Anda di halaman 1dari 15

24:26

Nama : Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq

Gelaran : - Al-Humaira (putih kemerah-merahan)

- Ummul Mukminin (ibu bagi semua umat Islam)

Tarikh Lahir : Tahun 614 Masihi (6 tahun sebelum hijrah) Tempat Lahir : Kota Mekah Umur ketika wafat : 67 tahun Tempat wafat : Madinah Al-Munawarah Tempat dimakamkan : Al-Baqi

Sifat-sifat peribadi
Bijak dan petah

Sifat-sifat peribadi
Berperngetahuan luas

Sifat-sifat Aisyah sebagai pendidik

Tempat rujukan

Kuat ingatan

Sabar, cekal dan tabah

Saidatina Aisyah adalah salah seorang mujtahid yang dikenali dalam sejarah Islam. Seorang wanita dengan pemahaman tajam akan ajaran-ajaran asas agama (Usuluddin) dan ilmu-ilmu Al-Quran. Dalam beberapa kes, Saidatina Aisyah menilai pemahaman para sahabat dan menjadi rujukan dalam memahami amalan Rasulullah s.a.w.

ketinggian ilmu yang ditonjolkan. Aisyah R.A merupakan salah seorang periwayat hadis yang menjadi rujukan Rasulullah S.A.W
-Banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah S.A.W . Sebanyak tidak kurang 1210 hadis telah diriwayatkannya

Saidatina Aisyah r.a ummahatul mukminin menjadi rujukan utama kaum muslimin selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW kerana keakraban dirinya dengan baginda & juga kecerdasan fikirannya yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun.

Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah.
Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Di samping mengetahui banyak rahsia peribadi Nabi Muhammad, Aisyah juga mengisahkan banyak hadis yang didengarnya daripada beliau secara langsung.

Urwah ibn az-Zubair menegaskan bahawa Aisyah bukan sahaja arif dalam bidang fiqh, bahkan juga dalam bidang tibb(perubatan) dan syair. Para ulama menganggap Saidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli fuqaha Islam terawal di samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn Abbas. Kata baginda Rasulullah tentang dalamnya pengetahuan Aisyah dalam Islam; Pelajarilah sebahagian daripada agamamu dari al-Humaira,Al-Humaira, atau si merah adalah nama panggilan Rasulullah kepada Saidatina Aisyah r.a

Aisyah hidup selama hampir lima puluh tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Sepuluh tahun hidup beliau sebagai isteri Rasululluah. Sebahagian besar waktu itu diluangkan dengan mempelajari dua sumber penting petunjuk Allah, iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah.
Tiga orang daripada isteri-isteri Rasulullah yang menghafaz al-Quran, dan salah seorang daripadanya adalah Aisyah r.a.(di samping Ummu Salamah dan Hafsah). Seperti Hafsah, Aisyah juga mempunyai salinan al-Quran yang ditulis setelah kewafatan Rasulullah.

Beliau sangat cintakan ilmu pengetahuan sehingga mampu menguasai berbagai bidang ilmu seperti Al Quran As Sunnah, fiqh ,sirah Rasulullah. Sebagai isteri kepada Rasul dan kekasih ALLAH SWT, Aisyah ra pastinya mendapat pendidikan dan ilmu pengetahuan dari Rasulullah saw sendiri.
Aisyah ra juga telah meriwayatkan sebanyak 2110 hadis dari Rasulullah saw yang meliputi berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti akidah, syariat, ibadah,politikdan berbagai lagi.Aisyah ra telah menjadikan rumahnya sebagai pusat untuk menyebarkan ilmu dan syiar Islam.

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah dan pengikutpengikut mereka yang menimba dari ilmu pengetahuan Aisyah r.a. Abu Musa alAshari pernah berkata: Sekiranya kami di kalangan sahabat Rasulullah menghadapi kemusykilan, maka akan kami bawa kepada Saidatina Aisyah r.a.
Abu Musa al-Asyari berkata, Kami, sahabat-sahabat Rasulullah tidak menemui kesukaran sama sekali dalam masalah hadis, kemudian ketika kami bertanya kepada Aisyah dan kami mendapati pengetahuan baru tentang hadis tersebut.

Ramai di kalangan sahabat baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah berkenaan masalah pewarisan harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang matematik.

Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah untuk mempelajari ilmu yang dimilikinya.
Dikatakan lebih ramai bilangan wanita daripada lelaki yang datang untuk menimba ilmu daripada beliau. Di samping menjelaskan kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil anak-anak kecil, ada di kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan dilatih di bawah bimbingannya sendiri. Di samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang mendapat bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saidatina Aisyah r.a. dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian.

Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan yang jelas dan menarik hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan dengan begitu tinggi oleh al-Ahnaf: Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar dan Umar, dari Uthman dan Ali serta para khulafa hingga ke hari ini, tetapi belum pernah aku mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulut seorang pun melainkan Aisyah r.a.

Sifat aisyah yang sabar, cekal dan tabah sewaktu peristiwa HadithulIfqun http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2225. 0

Anda mungkin juga menyukai