salah seorang isteri Rasulullah SAW yang faqih, alim, cerdik dan
banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah SAW iaitu sebanyak 1210 hadith.
Hal ini kerana, beliau menjadi tempat rujukan para sahabat RA yang besar dalam
bertanya soalan berkaitan agama seperti fi qh, faraidh dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan amalan Rasulullah SAW keti ka berada di dalam rumah. Perkara
ini diceritakan oleh Urwah bin Zubair RA:

“Aku ti dak pernah melihat orang yang lebih faqih di dalam ilmu agama, perubatan
dan syair berbanding Aisyah RA”.
Aisyah, romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama Lagu Aisya Istri Rasulullah
Hingga ujung nyawa kau di samping Rasulullah
Aisyah, sungguh manis, oh, sirah kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau istri tercinta, ya Aisyah Humaira

Rakan-rakan sekalian

Walaupun saidati na Aisyah RA memiliki keti nggian ilmu pengetahuan, beliau turut
bersama-sama para sahabat yang lain memainkan peranan penti ng dalam proses
pendidikan dan pembentukan masyarakat keti ka itu. Rasulullah SAW wafat keti ka
usianya 18 tahun dan beliau hidup selepas kewafatan Baginda selama 40 tahun.

Demikianlah kisah Aisyah Isteri Rasullah yang dikasihi. Semoga kisah ini menjadi
inspirasi untuk kita semua agar menjadi seorang insan yang terbaik akhlak dan
sifatnya.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai